Buscar

Páginas

kawan ke tak niiieee???? (>.<")

"menyampah la duduk kat kalangan orang2 yg taksolat ni....bukannya takboleh solat..tapi taknak solat...lelaki perempuan sama je..."

luah seorang sahabat ketika menceritakan perihal rakan sekelasnya yg sering mengabaikan solat....waktu solat dibiarkan berlalu tanpa ada yg mahu mengajak bersolat...tambahnya lagi...dia suka berada dalam sahabiah2 yg mementingkan dan sentiasa ingat waktu solat.....sekurang2nya walau sesibuk mana pun..kewajipan no 1 tu takkan terabai....

termenung sekejap....hmm..ada benarnya ape yg diperkatakan...selain daripada keluarga...golongan yg paling hampir dengan kita adalah sahabat2.....mereka akan banyak mencorakkan gaya hidup kita....lagi2 bile da meningkat dewasa..tinggal di hostel..tiada mak abah yg dapat memantau tindak tanduk kita..mereka takkan tahu ape yg kita lakukan..da solat ke belum ke..da makan ke belum ke....

bijaklah memilih rakan...duduk sendirian..dan fikir..apakah yg anda nk capai dalam hidup ni...apa hala tuju anda...mahu berjaya dalam pelajaran?berdampinglah dengan rakan yg mempunyai cita2 yg sama...jika anda mahu hidup dengan berhibur dan bergembira.....hanya kawan2 seperti itu akan menjadi pilihan anda...kerana sudah menjadi tabiat manusia..berdamping dengan org2 yg serasi dengannya....

cuma harus kita igt...kadangkala kita takdapat mengawal kehadiran orang dalam hidup kite....taksemua org yg hadir dalam hidup kita adalah seperti yg kita mahukan...akan ada sahabat2 kite yg mempunyai sikap atau perangai yg tidak kita sukai..meskipun seteruk mana pun perangai sahabat tu.....mereka telah ditakdirkan hadir dalam hidup kita...

analogi kegemaran saya...hidup setiap manusia berada dalam satu garisan..bengkok atau lurus...tergantung pada caturan Allah....ade ketikanya...garis2 kehidupan manusia bersilang dan bertemu dalam satu titik...ketika titik pertemuan ini,terjadinya perkenalan antara kita dan insan tersebut....sambungan garisan selepas itu..mungkin seiring mungkin juga terpisah....jika seiring perjalanan garis itu..kita dan dia akan terus bersahabat walau terpisah seribu batu..namun jika titik mula itu juga adalah titik akhir,kita akan terus terpisah dengannya....tapi takmustahil akan ada 1 ketika garisan kita dan dia bertemu sekali lagi...itu semua ada dalam perancangan Allah yg takmungkin kita dapat teka...

oleh kerana kita belum tahu apa jenis sahabat yg akan kita temui sepanjang kehidupan kita,kita haruslah bijak..dan bersedia...bijak dalam membezakan apa yg baik untuk diri kita..bersedia untuk menerima sahabat2 yang pelbagai sikap dan ragamnya...jika takdirnya kita bertemu dengan rakan2 yg soleh/solehah..yang sentiasa mengajak kepada kebaikan..yg menegur jika kita terleka...Alhamdulillah....jagalah persahabatan tu...insya-Allah ukhwah yg terbina itu adalah salah satu jalan untuk kita ke syurga....sahabat yg baik adalah sahabat yg mengajak ke syurga bukan mengajak ke neraka.....

namun....akan ada hadir sahabat2 yg masih terleka dengan dunia....gembira melakukan maksiat..seronok berhibur dan melanggar syariat...ini adalah satu cubaan dan ujian buat kita...hati2..jaga iman.....dengan sahabat2 sebegini..kita harus bijak menyesuaikan diri....jangan terus membencinya....benar dia melakukan dosa...tetapi...hati manusia adalah dalam kawalan Allah..takmustahil suatu hari dia akan sedar akan segala silapnya dan kembali kepada fitrah..janganlah membenci orang yg melakukan dosa...belum tentu matinya dalam dosa...namun.bencilah akan dosa dan kemungkaran yg dilakukannya...semoga dia segera tersedar dan kemnali ke jalan redha Allah...ameeen.....

Allah mengaturkan hidup manusia dengan sebab...mungkin ada sebab kenapa kita ditakdirkan bersahabat dengan seseorang..mungkin jika kita mampu kita boleh berusaha mengubahnya...atau paling sedikit yg dapat kita lakukan adalah dengan mendoakan agar dia segera tersedar dari segala dosa yg dilakukan....

iman manusia ibarat yo-yo...jika hari ini paras iman kita tinggi..hari esok taksemestinya begitu....selalulah bermuhasabah diri..dan berdoa agar tidak tewas dengan bisikan syaitan..dalam bersahabat...ada dua jalan..sama ada kita terikut2 perangai buruk sahabat...atau kita menarik sahabat untuk bersama kita ke jalan yg diredhai Allah....jika kita khuatir terikut2 dengan pengaruh negatif rakan, kawallah pergaulan bersama mereka...aktiviti2 yg dilakukan bersama mereka,pastikan tidak bertentangan dengan pegangan hidup kita...contohnya jika mereka mengajak ke cinema untuk menonton wayang sedangkan kita tidak menonton wayang...tolaklah ajakan mereka dengan hikmah....jangan paksa diri melakukan apa2 yg tidak disukai....syaitan bekerja dengan cara yg amat licik..mana tahu kali pertama kita menjejakkan kaki ke cinema,syaitan meniupkan rasa seronok dan kita pulak lepas ni yg ajak sahabat2 tgk wayang....jadilah sahabat yg mengubah diri dan sahabat ke arah kebaikan..jangan pula demi persahabatan..merosakkan diri dan iman kita....

persahabatan itu adalah satu anugerah dari Allah..Islam amat2 suka akan ukwah dalam umatnya....indahnya Islam kerana persaudaraan....haram hukumnya memutuskan silaturrahim...tak masuk syurga nanti..nauzubillah.....jika ada antara sahabat anda yg tidak anda sukai..jangalah bermusuh dengannya..jangan bencikan dia...apa yg boleh kita buat..cuba ajak dia meninggalkan segala kemungkaran..jangan pula dah Islam kata jangan putus silaturrahim kita menyokong segala kemaksiatan yg dia lakukan....ajak dia sama2 melakukan kebaikan...sentiasa doakan agar dia tersedar....insya-Allah doa yg baik serta tulus dari hati..Allah makbulkan..andai suatu hari nanti sahabat anda yg dulunya sesat dan leka..tapi dengan kuasa Allah dia berubah...sy yakin anda akan jadi manusia yg paling gembira melihat perubahan tersebut.....

muhasabahlah diri kita sendiri...sahabat jenis apa kita ni..sahabat yg mengajak ke syurga?atau mengheret ke neraka?jika kita inginkan sahabat yg baik2....yg soleh/solehah...kita harus bertindak..yang baik itu tidak jatuh dari langit..kita haruslah berusaha..bentuklah diri jadi sahabat yang baik...tanamkan sifat2 yg baik dalam diri....insya-Allah orang2 yg baik akan hadir dalam hidup kita...usah harapkan soleh/solehah hadir mengetuk pintu menghulur persahabatan andai jalan sesat yg kita pilih....

sekian....




ps: sesungguhnya segala yg buruk datangnya dari sy...dan yg baik2 itu adalah dari Allah....maafkan andai ada tersalah kata atau tersinggung rasa...

pss: harapnya bermanfaat...

psss: jom jadi sahabat syurga...^_^

perlu tutup atau perlu buka???? (>.<")

 dalam entry kali ni sy nk bercakap tentang satu isu yg juga sy ingin ingatkan pada diri sy sendiri....which is tentang aib....ape itu aib....AIB secara ringkasnya berdasarkan pemahaman sy adalah perkara2 yg jika diketahui org laen...akan mendatangkan rasa malu kepada diri kita atau org yg melakukan perbuatan tu...contohnya seseorang pergi ke tempat maksiat..atau jika dia ada rahsia yang memalukan dirinya..tu adalah aib bagi dirinya...

dengan pesatnye perkembangan dunia tanpa sempadan...semua perkara boleh dikongsi dengan semua org di seluruh dunia....wujudnya laman2 sosial seperti blogger,facebook,friendster dan lain2....medium2 ini adalah tempat yg mana kita sangat2 mudah memberitahu seluruh dunia apa sahaja yg kita mahu tanpa sebenarnye menyedari bahawa apa yg kite hebah2kan itu adalah salah....

Islam itu indah..Allah itu Maha Pengampun.....walau sebanyak manapun dosa yg kita lakukan...insya-Allah akan diampuni dosanya oleh Allah jika disertai taubat yang bersungguh2....kemudian setelah ditinggalkan segala kemaksiatan dan kesesatan tu..takpayahla disebut2 lagi.....simpan dalam lipatan memori..jadikan ingatan pada diri sendiri.....kalau kite sendiri buka aib kite....takke memalukan diri??dan dari satu sudut pandangan lain..seolah2 kita berbangga dengan dosa yg penah kita lakukan...nauzubillah.....walaupun untuk kesedaran agar org lain tidak melakukan perkara yg sama pun,aib diri TIDAK boleh didedahkan....cube beri contoh yg umum sahaja tanpa perlu merujuk kepada diri sendiri..malu kan kalau org tau dosa2 yg pernah kita buat..biarlah ia hanya antara diri kita dan Allah...sesungguhnya Allah mengetahui setiap apa yg ada dalam hati manusia tidak kira yg dizahirkan atau tidak....

selain tu jugak perlu kita hati2 dengan segala apa yg kite beritahu kepada rakan2 kite..usahlah berkongsi cerita maksiat...contohnye..."eh ko....taw tak...semalam aku pegi kelab XYZ ni..pergh gila ramai lelaki2 hensem...seronok aku malam semalam...."..ataupun "semalam kan aku g tgk wayang ngan boyfie aku...sweet kot tau tak die bagi bunga pastu siap bawak aku pegi makan kt kafe yg mahal tu.."..mungkin perkara ini adalah norma dalam kehidupan zaman moden ni...tapi sedar tak sedar kite seolah2 berbangga dengan semua maksiat yg dilakukan....n takde rasa malu langsung melakukan dosa...bukankah pakaian seorang muslim bertaqwa itu adalah rasa malu???atau kite hanya muslim sekadar pada IC???fikir2kan....

Semua umatku akan ditutupi segala kesalahannya kecuali
orang-orang yang berbuat maksiat dengan terang-terangan.
Masuk dalam kategori berbuat maksiat terang-terangan 
adalah bila seorang berbuat dosa dimalam hari kemudian Allah 
telah menutupi dosanya, lalu dia berkata (kepada temannya): 
Hai Fulan! Tadi malam aku telah berbuat ini dan itu. Allah telah
menutupi dosanya ketika di malam hari sehingga ia 
bermalam dalamkeadaan ditutupi dosanya, kemudian di pagi 
hari ia sendiri menyingkap tirai penutup Allah dari dirinya. 
(HR. Muslim)


sekarang mari pulak kite bercerita tentang aib orang lain..aib sahabat2 kite serta ahli keluarga kita....kadang2 kite mengetahui cerita2 atau rahsia org2 di sekeliling kita.....n tanpa kite sedar kite ter'cerita' kepada org laen.....walaupun mungkin cerita tu pada pandangan kita biasa2 sahaja.....tp mungkin adalah sesuatu yg memalukan bagi tuan empunya cerita tersebut...contohnya jika sahabat kita mendapat markah corot dalam peperiksaan...dan kita menceritakan perkara tersebut kepada classmates yang lain..meskipun niat hanya untuk berbual kosong..namun secara tidak sedar kita telah memberi malu kepada sahabat kita tadi.....
contoh lain adalah mendedahkan aib orang melalui penyiaran gambar2 di facebook misalnya....kite upload gambar sahabat2 kita dalam keadaan memalukan dengan tujuan untuk bergurau...kemudian kita tag lagi sahabat2 laen...secara taklangsung makin lama makin berganda orang yg dapat melihat gambar tersebut...sedar tak kita yg kite telah memanjangkan aib sahabat kite ni????bertambah malu lah dia nanti..n secara taksedar..makin bertambah dosa2 kita....ni ada hadis berkaitan pentingnya menjaga aib saudara sendiri...

"Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan 
hidup di dunia,niscaya Allah akan melepaskannya darinya kesusahan 
di hari kiamat,barang siapa memudahkan urusan
(mukmin) yang sulit niscaya Allah akan memudahkan
urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang muslim, 
maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat.
Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu senantiasa 
menolong saudaranya.Barang siapa menempuh perjalanan 
untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan jalan 
baginya menuju surga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu 
rumah Allah untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya 
bersama-sama,melainkan akan turun kepada mereka
ketenteraman, rahmat Allah akan menyelimuti mereka, dan Allah memuji 
mereka di hadapan (para malaikat) yang berada di sisi-Nya.
Barang siapa amalnya lambat, maka tidak akan disempurnakan oleh kemuliaan nasabnya."
(HR Muslim)

jadi secara kesimpulannya....berfikirlah sebelum berkata...berfikirlah sebelum menulis..berfikir sebelum menghebahkan apa2......kadang2 manusia biasa cam kite2 nie sering tersilap langkah....terbuat ape 2 yg taksepatutnya dibuat....jadi..biarlah hal2 dosa yg terlah kite lakukan...disimpan dan disenyapkan..biar hanya diri kita dan Allah yg mengetahui....segala keaiban sahabat2 kita...wajiblah kita diamkan....jgn panjang2kan kepada orang laen..jika mahu menasihati atau menegur....biarlah secara private....alangkan budak2 kecik pn malu kan kalau kena marah depan2 orang ramai.....ape lagi orang2 dewasa nie......tegurlah secara berdua sahaja...memarahi org laen depan public jugak membuka aibnya..ingat tu....

Imam Syafi’i berkata:
مَنْ وَعَظَ أَخَاهُ سِرًّا فَقَدْ نَصَحَهُ وَزَانَهُ، وَمَنْ وَعَظَهُ عَلاَنِيَّةً فَقَدْ فَضَحَهُ وَشَانَهُ
Siapa yang memberi mauizhah kepada saudara secara rahasia, maka ia telah menasihati dan memperbaikinya, dan siapa yang memberi mauizhah secara terbuka, berarti ia telah membuka aibnya dan memperburukkannya”

dan lagi satu bahaya memanjang2kan aib orang ni adalah boleh menjerumuskan kite ke dalam dosa fitnah.....sy amek semula contoh kat atas tadi..sahabat kite dapat markah corot dalam peperiksaan...dalam masa bercerita dengan classmate lain..kita menokok tambah cerita dengan andaian dan tuduhan takberasas seperti.."si fulan ni dapat markah rendah dalam exam..mesti dia takstudy sebelum masuk dewan exam ni...."..haaaaa...kan??tu kan fitnah dah tu....segala andaian yg takde bukti yg sering kita buat dalam hidup seharian2 kite nie....terzahir je di bibir...dosa fitnah jatuh ke atas kita....dan jika andaian kita tu adalah benar,jangan kite fikir kita bebas dari apa2 dosa...kerana bercakap perihal buruk tentang seseorang adalah dipanggil mengumpat..dan.ia juga adalah dosa...so...either way....kite mengutip dosa jugak..takkira fitnah atau mengumpat....

Nabi Muhammad S.A.W bersabda,"Adakah kamu semua mengetahui 
apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab:
Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya:
Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang
tidak disenanginya.Lalu ditanya oleh seorang sahabat:
Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar 
berlaku pada dirinya? Rasulullah bersabda lanjut:Jika kamu berkata 
mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti 
kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.
(Hadis riwayat Abu Hurairah),


 
jadi marilah kita sama2 berhati2 dalam kehidupan seharian kita..agar dapat mengelakkan diri dari mengutip dosa2 yg taksedar dek kite ni...memang perlu kita waspada dari melakukan dosa2 besar tapi jangan remeh2kan dosa yg taksedar ni....dosa2 ni mungkin menyulitkan urusan kita di alam sana nanti....

semoga entry ini bermanfaat buat semua readers dan juga menjadi ingatan bagi diri saya juga.......maaf jika entry ini ringkas..lebih bacaan tentang isu2 seperti yg sy sebut kat atas ni...leh la klik link2 di bawah ni......sesunggunya segala kelebihan dari Allah yang mengizinkan entry ini ditulis...segala kesilapan dan kekurangan datangnya dari diri sy yg lemah ni...allahualam.... 


ps: dari cerita tentang benda buruk ni takkisah berkaitan diri sendiri atau orang2 laen...lagi baik kite smpai2kan ayat2 cinta dari Allah...insya-Allah pahalanya berpanjangan....nk pahala ke tak???jom share2 ilmu....(^_^)

pss:  menyorok segala keaiban diri dan dosa yg dilakukan bukan bermakna kite hipokrit..tetapi itu adalah satu tuntutan dan kewajipan dalam Islam....sebarkan kebaikan...simpan keburukan....(~.~)

psss: terima kasih atas teguran demi teguran berkaitan isu aib ni.....


lebih bacaan..

(klik sini)
(klik sini)
(klik sini)
(klik sini)
(klik sini)


 

tertutup???indah??? YES!!!! tertutup itu indah!!!~~(^_^)*edited version*


gambar dipinjam dari blog ayap

 kesinambungan dari entry sebelum ni (klik sini)...saya masih ingin memperkatakan perihal aurat bagi wanita...

hmm.....

pernah terbaca dalam 1 buku tulisan seorang wanita kristian yang tinggal di dalam 1 komuniti arab....dia mengatakan bahawa tuntutan menutup aurat bagi wanita Islam merupakan satu oppression terhadap wanita...kekangan dan tekanan bagi wanita.....wanita Islam dikatakan tiada hak langsung untuk bersuara...keluar ke mana-mana harus disertai dengan mahram...tidak boleh keluar rumah tanpa tujuan yang penting...dan lain-lain lagi....penulis ini juga mengatakan hak wanita sebagai manusia dinafikan....segala isi tulisannya adalah hasil pemerhatian dan pengalaman penulis bersahabat dengan seorang wanita Muslim yang dijaga rapi oleh ahli keluarganya..sahabat Muslim penulis ni akhirnya dibunuh oleh keluarganya kerana telah memalukan keluarga kerana bercinta dengan seorang tentera yang beragama Kristian....oh ye setting cerita ini adalah di sebuah negara Arab..time frame adalah masa dahulu..bukan zaman sekarang....si gadis Muslim ni tadi merasa cemburu dengan kehidupan sahabatnya si gadis Kristian ni tadi...

so kite dapat assume yg si gadis beragama Islam dalam cerita kat atas ni..mengikuti segala tuntutan dalam Islam dengan keadaan yang terpaksa...oleh kerana itu wujud rasa cemburu dalam hatinya.....baek..berbalik kepada topik yg nk sy highlight kan dalam entry kali ni...menutup aurat....secara sukarela VS secara terpaksa....

pertama2 cuba kite tanyakan pada orang2 yg bertudung tapi sekadarnya ada...maksudnye yg bertudung jarang pendek dan singkat..plus dengan bonggol2 tu semua....kenapa mereka bertudung....jawapan yang akak kite perolehi mungkin seperti......sbb nk tutup aurat...sebab mak ayah suruhla...sebab nampak cantik tgk artis tu pakai dalam tv....dan mungkin dengan pelbagai lagi sebab2 yang tidak disandarkan atas kerana mengikut syariat Islam..mengikut kata Nabi....ikhlas kerana Allah..mungkin tidak adil bagi sy berkata begitu....mungkin hanya tekaan sy...tapi saya ada sebab sy yg tersendiri untuk berkata begitu...sebabnya adalah jika benar bertudungnya mereka itu lillahi taala...ikhlas kerana Allah, sudah pasti bukan begitu cara mereka bertudung....kerana kewajipan menutup aurat adalah lebih dari sekadar bertudung....

jika benar niat bertudung tu adalah untuk mengikut syariat yg digariskan dalam Al-Quran dan sunnah...tudung tu MESTILAH dilabuhkan hingga menutupi dada....tidak jarang..dan tidak menampakkan ape2 yg sepatutnya ditutup seperti batang leher...anting2 dan rambut.....dan seperti yg sedia maklum....dari aspek pakaian..mestilah tidak jarang..tidak ketat..tidak singkat....melindungi seluruh tubuh.....kecuali tapak tanga....jadi pemakaian hand-socks adalah sangat2 perlu....ramai yg mengambil mudah pasal kaki...kaki wanita juga adalah aurat(jika silap tolong betulkan)..jadi...perlu lah kan kite pakai stokin bile keluar dari rumah...tapi jika taksilap pembacaan sy yg sedikit ni....jika di dalam rumah..ade keringanan berkaitan pemakaian stokin ni...sebab almaklumla wanita kat rumah nk wat kerja rumah..jadi jika ada tamu di rumah..dibolehkan jika tidak berstokin..tapi...bahagian aurat yang laen..maseh WAJIB ditutup...

boleh jadi juga mereka2 yg takmenutup aurat secara sempurna ni takjelas tentang cara menutup aurat dengan jelas..yelah sbb kat sekolah biasanye ustazah cakap tutup aurat pakai tudung...jarang sgt ustazah cakap tudung kena tutup dada....kena pakai longgar2..sy tataw ustazah laen tapi ni berdasarkan pengalaman sy...jadinye....kite2 yg tau pasal cara menutup aurat yg sempurna ni..kena la ajar sape2 yang takreti tu..ye kan?jangan kite terus judge mereka tu..mungkin mereka kurang ilmu..so lets kite bagi tau kt dorg..tegur secara perlahan2..boleh baca lg info dekat sini(klik sini)


tapi..keadaan adalah berbeza..jika seseorang itu menutup aurat dengan tulus hati..dengan kehendak sendiri....caranya adalah berbeza...mereka akan mula mencari2 dan belajar cara yg betul untuk menutup aurat..bukan hanya mengikut sahaja.....dengan segala sumber2 di hujung jari je...macam2 boleh di akses..tinggal hanya MAHU atau TIDAK.....jika penutupan aurat tu disertai hati yang ikhlas...insya-Allah..tidak akan timbul perasaan tertekan atau rasa terpaksa bertutup2 semua ni...hati takkan sikit pn terguris bila ada mulut2 sumbang yg komen2 pasal pemakaian mereka...kata2 org akan diabaikan kerana hati telah terikat dengan Allah..risaukan pandangan Allah melebihi pandangan manusia lain...

saya sendiri pernah ditegur oleh seorang hamba Allah ni...."eh ni nak jadi teacher English mane la boleh pakai tudung labuh...ustazah bolehlah pakai tudung labuh...."..tu adalah antaranya...ade lagi macam2 remarks yg diterima..tapi..saya yakin...Allah tahu hati saya...Allah tahu niat sy....insya-Allah..Allah mudahkan urusan sy....ameen.....
     
                                                   


ni nk share lagi 1 entry yg best (klik sini)...

paling sy suke is kata2 ni...

"yang tertutup itu indah"

benar!!! sy setuju dengan kata2 tu....bukan saja inda dipandang..yg tertutup tu pun dapat rasa keindahannya..rasa dihargai rasa dihormati.... (^_^)



ps: sy rase sy ramai silent reader kot ekk......hehee...sila2 kan tinggal komen membina..macehhh sebab sudi dtg blog yg takde ape2 nie....


fuyooh..gileeer 'muslimah'...

uh uh....saket hati..saket hati..
protes!!!

grrr.....
sy yakin semua org pn skrg tgh hot dgn topic ni..
konpom....

pertama2 sekali sebelum sy meneruskan tulisan ini...nk sy tegaskan kt sini....tulisan kali ni TIADA LANGSUNG dipengaruhi isu2 kepolitikan....sy hanya menulis...sekadar menyuarakan pendapat sahaja...

"Barangsiapa yang melihat kemungkaran di antara kamu, maka hendaklah dia mencegahnya dengan tangan (kuasa ), sekiranya tidak mampu maka hendaklah dia mencegah dengan lidahnya, dan sekiranya tidak mampu (juga ) maka hendaklah dia mencegah ( membenci ) dengan hati, maka yang demikian itu adalah selemah2 iman"

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....

uh uh...camne nk setat ea.....oke...macam ni....mari kite belajar camne pemakaian yang dianjurkan ISLAM....

 seee?????da nampak tu cara penutupan aurat yang sebenar bagi seorang MUSLIMAH????Tudung labuh menutupi dada....baju longgar.....berstokin...hanya menampakkan MUKA dan TAPAK TANGAN...diulangi MUKA dan TAPAK TANGAN sahaja.....

tapi...sedihnye....ade segolongan pihak yang meremeh2kan isu ni....pakaian yang entah ape tah dipanggil fesyen...ketat....jarang..singkat..belah sane sini..n siap ade yg bareback lagik!!!

uhh..geram2....walaupun sy masih lagi berusaha membaiki diri agar berketerampilan sebagai wanita muslimah..tapi saya tahu bahawa menutup aurat bukanlah cuma menutup rambut atau berpakaian longgar atau labuh....menutup aurat adalah melindungi seluruh tubuh badan kecuali MUKA dan TAPAK TANGAN...

di mana2 saja terutamanya internet skrg da kecoh kan dengan isu festival fesyen muslimah(kononnya) yang dinaungi oleh you know who....segala macam fesyen yg nonsense diperagakan tapi dipanggil fesyen muslimah..aduuuh..maluuunyeee.....kate festival fesyen muslimah....tapiiiiiiiii...........yg memperagakan tu dah semuaaaaanyaaa seksi2....dah la dedah sana sini....berposing terliuk2 cam dahan pokok patah....memalukan.....macam tu ke imej ISLAM yang cuba ditonjolkan????

sebenarnye...isu ni kan da lame timbul...kebelambakan so called fesyen muslimah kat pasaran sekarang yang sebenarnya langsung tak mematuhi piawai pemakaian ISLAM sebenar....jarang....ketat....dan macam2 lagi la...tapi...bile festival fesyen ni jadi isu besar..makin ramai yg buka mata...Alhamdulillah..pasni ramai2 kite boikoit fesyen muslimah ntah pape yg ade kat pasaran pulak ekkk???

dengar2 kabar angin....nti ade plak ek festival tu kat mesia nie...arap2nye takjadi la..sebab sungguh2 memalukan....kate negara Islam tapi memperlekehkan Islam...aduyai...imejin org yg baru nk mengenal Islam..tapiii....tgk festival ni..ape agaknye yg dipikirkan???memburukkan imej Islam tu...uhuk8

haaa..lagi satu...melalui pemerhatian mata sy yang takberapa nk tajam ni....makin lame maken pelik la fesyen2 wanita kat mesia nieee....fesyen tudung da sekelian hal...baju2 lagi....aiyoook.....merosakkan pemahaman orang yang tak paham....kalau sesape yg da tau pasal penutupan aurat secara sempurna..mungkin dia akan tau bezakan ape yg patut n tapatot dipakai..tapi..kalau sape yg taktahu atau kurang tahu..kan da terjejas pemahaman mereka...uh uh...

AND ada jugak yg dah tahu..tapi..dek ekot pesyen...da jadi 2x5 org yg taktahu tu..mula dah jinak2 pakai tudung pendek sikit sebab nk ekot pesyen...mula dah pakai baju ikut2 body nie...atas nama fesyen.....haiiish..takpecaya???g je tgk kt tibi2..pendakwah2 wanita berstatus selebriti...pakaian..aduhaaaaaaaiii..sama galak cam artis2 tu..mekap muka..walaweh.....glamor u olss..mcm mane la tu kan nk jadi icon atau ekotan pada generasi2 muda.....

n lagi 1 isu yg hot is baju yg diperagakan malam tu...ade tulisan arab n nama junjungan besar kite Nabi Muhammad S.A.W dalm tulisan khat terbalik....sy terpikir..sejak akhir2 ni makin halus cara nk menyesatkan umat Islam...macam2 cara yg digunakan smpai kadang2 kite taksedar tu adelah penghinaan untuk agama suci kite ni ISLAM...dengan iklan yg ade mesej tersembunyi...event2 yg secara halus membawa unsur penghinaan tu..n now corak pada pakaian..nauzubillah..minx2 dijauhkan dari terbeli n terpengaruh dengan agenda halus ni....huhuhuhu....sape agaknye dalang di sebalik semua ni???

uhh...stress..

baeklah..sy pn da stress bercakap pasal nie.....pen off..

ps: tepuk dada tanyalah iman......

pss: takberminat nk letak gmbar fesyen 'muslimah' *muntah sekarang* ...malas nk share dosa org len yg terpaksa tgk aurat dekat belog ai yg chumel ni.....





 

Followers