Assalamualaikum W.B.T....
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W...
para isteri, kaum keluarga dan sahabat baginda...
Alhamdulillah masih diberi nafas untuk terus hidup di bumi Allah ini.....azam mahu menyumbang semaksimum mungkin supaya termanfaat kesempatan hidup yang dah diberikan oleh Allah....walau saya tahu bahawa apa yg saya tahu amaaatlah sedikit dari seluruh ilmu Allah yg ada ni...namun rasanya tidak salah saya menyebarkan sedikit apa yang saya tahu..dan mudah-mudahan akan ada lebih ramai orang yang sudi memberikan sedikit ilmu mereka kepada saya..amiin..mudah-mudahan begitulah hendaknya....
setiap perasaan yang hadir dalam diri datangnya dari Allah yakni yang mencipta dan menentukan kehidupan kita di dunia ini....namun begitu kitalah yang harus bijak dalam menggunakan apa yang telah diberi...supaya di masa depan kita tidak akan menyesali dengan apa yang telah kita lakukan sepanjang hayat kita....
perasaan rindu, marah, sayang, benci, sedih dan lain-lain perasaan ditimbulkan oleh Allah sebagai satu bentuk ujian bagi manusia....sesungguhnya Allah lah yang memegang hati-hati manusia....dan apa jua perasaan tidak akan timbul jika bukan dengan kehendaknya....contohnya perasaan marah,setiap manusia yang normal pasti akan merasa marah...tapi yang membezakan setiap manusia adalah bagaimana perasaan marah itu ditangani...andai kurang imannya sudah pasti kemarahan akan meletus.....emosi menjadi tidak stabil...dan lain-lain lagi....tapi andai kuat imannya, rasa marah yg hadir akan disulami dengan rasa sabar....dan ingatan-ingatan terhadap Allah..dan akhirnya rasa marah mampu dikawal dan dihadapi dengan penuh rasional...masya-Allah....subhanallah....Allahu Akhbar.....Engkau golongkanlah aku dalam golongan orang-orang yang bersabar....
begitu juga dengan perasaan rindu....perasaan rindu takkan hadir tanpa Allah yang meniupkannya ke dalam hati kita...terbaca di facebook...persoalan dari seorang gadis.....
Assalamualaikum, sya ade soalan ...smlm ade timbul perasaan rindu saya pada si dia...
beri nasihat....
adakah rasa rindu itu sesuatu yang salah????
pendapat saya.....perasaan rindu itu adalah salah satu anugerah dari Allah...tanpa rindu tiadalah perasaan sayang....tetapi AWAS....rindu juga memudaratkan....ada kerinduan adalah patut...dan ada kerinduan yang harus dilawan sama sekali...
contohnya jika kita merindui ibu bapa kita yang jauh di mata....sampai menangis-nangis rindu nak jumpa mereka...menitis-nitis airmata ketika mendoakan mereka...masya-Allah....sesungguhnya kerinduan itu bukanlah sesuatu yang salah..bahkan digalakkan....alangkan menatap wajah mereka pun boleh dapat pahala...merindui mereka juga insya-Allah ada pahala yang menanti......
jika perasaan rindu itu mendekatkan diri kita dengan Allah serta membantu meningkatkan keimanan kita terhadap Allah..silakan...silakan rindulah siang dan malam....rindukan syurga Allah..rindukan rahmat Allah..rindukan syahid....rindukan redha serta keberkatannya...rindukan Nabi Muhammad S.A.W....rindukan sahabiah yg membantu perjuangan menuju ke jalan-Nya...silalah..sila rindukan perkara yang Allah suka....
tapi menyedihkan bila rasa rindu yang suci ini dicemari dengan rindu yang tidak sepatutnya..ingatan terhadap buah hati melebihi ingatan terhadap Allah...kerinduan terhadap kekasih yang disayangi melebihi rindu terhadap Rasulnya...rindu nak berjalan-jalan bertemu mesra dengan buah hati melampaui rindu terhadap perjuangan menegakkan Islam....* Ya Allah ampunkan hamba-Mu yg khilaf ini andai ada ruang di hati ini yg telah digunakan sewenangnya..ampunkan dosaku andai ada rinduku yg tersilap aku menyalurkan...hanya pada-Mu ku memohon keampunan..*
lebih salah lagi bila rindu yang lahir dizahirkan dengan cara yang salah...sudahlah rindu pada yang taksepatutnya...disulami pula dengan pujuk rayu..luahan rasa rindu yang mendayu-dayu..dan seterusnya membawa kepada khayalan dan hanyut dalam lautan cinta*kononnya*.....takcukup dengan itu jalan-jalan syaitan menyusup dibuka dengan seluasnya..berpunca dari perasaan rindu atau lebih tepat nafsu kerinduan...terjadinya kemungkaran yang lebih besar seperti dating dan penzinaan.....
pernah juga saya mengingatkan rakan-rakan perihal bahayanya percintaan sebelum berkahwin walau ada yang mengatakan kami tak buat maksiat pun...masih reti jaga diri....tapi apa pun yang saya perkatakan...mereka akan membidas dan berkata macam-macam demi mempertahankan apa yang mereka rasakan betul....ye lah apa yang kita sukai mest nampak baik je di mata dan apa cara pun kita akan menegakkannya..lumrah sifat manusia...walau pun perkara itu sebenarnya menyalahi aturan agama...mudah-mudahan Allah menyedarkan mereka....
alah berckp mmglah senang..nanti kite tgk kalau tice ni dilamun cinta..agak2 ingt lagi tak die ape yg die ckpkan pada kite ni....
ni lah balasan salah seorang yg menegakkan bahawa tiada salah mereka berkapel.....
memang tak saya nafikan saya ni juga manusia biasa yang pernah melakukan silap..berbohong andai saya katakan saya tidak pernah merindui seseorang yang tidak halal bagi saya..bohonglah andai saya katakan diri ni dan hati ni terlalu suci sampai tidak pernah melakukan dosa...pembohong besarlah saya andai saya katakan itu semua.....cuma tulisan ini merupakan sedikit peringatan buat diri saya dan semua yg membaca.....
andai ada rasa rindu yg tak sepatutnya ni....ada cara untuk kita mengatasinya...jangan dilayan rasa rindu ni kerana akibatnya akan merosakkan diri sendiri...cuba buang perasaan tu sejauh mungkin..campakkan rindu pada kekasih tu sejauh mungkin..hilangkan segala kesan dan sisa-sisa rindu tu....lakukanlah segala yang termampu asalkan jangan kita terus sahaja kalah dalam melawan rasa hati.....Allah bagi hati pada kita agar kita bijak mengawalnya...bukan mengikut saja kehendak yang pada hakikatnya adalah strategi syaitan laknatullah untuk menyesatkan anak Adam dari ingatan terhadap Allah....ini adalah ujian buat kita dan ganjaran yang besar menanti andai kita berjaya melepasinya...ingat....Allah tidak akan menguji hamba-Nya dengan sesuatu yang tidak mampu baginya...
kata kuncinya hanyalah LAWAN...lawan perasaan kita tu dengan sesungguh-sungguhnya....ingat Allah banyak-banyak...zikirkan Asmaul Husna.....tasbih.....takbir....tahmid.....hinggalah segenap ruang hati kita dipenuhi kalimah suci Allah....ambil wuduk serta bacalah Al-Quran....jika berkelapangan kita bukalah tafsir Al-Quran..hayati janji-janji yang Maha Agung yg termaktub dalam kitab suci kita tu...gunakan akal dan fikir.....janji buah hati atau janji-Nya yg lebih pasti???
“Carilah hatimu sewaktu membaca al-Qur’an, jika kau tidak temui, maka carilah hatimu ketika mengerjakan solat…Seandainya tidak temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati, jika tetap gagal menemuinya…berdoalah kepada Allah, pintalah hati yang baru…”
sesungguhnya rasa rindu ni akan melemahkan semangat serta ingatan kita pada Allah.....waktu yg biasanya rindu ni memuncak2 adalah pada waktu sebelum tidur....waktu malam yg sunyi atau waktu kita bersendirian...pada ketika inilah kita biasanya membiarkan otak menerawang berfikir..syaitan akan mula membisikkan nama someone sampai kita hanyut dalam ingatan2 'kenangan manis' hingga akhirnya ingatan terhadap Allah terlucut dari pandangan.....
~janganlah taksub dengan cinta manusia yang hanya sementara...apalah gunanya cinta manusia jika mengundang kemurkaan ALLAH..cintailah Dia, tiada penyesalan dalam hidupmu..yakinlah dengan janjiNya~ indahnya hidup bersyariat~
kerana itulah Islam menganjurkan umatnya berzikir tidak kira di lidah atau dalam hati pada setiap masa dan ketika...agar syaitan tiada ruang untuk menyelit dan menyesatkan kita....penuhi hari2 kita dengan perjuangan menegakkan Islam walau apa yang kita lakukan adalah sekecil2 tindakan contohnya seperti menulis status yang berunsurkan nasihat...di samping mengingatkan rakan2 fb...kita juga boleh mengingatkan diri sendiri..ya lah kan manusia ni mudah lupa....
jika dengan mengingati Allah juga tidak mampu mengusir rindu tu..apa kita kita cuba ingat mati....bayangkan betapa sakitnya mati....cuba fikir balik apa baiknya ingatkan buah hati kerana andai esok ajal menjemput kita...terpaksa jugak kita tinggalkan si dia....
cuba fikirkan syurga yang menjadi destinasi pilihan kita yang terakhir....atau anda memilih mau kekal di neraka??nauzubillah....
bayangkan betapa 'mahal' syurga tu...bukan mudah kita nk masuk syurga.....dah banyakkah amal soleh yg kita lakukan...layakkah kita menjejakkan kaki ke sana?atau layakkah kita hendak mencium baunya????
cuba hitung2 kemungkaran yg dah kita lakukan setiap hari....cuba kira2 dosa yg dah kita kumpul setiap saat dan detik....dan entah2 skrg ni pun 'saham dosa' kita bertambah akibat dari apa yg dah kita laburkan sebelum2 ni dengan dosa yg kita taknampak.....Allahu Allah....hanya berfikirkan pasal ni sy da rasa takut yg teramat...uhuuhuhu.....takut terfikirkan amalan yg takseberapa sebanding dengan dosa yg dah dilakukan..
merindukan org yg tidak halal bagi kita pun dikira berdosa....zina hati....dan sebab itulah kita perlu sangat2 LAWAN perasaan rindu ni..kerana semakin dilayan pasti akan semakin merebak.....
ayuhlah kita sama2 berusaha dan bermujahidah dalam melawan virus hati ni....sememangnya jalan mujahidah ni pahit....sakit dan payah..tapi yakinlah pada janji-Nya...setiap titis air mata yang merindui-Nya pasti dibalas dengan ganjaran dari Dia....namun setitis air mata merindui yg haram bagi kita,boleh saja menjadi seperti minyak yang memarakkan api neraka yg membakar diri kita di sana nanti..nauzubillah....
setiap anggota badan yg dikurniakan Allah pasti akan dipertanggungjawabkan kepada kita di hari pembalasan...anggota2 inilah yang akan menjadi saksi kepada setiap kemaksiatan yg telah kita lakukan..jadi seharusnya dari sekaranglah usaha menjaga hati harus kita mulakan..singkirkan segala anasir2 yg tidak patut....walaupun hati hanyalah segumpal darah..namun dari hatilah lahir semuanya...buruk dan busuk hati seseorang itu..buruk dan busuklah dirinya....
seorang kakak pernah menasihati saya.....andai perasaan pada seseorang lelaki itu telah menjadi sangat kuat....andai rasanya rasa rindu itu tidak tertahan dan tidak terlawan lagi.....mohonlah dipercepatkan jodoh dengan orang beriman.....supaya yang haram boleh menjadi halal...dan yang dosa berubah menjadi pahala yang tidak bertepian.... berkahwinlah..walau bukan dengan lelaki yg asyik dirindui siang dan malam... kerana dengan berkahwin dapat mengubat penyakit rindu....pabila terlafaznya akad...secara automatik akan ada ruang untuk rasa sayang terhadap suami dan akhirnya si dia yg dirindui akan luput bersama bergeraknya waktu....soal jodoh adalah hak Allah yang menentukan...dan hati manusia juga Allah yang kawal....teruskan berdoa dan berdoa.....jawapan kepada cinta adalah perkahwinan....perkahwinanlah yang menyempurnakan kebahagiaan seorang wanita.....bukan soal siapakah yg menjadi suami...tetapi perkahwinan itu sendiri adalah jawapannya....selebihnya bertaqwalah kita pada Allah...kerana denga ketaqwaan hidup kita akan sentiasa tenang dan berada di jalan yang diredhai-Nya.....
namun andainya doa dipertemukan jodoh kita tidak dimakbulkan Allah..janganlah berhenti berdoa dan berputus asa..kerana Allah mempunyai sebaik-baik perancangan buat diri kita..teruskan berusaha..berdoa..dan seterusnya bertawakallah pada Allah......
saya sedar saya akan sentiasa di uji dengan apa yang kita perkatakan kerana memang hakikatnya berkata-kata lebih mudah dari melaksanakan..dan andainya perkara yang saya perkatakan menimpa diri saya...mudah-mudahan diri ini akan terus kuat dan mampu melawannya....apa-apa moga saya mampu berpegang kepada Al-Quran dan hadith pada setiap aspek kehidupan saya...moga-moga akan termimpin jalan hidup saya di dunia ni..amiin...
niat saya memperkatakan hal ini semua bukanlah untuk menunjuk hebat atau berniat menyinggung hati sesiapa tapi tidak lain hanya sekadar peringatan buat rakan-rakan yang saya sayangi.....saya pernah melakukan kesilapan...dan saya tidak mahu andainya kalian juga melalui perkara yang sama....saya menulis.....dengan harapan untuk menyampaikan sedikit ilmu yang saya ada....dan yang paling penting sebagai peringatan untuk diri saya sendiri.....
saya yakin yang membaca coretan saya ini punya akal untuk berfikir dan menilai....kalian ambillah yang baik..dan yang buruk harapnya sudi kalian tegur.....saya terbuka menerima teguran....
kesimpulannya,setiap manusia pasti diuji dengan pelbagai bentuk perasaan dan emosi...andai betul caranya kita menangani setiap rasa yang hadir...Alhamdulillah..kita boleh dikira menang dalam perlawanan melawan diri....dan kita perlu ingat..kadang-kadang musuh yang paling sukar kita lawan datangnya dari diri kita sendiri..
wallahualam...
ps: ayuh teruskan langkah MUJAHADAH!!!!
pss: hari kekasih makin dekat.....jadi blogger2 Islam sekalian ayuh kite war-warkan kempen SAY NO TO VALENTINE'S DAY....semoga usaha kita yang kecil dapat menyedarkan mereka yang semakin hanyut.....
3 luahan rasa:
nice entry. well, thanks coz remind me. keep up the good writing. acece bi lak. ok As salam
syukran...
Alhamdulillah andai bermanfaat pada yang membaca...
teruskan menyinggah di sini yee...
=D
entry yg sngat brmanfaat..manusia blajar dr kesilapn...harap anti dpt teruskan lagi mnulis entry2 yg dpt membimbing masyarakat kita terutama remaja diluar sana...ana sngt suka entry anti ini...
Post a Comment