Buscar

Páginas

Cari jodoh...1..2..3....


gambar kasik mood sikit....hehehe

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah wa syukurillah diberi kesempatan masa untuk akhirnya update blog yang dah lama terbiar ni....sungguh terasa masa mencemburui....insya-Allah kesempatan yang ada ni akan dimanfaatkan sepenuhnya...

Sejak beberapa bulan kebelakangan ni kerap jugak aktifkan diri untuk join sebagai volunteer event-event anjuran dari IluvIslam dan OneHeart Creative solution...bermula dari penyertaan untuk Konvensyen Fiqh di PWTC, tergerak hari untuk join volunteering untuk Konvensyen Bidadari Dunia...kemudian apply untuk event "A Moment to Remember bersama Oki Setiana Dewi dan Wardina"..seterusnya "Seminar Al-Fateh" yang mana Ust Hasrizal adalah salah seorang panelis yang mengemukan poin yang sangat bernas! Event seterusnya anjuran OneHeart adalah event bersama Professor Tariq Ramadhan, tetapi ketika event ni saya tak dapat sertai sebagai urusetia atas sebab masalah kesihatan...dan alhamdulillah minggu lepas, berpeluang menjadi volunteer/urusetia untuk "Seminar Baitul Muslim", juga anjuran OneHeart di Menara TM...



Kebanyakan slot tak dapat saya sertai atas faktor kepenatan dan kemengantukan..hehehe...hajat hati nak dengar slot pertama yang dikendalikan oleh Ustaz Pahrol, tapi pagi tu agak sibuk di kaunter pendaftaran...tapi Alhamdulillah slot kedua yang menjadi target iaitu slot Ustaz Zaharuddin dapat saya dengari secara penuh.....hehe...."Cari Jodoh, Langkah 1..2..3.."...tajuk yang buat saya tersenyum sendiri....hampir seminggu bertangguh-tangguh untuk berkongsi poin-poin dari UZAR berkenaan tajuk "Cari Jodoh, langkah 1..2..3.."...tapi hari ni ayuh saya kongsikan sedikit poin yang dapat saya catit....moga Allah bantu melancarkan tulisan ini..kalau ada kesilapan harap betulkan...apa yang saya tulis tidaklah 100% seperti yang UZAR perkatakan, tapi isinya ada insya-Allah bersama sedikit huraian dan respon dari saya.....bismillah...

Kata UZAR~~~

~ jodoh itu salah satu bentuk rezeki dan seperti rezeki yang lain, ia boleh diperolehi melalui jalan halal atau jalan haram...yang berbeza ialah 'rasa' barakahnya....

teringat satu ceramah yang didengari di Radio Rodja(live streaming kat internet)....rezeki kita ni Allah dah tetapkan dari awal...kalau Allah dah tulis dalam buku rezeki kita pada hari ini kita memperoleh RM100, kita akan dapat juga...cuma terpulang pada kita sama ada nak bekerja secara halal untuk dapat RM100 tu..alhamdulillah...kita akan dapat RM100 bersama keberkatan.....tetapi kalau kita memilih untuk mencuri dan merompak untuk RM100 tu, kita tetap akan memperoleh RM 100 tu tetapi berkatnya tiada bahkan berisiko ditangkap polis dan dikenakan hukuman undang2....

jadi, rezeki jodoh pun begitu juga...mahu dapatkan pasangan kita itu secara halal dan berkat iaitu selepas nikah...atau mahu berhubungan haram sebelum akhirnya berkahwin?berkat kurang...manis pun kurang....jadinya....BERCINTALAH SELEPAS NIKAH...^_^

~rumahtangga high class,high iman..asasnya adalah dari cara mencari jodoh...

cinta high class ni selalu dibincangkan oleh Ustazah Fatimah Syarha...sejujurnya belum pernah dengar talk beliau secara penuh..dengar begitu2 je....tapi logiknya memang begitu kan....siapa tak mahu berkelas tinggi...siapa yang suka digelar low class...siapa yang tak mahukan barang yang berkualiti tinggi.....kan? kan? kan?....tapi kenapa dalam soal bernikah kahwin, seolah2 kita tak kisah pun dapat yang low class....high class bukan maknanya hantaran sampai RM50 000, kenduri 7 hari 7 malam, kenduri dihadiri VVIP dan lain-lain penilaian material...tapi high class kat sini maksudnya ekslusif, special dan yang paling penting diredhai oleh Allah..pengiktirafan siapa yang paling kita perlukan tak lain tak bukan penilaian di mata Allah? biar manusia mengeji asalkan Allah redha......dan cinta high class ni asasnya adalah dari cara mencari jodoh..cara low class atau cara high class? jom kita teruskan pembacaan...akan ada nanti tips untuk mencari jodoh cara high class..insya-Allah...

~soal jodoh ni adalah urusan ghaib....tidak diketahui bila hadirnya...cepat atau lambat, hanya Allah yang tahu...tapi yang paling utama, persiapan diri....

JENG..JENG...JENG.....tajuk best ni....jodoh ni kena usaha...betul..tapi usaha macam mana? kena cari ke..kena tunggu ke?....ish..selalu runsing bila fikir pasal ni..nak cari malu..nak tunggu takut melepas...aha....*cakap kat diri sendiri*

antara yang boleh dilakukan adalah,

* Berdoa - dengan cara berulang-ulang....

Allah itu Maha Mendengar rintihan dan rayuan hamba-Nya......perlulah kita telusuri kisah dan hayati cara bagaimana sifat doa para Nabi dan para solihin..betapa doa mereka bukan sekadar meminta..mereka seolah-olah bercakap dengan Allah.....dengan segala ketulusan hati...yang mana mereka hanya berserah sebulat-bulat pengharapan kepada Allah....

[copied and pasted] Disebutkan di dalam permulaan surat Maryam: Ingatlah rahmat Allah swt kepada nabi Zakaria as, tatkala ia berdoa kepada Tuhannya dengan suara perlahan dan mengatakan:


رَبِّ إِنِّي وَهَنَ العَظْمُ مِنِّي وَاشْتَعَلَ الرَّأْسُ شَيْباً وَلَمْ أَكُنْ بِدُعائِكَ رَبِّ شَقِيّاً * وَإِنِّي خِفْتُ المَوالِيَ مِنْ وَرائِي وَكانَتِ امْرَأَتِي عاقِراً فَهَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ وَلِيّاً * يَرِثُنِي وَيَرِثُ مِنْ آلِ يَعْقُوبَ وَاجْعَلْهُ رَبِّ رَضِيّاً

“Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, ya Tuhanku. Dan sesungguhnya aku khawatir terhadap mawaliku sepeninggalku, sedang istriku adalah seorang yang mandul, maka anugerahilah aku dari sisi Engkau seorang putra, yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebahagian keluarga Ya’qub; dan jadikanlah ia, ya Tuhanku, seorang yang diridai”.[2]

Terdengar seruan dari sisi Tuhan: “Hai Zakaria, sesungguhnya Kami memberi kabar gembira kepadamu akan (beroleh) seorang anak yang namanya Yahya, yang sebelumnya Kami belum pernah menciptakan orang yang serupa dengan namanya”.

Nabi Zakaria as menjawab: “Ya Tuhanku, bagaimana akan ada anak bagiku, padahal istriku adalah seorang yang mandul?”

Dijawab: “Demikianlah, hal itu adalah mudah bagi-Ku; dan sesungguhnya telah Aku ciptakan kamu sebelum itu, padahal kamu (di waktu itu) belum ada sama sekali”.

Allah swt menganugerahkan nabi Yahya kepada nabi Zakaria dengan membawa kitab dan hikmah.

Allahu Allah..kisah Nabi Zakaria ini ada disebut dalam ceramah Sheikh Sulaiman Moola[KLIK] ni...dengar dan muhasabah...ada juga tips yang boleh diamalkan untuk memudahkan jodoh..insya-Allah....

* optimis,buang persepsi negatif

Lihatlah firmanNya di dalam hadith qudsi:

Sabda Rasulullah SAW bahawa Allah SWT telah berfirman: “Aku adalah seperti sangkaan hambaKu terhadap Aku. Dan Aku bersamanya tatkala Dia mengingatiKu. Sekiranya dia mengingatiKu dalam dirinya, maka Aku akan mengingatinya dalam diriKu. Sekiranya dia mengingatiKu di khalayak ramai, maka Aku akan mengingatinya di depan khalayak ramai yang lebih mulia(para malaikat dan nabi-nabi). Jika hambaKu mendekatiKu sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta. Jika hambaKu mendekatiKu sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Jika hambaKu mendekatiKu dalam keadaan berjalan, Aku akan mendekatiNya dalam keadaan berlari(cepat).” Hadith Qudsi Riwayat Bukhari dan Muslim. Hadith nombor 59 dalam Kitab Al-Wafi karangan Imam An-Nawawi.

definitely ini adalah langkah yang baik....bersangka baik pada Allah...buang segala persepsi negatif seperti, "Aku tak cantik, tu takde siapa nak kawin dengan aku.."..."aku tak layak...." dan lain-lain....sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita..kenapa kita seolah-olah meragui ketetapan jodoh dari Allah......optimislah....Allah ada sediakan jodoh untuk kita..mungkin dekat, mungkin jauh....sabar saja dong....yang penting siapkan diri! orang negatif akan keluarkan aura negatif dan menarik aura negatif juga...jadi positiflah.....mana tahu itu bakal menarik jodoh kita supaya semakin hampir?

* mencari jalan atau cara,jalan dan kaedah berkenalan yang diharuskan syara'

Islam tidak melarang kita berusaha mencari jodoh..asalkan cara itu tidak melanggar batasan syarak..masih ada limit, masih ada guidelines yang kena diikut.....UZAR ada menyebut beberapa cara seperti nazhar, ta'aruf

1) Nazhar  ataupun melihat calon isteri.....aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan, demikian itu tiadalah salahnya jika seorang syabab melihat terlebih dahulu wajah seorang muslimah sebelum melamarnya untuk menjadi isteri.....

2) Ta'aruf ataupun berkenalan....perkenalan ini boleh boleh berlaku antara syabab dan muslimah itu (ikhtilat dan batas dijaga dan sekadar perlu sahaja)....ataupun melalui orang tengah yang diyakini kewibawaannya...

*Istisyarah

istisyarah atau networking juga boleh menjadi salah satu daripada jalan untuk jodoh kita....apa itu istisyarah? secara ringkas UZAR menyebut istisyarah ini sebagai networking......caranya ialah dengan meluaskan jaringan ukhuwah dan hubungan dengan ramai orang..senang kata berkawan dengan semua orang...boleh jadi melalui kawan kita tu, adik dia ke, kakak dia ke, kawan dia ke adalah jodoh kita.........kan? dan mereka boleh jadi tempat untuk kita berbincang soal jodoh kita ni.....=)

*istikharah [KLIK] [KLIK]

yang ni dah banyak dibincangkan....soal jodoh itu perlu istikharah....minta pertolongan dan petunjuk dari Allah...sama ada pilihan kita itu terbaik atau tidak untuk kita...siapa lagi yang ada jawapannya kecuali Allah yang telah menetapkan untuk kita yang terbaik untuk kita....

dan istikharah itu tak semestinya melalui mimpi, ia boleh jadi melalui gerak hati..dan adakalanya gerak hati pihak yang satu lagi tu...banyak tanda-tanda istikharah yang dapat kita perhatikan...bagaimana tindak tanduk calon yang kita hendak pilih, terbukanya hati ibu bapa kita untuk memberi restu dan lain-lain lagi....yang paling penting, tidak boleh ada kecenderungan...baik untuk dia tak semestinya terbaik untuk kam...baik untuk kamu, tak semestinya terbaik untuk dia...

*tawakal, redha dan berserah

ini tak perlu explain kot...moh dengar lagu Permata Yang Dicari....hehee....


Ya Allah..jika dia benar untukku,
dekatkanlah hatinya dengan hatiku,
jika dia bukan milikku,
tabahkanlah hatiku dengan ketentuan-Mu...

T_T *lagu ni sedeh*


~~~~~~~berehat sebentar~~~~~~~~



UZAR kata lagi, tips untuk jodoh.......

~ kita boleh dapatkan bantuan ibu bapa, saudara mara atau siapa sahaja yang kita yakini wibawanya untuk mencarikan kita jodoh yang soleh dan solehah....arranged marriage tidaklah membawa keburukan asalkan adanya keizinan dari kedua belah pihak...insya-Allah.....

~ antara yang lain adalah dengan menyertai kumpulan dakwah yg ada khidmat baitul muslim....

~ menyertai aktiviti kebajikan dan seminar atau program keagamaan serta aktif dalam kerja2 kemasyarakatan...dalam soal ini, di samping dapat berbakti, dapat juga peluang bertemu jodoh sebagai manfaat sampingan.....jangan pulak join program sebab nak dapat jodoh....lepas kahwin terus je pasif dan tak beraktiviti lagi....NO NO NO...sepatutnya pernikahan sebagai motivasi untuk terus bergerak aktif....

~Melalui laman sosial, blog dan forum islamik.....
cara ni pun adalah cara yang baik asalkan ada batasnya....ingat, di alam maya pun ada syaitan.....mudah saja terpesong niat tu......



~menawarkan diri kepada lelaki yang soleh
yang ni..perigi cari timba...tak salah bahkan rumah tangga Rasulullah dengan Siti Khadijah, Siti Khadijah lah yang pertama memulakan langkah.....tapi melalui cara yang terhormat dan tidak menjatuhkan maruah sebagai seorang muslimah......^_^

seriously kagum dengan keberanian muslimah yang berani memulakan langkah......saya tak berani...*Ya Allah...mudahkan!*

*banyakkan istighfar dan bertaubat supaya doa tidak terhijab...insya-Allah..

*tambah amalan...

dan seperti yang dinyatakan sebelum ni, jodoh itu adalah rezeki....oleh itu,eloklah kita memperbanyakkan amalan yang boleh memebuka pintu rezeki seperti menyambung silaturrahim, banyakkan bersedekah dan lain-lain....

OH ya, teringat ada satu episod Semanis Kurma, Ustazah Norbahyah jugak ada memberikan beberapa tips untuk jodoh..

1) USAHA
2) UBAH PEMIKIRAN
3) AMALAN MERINGANKAN JODOH
a) solat taubat dan istighfar
b) solat hajat
c) puasa hajat(paling bagus masa birthday)
d) doa ibu bapa
e) doa alim ulama
f) doa diri sendiri


dan antara doa yang boleh diamalkan
1) surah yusuf ayat 4
2) surah yunus ayat 81 - elak sihir
3) surah al-qasas ayat 24 - hajat sungguh-sungguh




1..2..3..langkah praktikal

1) paling penting untuk kita kenal diri sendiri
     + ilmu - setakat mana ilmu yang kita ada...cukup tak untuk memegang tanggungjawab sebagai isteri/suami
     + pendidikan - di tahap mana pendidikan kita?
     +Sikap dan sifat diri - kelemahan dan kekurangan diri
     +Kewangan - mampu?tidak?mahu usaha?atau malas?

~ sebelum nak mencintai orang, terlebih dahulu kita perlu cintai diri kita...sebelum nak kenal orang, penting untuk kita kenal diri sendiri dahulu....=)


2) fahami pasangan bagaimana yang diidamkan...
   +Perkahwinan batu loncatan mendapatkan redha Allah....pasangan sebagai alat....jangan mengharapkan kesempurnaan...
   + jangan terbuai dek khayalan nak dapat yang sempurna
*suka iklan ni pasal perfection pada pasangan [KLIK]


3) apabila dah kenali diri dan ciri pasangan yang dikehendaki.....tanya pada diri, di mana individu begini wujud? Pergilah ke situ.....kalau nak lelaki yang dekat dengan masjid, joinlah kariah masjid dan aktiviti masjid berdekatan....kalau mahukan lelaki soleh yang berpendidikan, carilah di universiti...itu sekadar contoh.....bukan suruh jual muka atau apa, tapi buka jalan untuk mereka nampak kita...dan buka jalan untuk diri kita mencari calon yang sesuai...

next....

   + terdapat akses untuk ta'aruf? Jika tiada? boleh guna orang tengah....dengan cara ini, dapat memelihara maruah terutamanya muslimah yang mahu memulakan langkah mendekati calon suami pilihan... tapi, pastikan orang tengah itu diyakini akhlaknya

+ berjaya ta'aruf?? Yahoooo....ahahah..... Next step, dibolehkan untuk melihat wajah jika belum melihat secara dekat ataupun jika berniqab...

+ ketika bertunang, itulah tempoh untuk meneliti sikap bakal pasangan..baik kah..buruk kah...sesuai dengan kita atau tidak.....


Satu peringatan, dalam sebuah hadis yang  diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam bersabda;

Wanita itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya; kerana keturunannya; kerana kecantikannya; kerana agamanya. Pilihlah olehmu wanita yang beragama nescaya kamu berbahagia”. [HR Bukhari dan Muslim]


~~~~

*Proses kenal ciri...

1) Cara berpakaian....dalam soal menutup aurat,PERLU judge book by its cover...sebab seseorang akan pakai apa yang diyakininya.....Allah suruh muslimah menutup aurat..garis panduannya jelas....kalau tak ikut jugak,apa maksudnya? Pandai2 lah nilai ye...
  
2) Risikan tambahan melalui sumber amanah...boleh selidik melalui teman rapatnya untuk mengetahui sikapnya yang mungkin kita tak dapat lihat.....pemarah, perengus, suka merungut ke dan lain-lain....salah satu cara mengetahui kelebihan dan kekurangannya....

3) Penting juga risik sama ada dia sudah berpunya?
-jika belum, telitilah sifatnya sebelum meminang..antara kriteria yang boleh diteliti terutamanya melalui laman sosial seperti FB dan blog serta lain-lain medium yang mudah di akses oleh public...
    *Perkataan - bahasa yang digunakan..sopan?kasar?
    *Baca tulisan - bermanfaat atau sia-sia?...ada unsur dakwah atau sekadar urusan hal dunia?melalui tulisan, kita boleh mendapat gambaran tahap pemikirannya, bagaimana dia berfikir dan tahap kematangan dirinya..
    *cara bergambar(jika ada gambar di facebook dll) - gedik?mimik muka mengada-ngada?ada tak gambar mendedahkan aurat? ikhtilat dijaga atau tidak...dan lain-lain ciri boleh diperhatikan... 
    *Tempat kunjungannya dan ulasannya - di laman sosial, biasanya seseorang akan update tentang tempat yang dia suka pergi atau tak suka pergi....perhatikan tempat yang sering dia kunjungi..jika kebanyakannya ada tempat hiburan seperti hard rock cafe....masihkan layak dijadikan isteri/suami?
    *Komentarnya di facebook? - ikhtilat di FB terjaga atau tidak? boleh nilai caranya berfikir..dan menggambarkan bagaimana layanannya terhadap orang lain...



    *Gaya pakaian,beg,kenderaannya - kematangan boleh dinilai juga melalui appearance..
     *Adab bergurau bersama rakan- bahasa kasar? unsur lucah?
     *Respon terhadap pujian lain jantina - *copy dari status UZAR jep lah*  

"Bila seseorang wanita post gambarnya di Facebook, kemudian ada orang comment, "Cantiknya awak.""Waah.. Comelnya", "isyh keibuannya wajah", "Ayunya" atau apa2 yang seertinya dengannya, khususnya dari lelaki bukan mahram atau juga wanita lain. Kemudian, apakah respond si wanita? Bagaimanakah response yang terbaik sebagai tanda dia seorang calon isteri solehah?.

Biasanya ramai wanita yang menjawab

"Thanks", "Terima kasih" atau "Alhamdulillah" atau "eh tak ada lah, biasa2 aja" (kononnya tawadhu') dan sebagainya. Adakah itu satu petanda akan sifat yang baik?


Menurut pendapat saya, perempuan yang baik, sangat elok untuk dijadikan calon isteri, ialah apabila muncul komen sebegitu, dia akan DELETE gambar tersebut daripada Facebooknya, tanpa sebarang komen lagi. (Antara point ini yang saya kongsikan sewaktu ceramah LANGKAH 1,2 3 MENCARI JODOH di Seminar Baitul Muslim pada 6 Okt 2012 yang lalu)


Namun yang lebih baik tentunya, tiada dipaparkan gambarnya yang cantik tersebut."

UZAR juga ada menyebut tentang beberapa hal yang perlu di ambil perhatian....

 +Lepas kenal(tunang),komunikasi dengan limitasi....paling baik dengan kehadiran parents atau mahram
 + gelenyar waktu berkenalan,membawa gelenyar lepas kahwin
+ dating utk berkenalan..NO NO NO
+ boleh menguji namun niat perlu benar-benar ikhlas dan menutup keaiban.
+Haram bergurau senda kerana itu adalah lorong syahwat(ketika berdua-duaan...telefon)
+awas fitnah masyarakat
+Fitnah dalam diri dan pasangan
+Awas bertukar gambar
+Awas hebahan umum sebelum di ijab kabul
+Jika tak jadi....anggap ujian...
+jika tiada jodoh...sangka baik pada Allah....kalau jodoh tak kemana...terus usaha....


*Tanda jodoh

UZAR kata, tiada tanda fizikal untuk menentukan orang itu jodoh kita atau tidak...jika pun jodoh kita berwajah seiras dengan kita, itu adalah ketentuan dari Allah....tetapi melalui pengalaman dan pemerhatiannya ada beberapa perkara boleh terjadi tika kita bertemu jodoh kita antaranya bila bertemu rasa berdebar-debar.....dan rasa malu tu lebih sikit dari bila berjumpa orang lain...*blush2*..jodoh ni tak semestinya melalui jalan mudah, adakala Allah sengaja me'rumit'kan jalan.....dan tanda yang paling tepat, istikharahlah....insya-Allah petunjuk terbaik adalah dari Dia....


Sebelum mengakhiri slot beliau, UZAR menekankan bahawa beragamanya seseorang itu boleh diperhatikan melalui tindak tanduknya seharian..adakah percakapannya berakhlak islam? beragamanya dia boleh di reflect melalui cara kerjanya....bekerja pantas..dan tidak membuang masa.....dan akhir sekali BERAGAMA TIDAK HANYA PADA ILMU AGAMA YANG ADA PADANYA, TETAPI SEJAUH MANA PENGAMALAN ILMU ITU...

~~~~~

ehem ehem...insya-Allah ni je yang ada dalam catitan saya...moga lah bermanfaat...teringat pulak komentar seorang panelis dalam forum juga di Seminar Baitul Muslim ni...beliau kata, "Kalau dah rasa nak kahwin tu, kahwin je lah...."hehe..kelaka, tapi ada benarnya..dilambatkan bila dah ada rasa, banyak musibah boleh terjadi kalau tak betul caranya....tp pastikan dan ready yerr...insya-Allah..meh baca sikit pasal marriage....[KLIK]

wallahualam.....sekian...=)



             JOM DENGAR MUFTI MENK CAKAP PASAL PERKAHWINAN[KLIK]

FIRMAN-NYA: Dan diantara tanda - tandaNya bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri - isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesa dengannya dan denganNya diantara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan balas kasihan, sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan - keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang - orang yang berfikir. (Ar-Ruum:21) 

ps: Barakallahulakum buat sahabat-sahabat yang telah bernikah dan bakal bernikah....^_^ 

 tangkapan di Seminat Baitul Muslim..moga ada masa menghabiskan..



11 luahan rasa:

Nur Zulaikha

perkongsian yg sgt bagus dan menarik..terima kasih kerana berkongsi..^_^
syukran jazilan.

amyno

Terima kasih...notes anda sgt baik..

khusaini yusof

trima kasih blogger...moga dengan pembacaan ini...insya-allah jdi panduan untuk saya untuk mncari calon isteri yang muslimah...Amin ya Rabb....

Anonymous

Kalau lah semudah 123

Anonymous

Assalamualaikum... sangat menarik tulisan yang dikongsikan. Bolehkah saya tahu bagaimana nak menyertai team sukarelawan?

Anonymous

Sangat bermanfaat..terima kasih :-)

ateh

mcm mana kalau kite terlalu malu bile terasa ada org suka kat kite? sya dah 34, susah nk buang prsaan ni

Norashikin Mesron

:(

DiaRi BeLog

Terima kasih atas perkongsian ini

Anonymous

sy nak masuk 31 dah. br terdesak sgt nak cari.perigi cr timba.

Anonymous

Sgt bermanfaat..tq ats perkongsian ilmu ni. Sy sk dgn nikilan saudari..😊😊😊

 

Followers