Buscar

Páginas

~~Cahaya Belahan Jiwa yang Terbaik~~part 8

Cahaya Belahan Jiwa yang Terbaik part 1 di sini (KLIK)
Cahaya Belahan Jiwa yang Terbaik part 2 di sini (KLIK)
Cahaya Belahan Jiwa yang Terbaik part 3 di sini (KLIK)
Cahaya Belahan Jiwa yang Terbaik part 4 di sini (KLIK)
Cahaya Belahan Jiwa yang Terbaik part 5 di sini (KLIK)
Cahaya Belahan Jiwa yang Terbaik part 6 di sini (KLIK)
Cahaya Belahan Jiwa yang Terbaik part 7 di sini (KLIK)


Rahimi Qarin melempar pandangan kosong ke luar tingkap. Hiruk pikuk bunyi kereta serasa hanya seperti angin lalu, tidak meninggalkan kesan terhadap dirinya langsung. Berita pernikahan Filzah menghancur luluhkan hatinya.


Puas dicuba untuk membuang jauh ingatan terhadap Filzah, namun memori lama mengetuk-ngetuk kotak mindanya.


Assalamualaikum Rahimi, awak sihat ke? Awak dekat mana tu?
~Filzah Uzma~


Hish..dia ni lagi….tak habis-habis..tak tahu ke aku tengah sibuk ni.” gerutu Rahimi setelah membuka SMS kiriman dari seorang gadis yang dikenalinya.


Biar jelah..nanti dia mesej semula nanti.” SMS itu dibiarkan sepi tanpa jawapan.


Awak marahkan saya ke Rahimi…saya ada buat salah?
~Filzah Uzma~


Tak
~Rahimi Qarin~


Kenapa awak senyap je?
~Filzah Uzma~


Takde ape
~Rahimi Qarin~


Takpelah macam tu..Assalamualaikum
~Filzah Uzma~


Ucapan salam dari Filzah dibiarkan tanpa jawapan.Rahimi Qarin dapat menghidu nada kecewa dalam SMS Filzah. Tapi entah mengapa tawar sahaja hatinya dirasakan. Mengenali Filzah tidak lagi menyeronokkan seperti dahulu. Banyak lagi perkara penting yang perlu di fikirkan. Meskipun dia mengetahui Filzah berkecil hati, dia tidak terasa seperti mahu memujuk gadis itu.


Semenjak itu Filzah ti dak lagi mengirim apa-apa pesanan ringkas kepada dirinya. Pada awalnya Rahimi merasa lapang dada kerana dia tidak perlu melayan gadis itu lagi. Namun lama-kelamaan terasa kosong hatinya. Adak ala rasa rindu menerjah. Ingin sekali rasanya hendak bertanya khabar namun ego mengatasi segalanya.


Eh Rahimi, hang termenung ni pasai pa?” tegur rakannya Amar yang berasal dari utara tanah air itu pada suatu hari.


Tak de apa-apalah,” jawab Rahimi ringkas tanpa menoleh.


Hang teringat kat Izah ka? Dia marka hang lagi ka dak dah?” soal Amar sambil melabuh punggungnya di kerusi berhadapan dengan Rahimi.


Lama aku tak dengaq hang cita pasal dia?” Amar menambah.


Rahimi kekal membisu.


La, hang n pasai pa….aku tanya hang ni….” Amar sengaja cuba menarik perhatian Rahimi. Sebenarnya dia ada sesuatu hendak diberitahu kepada Rahimi. Puas dia berkira-kira hendak memberitahu rakannya yang boleh tahan panas barannya itu tentang berita yang didengarnya.


Sepatah kata pun tidak keluar dari mulut Rahimi. Riak muka Rahimi kelihatan keruh.


Takpa aih Rahimi..biaq aku habaq ja lah noh..” Amar mula berputus asa.


Apa dia?” Rahimi mula mengalah.


Hang betoi nak tau?” Amar sengaja menguji.


Hish..cepatlah sikit..Kau ni tak habis-habis nak main-main. Aku ada kerja ni,” Rahimi mula meninggikan suara.


Yalah..camni….pasai Izah, “ Amar cuba memancing minat Rahimi lagi.


Amar mengenali Filzah sebelum Rahimi lagi. Meskipun tidaklah rapat namun ada juga beberapa rakan Filzah yang menjadi rakannya. Mereka bertemu di satu program yang diadakan untuk mahasiswa ketika tahun pertama di universiti.


Kenapa dengan Izah?” nada suara Rahimi kembali rendah.


Hang tak dak contact dia ka?” Amar menyoal.


Takde.”


Bapa lama hang tak contact dia?


Entah.”


Pendek-pendek jawapan Rahimi. 


Takdalah..macam ni…Kelmarin aku terserempak ngan si Min kawan kelas Izah,


Pastu?” Rahimi masih endah tak endah.


Min habaq kat aku Izah dah nak menikah,


Dah tu?” Rahimi cuba menyembunyikan ombak perasaannya yang tak menentu tatkala mendengar kata-kata Amar yang kedengaran teragak-agak.


Tak da pa lah..aku saja habaq kat hang..kot hang nak tau…Ya lah dia kan marka hang….eh….bekas marka hang” laju saja kata-kata meluncur dari mulut Amar. 

Hati Rahimi terasa seperti dihiris-hiris. Pedih.


Min kata dia nak menikah dengan orang yang dia tak kenai..kawan kakak angkat dia ka sapa tah…” tambah Amar lagi. Rahimi masih bungkam. Berpura-pura membaca buku namun Amar dapat rasakan Rahimi mendengar setiap patah katanya.


Terdesak sangat noh Izah tu sampai nak menikah dengan orang dia tak kenai…kalau aku dak tah nak menikah gitu. Nanti dapat yang tak senonoh baru tau. Bukan dia kawan ngan hang ka dulu Rahimi? Teruk betul tiba-tiba nak menikah dengan orang lain. Hang rasa…


Tiba-tiba Rahimi bangun dan menghempas buku tebal yang dibacanya ke meja. Amar terkejut bukan kepalang.Belum sempat dia menghabiskan ayatnya.


EH! Kau nak cakap bukan-bukan pasal Izah bukan kat sini…kau berambus sekarang. Takde masa aku nak dengar engkau mengarut!” tempik Rahimi. Menggelegak darahnya mendengar kata-kata Amar berkenaan Filzah.


Hang marah tiba-tiba ni pasaipa. Aku cakap ja. Salah ka?” Amar berdiri. Mahu keluar segera. Takut-takut Rahimi bertindak di luar batasan.


Hah, ni kad jemputan yang Min bagi aku. Filzah tak tau Min bagi kat aku. Ni aku bagi kat hang. Pandai-pandailah hang.” selepas meletakkan sekeping sampul surat berwarna kelabu di atas meja, Amar segera keluar meninggalkan Rahimi.


Majlis kesyukuran sempena pernikahan
BAHZI BAKHTIAR BIN NASRUDDIN dan NUR FILZAH UZMA BINTI KAMAL

Rahimi membaca tulisan di muka hadapan kad undangan yang ditinggalkan Amar. Betapa hatinya berharap nama yang tertulis adalah namanya dan Filzah. Tapi dia sedar bahawa semuanya telah terlambat. Tidak sampai 2 bulan dari sekarang.


Rahimi merenyuk-renyukkan kad kelabu itu dan mencampaknya ke dinding. Hatinya merasa sungguh sedih. Terasa mahu diputar masa agar dapat dia baiki semuanya meskipun dia tahu itu adalah mustahil.


Rahimi berbaring di katil. Terasa lemah badannya. Matanya dipejam perlahan-lahan. Bayangan wajah Filzah bermain di tubir mindanya. Suara Filzah terasa berbisik-bisik di telinganya. Tanpa sedar beberapa titik air jernih jatuh ke bantal.

********


Berdebar-debar jantung Min selepas panggilan dimatikan. Entah betul entah tidak tindakannya itu.


Assalamualaikum Min. Ni Rahimi kawan Izah,” suara asing di dalam gagang memulakan bicara.


Waalaikumussalam, mana dapat nombor Min ni?” tanya Min kehairanan.


Dulu kan Izah pernah guna handphone Min untuk mesej saya..takpelah..cerita lama ni. Saya ada hal nak mintak tolong Min ni. Boleh?” balas Rahimi. Resah benar bunyi suara Rahimi.


Apa dia? Kalau mudah boleh jugak Min tolong.” 


Min tahu kan yang Izah nak kahwin tak lama lagi?” soal Rahimi.


Ada jugak Izah beritahu Min, kenapa?” balas Min. Hatinya berteka-teki meneka tujuan sebenar Rahimi.


Saya nak tahu siapa bakal suami Izah, kalau dapat nombor telefon atau apa-apa yang boleh saya guna untuk hubungi dia?” pinta Rahimi.


Timbul rasa simpati di hati Min mendengar permintaan Rahimi. Dia dapat merasakan Rahimi betul-betul menyayangi Filzah. Rahimi seorang lelaki yang tinggi egonya, jika bukan kerana sayang masakan dia sanggup bersusah menghubunginya untuk mengetahui perihal Filzah. 


Ada, Min ada simpan nombor telefon dia. Tapi Rahimi bukan nak buat bukan-bukan pada dia kan? Mereka dah nak kahwin tu. Nanti Min yang dipersalahkan pulak,” ujar Min setelah berfikir buat beberapa ketika.


Insya-Allah Min, saya cuma nak tahu siapa yang akan menjadi suami Filzah nanti. Saya tak mahu Filzah dizalimi nanti.” dengan tenang Rahimi membalas.


Min mengimbas kembali perbualan antara dia dan Rahimi tadi. Hatinya kuat mengatakan tiada yang buruk akan berlaku.


Insya-Allah, Rahimi lelaki baik..Dia takkan bertindak bodoh,” monolog Min memujuk hatinya sendiri.



Bahzi menghirup perlahan jus tembikai yang telah dipesannya sedari awal. Tangannya menekan-nekan butang di telefon bimbitnya. Butang open di tekan.

Assalamualaikum. Awak Bahzi kan? Saya hendak bertemu awak di Kafe Rimba dekat Jalan Petaling jam 3 petang nanti. Saya ada hal hendak cakapkan pada awak berkenaan Filzah Uzma.
~Rahimi Qarin~

Insya-Allah
~Bahzi Bakhtiar~

Mujurlah hari itu Bahzi pulang ke Kuala Lumpur untuk menguruskan sedikit hal berkenaan perkahwinannya. Barulah dia dapat memenuhi ajakan Rahimi untuk bertemu. Pada asalnya bingung juga dia memikirkan siapakah Rahimi Qarin dan apakah tujuannya hendak bertemu dengan dirinya serta apakah kaitan Filzah dengan Rahimi.

Setelah menerima pesanan ringkas dari Min, tahulah dia bahawa Rahimi adalah lelaki yang telah mencuri hati Filzah sebelum Bahzi menyunting Filzah untuk menjadi isterinya.

Assalamualaikum, Bahzi ke ni?” Satu suara menegur dari belakangnya.

Waalaikumussalam, ya...saya Bahzi” balas Bahzi sambil berdiri dan menghulurkan tangan untuk bersalam.

Suasana kedai yang lengang memudahkan Rahimi mencari dirinya.

Salamannya bersambut. Terasa lega sedikit di hati Bahzi. Dapat dia rasakan Rahimi tidak berniat buruk.

Maaf mengambil masa awak,” ujar Rahimi membuka bicara sambil keduanya mengambil tempat duduk.

Takdelah..saya pun lapang petang ni,” balas Bahzi.

Dan maaf juga kerana mengambil nombor awak dari Min tanpa kebenaran. Saya cuma nak cakap sikit sahaja,” Rahimi mahu segera menyampaikan apa yang hendak disampaikan. TIdak betah dia berlama-lama di situ.

Apa dia, cakaplah,” balas Bahzi dengan tenang.

Sebelum tu saya nak ucapkan tahniah sebab pernikahan awak dan Izah semakin hampir. Saya doakan kebahagiaan awak dan Filzah,” terasa seperti ada tusukan-tusukan tajam di hati Rahimi tatkala setiap patah kata meluncur keluar dari mulutnya.

Sebelum ni, Izah dan saya berkongsi perasaan yang istimewa. Pernah saya bercadang mengambil Izah sebagai isteri. Saya rasakan Izah orang yang paling sesuai.

“  Habis tu kenapa Izah terima pinangan saya kalau dia ada awak?” pintas Bahzi.

Sebenarnya, saya yang bersalah kerana mensia-siakan perasaan Izah serta melukakan hatinya. Saya sangka dia akan terus bersama saya walau saya layan dia dengan teruk. Saya tak sangka kerana sikap endah tak endah saya, saya kehilangan Izah. Saya menyesal. Saya masih sayangkan Izah.” luah Rahimi tanpa segan. Emosi menguasai dirinya.

“Habis tu awak nak saya batalkan niat saya untuk berkahwin dengan Izah?” Bahzi cuba serkap jarang.

Bukan. Saya tak layak memiliki Izah setelah apa yang telah saya buat. Saya menyakiti dia. Saya kejam terhadap dia. Harapan saya cuma satu.” Bicara Rahimi terhenti. Rahimi menarik nafas panjang.

Saya harap awak ubati luka di hati dia. Buat dia lupakan saya. Awak bahagiakan dia kerana dia layak mendapat kebahagiaan. Izah gadis yang baik. Saya tak nak awak sia-siakan dia sebagaimana yang dah saya buat. Awak jangan biarkan walau setitis pun air mata jatuh ke pipinya lagi. Buat dia tersenyum sepanjang masa. Saya harap awak tak menzalimi dirinya, Izah gadis yang istimewa.” Rahimi meneruskan bicara.

Meskipun saya tidak mengenali Filzah sebanyak yang awak kenal dia, saya yakin Filzah adalah orang yang paling layak untuk menjadi isteri saya serta ibu kepada anak-anak saya. Atas sebab itu saya tak bertangguh untuk cuba merisik dan meminang Izah. Saya takut saya terlepas peluang. Insya-Allah, kalau Allah memperkenan niat saya untuk berkahwin dengan Izah, saya pasti takkan sia-siakan dia. Saya berharap saya mampu menjadi suami yang terbaik dan dapat melunaskan semua tanggungjawab saya terhadap Izah,” balas Bahzi sambil tersenyum.

Dan untuk awak Rahimi, saya harap awak sentiasa doakan kebahagiaan kami. Insya-Allah ada wanita lain di luar sana untuk awak, Insya-Allah. Risau juga saya kot-kot awak nak belasah saya harini,” Bahzi cuba berseloroh.

Ish, tak lah..insya-Allah saya ni waras lagi walau separuh gila juga hari tu masa dapat tau Izah nak kahwin dengan orang lain. Tapi lepas tengok bakal suami Izah ni, saya yakin awak lebih baik untuk Izah. She’s in the right hand.

Insya-Allah,” Bahzi berkata sambil mengangguk.

Senyuman terukir di wajah keduanya meski secalit duka terlihat dari mata Rahimi Qarin.

"Moga kalian bahagia," ucap Rahimi tulus sebelum beredar.


bersambung....

ps: cerita ini hanya rekaan...segala kebetulan adalah sebagai penambah 'perisa' sahaja....
pss: oghang utara jangan marah na ngan cheq punye loghat utara celup..heheehe



3 luahan rasa:

k a k L a m p

dh lame x bace novel online.. arghh mase2... x cukop

ticher ina

kakLamp...
hehee..
takpe2..
nti lapang2 baca lah..
=)

Muhammad Ar-Rabi'

sorry. bab cinta ni den lomah sikit nak baco. tapi nice effort, dah ending gtaw. btw, tolong bubuh link kat bersambung. leh klik terus.

 

Followers