Buscar

Páginas

Showing posts with label tinta ticher. Show all posts
Showing posts with label tinta ticher. Show all posts

Erykah Badu : oversensitive VS insensitive

Assalamualaikum W.B.T


sihatkan iman kita hari ni?sudahkah kita bertaubat atas segala dosa yang kita buat secara sedar atau tak..semoga kita semua berada dalam lindungan Allah....


kali ni tergerak hati nak juga mencoret sedikit pandangan tentang kes yang kontroversi 2-3 hari kebelakangan ni...jarang sebenarnya saya nak cakap pasal perkara yang kontoversi ni..tapi hari ni terasa nak pulak tulis sedikit....moga Allah redha dan kalau ada silap salah, itulah semata-mata datangnya dari saya dan mohon teguran dari para pembaca sekelian....


bismillahirrahmanirrahim...


sebenarnya tertengok secara tak sengaja gambar Erykah Badu yang banyak tersebar di facebook..sambil tunggu makanan sampai kat restoran saje lah online sekejap kat fon...ternampak ada sahabat facebook share...bila bukak link tuh, alangkah terkejutnya bila tengok gambar seorang wanita berkulit hitam yang bertatukan nama Allah di kiri dan kanan bahunya..dan di bawah leher ada tatu bermotifkan sebuah piramid.....fikiran terus divert kepada illuminati yang memang tak asing lagi dengan artis hollywood nih...dan konsert dia dah diluluskan untuk dibuat di PWTC! terkejut kenapa konsert dia diluluslan untuk diadakan kat Malaysia...*saya sengaja takmahu tampal gambar beliau di sini*


so bila balik rumah, sengaja buat sedikit searching pasal Erykah Badu ni sebab tak pernah dengar pun siapa dia....bila google, memang ada banyak gambar dia, dan tatu tuh takde pun..tapi ada beberapa gambar dengan tatu tuh...cuba jugak search lagu dia...tertarik dengan satu lagu nih, tajuk dia 'The Healer'..tengok lirik dia...astaghfirullah......ada beberapa baris lagu yang sangat mencurigakan...
Humdi Lila Allah Jehova
Yahweh Dios Ma'ad Jah
Rastafara fyah dance, sex, music, hip-hop

It's bigger than religion
hip-hop
it's bigger than my niggas
hip-hop
it's bigger than the government 
(humdi luli lali lulo)
This one fa' Dilla, hip-hop
(humdi luli la, humdi luli la lilulo, humdi lulila humdi lulilaaa...)
sekali baca terasa macam "humdi lila Allah" tuh macam iras-iras ucapan Alhamdulillah....cuba dengar lagu tu...Ya Allah..memang lagu tu muzik dia semacam....slow dan creepy....dan seterusnya baris "It's bigger than religion..hip hop.." seolah-olah memperkatakan yang hip hop tu lebih besar dari agama....sejujurnya, lepas dengar lagu nih,muzik dia yang creepy tuh berlegar-legar dalam fikiran.....=(

sekarang ni hiburan memang tak dapat dipisahkan dengan masyarakat..pergi lah mana saja, kedai-kedai, restora-restoran, bahkan majlis perkahwinan banyak memasang lagu-lagu sebagai hiburan buat tetamu yang datang.....saya tak kata salah, memang tak salah...tapi kadang-kadang pilihan muzik yang tak baik ni yang jadi salah......sekarang,saya jarang dengar lahu, lebih-lebih lagi lagu inggeris yang berentak dasyat2 nih....sebab saya tak faham lirik dia....dan tanpa sedar ada unsur-unsur yang mensyirikkan Allah..dan menyimpang dari agama....contoh lagu kat atas nih je....

budak-budak, mindanya masih kosong..mudah sangat serap semua input yang masuk..cepat je diorang ingat lagu-lagu walau mungkin cuma sekali dengar je.....menonong je diorang akan nyanyi lagu nih tanpa sedar apa yang lirik tuh cakapkan....bahaya..bahaya sungguh...dan ada juga kalangan-kalangan anak muda yang secara semberono mendengar lagu-lagu orang putih ni sebab nak "in" atau ikut trend kawan-kawan..takkisah la ape pun yang mulut nyanyi ikut lirik tanpa faham...perlahan-lahan underlying message dalam lagu-lagu nih yang mungkin menyembah syaitan atau memuja,memberi kesan kepada hati dan iman mereka...muzik yang salah nih secara tak langsung boleh merosakkan akidah...dan tak melampau kalau saya katakan muzik-muzik yang bukan-bukan ni boleh jadi punca rosaknya akhlak remaja-remaja Islam masa kini...bibir yang sepatutnya digunakan untuk menyebut nama Allah dan perkara yang baik-baik, sebaliknya digunakan untuk utter perkataan-perkataan yang mereka sendiri tak faham maksudnya....naudzubillah moga diri kita,anak-anak kita serta generasi akan datang dilindungi dari anasir syaitan yang halus nih...

bila google lebih lagi pasal Erykah Badu ni, dia ada reputasi yang baik di barat sana kerana katanya dia seorang hip hoppers*entah betul ke tak* yang membawa pelbagai message kemasyarakatan yang baik....yang bahawa semua agama di dunia ini adalah satu.....Allahu Allah...kalau kita sokong apa yang Erykah Badu bawa ni, bukan ker kita samakan taraf Islam dengan agama lain, sedangkan Islam itu agama yang benar..Allah itu tuhan yang satu...tiada tuhan selain Allah!

Erykah Badu dikatakan seorang five percenter....seorang yang beragama five percent yang sangat popular dalam kalangan orang berkulit hitam..mereka dikatakan satu cabang Islam tapi bukan dari sudut agama tapi lebih kepada politik punya Islam..yang nih saya tak berapa faham....tapi saya rasa macam kalau Erykah Badu punya konsert diadakan di Malaysia, ada unsur tak baik yang dibawa sekali.....lebih menakutkan bila terfikir mungkin Erykah Badu mahu menyebarkan fahaman five percenter ni kepada masyarakat Malaysia..sepertinya five percenter nih sangat bercabang dengan Islam yang sebenar...cukuplah fitnah terhadap islam yang sedia ada nih...naudzubillah....

ada juga saya terjumpa article pasal Erykah Badu bahawa Starbuck's merupakan pihak yang bertanggungjawab menaja konsert dia....kita tahu kan Starbuck's ni sangat mempunyai perkaitan rapat dengan Yahudi? jadi fikiran logik akal kita mungkin dapat meneka atau menyambung perkaitan antara apa yang Erykah Badu cuba bawa dalam "movement" dia nih...
di bawah nih ada beberapa websites yang boleh dibaca untuk lebih kefahaman apa yang saya cakap kat atas nih...


nak highlightkan sikit apa yang saya terbaca mengenai five percenter...

-ALLAH- in this belief system is not just one person. it is an acronym that stands for Arm Leg Leg Arm Head, (human body parts) which implies that each Asiatic Blackman(sic) is his/her own God. 

bila ada orang kata yang Erykah Badu cuma sekadar membawa message yang baik..takkan harm apa-apa pun....tapi..tengok kat atas nih..Allah itu tuhan kita yang SATU...tapi tengok apa maksud allah dalam fahaman diorang...anak-anak Islam yang masih mencari jawapan bagi pelbagai soalan berkaitan agama,mungkin saja terpengaruh dengan message yang salah ini, dan akhirnya menuju ke jalan yang sesat..dan puncanya dari apa?cuma dari seorang penyanyi yang kita iktiraf membawa message yang baik....naudzubillah...

alhamdulillah....tak lama kemudian dapat tahu yang konsert Erykah Badu dibatalkan....alhamdulillah wa syukurillah!tapi.....sangat mengecewakan bila ramai juga yang kecewa kerana konsert ini dibatalkan...isu yang kebanyakannya bawak ialah, kenapa konsert Erykah Badu dibatalkan hanya kerana tattoo yang dia ada.......malah ada yang lebih sinis mengatakan, "kalau macam tuh semua artis kena buang tattoo atau tak nanti tak dapat jadi pengacara kat Malaysia.."

tambah kekecewaan saya banyak artis yang memberi remarks sebegini adalah seorang yang beragama Islam.....memang,takde masalah buat seorang non-muslim bertattoo....tapi dalam kes Erykah Badu nih, tattoo dia berkalimahkan nama Allah...tidakkah kita merasa tersinggung Allah dipersenda?

wahai kalian yang tidak mahu memahami atau benar-benar tidak faham..ini bukan isu tattoo semata-mata...tapi isunya tattoo itu berkalimahkan nama ALLAH..tidakkan kalian tersinggung??

teringat ceramah Mufti Menk, bila ada orang dalam cubaan mempersenda Islam, Al-Quran mahupun mempersenda Allah sekalipun, orang tuh sebenarnya bukan menyakitkan Allah, tetapi mereka harm diri mereka sendiri..tapi itu tak bermakna sebagai orang Islam, kita boleh biarkan saja.......at least,teach her a lesson..supaya lebih hormat...ada respect terhadap agama Islam...

benar, tattoo nama Allah tuh bukan permanent tattoo..ia cuma body paint untuk video clip....katanya sebagai penghormatan untuk agama Islam....for me, itu bukan caranya...if benar she wanted to show respect, she can start by wearing proper cloth for our newspaper.....

Islam tuh bukan menghalang hiburan, tapi hiburan yang baik-baik dan mendekatkan kita kepada Allah dan rasulnya..bukan hiburan yang lagha dan sia-sia...teringat konsep wasatiyyah yang saya belajar di konvensyen fiqh ummah......be moderate...memang Islam ajar kita bersederhana dalam kehidupan...tapi bukan bermakna dengan bersederhana kita berkompromi dengan apa yang Islam ajar....bukan berkompromi dengan perkara yang secara terang menyalahi syariat! bukan dengan maksud bersederhana kita biarkan orang bukan Islam bertindak sesuka hati menghina Islam,bukan dengan orang bukan Islam cuba mempengaruhi anak-anak Islam supaya jadi seperti mereka.....sepatutnya kita yang mempengaruhi orang bukan Islam supaya tertarik untuk kembali kepada Islam..bukan kita yang pergi menyerupai orang bukan Islam....

apa pun, setiap non muslim adalah potential muslim..jadi saya takde hak untuk menghentam Erykah Badu atau sesiapa saje..hidayah itu milik Allah dan Dia boleh berikan hidayahnya kepada sesiapa sahaja......entry ini cuma sedikit dari pendapat saya mengenai isu Erykah Badu ni...semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua yang tersasar dari jalan yang benar....

saya tak katakan apa yang saya tulis nih 100% benar....ini cuma berdasarkan pendapat saya yang serba dhaif ni....kalau benar, alhamdulillah..kalau saya silap, mohon teguran....cumanya, keadaan dalam Malaysia semakin membimbangkan...majlis ilmu semakin melata, tapi bertambahnya majlis ilmu, majlis maksiat tidak kurang rancaknya......cukup-cukuplah maksiat kat Malaysia ni..jangan sampai Allah turunkan bala, masa tuh semua kekesalan tiada guna lagi.....baru Allah turunkan hujan kita dah melalui pelbagai kesusahan......=(

murka dan laknat Allah itu taktergambar dek akal....memang Allah itu Maha Pengampun, tapi kita jangan lupa bahawa Allah bersifat murka....moga Allah melindungi kita semua...amiin...

Wallahualam...


ps: i cannot see any benefits of this kind of concerts especially those promoting maksiat*regardless whether it is from abroad or local entertainers*...if any of you can give me even one benefits, do leave your comment..=)


pss: mungkin sedikit tulisan saya hanya sekadar kata-kata bahkan dipandang sepi dan tidak dapat mengubah apa-apa....tapi moga dengan yang sedikit ni, ada yang mampu mendapat manfaat dan mengambil yang baik jika ada..insya-Allah...


psss: kita mungkin tak dapat mengubah seluruh dunia, tetapi kita mampu berusaha mengubah arah anak-anak kita nanti..moga Allah tunjukkan jalan yang benar dan membantu kita melaluinya....amiin...

Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka). (Al-Israa' 17:65) 

~~Cahaya Belahan Jiwa yang Terbaik~~part 8

Cahaya Belahan Jiwa yang Terbaik part 1 di sini (KLIK)
Cahaya Belahan Jiwa yang Terbaik part 2 di sini (KLIK)
Cahaya Belahan Jiwa yang Terbaik part 3 di sini (KLIK)
Cahaya Belahan Jiwa yang Terbaik part 4 di sini (KLIK)
Cahaya Belahan Jiwa yang Terbaik part 5 di sini (KLIK)
Cahaya Belahan Jiwa yang Terbaik part 6 di sini (KLIK)
Cahaya Belahan Jiwa yang Terbaik part 7 di sini (KLIK)


Rahimi Qarin melempar pandangan kosong ke luar tingkap. Hiruk pikuk bunyi kereta serasa hanya seperti angin lalu, tidak meninggalkan kesan terhadap dirinya langsung. Berita pernikahan Filzah menghancur luluhkan hatinya.


Puas dicuba untuk membuang jauh ingatan terhadap Filzah, namun memori lama mengetuk-ngetuk kotak mindanya.


Assalamualaikum Rahimi, awak sihat ke? Awak dekat mana tu?
~Filzah Uzma~


“Hish..dia ni lagi….tak habis-habis..tak tahu ke aku tengah sibuk ni.” gerutu Rahimi setelah membuka SMS kiriman dari seorang gadis yang dikenalinya.


“Biar jelah..nanti dia mesej semula nanti.” SMS itu dibiarkan sepi tanpa jawapan.


Awak marahkan saya ke Rahimi…saya ada buat salah?
~Filzah Uzma~


Tak
~Rahimi Qarin~


Kenapa awak senyap je?
~Filzah Uzma~


Takde ape
~Rahimi Qarin~


Takpelah macam tu..Assalamualaikum
~Filzah Uzma~


Ucapan salam dari Filzah dibiarkan tanpa jawapan.Rahimi Qarin dapat menghidu nada kecewa dalam SMS Filzah. Tapi entah mengapa tawar sahaja hatinya dirasakan. Mengenali Filzah tidak lagi menyeronokkan seperti dahulu. Banyak lagi perkara penting yang perlu di fikirkan. Meskipun dia mengetahui Filzah berkecil hati, dia tidak terasa seperti mahu memujuk gadis itu.


Semenjak itu Filzah ti dak lagi mengirim apa-apa pesanan ringkas kepada dirinya. Pada awalnya Rahimi merasa lapang dada kerana dia tidak perlu melayan gadis itu lagi. Namun lama-kelamaan terasa kosong hatinya. Adak ala rasa rindu menerjah. Ingin sekali rasanya hendak bertanya khabar namun ego mengatasi segalanya.


“Eh Rahimi, hang termenung ni pasai pa?” tegur rakannya Amar yang berasal dari utara tanah air itu pada suatu hari.


“Tak de apa-apalah,” jawab Rahimi ringkas tanpa menoleh.


“Hang teringat kat Izah ka? Dia marka hang lagi ka dak dah?” soal Amar sambil melabuh punggungnya di kerusi berhadapan dengan Rahimi.


“Lama aku tak dengaq hang cita pasal dia?” Amar menambah.


Rahimi kekal membisu.


“La, hang n pasai pa….aku tanya hang ni….” Amar sengaja cuba menarik perhatian Rahimi. Sebenarnya dia ada sesuatu hendak diberitahu kepada Rahimi. Puas dia berkira-kira hendak memberitahu rakannya yang boleh tahan panas barannya itu tentang berita yang didengarnya.


Sepatah kata pun tidak keluar dari mulut Rahimi. Riak muka Rahimi kelihatan keruh.


“Takpa aih Rahimi..biaq aku habaq ja lah noh..” Amar mula berputus asa.


“Apa dia?” Rahimi mula mengalah.


“Hang betoi nak tau?” Amar sengaja menguji.


“Hish..cepatlah sikit..Kau ni tak habis-habis nak main-main. Aku ada kerja ni,” Rahimi mula meninggikan suara.


“Yalah..camni….pasai Izah, “ Amar cuba memancing minat Rahimi lagi.


Amar mengenali Filzah sebelum Rahimi lagi. Meskipun tidaklah rapat namun ada juga beberapa rakan Filzah yang menjadi rakannya. Mereka bertemu di satu program yang diadakan untuk mahasiswa ketika tahun pertama di universiti.


“Kenapa dengan Izah?” nada suara Rahimi kembali rendah.


“Hang tak dak contact dia ka?” Amar menyoal.


“Takde.”


“Bapa lama hang tak contact dia?”


“Entah.”


Pendek-pendek jawapan Rahimi. 


“Takdalah..macam ni…Kelmarin aku terserempak ngan si Min kawan kelas Izah,”


“Pastu?” Rahimi masih endah tak endah.


“Min habaq kat aku Izah dah nak menikah,”


“Dah tu?” Rahimi cuba menyembunyikan ombak perasaannya yang tak menentu tatkala mendengar kata-kata Amar yang kedengaran teragak-agak.


“ Tak da pa lah..aku saja habaq kat hang..kot hang nak tau…Ya lah dia kan marka hang….eh….bekas marka hang” laju saja kata-kata meluncur dari mulut Amar. 

Hati Rahimi terasa seperti dihiris-hiris. Pedih.


“Min kata dia nak menikah dengan orang yang dia tak kenai..kawan kakak angkat dia ka sapa tah…” tambah Amar lagi. Rahimi masih bungkam. Berpura-pura membaca buku namun Amar dapat rasakan Rahimi mendengar setiap patah katanya.


“ Terdesak sangat noh Izah tu sampai nak menikah dengan orang dia tak kenai…kalau aku dak tah nak menikah gitu. Nanti dapat yang tak senonoh baru tau. Bukan dia kawan ngan hang ka dulu Rahimi? Teruk betul tiba-tiba nak menikah dengan orang lain. Hang rasa…”


Tiba-tiba Rahimi bangun dan menghempas buku tebal yang dibacanya ke meja. Amar terkejut bukan kepalang.Belum sempat dia menghabiskan ayatnya.


“EH! Kau nak cakap bukan-bukan pasal Izah bukan kat sini…kau berambus sekarang. Takde masa aku nak dengar engkau mengarut!” tempik Rahimi. Menggelegak darahnya mendengar kata-kata Amar berkenaan Filzah.


“ Hang marah tiba-tiba ni pasaipa. Aku cakap ja. Salah ka?” Amar berdiri. Mahu keluar segera. Takut-takut Rahimi bertindak di luar batasan.


“Hah, ni kad jemputan yang Min bagi aku. Filzah tak tau Min bagi kat aku. Ni aku bagi kat hang. Pandai-pandailah hang.” selepas meletakkan sekeping sampul surat berwarna kelabu di atas meja, Amar segera keluar meninggalkan Rahimi.


Majlis kesyukuran sempena pernikahan
BAHZI BAKHTIAR BIN NASRUDDIN dan NUR FILZAH UZMA BINTI KAMAL

Rahimi membaca tulisan di muka hadapan kad undangan yang ditinggalkan Amar. Betapa hatinya berharap nama yang tertulis adalah namanya dan Filzah. Tapi dia sedar bahawa semuanya telah terlambat. Tidak sampai 2 bulan dari sekarang.


Rahimi merenyuk-renyukkan kad kelabu itu dan mencampaknya ke dinding. Hatinya merasa sungguh sedih. Terasa mahu diputar masa agar dapat dia baiki semuanya meskipun dia tahu itu adalah mustahil.


Rahimi berbaring di katil. Terasa lemah badannya. Matanya dipejam perlahan-lahan. Bayangan wajah Filzah bermain di tubir mindanya. Suara Filzah terasa berbisik-bisik di telinganya. Tanpa sedar beberapa titik air jernih jatuh ke bantal.

********


Berdebar-debar jantung Min selepas panggilan dimatikan. Entah betul entah tidak tindakannya itu.


“Assalamualaikum Min. Ni Rahimi kawan Izah,” suara asing di dalam gagang memulakan bicara.


“Waalaikumussalam, mana dapat nombor Min ni?” tanya Min kehairanan.


“Dulu kan Izah pernah guna handphone Min untuk mesej saya..takpelah..cerita lama ni. Saya ada hal nak mintak tolong Min ni. Boleh?” balas Rahimi. Resah benar bunyi suara Rahimi.


“Apa dia? Kalau mudah boleh jugak Min tolong.” 


“Min tahu kan yang Izah nak kahwin tak lama lagi?” soal Rahimi.


“Ada jugak Izah beritahu Min, kenapa?” balas Min. Hatinya berteka-teki meneka tujuan sebenar Rahimi.


“Saya nak tahu siapa bakal suami Izah, kalau dapat nombor telefon atau apa-apa yang boleh saya guna untuk hubungi dia?” pinta Rahimi.


Timbul rasa simpati di hati Min mendengar permintaan Rahimi. Dia dapat merasakan Rahimi betul-betul menyayangi Filzah. Rahimi seorang lelaki yang tinggi egonya, jika bukan kerana sayang masakan dia sanggup bersusah menghubunginya untuk mengetahui perihal Filzah. 


“Ada, Min ada simpan nombor telefon dia. Tapi Rahimi bukan nak buat bukan-bukan pada dia kan? Mereka dah nak kahwin tu. Nanti Min yang dipersalahkan pulak,” ujar Min setelah berfikir buat beberapa ketika.


“Insya-Allah Min, saya cuma nak tahu siapa yang akan menjadi suami Filzah nanti. Saya tak mahu Filzah dizalimi nanti.” dengan tenang Rahimi membalas.


Min mengimbas kembali perbualan antara dia dan Rahimi tadi. Hatinya kuat mengatakan tiada yang buruk akan berlaku.


“Insya-Allah, Rahimi lelaki baik..Dia takkan bertindak bodoh,” monolog Min memujuk hatinya sendiri.



Bahzi menghirup perlahan jus tembikai yang telah dipesannya sedari awal. Tangannya menekan-nekan butang di telefon bimbitnya. Butang open di tekan.

Assalamualaikum. Awak Bahzi kan? Saya hendak bertemu awak di Kafe Rimba dekat Jalan Petaling jam 3 petang nanti. Saya ada hal hendak cakapkan pada awak berkenaan Filzah Uzma.
~Rahimi Qarin~

Insya-Allah
~Bahzi Bakhtiar~

Mujurlah hari itu Bahzi pulang ke Kuala Lumpur untuk menguruskan sedikit hal berkenaan perkahwinannya. Barulah dia dapat memenuhi ajakan Rahimi untuk bertemu. Pada asalnya bingung juga dia memikirkan siapakah Rahimi Qarin dan apakah tujuannya hendak bertemu dengan dirinya serta apakah kaitan Filzah dengan Rahimi.

Setelah menerima pesanan ringkas dari Min, tahulah dia bahawa Rahimi adalah lelaki yang telah mencuri hati Filzah sebelum Bahzi menyunting Filzah untuk menjadi isterinya.

“Assalamualaikum, Bahzi ke ni?” Satu suara menegur dari belakangnya.

“Waalaikumussalam, ya...saya Bahzi” balas Bahzi sambil berdiri dan menghulurkan tangan untuk bersalam.

Suasana kedai yang lengang memudahkan Rahimi mencari dirinya.

Salamannya bersambut. Terasa lega sedikit di hati Bahzi. Dapat dia rasakan Rahimi tidak berniat buruk.

“Maaf mengambil masa awak,” ujar Rahimi membuka bicara sambil keduanya mengambil tempat duduk.

“Takdelah..saya pun lapang petang ni,” balas Bahzi.

“ Dan maaf juga kerana mengambil nombor awak dari Min tanpa kebenaran. Saya cuma nak cakap sikit sahaja,” Rahimi mahu segera menyampaikan apa yang hendak disampaikan. TIdak betah dia berlama-lama di situ.

“Apa dia, cakaplah,” balas Bahzi dengan tenang.

“Sebelum tu saya nak ucapkan tahniah sebab pernikahan awak dan Izah semakin hampir. Saya doakan kebahagiaan awak dan Filzah,” terasa seperti ada tusukan-tusukan tajam di hati Rahimi tatkala setiap patah kata meluncur keluar dari mulutnya.

“Sebelum ni, Izah dan saya berkongsi perasaan yang istimewa. Pernah saya bercadang mengambil Izah sebagai isteri. Saya rasakan Izah orang yang paling sesuai.”

“  Habis tu kenapa Izah terima pinangan saya kalau dia ada awak?” pintas Bahzi.

“ Sebenarnya, saya yang bersalah kerana mensia-siakan perasaan Izah serta melukakan hatinya. Saya sangka dia akan terus bersama saya walau saya layan dia dengan teruk. Saya tak sangka kerana sikap endah tak endah saya, saya kehilangan Izah. Saya menyesal. Saya masih sayangkan Izah.” luah Rahimi tanpa segan. Emosi menguasai dirinya.

“Habis tu awak nak saya batalkan niat saya untuk berkahwin dengan Izah?” Bahzi cuba serkap jarang.

“Bukan. Saya tak layak memiliki Izah setelah apa yang telah saya buat. Saya menyakiti dia. Saya kejam terhadap dia. Harapan saya cuma satu.” Bicara Rahimi terhenti. Rahimi menarik nafas panjang.

“Saya harap awak ubati luka di hati dia. Buat dia lupakan saya. Awak bahagiakan dia kerana dia layak mendapat kebahagiaan. Izah gadis yang baik. Saya tak nak awak sia-siakan dia sebagaimana yang dah saya buat. Awak jangan biarkan walau setitis pun air mata jatuh ke pipinya lagi. Buat dia tersenyum sepanjang masa. Saya harap awak tak menzalimi dirinya, Izah gadis yang istimewa.” Rahimi meneruskan bicara.

“Meskipun saya tidak mengenali Filzah sebanyak yang awak kenal dia, saya yakin Filzah adalah orang yang paling layak untuk menjadi isteri saya serta ibu kepada anak-anak saya. Atas sebab itu saya tak bertangguh untuk cuba merisik dan meminang Izah. Saya takut saya terlepas peluang. Insya-Allah, kalau Allah memperkenan niat saya untuk berkahwin dengan Izah, saya pasti takkan sia-siakan dia. Saya berharap saya mampu menjadi suami yang terbaik dan dapat melunaskan semua tanggungjawab saya terhadap Izah,” balas Bahzi sambil tersenyum.

“Dan untuk awak Rahimi, saya harap awak sentiasa doakan kebahagiaan kami. Insya-Allah ada wanita lain di luar sana untuk awak, Insya-Allah. Risau juga saya kot-kot awak nak belasah saya harini,” Bahzi cuba berseloroh.

“ Ish, tak lah..insya-Allah saya ni waras lagi walau separuh gila juga hari tu masa dapat tau Izah nak kahwin dengan orang lain. Tapi lepas tengok bakal suami Izah ni, saya yakin awak lebih baik untuk Izah. She’s in the right hand.”

“Insya-Allah,” Bahzi berkata sambil mengangguk.

Senyuman terukir di wajah keduanya meski secalit duka terlihat dari mata Rahimi Qarin.

"Moga kalian bahagia," ucap Rahimi tulus sebelum beredar.


bersambung....

ps: cerita ini hanya rekaan...segala kebetulan adalah sebagai penambah 'perisa' sahaja....
pss: oghang utara jangan marah na ngan cheq punye loghat utara celup..heheehe



~~Cahaya Belahan Jiwa yang Terbaik~~part 7



Cahaya Belahan Jiwa yang Terbaik part 1 di sini (KLIK)
Cahaya Belahan Jiwa yang Terbaik part 2 di sini (KLIK)
Cahaya Belahan Jiwa yang Terbaik part 3 di sini (KLIK)
Cahaya Belahan Jiwa yang Terbaik part 4 di sini (KLIK)
Cahaya Belahan Jiwa yang Terbaik part 5 di sini (KLIK)
Cahaya Belahan Jiwa yang Terbaik part 6 di sini (KLIK)


********
Langsir berwarna coklat itu diikat kemas dan tingkap dikuak. Bayu pagi menerobos masuk ke biliknya. Dalam nafas yang ditarik Filzah. Berdebar-debar hatinya kerana hari ini dia akan keluar buat pertama kalinya bersama bakal emak mertuanya, Puan Khatijah.

Sejurus sahaja Puan Juariah menelefon Puan Khatijah memberitahu berita gembira berkenaan penerimaan Filzah, Puan Khatijah tanpa berlengah menetapkan tarikh peminangan, pertunangan dan pernikahan Filzah dan Bahzi. Katanya peminangan, pertunangan dan pernikahan akan dilakukan serentak tetapi kenduri kesyukuran akan dilakukan kemudian, selepas Bahzi selesai menjalani praktikalnya yang cuma tinggal lebih kurang 2 bulan sahaja lagi. 

Filzah mencongak-congak di dalam hati. Tidak disangka semuanya akan berlaku sederas ini.

“Hmmm…meminang, tunang dan nikah lagi 3 minggu….sebulan lepas tu baru buat kenduri kesyukuran…kiranya nikah gantung la ye ni mak?” soal Filzah pada emak semalam.

“Ye Izah….bakal menantu mak tu bagi kita chance nak siap-siapkan untuk majlis…kalau ikutkan dia nk selesaikan terus masa nikah tu….mak tak berapa setuju…ye lah nanti kita pulak terkejar-kejar nak buat persiapan…”

“Kalau macam tu nanti sementara majlis tu Izah duduk kat mana?” Filzah masih kebingungan.

“Alahai..kamu ni…sementara majlis tu kamu duduk rumah ni lagi la…Bahzi masih tinggal kat rumah bujang dia…kan dia praktikal kat Melaka…lepas da majlis baru lah duduk serumah. Lagipun katanya si Bahzi tu nak siapkan dulu rumah sebelum kamu berdua pindah masuk…”

“oooo……” balas Filzah pendek. Mengangguk tanda faham. Baru diketahui Bahzi sedang praktikal di Melaka. Sungguh sedikit yang dia ketahui tentang bakal suaminya itu namun sedikit pun tidak menggoyahkan keputusan yang telah dibuat.

“Kenapa? Dah tak sabar ke?” Puan Juariah mengusik anak gadisnya itu.

Merona wajah Filzah menahan malu. Filzah hanya mampu tergelak kecil.

“IZAH….”

Jeritan emak dari tingkat bawah mengejutkan Filzah dari lamunan.

“Assalamualaikum mak cik,” sapa Filzah hormat sebaik turun dari tangga.

Terlihat susuk tubuh bakal ibu mertuanya di tepi pintu. Senyuman semanis mungkin diberikan.Ini adalah kali kedua pertemuannya dengan wanita separuh abad itu. Kali pertama mereka bertemu adalah ketika rombongan merisik. Itupun tiada peluang untuk berbual.

Disalami wanita itu dengan dada yang berdegup kencang. Seram sejuk dirasakannya. Erat tangan Puan Khatijah memegang tangan Filzah. Segaris senyuman ikhlas terukir di wajah tua itu.

“Janganlah panggil mak cik…Panggil umi pun boleh…” kata Puan Khatijah. Tak sabar rasanya mahu menerima menantu sulung.

“ Baiklah umi….” laju sahaja butir perkataan 'umi' keluar dari mulut Filzah.

Hatinya sedikit pun tidak merasa ragu-ragu akan keputusannya menerima lamaran Bahzi walaupun tidak mengenali langsung siapakah bakal suaminya. Bayangan wajah Bahzi juga masih kabur dalam mindanya.

Kedua wanita itu melangkah keluar dari rumah meninggalkan Puan Juariah keseorangan. Asalnya Puan Juariah mahu turut serta mencari cincin serta pakaian untuk majlis nikah Filzah dan Bahzi. Namun tiba-tiba sahaja Puan Juariah terpaksa menguruskan hal lain.

“Izah, umi nak ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab sudi menerima lamaran Bahzi walau Izah tak pernah kenal Bahzi” kata Puan Khatijah memecah kebisuan di dalam kereta yang meluncur di jalan raya.

“Keputusan yang Izah buat ni adalah yang paling Izah rasakan tepat. Sedikit pun tiada rasa berat hati atau keterpaksaan ketika Izah membuat pilihan. Insya-Allah Izah yakin dengan kata hati Izah.” balas Izah berhati-hati.

“Anak umi tu pemalu orangnya. Sepanjang 23 tahun umi besarkan dia, tak pernah dia kenalkan umi dengan mana-mana perempuan yang dianggapnya sebagai teman istimewa. Pemalu sungguh Bahzi tu. Tapi umi yakin Bahzi mampu menjadi nakhoda dalam sebuah rumah tangga. Umi dapat rasakan Izah adalah seorang yang istimewa dalam hati Bahzi. Terkejut jugak umi hari tu Bahzi ajak umi merisik Izah,” sambung umi diikuti gelak kecil.

“Izah pun terkejut umi,” ujar Izah perlahan. Hampir saja tidak kedengaran oleh Puan Khatijah.

Perjalanan diteruskan dengan perbualan-perbualan kosong. Sekadar mengisi masa dan mencari keserasian antara keduanya.

Ternyata Puan Khatijah menyenangi bakal menantunya itu. Padanya Izah merupakan seorang gadis yang tulus dan tidak mengada-ngada. Tidak seperti sesetengah gadis yang tergedik-gedik tidak bertempat. Dirasakan tepat pilihan Bahzi. Senyuman tidak pernah lekang dari bibir Puan Khatijah sepanjang perjalanan.

Hari bersejarah itu hanya tinggal tiga minggu sahaja lagi.Kecut perut Filzah apabila memikirkan hal itu. Berdebar-debar dirasakan. Tidak disangka segalanya berlaku dengan pantas.

Menjelang malam barulah selesai segala urusan yang penting. Filzah membuat keputusan hanya untuk menempah sepasang sahaja pakaian untuk hari pernikahannya nanti. Pakaian untuk bertunang dia akan menggunakan jubah putih yang telah tersedia di dalam almari pakaiannya. Hadiah pemberian ibunya. Pada Filzah biarlah majlis itu nanti seringkas mungkin dan tidak membazir.

Setelah mengucapkan selamat tinggal, Filzah melangkah longlai menuju ke kamarnya. Barang-barang hantaran untuk Bahzi yang telah dibeli tadi diletakkan di tepi meja solek. Tidak sabar rasanya mahu berbaring melegakan kelenguhan ditubuhnya. 


Tidak sampai beberapa minit, Filzah terus lena dibuai mimpi. 

********

Masa bergerak dengan pantas sekali. Kesibukan mempersiapkan semua prosedur dan urusan untuk pernikahannya membuatkan Filzah merasa lelah sekali.Mujurlah ketika itu dia sedang cuti semester, sekurang-kurangnya tidaklah mengganggu fokusnya terhadap pelajaran.

Perkhabaran tentang pernikahannya tidak diberitahu kepada kawan sekuliahnya. Cuma Min seorang sahaja yang dijemput. Fikirnya biarlah rakan-rakan dijemput ketika majlis kesyukuran nanti.

Gubahan-gubahan hantaran hasil kreatif Filzah dan Puan Juariah disusun rapi di tepi dinding kamarnya. Filzah hanya memandang sepi kepada hantaran yang bertemakan warna biru laut itu,warna kegemarah Bahzi seperti yang dimaklumkan oleh Puan Khatijah. Keluarga sebelah Bahzi pula menyediakan hantaran balas bertemakan warna merah jambu yang menjadi kegemaran Filzah.

Semenjak 2-3 hari kebelakangan ini fikiran Filzah sering sahaja bercelaru. Pernikahannya tinggal kurang seminggu sahaja lagi. Debaran semakin dirasakan. Paling dirisaukan adalah penerimaan Bahzi terhadap dirinya. Seringkali fikiran buruk menerjah mindanya. Mahukah Bahzi menerima seseorang yang mempunyai masa lampau kelam seperti dirinya?Mahukah Bahzi menerima seorang isteri yang telah hilang kesucian diri?Berbagai-bagai lagi persoalan mengasak-asak kotak fikirannya.

Lewat panggilan telefon di suatu petang, Filzah mengadu akan persoalan-persoalan yang bermain di mindanya kepada Kak Najwa. Tidak tertanggung rasanya memikirkan seorang diri. Kak Najwa meyakinkan Filzah bahawa Bahzi bukanlah seseorang yang berfikiran kolot dan begitu mudah menghukum. Kak Najwa menasihati Filzah agar tidak putus-putus berdoa kepada Allah agar segala urusan dipermudahkan.

Benar, segala keperibadian Bahzi seperti yang diceritakan oleh Puan Khatijah, Kak Najwa dan Abang Zul menunjukkan Bahzi merupakan seorang lelaki yang amat baik budi pekertinya. Tidak pernah sekali pun Filzah mendapat panggilan atau kiriman SMS dari Bahzi. Segala apa yang Bahzi mahu sampaikan pada Filzah akan dikirim melalui emak Filzah atau melalui umi.Bahzi sangat menjaga perhubungan mereka. Dan melalui apa yang diceritakan oleh Puan Khatijah, gambar Filzah yang Encik Kamal berikan kepadanya pun Bahzi serahkan pada Puan Khatijah. Katanya tidak perlu dipandang lama-lama gambar bakal isterinya kerana lambat laun dapat juga tengok.

Setelah berfikir panjang, Filzah mengambil keputusan untuk mengirimkan sepucuk surat kepada Bahzi untuk memberitahu tentang perkara itu. Filzah yakin itu adalah yang terbaik kerana baginya tidak adil jika dirahsiakan dari Bahzi. Andainya Bahzi tidak dapat menerima kenyataan tentang keadaan sebenar Filzah dan ingin menghentikan majlis yang dirancang, Filzah sekali-kali tidak akan mempersalahkan Bahzi.

Bukanlah dia sengaja mahu Bahzi membenci dirinya apabila mendedahkan perkara yang sebenar kepada Bahzi. Tetapi pada hakikatnya Filzah merasa lebih gerun apabila memikirkan andainya rahsia itu terbongkar setelah keduanya bernikah dan lebih buruk andai ketika itu Filzah telah mula menyayangi Bahzi. Sungguh tidak sanggup Filzah merasa kekecewaan dan kesakitan kehilangan orang yang disayangi sekali lagi


******** 

Beep…beep….

Handphone yang terletak di meja sudut dicapai…

1 new message. 

Berdebar-debar hati Filzah melihat satu nombor asing terpapar di skrin handponenya.

“Siapa agaknya ni,” desis Filzah di dalam hatinya.

Perlahan butang open ditekan. 


Assalamualaikum Izah. Awak apa khabar? Lama menyepi?
Ni nombor handphone saya yang baru.

~rahimi qarin~

Berombak dada Filzah melawan gelojak rasa di hatinya. Sungguh tidak disangka Rahimi Qarin akan menghantar mesej kepadanya.

Waalaikumussalam. Saya sihat saja. 

Otaknya ligat memikiri cara baginya untuk memberitahu Rahimi Qarin perihal dirinya yang telah disunting.

Baguslah. Awak sedang buat apa?
~rahimi qarin~

Takde ape.Rahimi...saya ada sesuatu nak bagitau awak...

Apa? Bagitahu lah..
~rahimi qarin~

Saya akan berkahwin tak lama lagi..saya harap awak dapat terima dan memahami takdir ini..semoga awak ketemu jodoh awak satu masa nanti...saya minta maaf semua salah silap saya sepanjang awak kenal saya....assalamualaikum..

Izah, awak jangan main-main..bernikah dengan siapa?saya kenal tak??
~rahimi qarin~

Soalan bertalu-talu dari Rahimi dibiarkan sepi. Filzah merasakan tiada keperluan baginya untuk menjelaskan segalanya pada Rahimi.

Air matanya gugur. Dadanya terasa sesak. Entah mengapa begitu sakit dirasakan.

Ya Allah...
Ampunilah dosaku..Engkau luputkanlah perasaanku terhadap Rahimi Qarin...
gantikanlah perasaan ini dengan cinta yang tidak bertepi terhadap bakal suamiku nanti..
Ya Allah yang maha mengetahui yang terbaik buatku..
berikanlah aku kekuatan dalam menghadapi semua ini....
aku yakin cinta yang Engkau pilih adalah yang terbaik buat diriku...

********

"Izah...kenapa Izah terima lamaran orang lain? Kenapa? Kenapa?"

Emosi Rahimi sungguh terganggu malam itu. Pengakuan Filzah menyentak anganannya untuk menjadikan Filzah sebagai ratu hidupnya. Terasa seolah dia kehilangan separuh dari hidupnya.

"Izah..." bayangan-bayangan Filzah memenuhi rongga fikirannya.

Sesungguhnya jauh di sudut hati kasihnya pada Filzah tidak pernah luntur. Benar dahulu dia yang mengabaikan dan membiarkan Filzah tergapai-gapai kebingungan. Dia meninggalkan Filzah tercongak-congak mencari silap diri.

Entah mengapa tegar hatinya berbuat demikian terhadap satu-satunya gadis yang berjaya mencuri hatinya. SMS dan panggilan Filzah dia abaikan sehingga satu masa Filzah tidak lagi menghantar apa-apa SMS padanya. Penyesalan yang tidak terhingga bertunas di hatinya.

Kini segalanya sudah terlambat. Filzah bakal menjadi isteri orang. Dia tiada peluang lagi.

Surat dari Filzah dibukanya semula. Dihayati tiap bait kata Filzah. Dapat dia rasakan betapa tinggi harapan yang Filzah letakkan ke atas dirinya. Kejam sungguh dirinya meninggalkan Filzah begitu sahaja.

Dan kini ketika dia mahu kembali, Filzah tidak lagi memerlukannya. Filzah tidak lagi menginginkan dirinya.

"Ya Allah...ampunkan aku kerana menyakiti hati seorang wanita yang tulus menyintaiku....berikanlah dirinya kebahagiaan yang dia layak perolehi..."

Rahimi terbaring lesu di katil. Surat di tangannya digenggam erat.

Sesalnya tidak bertepi....

********





ps: cerita ini hanya rekaan...segala kebetulan adalah sebagai penambah 'perisa' sahaja....


~~Cahaya Belahan Jiwa yang Terbaik~~part 6



Cahaya Belahan Jiwa yang Terbaik part 1 di sini (KLIK)
Cahaya Belahan Jiwa yang Terbaik part 2 di sini (KLIK)
Cahaya Belahan Jiwa yang Terbaik part 3 di sini (KLIK)
Cahaya Belahan Jiwa yang Terbaik part 4 di sini  (KLIK)
Cahaya Belahan Jiwa yang Terbaik part 5 di sini  (KLIK)

********

Kotak baldu berwarna merah hati bertatahkan manik putih itu dipandang sepi. Sejak semalam kotak itu berada di meja soleknya. Tidak berusik langsung walau telah dua hari berlalu.

Filzah masih terkejut dengan apa yang berlaku hujung minggu yang lepas. Mujurlah kampusnya bercuti selama seminggu untuk memberi ruang kepada pelajar untuk mempersiapkan diri untuk peperiksaan. Sekurang-kurangnya adalah masa untuk Filzah menghadam dan menerima apa yang berlaku.

“Izah,” pintu bilik dikuak dan Puan Juariah meminta izin untuk masuk. Emak duduk di kerusi meja soleknya dan mengambil kotak baldu merah hati itu.

“Izah dah buka ke kotak ni?Dari semalam mak tengok tak berganjak dari sini?” soal emak. 
Dibelek-belek kotak itu dan dibukanya.

“Cantiknya loket emas ni Izah. Ada ukiran corak love-love. Izah tengoklah,” emak cuba menarik perhatian Filzah.

Filzah masih membisu. Tidak tertarik langsung. Hanya senyuman tawar mampu dilayangkan kepada emaknya yang tercinta. Cuba melegakan hati seorang ibu tua yang faham benar gelora di hati anak gadisnya itu.

Masih terngiang-ngiang lagi di telinga Puan Juariah ratap tangis Filzah yang didengarinya tanpa sengaja lewat pagi semalam. Hatinya turut sebak kerana  dia seolah dapat merasakan kecelaruan yang bersarang dalam minda Filzah.

“Ya Allah yang Maha Mengetahui perjalanan hidupku 
semenjak aku di dalam rahim ibuku sehingga 
aku bertemu-Mu di padang mahsyar kelak,
hanya pada-Mu ku mohon petunjuk dalam aku memilih demi hidupku…
Ya Allah, 
Engkau juruskanlah hatiku kepada keputusan yang terbaik bagiku…
sesungguhnya setiap detik yang berlaku dalam hidupku 
mahupun yang bakal berlaku hanyalah dalam kekuasaan-Mu….
jika benar Bahzi Bakhtiar adalah pemilik tulang rusukku, 
Engkau cenderungkanlah hatiku terhadapnya…
dia adalah insan yang asing bagi diriku namun 
dia tidak asing bagi diri-Mu wahai Rabb ku….
Engkau mengenalinya sedalam-dalamnya 
sebagaimana Engkau mengenali diriku….
jika dia membawa kebaikan bagi diriku, 
Engkau lorongkanlah hatiku kepadanya….
jika dia membawa keburukan pada diriku, 
Engkau bawalah dia jauh dariku Ya Allah…
Ya Allah Ya Rahman..
Andai engkau jodohkan diriku dengan dirinya, 
Engkau lapangkanlah hatinya menerima segala kekurangan diriku…
Engkau buka kanlah hatiku menerima dirinya seadanya dia….
jauhilah kami dari api bisikan syaitan..
berkatilah perhubungan kami agar tercapai hasrat kami 
untuk memiliki rumahtangga yang sakinah, mawaddah dan penuh rahmat serta berkat-Mu….
Ya Allah Ya Rabbi…...
andainya kami tidak dijodohkan bersama..
Engkau jauhilah hati kami dari kekecewaan dan kemarahan serta kebencian….
tanamkanlah keredhaan dalam hati-hati kami 
agar kami tidak bersedih atas apa yang Engkau tentukan ke atas kami….
Ya Allah Ya tuhanku…
aku memohon kepadamu..
Engkau berikanlah petunjuk-Mu..
agar dapatku membuat keputusan yang terbaik bagi diriku serta dirinya….
jauhilah diriku dan dirinya dari bisikan syaitan dan desakan hawa nafsu semata….
tunjukkanlah aku jalan terbaik Ya Allah..
sesungguhnya aku hamba-Mu yang lemah..
hanya pada-Mu ku meminta dan bermohon harap…
amiin Ya Rabbal Alamin….”

Pernah Filzah bertanyakan padanya akan adakah lelaki yang sudi menerima dirinya itu yang pernah terlanjur. Puan Juariah tidak mempunyai jawapan untuk itu. Sejujurnya Puan Juariah merasa amat bersalah terhadap gadisnya itu. Sering kali dia bertanya pada dirinya adakah kekurangan ilmunya dalam mendidik anak yang menyebabkan Filzah mudah benar tersilap arah. Lemah dalam pertimbangan. Kadang kala sebak hatinya. Entah siapa yang harus dipersalahkan.

Namun begitu sejuta kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah kerana Filzah akhirnya telah berjaya membuktikan bahawa dirinya telah berubah dan Puan Juariah telah dapat memaafkan semua kesilapan yang telah Filzah lakukan. Dan bagi dirinya,walau apa pun telah Filzah lakukan, sebesar manapun kesilapan Filzah, Puan Juariah akan sentiasa menerimanya kerana Filzah lah salah satunya darah dagingnya. Lambang cinta dirinya dan suami yang dikasihi.

“Emak..” entah bila Filzah duduk di sebelahnya dia tidak tahu. Filzah memegang tangan emaknya. Lembut.

“Ya sayang..” balas emak.

“Izah rasa Izah perlukan masa untuk buat keputusan ni.Emak pun tahu kan ni melibatkan masa depan Izah. Izah bakal menghabiskan seluruh hidup Izah bersamanya. Jadi Izah rasa Izah perlu berfikir semasak-masaknya. Rahimi pun…”

“Izah, emak tahu Izah sayangkan Rahimi. Emak pun suka sangat pada Rahimi. Baik budaknya.Tapi…dalam hidup ni kadang-kadang tak semestinya apa yang kita mahu tu kita akan dapat. Lagi-lagi kalau soal jodoh ni. Dah ada seorang lelaki yang baik datang merisik Izah tanpa Izah mengenali dia. Mesti ada sebab disebaliknya. Ada hikmah yang tersembunyi. Izah pun dah dewasa kan. Mesti dapat fikir. Rahimi tu Izah dah lama kenal, tapi Izah pun tak tahu kan sama ada dia nak atau tak memperisterikan Izah,kan? Kenapa ditunggu sesuatu yang tak pasti andai di depan mata dah ada yang menanti. Ketepikan soal perasaan tu, sebab perasaan boleh dibentuk. Bahzi tu pun emak tengok, tak kurang baiknya. Memang bersungguh dia tu mahukan Izah sampai berani datang merisik..ambil risiko andai Izah menolak…kadang-kadang kesungguhan tu boleh dibuktikan melalui perbuatan..bukan hanya sekadar kata-kata di bibir…Izah berdoa lah banyak-banyak moga diberikan petunjuk. Walau apa pun keputusan Izah…emak terima…emak dan abah sentiasa ada untuk memberikan nasihat andai Izah memerlukan. Ya sayang…” harapan Puan Juariah agar kata-katanya dapat meleraikan sedikit kekusutan di minda Filzah.

“Baiklah emak. Terima kasih banyak-banyak sebab memberi ruang pada Izah untuk berfikir. Insya-Allah apa juga keputusan yang Izah akan buat berdasarkan petunjuk dari Allah kerana Izah yakin itulah jawapan yang terbaik. Sebagaimana Bahzi meminta melalui istikharahnya, Izah juga akan melakukan yang sama. Izah takkan menolak andai jawapannya ialah Bahzi. Soal Rahimi, mungkin ada yang yang lebih baik untuknya di luar sana. Tapi kalau jawapan yang Izah dapat bukanlah Bahzi, Izah terpaksa menolak. Izah harap emak faham ya,” jelas Izah sambil mengusap-usap tangan emak kesayangannya itu.

“Yalah Izah, emak faham,” Puan Juariah hanya senyum memandang Filzah.

“Izah jom kita keluar makan cendol. Emak teringinlah pula,” pelawa Puan Juariah secara tiba-tiba. Mahu menghibur hati anaknya itu.

“Boleh jugak. Jom….” balas Filzah dengan senyuman seikhlas mungkin.


********




“Alhamdulillah syukur pada-Mu Ya Allah mampu juga bagi diriku yang lemah ini untuk menghabiskan peperiksaan akhir semester ini. Semoga Engkau memberikan aku keputusan yang terbaik. Sesungguhnya hanya pada-Mu ku berharap setelah segala usaha yang telah ku curahkan. Amin Ya Rabbal Alamin,” doa Filzah di dalam hati. Segala alatan tulis disimpan. Dengan ucapan bismillah Filzah melangkah keluar dari dewan peperiksaan.

Girang hatinya kerana peperiksaan akhirnya telah tamat. Sedar tak sedar sudah 5 semester Filzah lalui. Hanya tinggal 3 semester sebelum dia berjaya menggenggam segulung ijazah. Filzah tersenyum sendirian.

“Astaghfirullahalazhim..” hampir terkeluar jantung Filzah apabila disergah oleh rakan sekelasnya ketika sedang mencari-cari beg yang diletakkan di luar dewan.

“Ya Allah… Min, terkejut Izah ni…mujur kita takde sakit jantung…kalau tak tak pasal-pasal Min kena bawak Izah pergi Hospital Kajang,” Min tergelak besar sehingga keluar air mata.

Filzah hanya menggeleng kepala. Begitulah gelagat rakan kuliahnya yang paling rapat dengannya. Min memang kuat mengusik. Memang tak kering gusi andai mereka berdua berbual. Walaupun begitu Filzah sering kali memilih untuk melakukan tugas berkumpulan bersama Min kerana di sebalik sikap Min yang gila-gila ceria itu, Min memang serius dan bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Tidak hairanlah setiap semester Min pasti memperoleh Anugerah Dekan.

“Kau ni Izah, cepat betul keluar dewan. Jalan pulak laju je macam nk kejar tren. Kenapa? Apa yang kau kejarkan?,” soal Min setelah ketawanya reda.

“Izah nak balik lah Min…emak dah tunggu kat rumah tu. Dia pesan balik terus lepas exam…katanya nak bincang sedikit,” balas Filzah.

“Bincang? Pasal apa? Temankanlah aku dekat café sekejap. Tak lama,aku janji,”

“Yelah….sekejap je tau,” Filzah meminta kepastian.

Mereka mengambil tempat duduk di café setelah membeli minuman masing-masing.

“Hal apa yang mak kau nak bincang sangat tu?Macam penting sangat je,” Min cuba mengorek rahsia. Dapat dia rasakan ada satu hal yang besar sedang berlaku dalam kehidupan sahabatnya itu.

“Sebenarnya Min…eheem..malu lah Izah nak cakap,”

“Lah engkau ni macam la baru sehari kawan dengan aku. Dah 2 tahun lebih dah tau. Ceritalah cepat. Karang engkau jugak yang nak balik cepat-cepat,”

“Ish, yelah-yelah. Sebenarnya kan Min…dah ada orang merisik Izah. Takde siapa-siapa pun tahu pasal ni kecuali keluarga Izah. Min jangan bagitahu sesiapa ya,” ujar Filzah perlahan. Bimbang ada orang yang dikenali terdengar perbualan mereka.

“APA??!!” semua mata di dalam café memandang kearah mereka.

“Ish apa Min ni menjerit pulak. Bukan Izah cakap Izah dah nak kahwin pun. Baru merisik je. Kenapa terkejut sampai macam tu?,”

“Rahimi ke yang merisik tu Izah? Amboi takde hujan takde ribut terus masuk merisik?,” tanya Min. Sambil tergelak-gelak menyedari kesilapan dirinya menjerit secara tiba-tiba.

“Bukan Rahimi..tapi orang lain..dah tiga minggu mereka tunggu jawapan dari Izah. Izah minta tempoh sehingga habis peperiksaan. Hari ni kena la Izah bagi jawapan nampaknya,”

“Ha? Serius ni? Orang tu kau kenal ke tak? Macam mana pulak boleh tiba-tiba je datang merisik?” soal Min kebingungan.

“Izah tak kenal tapi dia kawan baik dengan suami kakak angkat Izah. Bahzi nama dia. Izah pun tak dapat lagi cam muka dia macam mana sebab sekejap je Izah tengok dia hari tu. Kakak angkat Izah kata Bahzi berkenan dengan Izah dah lama tapi baru sekarang dia rasa bersedia untuk cuba merisik Izah,”

Min mengangguk faham. “Habis tu kau nak terima ke?”

“Mula-mula Izah pun keliru tapi setiap malam Izah buat istikharah minta petunjuk dari Allah. Dan Izah dapat rasakan kecenderungan hati Izah terhadap Bahzi. Jadi Izah akan terima risikan ni,” kata Izah dengan penuh yakin.

“Wah taklama lagi merasa la aku makan nasik minyak ye..sedapnyaa la,” ujar Min sambil membuat aksi menggosok-gosok perut. Keduanya tertawa.
"Hensem ke?" soal Min masih belum berpuas hati.

"Erm...hensem la jugak kot," Izah cuba mengingati wajah Bahzi. Masih samar-samar.

"Eiiii kau ni..beruntung la ade lelaki hensem nakkan kau," balas Min selamba.

"ADUUUH!!" sekali lagi mereka menjadi perhatian apabila Min menjerit. Sakit apabila cubitan Filzah terkena lengannya.

"Hish kau ni Izah. Habislah laki kau nanti kena cubit je selalu. Memang dasar ketam muslimah," rungut Min sambil menggosok-gosok lengannya yang terasa pedih.

"Padan muka, siapa suruh kutuk Izah," Filzah hanya tertawa. 

Faham benar dengan sikap rakannya itu yang bercakap ikut sedap mulut sahaja. Sedikit pun Filzah tidak kecil hati dengan kata-kata Min kerana dia tahu itu sekadar gurauan. Paling kerap dia dipanggil ketam muslimah kerana walaupun dirinya bertudung labuh tapi tangannya pantas sahaja mencubit andai Min mengusiknya.Sungguh bertuah Filzah rasakan kerana mempunyai teman seperti Min yang sentiasa menghiburkan hatinya.

Sampai sahaja di perkarangan rumah Filzah melihat kereta abahnya sedia terparkir di hadapan rumah.

"Awal pulak abah balik hari ini," tanya Filzah dalam hati.

"Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam.." balas kedua orang tuanya serentak.

"Izah mari lah duduk sini. Izah ada janji kan dengan mak dan abah," pelawa Puan Juariah.

Izah hanya tersenyum simpul. Entah bagaimana dia hendak memulakan. Terasa malu pun ada juga.

"Hah, habis tu apa keputusannya Izah? Orang belah sana dah menanti. Tadi baru emaknya Bahzi menelefon emak kamu ni," tegas Encik Kamal memulakan bicara. Pandangannya dihalakan tepat ke wajah Filzah.

"Apa pun keputusan Izah, harapnya emak dan abah terima ya," ujar Filzah memulakan bicara. Jantungnya berdegup kencang.

"Yelah, kami ikut sahaja keputusan Izah. Tanggungjawab abah untuk mengahwinkan kamu dengan jodoh yang terbaik tetapi persetujuannya tetap datang dari kamu..." ujar abah tenang.

"Bismillahirrahmanirrahim...," bisik Filzah dalam hati.

"Izah bersetuju untuk terima lamaran ni. Selepas ni terpulang pada mak dan abahlah berkenaan urusan seterusnya.Bincanglah apa yang patut, Izah akan ikut sahaja," balas Filzah penuh yakin. Setenang mungkin.

Filzah melihat senyuman kelegaan di wajah kedua orang tuanya itu. Filzah turut tersenyum. Yakin keputusannya disokong penuh oleh kedua insan terpenting dalam hidupnya itu.

"Alhamdulillah..mudah-mudahan segala urusan akan dipermudahkan,"

"Sayang, awak nanti telefonlah mak Bahzi tu sampaikan berita gembira ni..terpulang pada mereka bila nak masuk meminang," ujar Encik Kamal kepada isterinya.

"Memang saya dah janji pun nak telefon kak Tijah malam ni. Saya tau anak kita ni akan bagi jawapan hari ni jugak," meleret senyum emak. Gembira bakal menerima menantu barangkali.

"Mak, Abah...Izah minta diri nak masuk bilik dulu ya. Penat la pulak rasanya," Filzah meminta kebenaran untuk beredar. Pipi kedua orang tuanya dikucup sebelum dia naik ke biliknya.

Filzah mengambil kotak baldu di meja soleknya. Ditatap loket emas yang dihantar sebagai tanda merisik,menggantikan cincin. Emaknya mengatakan Bahzi menghantar loket emas sebagai ganti cincin kerana tidak mengetahui saiz jari Filzah.

"Kreatif juga bakal suami aku ni," bisik Filzah didalam hati.

Loket kecil berukiran berbentuk hati itu disambung ke rantai emas hadiah dari ibunya dan dipakai di leher milik Filzah. Tanpa disedari terukir satu senyuman di wajahnya.

********


bersambung....(KLIK)


ps: cerita ini hanya rekaan...segala kebetulan adalah sebagai penambah 'perisa' sahaja....
pss: part 6 ni agak pendek...esainmen banyak.... (◕‿◕✿)
 

Followers