Buscar

Páginas

Erykah Badu : oversensitive VS insensitive

Assalamualaikum W.B.T


sihatkan iman kita hari ni?sudahkah kita bertaubat atas segala dosa yang kita buat secara sedar atau tak..semoga kita semua berada dalam lindungan Allah....


kali ni tergerak hati nak juga mencoret sedikit pandangan tentang kes yang kontroversi 2-3 hari kebelakangan ni...jarang sebenarnya saya nak cakap pasal perkara yang kontoversi ni..tapi hari ni terasa nak pulak tulis sedikit....moga Allah redha dan kalau ada silap salah, itulah semata-mata datangnya dari saya dan mohon teguran dari para pembaca sekelian....


bismillahirrahmanirrahim...


sebenarnya tertengok secara tak sengaja gambar Erykah Badu yang banyak tersebar di facebook..sambil tunggu makanan sampai kat restoran saje lah online sekejap kat fon...ternampak ada sahabat facebook share...bila bukak link tuh, alangkah terkejutnya bila tengok gambar seorang wanita berkulit hitam yang bertatukan nama Allah di kiri dan kanan bahunya..dan di bawah leher ada tatu bermotifkan sebuah piramid.....fikiran terus divert kepada illuminati yang memang tak asing lagi dengan artis hollywood nih...dan konsert dia dah diluluskan untuk dibuat di PWTC! terkejut kenapa konsert dia diluluslan untuk diadakan kat Malaysia...*saya sengaja takmahu tampal gambar beliau di sini*


so bila balik rumah, sengaja buat sedikit searching pasal Erykah Badu ni sebab tak pernah dengar pun siapa dia....bila google, memang ada banyak gambar dia, dan tatu tuh takde pun..tapi ada beberapa gambar dengan tatu tuh...cuba jugak search lagu dia...tertarik dengan satu lagu nih, tajuk dia 'The Healer'..tengok lirik dia...astaghfirullah......ada beberapa baris lagu yang sangat mencurigakan...
Humdi Lila Allah Jehova
Yahweh Dios Ma'ad Jah
Rastafara fyah dance, sex, music, hip-hop

It's bigger than religion
hip-hop
it's bigger than my niggas
hip-hop
it's bigger than the government 
(humdi luli lali lulo)
This one fa' Dilla, hip-hop
(humdi luli la, humdi luli la lilulo, humdi lulila humdi lulilaaa...)
sekali baca terasa macam "humdi lila Allah" tuh macam iras-iras ucapan Alhamdulillah....cuba dengar lagu tu...Ya Allah..memang lagu tu muzik dia semacam....slow dan creepy....dan seterusnya baris "It's bigger than religion..hip hop.." seolah-olah memperkatakan yang hip hop tu lebih besar dari agama....sejujurnya, lepas dengar lagu nih,muzik dia yang creepy tuh berlegar-legar dalam fikiran.....=(

sekarang ni hiburan memang tak dapat dipisahkan dengan masyarakat..pergi lah mana saja, kedai-kedai, restora-restoran, bahkan majlis perkahwinan banyak memasang lagu-lagu sebagai hiburan buat tetamu yang datang.....saya tak kata salah, memang tak salah...tapi kadang-kadang pilihan muzik yang tak baik ni yang jadi salah......sekarang,saya jarang dengar lahu, lebih-lebih lagi lagu inggeris yang berentak dasyat2 nih....sebab saya tak faham lirik dia....dan tanpa sedar ada unsur-unsur yang mensyirikkan Allah..dan menyimpang dari agama....contoh lagu kat atas nih je....

budak-budak, mindanya masih kosong..mudah sangat serap semua input yang masuk..cepat je diorang ingat lagu-lagu walau mungkin cuma sekali dengar je.....menonong je diorang akan nyanyi lagu nih tanpa sedar apa yang lirik tuh cakapkan....bahaya..bahaya sungguh...dan ada juga kalangan-kalangan anak muda yang secara semberono mendengar lagu-lagu orang putih ni sebab nak "in" atau ikut trend kawan-kawan..takkisah la ape pun yang mulut nyanyi ikut lirik tanpa faham...perlahan-lahan underlying message dalam lagu-lagu nih yang mungkin menyembah syaitan atau memuja,memberi kesan kepada hati dan iman mereka...muzik yang salah nih secara tak langsung boleh merosakkan akidah...dan tak melampau kalau saya katakan muzik-muzik yang bukan-bukan ni boleh jadi punca rosaknya akhlak remaja-remaja Islam masa kini...bibir yang sepatutnya digunakan untuk menyebut nama Allah dan perkara yang baik-baik, sebaliknya digunakan untuk utter perkataan-perkataan yang mereka sendiri tak faham maksudnya....naudzubillah moga diri kita,anak-anak kita serta generasi akan datang dilindungi dari anasir syaitan yang halus nih...

bila google lebih lagi pasal Erykah Badu ni, dia ada reputasi yang baik di barat sana kerana katanya dia seorang hip hoppers*entah betul ke tak* yang membawa pelbagai message kemasyarakatan yang baik....yang bahawa semua agama di dunia ini adalah satu.....Allahu Allah...kalau kita sokong apa yang Erykah Badu bawa ni, bukan ker kita samakan taraf Islam dengan agama lain, sedangkan Islam itu agama yang benar..Allah itu tuhan yang satu...tiada tuhan selain Allah!

Erykah Badu dikatakan seorang five percenter....seorang yang beragama five percent yang sangat popular dalam kalangan orang berkulit hitam..mereka dikatakan satu cabang Islam tapi bukan dari sudut agama tapi lebih kepada politik punya Islam..yang nih saya tak berapa faham....tapi saya rasa macam kalau Erykah Badu punya konsert diadakan di Malaysia, ada unsur tak baik yang dibawa sekali.....lebih menakutkan bila terfikir mungkin Erykah Badu mahu menyebarkan fahaman five percenter ni kepada masyarakat Malaysia..sepertinya five percenter nih sangat bercabang dengan Islam yang sebenar...cukuplah fitnah terhadap islam yang sedia ada nih...naudzubillah....

ada juga saya terjumpa article pasal Erykah Badu bahawa Starbuck's merupakan pihak yang bertanggungjawab menaja konsert dia....kita tahu kan Starbuck's ni sangat mempunyai perkaitan rapat dengan Yahudi? jadi fikiran logik akal kita mungkin dapat meneka atau menyambung perkaitan antara apa yang Erykah Badu cuba bawa dalam "movement" dia nih...
di bawah nih ada beberapa websites yang boleh dibaca untuk lebih kefahaman apa yang saya cakap kat atas nih...


nak highlightkan sikit apa yang saya terbaca mengenai five percenter...

-ALLAH- in this belief system is not just one person. it is an acronym that stands for Arm Leg Leg Arm Head, (human body parts) which implies that each Asiatic Blackman(sic) is his/her own God. 

bila ada orang kata yang Erykah Badu cuma sekadar membawa message yang baik..takkan harm apa-apa pun....tapi..tengok kat atas nih..Allah itu tuhan kita yang SATU...tapi tengok apa maksud allah dalam fahaman diorang...anak-anak Islam yang masih mencari jawapan bagi pelbagai soalan berkaitan agama,mungkin saja terpengaruh dengan message yang salah ini, dan akhirnya menuju ke jalan yang sesat..dan puncanya dari apa?cuma dari seorang penyanyi yang kita iktiraf membawa message yang baik....naudzubillah...

alhamdulillah....tak lama kemudian dapat tahu yang konsert Erykah Badu dibatalkan....alhamdulillah wa syukurillah!tapi.....sangat mengecewakan bila ramai juga yang kecewa kerana konsert ini dibatalkan...isu yang kebanyakannya bawak ialah, kenapa konsert Erykah Badu dibatalkan hanya kerana tattoo yang dia ada.......malah ada yang lebih sinis mengatakan, "kalau macam tuh semua artis kena buang tattoo atau tak nanti tak dapat jadi pengacara kat Malaysia.."

tambah kekecewaan saya banyak artis yang memberi remarks sebegini adalah seorang yang beragama Islam.....memang,takde masalah buat seorang non-muslim bertattoo....tapi dalam kes Erykah Badu nih, tattoo dia berkalimahkan nama Allah...tidakkah kita merasa tersinggung Allah dipersenda?

wahai kalian yang tidak mahu memahami atau benar-benar tidak faham..ini bukan isu tattoo semata-mata...tapi isunya tattoo itu berkalimahkan nama ALLAH..tidakkan kalian tersinggung??

teringat ceramah Mufti Menk, bila ada orang dalam cubaan mempersenda Islam, Al-Quran mahupun mempersenda Allah sekalipun, orang tuh sebenarnya bukan menyakitkan Allah, tetapi mereka harm diri mereka sendiri..tapi itu tak bermakna sebagai orang Islam, kita boleh biarkan saja.......at least,teach her a lesson..supaya lebih hormat...ada respect terhadap agama Islam...

benar, tattoo nama Allah tuh bukan permanent tattoo..ia cuma body paint untuk video clip....katanya sebagai penghormatan untuk agama Islam....for me, itu bukan caranya...if benar she wanted to show respect, she can start by wearing proper cloth for our newspaper.....

Islam tuh bukan menghalang hiburan, tapi hiburan yang baik-baik dan mendekatkan kita kepada Allah dan rasulnya..bukan hiburan yang lagha dan sia-sia...teringat konsep wasatiyyah yang saya belajar di konvensyen fiqh ummah......be moderate...memang Islam ajar kita bersederhana dalam kehidupan...tapi bukan bermakna dengan bersederhana kita berkompromi dengan apa yang Islam ajar....bukan berkompromi dengan perkara yang secara terang menyalahi syariat! bukan dengan maksud bersederhana kita biarkan orang bukan Islam bertindak sesuka hati menghina Islam,bukan dengan orang bukan Islam cuba mempengaruhi anak-anak Islam supaya jadi seperti mereka.....sepatutnya kita yang mempengaruhi orang bukan Islam supaya tertarik untuk kembali kepada Islam..bukan kita yang pergi menyerupai orang bukan Islam....

apa pun, setiap non muslim adalah potential muslim..jadi saya takde hak untuk menghentam Erykah Badu atau sesiapa saje..hidayah itu milik Allah dan Dia boleh berikan hidayahnya kepada sesiapa sahaja......entry ini cuma sedikit dari pendapat saya mengenai isu Erykah Badu ni...semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua yang tersasar dari jalan yang benar....

saya tak katakan apa yang saya tulis nih 100% benar....ini cuma berdasarkan pendapat saya yang serba dhaif ni....kalau benar, alhamdulillah..kalau saya silap, mohon teguran....cumanya, keadaan dalam Malaysia semakin membimbangkan...majlis ilmu semakin melata, tapi bertambahnya majlis ilmu, majlis maksiat tidak kurang rancaknya......cukup-cukuplah maksiat kat Malaysia ni..jangan sampai Allah turunkan bala, masa tuh semua kekesalan tiada guna lagi.....baru Allah turunkan hujan kita dah melalui pelbagai kesusahan......=(

murka dan laknat Allah itu taktergambar dek akal....memang Allah itu Maha Pengampun, tapi kita jangan lupa bahawa Allah bersifat murka....moga Allah melindungi kita semua...amiin...

Wallahualam...


ps: i cannot see any benefits of this kind of concerts especially those promoting maksiat*regardless whether it is from abroad or local entertainers*...if any of you can give me even one benefits, do leave your comment..=)


pss: mungkin sedikit tulisan saya hanya sekadar kata-kata bahkan dipandang sepi dan tidak dapat mengubah apa-apa....tapi moga dengan yang sedikit ni, ada yang mampu mendapat manfaat dan mengambil yang baik jika ada..insya-Allah...


psss: kita mungkin tak dapat mengubah seluruh dunia, tetapi kita mampu berusaha mengubah arah anak-anak kita nanti..moga Allah tunjukkan jalan yang benar dan membantu kita melaluinya....amiin...

Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka). (Al-Israa' 17:65) 
 

Followers