Buscar

Páginas

Saya mahu jadi muslimah mahfuzah...

Bismillahirrahmanirrahim...

tak sempat nak menulis panjang-panjang...sengaja nak share status saya kat FB tadi...sedikit cetusan rasa lepas dengan ceramah UZAR kat facebook....


muslimah berpakaian warna hitam/gelap/plain - "asyik hitam je..macam hantu kelubung..bosanlah tengok..tak xceria"
muslimah xmekap - "calit la sikit mekap...baru lah tak pucat jer muka...."
muslimah xbergaul tanpa perlu dengan lelaki - "sombong la...kan takat kawan-kawan biasa je..."
muslimah xcakap telefon/chat tanpa urusan dengan lelaki/tegas menjaga ikhtilat - "alah takat borak-borak je..bukan nak mengorat pun...."
muslimah tak ber'kapel' sebelum nikah - "macam mana nak cari jodoh yang serasi kalau tak rapat-rapat sebelum nikah..."
muslimah memilih untuk add lelaki di fb - "kawan fb jer pun...komen-komen...gurau-gurau kat wall...orang nampak..mana fitnahnya...."

sesungguhnya sebesar-besar fitnah buat kaum lelaki adalah wanita.....jadi wanita yang dicipta tinggi tarafnya perlu menjaga diri sebaik mungkin....biarlah pucat, kusam dan suram atau apa saja tafsiran pada pandangan cantik manusia, asalkan kita telah berusaha sehabis baik menutup diri dari fitnah...

dan CINTA itu fitrah dari Allah yang menciptakan manusia berpasang-pasangan..tapi itu bukan lesen untuk berkapel sana sini tanpa tujuan......suka? tetapkan matlamat untuk bernikah dah usahalah sehabis baik untuk mempercepatkan urusan pernikahan itu..jaga hubungan jaga hati..selesai usaha dengan cara yang menepati syarak....serahkan segalanya pada Allah yang berupaya membolak balikkan hati manusia..moga dipermudah urusan jodoh...

hukum Islam itu bukan mengongkong kehendak dan keperluan manusia....tetapi Islam itu agama yang paling memahami kehendak nafsu manusia..dan satu-satunya agama yang mana menyediakan panduan bagaimana nafsu boleh dijinakkan dan disalurkan dengan cara yang sepatutnya.....wallahualam...
*peringatan untuk diri sendiri yang selalu leka*
Ya Allah golongkan diriku dan sahabiah-sahabiahku serta muslimah seluruhnya dalam golongan yang terhindar dari fitnah...

Nih link ceramah UZAR...wajib tonton buat semua....banyak sungguh pengisian....



Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
Surah An-Nur ayat 31

Sungguh tidak ternilai......

JOM LIKE TICHER INA'S BLOG DI FACEBOOK
Bismillahirrahmanirrahim....

*entry ini adalah panjang dan tiada gambar..harap tidak bosan*

Selangkah ke tahun baru..semakin kurang umur kita kat bumi pinjaman Allah nih...semakin singkat masa untuk mengutip bekalan untuk dibawa ke dunia yang kekal abadi nanti....

agak-agak dengan datangnya tahun baru nih, ada tak azam dalam diri kita untuk jadi yang terbaik? mudah-mudahan ada...insya-Allah....

azam saje tak cukup..kena jugak usaha...sama lah macam bermimpi je makan nasi beriani tapi just duduk dalam bilik merepek-repek cakap teringin nak nasik beriani tapi tak buat apa-apa tindakan melainkan tulis kat facebook.....macam saye siang tadik....=.="

insya-Allah moga tahun 1433 nih akan jadi lebih baik untuk kita semua berbanding tahun 1432 yang telah menutup tirainya.....moga juga tahun 1433 nih saya akan lebih istiqamah dalam menulis blog dengan sesuatu yang bermanfaat...moga boleh menjadi bekal untuk saya di 'sana' nanti...kalau ada salah dan silap dalam menulis fakta atau apa....sila lah...tolong la tinggal komen...supaya dapat saya betulkan semula.....
sedikit info tentang asal usul tahun hijrah...mungkin ada yang belum tahu...saya pun sebenarnya baru tahu lepas tengok Ustaz Zahazan kat Al-Kuliyyah TV3 masa jumaat harituh...tapi petikan kat bawah nih bukan saya tulis....nih saya petik dari syahirul.com.....


Bulan Muharram adalah bulan pertama yang dipilih oleh Saidina ‘Umar bin al-Khattab untuk kiraan bulan bagi tahun hijrah. Maksudnya, dua belas bulan dalam satu tahun, Saidina ‘Umar al-Khattab r.a membuat keputusan untuk memilih Muharram sebagai bulan pertama bagi tahun Hijrah. Ini seperti bulan Januari bagi tahun masihi. Maka, telah berlaku salahfaham sesetengah pihak lalu menganggap Nabi s.a.w berhijrah dalam bulan Muharram. Itu andaian yang tidak tepat.

Di zaman Saidina Umar, umat Islam mencadangkan agar diwujudkan kiraan tahun bagi kalender umat Islam. Pelbagai cadangan diberikan termasuk dicadangkan tahun kelahiran Nabi s.a.w untuk dijadikan tahun pertama kiraan kalendar umat Islam Namun ditolak oleh Amirul al-Mukminin Umar bin al-Khattab r.a. Beliau kemudiannya bersetuju tahun Nabi s.a.w berhijrah dijadikan tahun pertama kiraan tahun dalam kalendar umat Islam.

Kemudian timbul pula persoalan bulan manakah patut dijadikan bulan pertama. Pelbagai cadangan diberikan, termasuk bulan Ramadan. Namun, Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab r.a menolaknya kemudian memilih bulan Muharram. Ini disebabkan bulan tersebut umat Islam baru sahaja menyelesaikan ibadah haji. Bukan kerana bulan tersebut Nabi s.a.w berhijrah

Kata Muhammad bin Sirin: Seorang lelaki datang kepada Umar dan berkata: “Tetapkan tarikh seperti mana orang bukan arab lakukan dengan menulis pada bulan tertentu dan tahun tertentu”. Jawab Umar: “Cadangan yang baik”. Mereka berkata: “Tahun bila kita hendak mulakan?”. Ada yang mencadangkan tahun kebangkitan Nabi s.a.w, ada pula cadangan tahun kewafatan dan lain-lain. Lalu mereka bersetuju tahun baginda berhijrah. Lalu mereka bertanya lagi: “Bulan manakah hendak kita mulakan?”. Ada yang mencadangkan Ramadan. Ada yang mencadangkan “Muharram kerana ia bulan yang orangramai baru sahaja selesai menunaikan haji dan ia juga termasuk dalam bulan-bulan haram”. Lalu mereka pun bersetuju menjadikan bulan Muharram bulan yang pertama. (al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/252, Beirut: Dar al-Fikr).

begitulah kisahnya...moga lepas nih kita semua lebih memahami tentang Islam....malu saya sebagai umat Islam tapi banyak tak tahu...takpe2....pasnih belajar lagik! *semangat*


pagi tadi masa tengah online ternampak ada sahabiah di FB yang share poster kat atas nih...tengok punya tengok rupanya kat Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi...tergerak hati nak pergi dan Alhamdulillah meski hujan lebat dan sakit kepala sedari pagi, sampai juga saya kat situ...sampai-sampai azan Maghrib baru berkumandang....parking kat luar sebab rasanya kat dalam memang parking dah penuh....memang ramai sangat orang...nampak ada pasangan-pasangan berpayung masuk kawasan masjid..ada yang bawak baby..ada pakcik yang takde payung lari-lari masuk kawasan masjid sambil berpayungkan sejadah....memang macam-macam lah gelagat orang....terasa betapa kecilnya diri nih bila selama ni asyik memilih jalan selesa untuk dapat ilmu....

perasaan time tuh entah nak cakap macam mana...rasa lain...mungkin selama nih tengok forum-forum nih dekat TV atau dengar radio je....bila tengok ramai orang terdetik risau jugak takut takde tempat...masa berjalan masuk dari jauh dah tengok tempat muslimah penuh..sampai kat koridor ada muslimah tengah bentang sejadah dan lain-lain...dengan kepala pening-pening, terfikir jugak kang buatnya pengsan sebab ramai orang nih mesti panas*PANGGGGG diri sendiri sebab banyak songeh...Allah..='(*

dengan Bismillah melangkah masuk dewan solat muslimat, jumpa satu tempat kosong dekat jugak dengan pintu....belum sempat letak beg, ada makcik tuh ajak solat sebelah beliau...ALLAH MAHA MENGETAHUI....makcik tu berdiri betul-betul depan kipas...dan tempat yang beliau ajak saya tuh jugak memang sangat dekat dengan kipas....terasa betapa ALLAH takkan biarkan hamba-Nya terbeban dengan apa yang tak mampu....dan solatlah saya dalam keadaan yang sejuk dan dengan izin-Nya lepas solat maghrib, beransur hilang sakit kepala saya......*terharu*

jadinya...hari nih saya nak share sikit lah apa yang saya dapat tadi...moga ilmu ini bermanfaat untuk kalian seperti mana ia bermanfaat untuk saya....

tajuk forum hari nih "HIJRAH KE ARAH PEMANTAPAN AKIDAH"...panelnye pulak memang bukan calang-calang orang..betapa rasa bertuah diri ini terpilih untuk berada di majlis ini.....kata-kata Tuan Guru Dato' Dr Haron Din serta panelis lain kadang-kadang buat bulu roma saya meremang...entah kenapa....tapi sepanjang forum ligat otak nih berfikir..menimbang dan bermuhasabah.....

mula-mula ucapan pembukaan...dalam ucapan tuh speaker sebut pasal serangan akidah dalam kalangan umat Islam kat Malaysia nih dan antara punca-puncanya....ada 4 punca yang disebut..

- kebebasan hidup yang melampaui batas..
-hiburan liar..
-krisis nilai;ekonomi,politik dan kemasyarakatan..
-sistem pendidikan yang gagal dalam membina akidah pelajar Islam..

kemudian beliau memberi cadangan bagaimana kita boleh berusaha untuk melawan serangan akidah nih..

-ibu bapa perlu pentingkan pendidikan al-quran dan akidah..

-masyarakat perlu hadir solat jemaah dan hidupkan aktiviti surau dan masjid..

-bersatu amar makruf nahi munkar..

masa pusingan pertama panelis banyak mengungkap sejarah permulaan episod hijrah Rasulullah S.A.W dari Mekah ke Madinah....dikaitkan isu keimanan dan pengorbanan....ada beberapa cerita di sebalik penghijrahan yang membuatkan saya terasa sangat kerdil..betapa tingginya keimanan umat terdahulu....turun sahaja perintah hijrah, ramai yang sanggup meninggalkan semua harta benda dan keluarga demi untuk bersama memperjuangkan Islam...

pertamanya kisah Shuhaib Ar-Ruumi...masa beliau hendak berhijrah ada kaum kuffar Quraisy yang cuba halang beliau...mereka katakan bahawa ketika Shuhaib tiba di tempat mereka Shuhaib datang dalam keadaan miskin...mereka tak membenarkan Shuhaib membawa apa-apa harta kekayaan jika Shuhaib tetap mahu berhijrah...dengan hati yang kental dan utuh, berhijrahlah Shuhaib seorang diri tanpa sedikit pun harta....Rasulullah S.A.W yang mendengar berita ini bersabda, "Beruntunglah  Shuhaib, beruntunglah Shuhaib, beruntunglah Shuhaib! Shuhaib telah mendapat keberuntungan"

yang kedua kisah seorang wanita yang berhijrah bersama anak kecilnya yang berusia 6 tahun kemudian tersesat dan walaupun begitu tetap teguh pendirian bahawa hanya Allah penyelamat mereka...

yang ketiga kisah Saidina Umar Al-Khattab yang terkenal dengan keberaniannya....ketika sampai perintah untuk berhijrah, Umar bertindak untuk berhijrah secara terang-terangan...dengan pedang tersisip di pinggang pergilah Umar ke kaabah bertemu dengan tokoh-tokoh Quraisy...Umar berkata dengan lantang,

"Barangsiapa yang sanggup menjadikan ibunya keseorangan disebabkan kematian anak, meletakkan anak-anak mereka menjadi yatim piatu lantaran kematian bapa, sanggup menjadikan isteri kesayangannya menjadi balu kerana kematian suami, marilah kita adu senjata di sebalik bukit ini esok." 

Ternyata tiada yang berani menyahut cabaran Umar itu...berhijrahlah Umar Al-Khattab ke Madinah tanpa ancaman dari musuh Islam....

Allahu Allah...cukup tiga kisah ini menyusup ke jiwa..betapa teguhnya iman mereka....terbayang jika diri hidup pada zaman hijrah itu..dengan iman yang sekecil-kecil sekarang nih, mampu kah diri ini berkorban untuk Islam...sekarang pun suka nak mengeluh=((

panelis jugak ada cerita perihal keakraban kaum muhajirin dan ansar yang disaudarakan oleh Rasulullah sesudah peristiwa hijrah....sistem saudara angkat yang diperkenalkan Rasulullah menambahkuatkan ikatan umat Islam pada ketika itu..paling tertarik saya dengan kisah Abdul Rahman bin Auf dan Sa'ad bin Rabi'...

Abdul Rahman bin Auf adalah seorang kaya di kota Mekah dan atas sebab itu Rasulullah membuat keputusan untuk mempersaudarakan Abdul Rahman dengan seorang kaya juga...meski Sa'ad bin Rabi' mengajak Rasulullah tinggal bersamanya, Rasulullah menolak lalu mempersaudarakan Sa'ad dengan Abdul Rahman...Sa'ad bin Rabi' dengan hati terbuka menerima Abdul Rahman sebagai saudara....

"Wahai Rasulullah, engkau menjadi saksi kepada kata-kataku ini...sesungguhnya aku mempunyai dua orang isteri, jika saudara Abdul Rahman sudi, pilihlah seorang dari isteriku ini...akan ku ceraikannya dan selepas tamat edahnya berkahwinlah engkau dengannya.." kata Sa'ad bin Rabi' kepada Abdul Rahman...

"Wahai Rasulullah bersaksilah engkau akan kata-kataku ini...janganlah Sa'ad bin Rabi' menceraikan mana-mana isteri...sesungguhnya aku baru sahaja berhijrah dan belum berkeperluan akan seorang isteri.." balas Abdul Rahman....*beliau sungguh macho!!*

"Saudaraku Abdul Rahman, aku merupakan seorang yang kaya..sudilah kiranya aku berikan engkau separuh dari hartaku..dan separuh lagi akan ku simpan buat diriku serta keluargaku.." tambah Sa'ad  bin Rabi'

sekali lagi Abdul Rahman menolak pemberian itu...bahkan Abdul Rahman meminta hutang sebanyak 10 dinar dan meminta ditunjukkan jalan ke pasar tempat orang berjual beli....dan memang Allah mentakdirkan Abdul Rahman sebagai seorang peniaga yang hebat...sekejap sahaja beliau berjaya mengumpul kekayaan yang kemudiannya diinfakkan ke jalan Allah...untuk menyokong setiap perjuangan Islam...

Maha Suci Allah...adakah lagi hartawan pada masa kini yang sanggup menggunakan hartanya ke jalan Allah seperti Sa'ad bin Rabi' dan Abdul Rahman bin Auf.....moga-moga ada..moga Allah memberkati mereka..

Tuan Guru Haron Din*kalau tak silap dengar* ada jugak mengupas tentang erti sebenar jihad..panjang lebar beliau kupas....tapi yang paling menarik kata-kata beliau yang saya nak kongsi..


"JIHAD itu maksudnya berusaha dan bertindak hingga penat dan lelah...kalau baru usaha sikit je dah mengalah..belum jihad namanya tu...."


masa pusingan kedua ada disebut kisah yang sangat-sangat-sangat-SANGAT menarik....tentang ulama dan pemimpin...nih petikan dari status facebook yang sempat saya type...kisah fudhail dan harun ar-rasyid...*boleh gugel sapa dia fudhail nih...dan saya sangat KAGUM!!*

Fudhail memegang tangan Harun Ar-Rasyid yang terasa lembutnya lalu berkata...



'' alangkah bagusnya jika tangan yang lembut ini tidak akan disentuh panasnya api neraka..''


menangislah Harun Ar-Rasyid ketika mendengar kata-kata Fudhail....



"mengapa kau berkata begitu wahai Fudhail..sepatutnya pemimpin kita gembirakan hatinya,bukan buat dia bersedih..." kata seorang menteri yg turut ada bersama...

"siapakah ini,Harun Ar-Rasyid?"

"ini menteriku.."

" berhati-hatilah dengan menteri sebegini...dia mungkin menyenangkan hatimu di dunia, tapi dia tidak akan dapat membantumu di akhirat kelak"

~~~~~~


Harun Ar-Rasyid bertanya kepada Fudhail, "mengapa rumahmu gelap? tiada minyak ke nak hidupkan pelita?"



Fudhail menjawab, "sengaja aku padamkan semua pelita di rumahku..kerana sepanjang hari melihatmu wahai Harun Ar-Rasyid dalam terang..siang di bawah terang matahari..dan malam istanamu terang dengan lampu pelita...aku takut engkau akan lupakan gelapnya kubur selepas engkau mati..."

Allahu Allah.....sekali lagi kagum saya dengan ketokohan ulama pada zaman dahulu..betapa ulama dihormati...meski pemimpin tertinggi ditegur oleh seorang ulama..pemimpin tersebut menerima dengan hati terbuka......


pabila ulama' menegur dan menasihati pemimpin, 
keberkatan akan datang...

tapi pabila teguran di anggap musuh, pabila nasihat dirasakan hinaan...macam mana kebaikan nak datang...

tuh kata seorang panelis....sapa setuju angkat tangan....*saya angkat tinggi2!!*

banyak lagi sebenarnya yang dikongsi..tapi setakat nih dulu yang saya kongsikan kat sini......semua dialog dan cerita nih diolah dengan bahasa saya sendiri berdasarkan apa yang disampaikan oleh panelis....kalau ada yang tersasar atau menyimpang sekali lagi, sudikanlah tegur atau tambah....saya manusia yang punya kadar pendengaran dan kebolehan yang biasa..mana tahu ada tersalah dengar atau tersalah tulis.....

dan sebagai penutup yang juga petikan ucapan penutup dari moderator forum tadi,

hanya sebuah negara yang punya akidah dapat mempertahankan dan melindungi akidah rakyatnya..
kalau negara tuh sendiri tak punya akidah,bagaimana akidah rakyat dapat dilindungi...

Wallahualam....

Sabda Rasulullah S.A.W, 
Sesiapa yang mempelajari satu ilmu yang sepatutnya dilakukan kerana mencari Wajah Allah, namun dia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan keuntungan duniawi, maka dia tidak akan mencium bau syurga pada Hari Kiamat.”

Bila rindu..........

Bismillahirrahmanirrahim...

Bila rindu...
ku masuk ke dapur bersama lappykuuu..
muekekeke...saje jerp tajuk nak gempak.....=P


siang tadi sedang bersenang-senang depan laptop sambil tengok telemovie kat astro, browse through la internet nih tengok resepi-resepi yang mungkin menarik untuk dicuba.....mostly resepi-resepi dessert lah....tetiba jer teringat baking plan dengan kak ticher nur...rancangnya nak buat pavlova..teringin katanya.....tapi belum berpeluang...huhu...


kemudian saje lah tengok cemana rupa nak buat pavlova ni..bahan-bahan senang ker susah...mana tahu boleh try...bila tengok..laaaaaaa....sikit je bahannya..tak susah pun......dengan rakus ayu-ayuan pergilah ke dapur tengok cukup tak bahan-bahan nak buat pavlova...
macam syok je kalau dapat buat hari ni....kata hati kecilku...
inilah antara stok bahan-bahan baking saya..^_^
bila tengok bahan-bahan cukup kecuali untuk topping dan hiasan....mulalah saya memunggah barang yang diperlukan sambil fikir nak guna apa untuk topping....pikir siap-siap nanti senang jek zaassssssssssss ker GIANT yang berhampiran...leganya hati sebab buah-buahan adalah lebih sesuai sebagai topping bergandingan sama whipped cream....teringat ada lagi cream dalam peti ais yang mak beli dah lama tak guna.....jadinya terbang lah terus pergi giant cari buah-buahan yang sesuai.....


sekembalinya ke rumah...keluarkan cream yang dalam peti ais...dah jadi kebiasaan cek lah tengok tarik luput.....kuciwa sungguh tengok beliau telah luput pada julai 2011...=.="


bahan-bahan da siap sukat......oven dah di pre-heat...mixer sudah berdiri megah bersedia untuk diputar.....dengan langkah longlai pergilah seorang ticher ina sekali lagi ke GIANT berhampiran untuk kali kedua....sampi jek kat sana..alamak..ada satu jenama je whiping cream nih..halal ker tak halal....ada pengesahan Halal...tp dari US..tengok bahan-bahan..ada emulsifier kod E ape tah....hp tak bawak plak nk cek halal ker tak..
tawakal ilallah saya beli dan bawak balik..


sampai jer rumah laju-laju online dan cek kat web HALAL JAKIM....alhamdulillah syukur!! status E itu adalah disahkan halal....lega...lega!


teruskan perjuangan kat dapur......dengan dimulakan bismillah segala step yang diajar oleh cik orang putih dalam website tuh di ikuti....selamatlah pavlova dibakar di dalam oven...
nak jugak lah share resepi pavlova nih kalau ada yang berminat.....
oh sebelum lupa! nak cerita sikit lah history pavlova sebagai pengetahuan tambahan...


PAVLOVA adalah meringue-based dessert ...meringue nih maksudnya makanan yang berasal dari putih telur dan gula yang dipukul sampai kilat dan stiff-peak.kadang-kadang diperisakan dengan vanilla dan gula atau ditambah asid seperti cuka dan lemon.....ada dua jenis meringue nih,Italian n French...lain makanan yang gune meringue jugak adalah macarons...tp macarons memerlukan lebih skill untuk dibuat kalau nk banding ngan pavlova....Pavlova nih dinamakan sempena penari ballet dari Russia, Anna Pavlova. Tekstur pavlova nih kat luar dia crispy sikit,cam kuih bangkit, tapi belah dalam lembut dan moist...rasa ala-ala marshmallow!

dan oh ye...meringue nih satu makanan yang bebas lemak...sebab walo ada lemak sebelum dibakar,tapi tuk jadikan putih telur break down ape smua..lemak da dihabiskan..jadinya...dari putih telur kita dapat protein....and dari gula tuh kita dapat carbohydrate.....^_^

ps: sebutan meringue ni buka meringu tau.tapi..merang..tap sebut ala-ala matsalleh....hehe...

hmm...selebihnya boleh la baca sendiri kut kat mana-mana...
okeh.sekarang untuk resepi....


bahan-bahan yang diperlukan...


putih telur dari 4 biji telur(approximately 120gm)
gula kastor 200g(tapi nih manis..leh kurangkan kalau mahu kurang manis)
1/2 sudu kecil vanilla essence(kalau dapat yang pure lagi mabless)
1 sudu kecil cuka makan atau lemon(ada jugak resepi guna cream of tartar)
1/2 sudu besar tepung jagung


cara membuatnya...

  • get readykan semua bahan-bahann siap sukat ape semua supaya tak kalut...
  • mula-mula baca Bismillah dan dan doa supaya menjadi sedap apa yang bakal dimasak nanti...
  • kemudian panaskan oven pada suhu 130 darjah celcius
  • alaskan baking paper kat atas dulang atau loyang...yang leper jer pun takpe...
  • pukul putih telur tadik sampai dia jadi soft peak *warna putih susu tapi masih separa pekat*
  • masukkan gula castor tadik sesudu demi sesudu sampai lah habis..
  • pukul pada kelajuan sederhana sampai jadi berkilat dan pekat atau biasa orang kata stiff-peak atau shiny peak....*cuba try amek sikit adunan tadi n rasa kat jari masih ada rasa kesat-kesat sebab gula tak hancur atau tak..kalau masih ada rasa ketul-ketul gula..pukul lagi sampai licin cam losyen tuh....*
satu cara nak tahu dah stiff-peak atau belum, boleh terbalikkan mixer bowl tuh..insya-Allah adunan tak jatuh...tuh tandanya dah menjadi dah meringue kita...alhamdulillah...
  • dah sudah tuh..masukkan esen vanilla n pukul sikit je sampai vanilla essence tuh rata..keluarkan bowl dari stand.
  • taburkan cuka dan tepung jagung tadi...kacau guna kaedah folding tuh secara perlahan-lahan...cara folding maksudnya ambil spatula getah..kacaukan dari bahagian luar adunan, kacau ke bawah dan lipatkan ke atas..kalau tak clear boleh tengok dalam video kat youtube...fold jangan lama sangat..agak-agak dah tara cuka dan tepung jagung tadi je dah cukup.
  • kemudian leh la sendukkan adunan tadi ke atas baking paper tuh....memandangkan pavlova ni biasanya dia irregular shape..terpulang pada chep la untuk buat bentuk,saiz dan ketebalan yang disukai....tapi biasanya tak buat tebal sangat..takut mentah pulak nanti bahagian tengah pavlova tu..
  • ratakan guna belakang pisau ke atau apa-apa alatan yang sesuai...kalau boleh bahagian permukaan pavlova tuh buat dalam sikit dari bahagian luar...jadi tengah-tengah boleh jadi cam perigi tuk letak whipped cream dan buah-buahan tuh....
  • dah puas hati dengan bentuk dan size...bolehlah masukkan oven...letak kat tray yang centre...boleh dibakar selama 60-75 minit ikut size dan ketebalan..atau masak sampai pavlova jadi warna cream yang pucat-pucat.
  • bila dah rasa masak, bukak sikit pintu oven tuh dan biarkan pavlova tuh menyejuk kat dalam tuh...

pavlova bila da masak, kita sentuh dia rasa cam keras tapi as it cools down akan ada cracking here and there and boleh nampak the marshmallowie texture kat bahagian dalam...
nih gambar 2nd round..yg 1st round dah diratah sebelum ada topping...=.="
okeh for the fun part...the serving....pavlova nih topping dia cuma letak immediately before nak makan..jangan pulak hias siap-siap then biarkan sampai esok..jangan-jangan!! sebab nanti pavlova tuh akan serap the whipped cream yang dah cair tuh n jadi lembek-lembek geli pulak.....huhu....



untuk hiasan boleh guna whipping cream yang dah siap tuh yang dalam spray tuh....
kalau nak buat sendiri boleh jugak.....resepi seperti berikut...


heavy whipping cream+gula castor secukup rasa+vanilla essence+pewarna *kalau nak warna lah...* dipukul sampaiiiiiii soft and fluffy...


spreadkan amount yang diingini atas pavlova tadik and boleh susun apa-apa topping yang digemari....contohnya gula-gula cam smarties ker gummy bears ker ape2lah....atau nak lebih berkhasiat boleh susun fresh fruits...kalau suka nak letak chocolate sauce sikit ker....ape-ape pun boleh ikut selera....kalau google boleh dapat more ideas insya-Allah...


sebab kan pavlova nih manis, jadi saya pilih buah yang masam-masam sikit....strawberries and anggur!!!
mablessssssssssssss....


kalau ramai bakal-bakal pemakan..boleh lah spread terus whipped cream n hiaskan pada d whole pavlova...tapi..sebab saya takut tak habis, saya potong satu slice dan buat individual garnishing....pavlova yang masih belum dihias tuh leh disimpan dalam air-tight container selama 2-3 hari.....kalau yang dah hias takhabis boleh masuk freezer lah...tapi takkan dah rasa crispy-crispy tuh...


jadi bolehlah siapa-siapa yang nak try sila lah try...dessert dari obersee nih selalu nampak sedap..tapi kan kalau nak beli kat kedai mahal pastuh entah tak tahu apa yang dia masukkan dalam tuh...kalau buat sendiri lebih puas..dan terjamin halalnya insya-Allah...



saja lah nak share setakat nih ape lah dessert yang agak obersee yang saya dah try buat...kebanyakan buat pertama kali bersama kak ticher nur dan harlina...ada jugak buat ngan ahli WKTI yang lain, ain dan husna....=)


RED VELVET CAKE....


MACARONS 
*paling mencabar setakat nih..selalu end up jadi MAGERUN* =.="

APAM BLOT *nih adalah local tapi tengah trend skrg nih*

PUDING TRIFFLES
AND banyak lagi nih resepi yang teringin nak try nih....antaranya
blueberry cheese tart....
lava chocolate cake...
souffle...
cheese cake....
banyak lagik lah...huhuu...siap ada yang dah lupa namanya....ehehe...
moga-moga ada peluang nak cuba lebih banyak lagi resepi..
insya-Allah..=)


"Nanti ada rezeki lebih kite beli mesin buat waffle pulak nak tak ina," kata mak sebelum beliau masuk tidur...
"Sebelum beli mesin waffle baik kita beli oven besar sikit ker....boleh ina buat kek ke macam-macam lagik..macarons pun tak menjadi sebab oven sekarang heat tak sekata" *alasan*
"hoh.."*mak malas layan*
"ataupun kita beli breadmaker lah....boleh buat roti" *suara saya suara innocent*


dan yang terdengar cuma bunyi pintu bilik mak ditutup....muekekek....

Ya Allah...

moga terbuka hati ibuku untuk meng-upgrade oven dan membeli breadmaker...
amiiin..


=P


random fact: baking adalah minat saya juga...^___^


ps: tetibe rasa cam manisah dalam cerita labu labi mintak mesin jahit baru kat ayah die...wakakaka...
pss: ada buat video tuk pavlova nih sebenaqnya...tapi peli ghope bideo tuh sbb record sendiri masa tengah baking...goyang-goyang...kena ada cameraman nih nampaknya....huuu~
psss: again..minta jasa baik sesiapa tahu macam mana nak adjust spacing tuk entry blog.....huu..huduh rupanya posting nih bila spacing antara perenggan jauh sangat...=(

Masa depan yang belum pasti

Bismillahirrahmanirrahim..


Petang tadi singgah beli Ice Blended kat gerai flat Sri Tanjung sebelum masuk simpang ke kawasan rumah...saje menghilangkan dahaga lepas menempuh sesak dalam UKM...


"Baru balik kerja ke dik?"
"Taklah pakcik...saya belajar lagi.."
"Oh...katmana?belaja ape?"
"UKM dekat saje....amek cikgu bahasa inggeris.."
"Tahun berapa dah nih...kalau belajar cikgu-cikgu nih mmg confirm dapat kerja ker.."
"tahun 3 dah..entahlah pakcik...arituh dengar-dengar khabar lambat dapat posting...kena cari kerja lain kot.."
"takpelah dik...selagi ada mampu, selagi ada peluang belajar lah tinggi-tinggi mungkin...sekarang nih ada diploma pun kerja tahap kerani je nanti...lagi elok kalau belajar tinggi-tinggi terus jadi bos...jadi lecturer ker kan.."
"tuh la pakcik..saya ada fikir macam tuh jugak...macam pikir-pikir nk bukak tadika..tengoklah macam mana nanti....sekarang pun merancang jek lah boleh..ada rezeki ada lah...kita belum tahu apa Allah tentukan untuk kita kan...."


*senyum*


************************

Ya Allah sesungguhnya perjalanan hidupku telah Engkau tetapkan sejak awal lagi....
Tertulis rapi dalam rahsia-Mu.....
Apa yang telah Engkau tetapkan untukku pasti akan mengenaiku takkira bagaimana aku mengelak...
Apa yang bukan untukku pasti takkan mengenaiku takkira betapa aku mengejar....
Hanya pada-Mu ku mohon....
Engkau permudahkan bagiku segala urusan.....
Bimbinglah diriku dalam segala keputusan....
Cerahkan jalan yang terbaik untuk aku lalui...
Jangan biarkan aku sesat dan leka...
Pimpinlah diriku...
Sesungguhnya aku yakin dan percaya...
Segala yang Engkau aturkan pasti terbaik buatku...
Aku redha Ya Allah..
Aku redha...

*lagu tema : permata yang dicari*
lol..
takde kaitan..
=.="
larikkkkkkkkkkk..........


ps: Jom lah laike page saya kat fb nih..*muke tebal* 

pss: ohhhhhhh ohhhhh...lupa...nak share something yang saya baca dalam e-book kitab ihya' ulumuddin karya Imam al-Ghazali *sape mahu boleh mintak*

habits of righteous women:

When their husbands went out of their houses, the wives and daughters used to say: "Refrain from gaining any unlawful thing as we can bear hunger and pain but we cannot bear Hell Fire."

~terjemahan~

amalan perempuan yang solehah :

apabila suaminya keluar rumah untuk mencari rezeki, isteri dan anak perempuannya sering berpesan, "janganlah mendapatkan rezeki yang tidak halal kerana sesungguhnya kami mampu menahan lapar dan dahaga, tetapi takkan mampu menahan api neraka."


Ya Allah..
jadikan aku pewaris sifat2 wanita solehah ini..

T_T




oh hampir lupa! boleh tak siapa-siapa tolong ajar saya camane nak setting spacing kat entry blog?

si hati kecil itu mengajakku ke sana...

di sudut senja ini...
hati ku masih belum berhenti berbisik..
seolah-olah ku punya seribu hati..
yang berbisik seribu perkara dalam satu saat...
aduh...sakit...perit...seksa...diri ini menerima segalanya...
dalam seribu hati yang tak henti berbisik itu....
muncul satu hati...
amat kecil...
kerdil....
menjerit-jerit dengan suara halusnya....
halus sekali..
hampir tidak terdengar...
ku pusatkan pendengaranku..ku mahu dengar apa diperkatakan si kecil itu....
kucuba berkali-kali..
kabur sahaja di telingaku....
ku cuba lagi..
oh..semakin jelas apa yang cuba disampaikan....
katanya...
"wahai engkau....."
ku menoleh ke kiri kanan...hanya ada aku dan yang mendengar dia....
"ya engkau....engkau yang sedang berduka itu....engkau yang belum kering air mata itu..."
ku yakin dia memaksudkan diri ini... 
ku cuba memahami butir bicara yang selanjutnya..."wahai yang punya hati lembut...
wahai yang punya hati yang sering saja terluka hancur...
wahai yang punya hati yang luhur...
ayuh saja kita bersama...
meredah kedukaan ini...
melalui tsunami kesedihan ini....
engkau tidak perlu berada di sini..
engkau tidak patut kekal di sini..
ayuhlah...
kita ke tempat yang lain..
tempat di mana kegembiraan ada bagi engkau....
tempat di mana engkau tidak perlu menangis lagi...
tempat di mana engkau dan aku...
saling menjaga sesama kita..
mengubat luka disebabkan si dia...
tempat di mana kita bersama dengan Dia...
menuju kebahagiaan yang disediakan oleh-Nya..
berhentilah bergantung di sini..di satu tempat yang tak pasti..
di satu dahan yang rapuh ini..
ayuhlah....ayuh...."
ku masih keliru...benarkah ada tempat serupa itu...
masih adakah ruang di tempat itu untuk aku?
layakkah hatiku yang luka bercalar ini untuk berada di situ?
layakkah?masih bolehkah hatiku ini bertahan...
mengubat lukanya sendiri?"YA! boleh wahai yang punya hati luka calar....
di situ kau akan pulih....
di situ hatimu itu akan jadi lebih kuat...
lebih kukuh dari asalnya....
benar..
percayalah padaku....."ku akur pada si kecil itu..
tiada apa lagi mampu hinggap dalam benakku..
apa saja akan ku turuti...
apa saja akan ku ikuti...
asal aku mampu bebas...
asal aku mampu lepas dari banjirnya emosi ini...
si kecil itu memimpinku..
ke satu daerah...
daerah yang memaksaku melepaskan segalanya....
daerah yang mengajak aku redha pada segalanya....
daerah yang mengajar aku bergantung pada-Nya...
Dia yang mencipta..Dia yang menyusun atur segalanya...
Dia yang menyayangiku...wahai si kecil..terima kasih kerana lantang bersuara..
terima kasih kerana sudi mengajakku ke sini....
aku suka....aku tenang...aku bahagia....
kerna kata-Nya...
ada bahagia untukku di hujung sana...
sebagai balasan jika aku terus sabar meniti hari....sungguh...
aku akan bersabar melalui semuanya..
semua tangis dan duka.... tetapi..
jujurnya aku tidak sabar..
menanti hadiah-Nya buatku nanti...
terima kasih si kecil...

terima kasih Yang Maha Pengasih...


221011


ps: puisi ker crpen ekk yang dikarang genap setahun sebulan 2 hari *betul ker kira nih* yang lalu....saje share kat sini...
pss: kalau suka belog saya jom lah like page Ticher Ina's Blog kat fb..=)


lagu tema : harapan padaMu subur kembali by saujana...

HambaMu rasa putus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika

Tika mengenang GhafarMu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih kembali
Harapanku subur kembali

Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
MehnahMu itu penghapus dosaku
Mengganti hukumanMu di akhirat
 

Followers