*entry ini adalah panjang dan tiada gambar..harap tidak bosan*
agak-agak dengan datangnya tahun baru nih, ada tak azam dalam diri kita untuk jadi yang terbaik? mudah-mudahan ada...insya-Allah....
azam saje tak cukup..kena jugak usaha...sama lah macam bermimpi je makan nasi beriani tapi just duduk dalam bilik merepek-repek cakap teringin nak nasik beriani tapi tak buat apa-apa tindakan melainkan tulis kat facebook.....macam saye siang tadik....=.="
insya-Allah moga tahun 1433 nih akan jadi lebih baik untuk kita semua berbanding tahun 1432 yang telah menutup tirainya.....moga juga tahun 1433 nih saya akan lebih istiqamah dalam menulis blog dengan sesuatu yang bermanfaat...moga boleh menjadi bekal untuk saya di 'sana' nanti...kalau ada salah dan silap dalam menulis fakta atau apa....sila lah...tolong la tinggal komen...supaya dapat saya betulkan semula.....

sedikit info tentang asal usul tahun hijrah...mungkin ada yang belum tahu...saya pun sebenarnya baru tahu lepas tengok Ustaz Zahazan kat Al-Kuliyyah TV3 masa jumaat harituh...tapi petikan kat bawah nih bukan saya tulis....nih saya petik dari syahirul.com.....
pagi tadi masa tengah online ternampak ada sahabiah di FB yang share poster kat atas nih...tengok punya tengok rupanya kat Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi...tergerak hati nak pergi dan Alhamdulillah meski hujan lebat dan sakit kepala sedari pagi, sampai juga saya kat situ...sampai-sampai azan Maghrib baru berkumandang....parking kat luar sebab rasanya kat dalam memang parking dah penuh....memang ramai sangat orang...nampak ada pasangan-pasangan berpayung masuk kawasan masjid..ada yang bawak baby..ada pakcik yang takde payung lari-lari masuk kawasan masjid sambil berpayungkan sejadah....memang macam-macam lah gelagat orang....terasa betapa kecilnya diri nih bila selama ni asyik memilih jalan selesa untuk dapat ilmu....
perasaan time tuh entah nak cakap macam mana...rasa lain...mungkin selama nih tengok forum-forum nih dekat TV atau dengar radio je....bila tengok ramai orang terdetik risau jugak takut takde tempat...masa berjalan masuk dari jauh dah tengok tempat muslimah penuh..sampai kat koridor ada muslimah tengah bentang sejadah dan lain-lain...dengan kepala pening-pening, terfikir jugak kang buatnya pengsan sebab ramai orang nih mesti panas*PANGGGGG diri sendiri sebab banyak songeh...Allah..='(*
dengan Bismillah melangkah masuk dewan solat muslimat, jumpa satu tempat kosong dekat jugak dengan pintu....belum sempat letak beg, ada makcik tuh ajak solat sebelah beliau...ALLAH MAHA MENGETAHUI....makcik tu berdiri betul-betul depan kipas...dan tempat yang beliau ajak saya tuh jugak memang sangat dekat dengan kipas....terasa betapa ALLAH takkan biarkan hamba-Nya terbeban dengan apa yang tak mampu....dan solatlah saya dalam keadaan yang sejuk dan dengan izin-Nya lepas solat maghrib, beransur hilang sakit kepala saya......*terharu*
jadinya...hari nih saya nak share sikit lah apa yang saya dapat tadi...moga ilmu ini bermanfaat untuk kalian seperti mana ia bermanfaat untuk saya....
tajuk forum hari nih "HIJRAH KE ARAH PEMANTAPAN AKIDAH"...panelnye pulak memang bukan calang-calang orang..betapa rasa bertuah diri ini terpilih untuk berada di majlis ini.....kata-kata Tuan Guru Dato' Dr Haron Din serta panelis lain kadang-kadang buat bulu roma saya meremang...entah kenapa....tapi sepanjang forum ligat otak nih berfikir..menimbang dan bermuhasabah.....
mula-mula ucapan pembukaan...dalam ucapan tuh speaker sebut pasal serangan akidah dalam kalangan umat Islam kat Malaysia nih dan antara punca-puncanya....ada 4 punca yang disebut..
kemudian beliau memberi cadangan bagaimana kita boleh berusaha untuk melawan serangan akidah nih..
masa pusingan pertama panelis banyak mengungkap sejarah permulaan episod hijrah Rasulullah S.A.W dari Mekah ke Madinah....dikaitkan isu keimanan dan pengorbanan....ada beberapa cerita di sebalik penghijrahan yang membuatkan saya terasa sangat kerdil..betapa tingginya keimanan umat terdahulu....turun sahaja perintah hijrah, ramai yang sanggup meninggalkan semua harta benda dan keluarga demi untuk bersama memperjuangkan Islam...
Bulan Muharram adalah bulan pertama yang dipilih oleh Saidina ‘Umar bin al-Khattab untuk kiraan bulan bagi tahun hijrah. Maksudnya, dua belas bulan dalam satu tahun, Saidina ‘Umar al-Khattab r.a membuat keputusan untuk memilih Muharram sebagai bulan pertama bagi tahun Hijrah. Ini seperti bulan Januari bagi tahun masihi. Maka, telah berlaku salahfaham sesetengah pihak lalu menganggap Nabi s.a.w berhijrah dalam bulan Muharram. Itu andaian yang tidak tepat.
Di zaman Saidina Umar, umat Islam mencadangkan agar diwujudkan kiraan tahun bagi kalender umat Islam. Pelbagai cadangan diberikan termasuk dicadangkan tahun kelahiran Nabi s.a.w untuk dijadikan tahun pertama kiraan kalendar umat Islam Namun ditolak oleh Amirul al-Mukminin Umar bin al-Khattab r.a. Beliau kemudiannya bersetuju tahun Nabi s.a.w berhijrah dijadikan tahun pertama kiraan tahun dalam kalendar umat Islam.
Kemudian timbul pula persoalan bulan manakah patut dijadikan bulan pertama. Pelbagai cadangan diberikan, termasuk bulan Ramadan. Namun, Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab r.a menolaknya kemudian memilih bulan Muharram. Ini disebabkan bulan tersebut umat Islam baru sahaja menyelesaikan ibadah haji. Bukan kerana bulan tersebut Nabi s.a.w berhijrah
Kata Muhammad bin Sirin: Seorang lelaki datang kepada Umar dan berkata: “Tetapkan tarikh seperti mana orang bukan arab lakukan dengan menulis pada bulan tertentu dan tahun tertentu”. Jawab Umar: “Cadangan yang baik”. Mereka berkata: “Tahun bila kita hendak mulakan?”. Ada yang mencadangkan tahun kebangkitan Nabi s.a.w, ada pula cadangan tahun kewafatan dan lain-lain. Lalu mereka bersetuju tahun baginda berhijrah. Lalu mereka bertanya lagi: “Bulan manakah hendak kita mulakan?”. Ada yang mencadangkan Ramadan. Ada yang mencadangkan “Muharram kerana ia bulan yang orangramai baru sahaja selesai menunaikan haji dan ia juga termasuk dalam bulan-bulan haram”. Lalu mereka pun bersetuju menjadikan bulan Muharram bulan yang pertama. (al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/252, Beirut: Dar al-Fikr).
begitulah kisahnya...moga lepas nih kita semua lebih memahami tentang Islam....malu saya sebagai umat Islam tapi banyak tak tahu...takpe2....pasnih belajar lagik! *semangat*
perasaan time tuh entah nak cakap macam mana...rasa lain...mungkin selama nih tengok forum-forum nih dekat TV atau dengar radio je....bila tengok ramai orang terdetik risau jugak takut takde tempat...masa berjalan masuk dari jauh dah tengok tempat muslimah penuh..sampai kat koridor ada muslimah tengah bentang sejadah dan lain-lain...dengan kepala pening-pening, terfikir jugak kang buatnya pengsan sebab ramai orang nih mesti panas*PANGGGGG diri sendiri sebab banyak songeh...Allah..='(*
dengan Bismillah melangkah masuk dewan solat muslimat, jumpa satu tempat kosong dekat jugak dengan pintu....belum sempat letak beg, ada makcik tuh ajak solat sebelah beliau...ALLAH MAHA MENGETAHUI....makcik tu berdiri betul-betul depan kipas...dan tempat yang beliau ajak saya tuh jugak memang sangat dekat dengan kipas....terasa betapa ALLAH takkan biarkan hamba-Nya terbeban dengan apa yang tak mampu....dan solatlah saya dalam keadaan yang sejuk dan dengan izin-Nya lepas solat maghrib, beransur hilang sakit kepala saya......*terharu*
jadinya...hari nih saya nak share sikit lah apa yang saya dapat tadi...moga ilmu ini bermanfaat untuk kalian seperti mana ia bermanfaat untuk saya....
tajuk forum hari nih "HIJRAH KE ARAH PEMANTAPAN AKIDAH"...panelnye pulak memang bukan calang-calang orang..betapa rasa bertuah diri ini terpilih untuk berada di majlis ini.....kata-kata Tuan Guru Dato' Dr Haron Din serta panelis lain kadang-kadang buat bulu roma saya meremang...entah kenapa....tapi sepanjang forum ligat otak nih berfikir..menimbang dan bermuhasabah.....
mula-mula ucapan pembukaan...dalam ucapan tuh speaker sebut pasal serangan akidah dalam kalangan umat Islam kat Malaysia nih dan antara punca-puncanya....ada 4 punca yang disebut..
- kebebasan hidup yang melampaui batas..
-hiburan liar..
-krisis nilai;ekonomi,politik dan kemasyarakatan..
-sistem pendidikan yang gagal dalam membina akidah pelajar Islam..
kemudian beliau memberi cadangan bagaimana kita boleh berusaha untuk melawan serangan akidah nih..
-ibu bapa perlu pentingkan pendidikan al-quran dan akidah..
-masyarakat perlu hadir solat jemaah dan hidupkan aktiviti surau dan masjid..
-bersatu amar makruf nahi munkar..
masa pusingan pertama panelis banyak mengungkap sejarah permulaan episod hijrah Rasulullah S.A.W dari Mekah ke Madinah....dikaitkan isu keimanan dan pengorbanan....ada beberapa cerita di sebalik penghijrahan yang membuatkan saya terasa sangat kerdil..betapa tingginya keimanan umat terdahulu....turun sahaja perintah hijrah, ramai yang sanggup meninggalkan semua harta benda dan keluarga demi untuk bersama memperjuangkan Islam...
pertamanya kisah Shuhaib Ar-Ruumi...masa beliau hendak berhijrah ada kaum kuffar Quraisy yang cuba halang beliau...mereka katakan bahawa ketika Shuhaib tiba di tempat mereka Shuhaib datang dalam keadaan miskin...mereka tak membenarkan Shuhaib membawa apa-apa harta kekayaan jika Shuhaib tetap mahu berhijrah...dengan hati yang kental dan utuh, berhijrahlah Shuhaib seorang diri tanpa sedikit pun harta....Rasulullah S.A.W yang mendengar berita ini bersabda, "Beruntunglah Shuhaib, beruntunglah Shuhaib, beruntunglah Shuhaib! Shuhaib telah mendapat keberuntungan"
yang kedua kisah seorang wanita yang berhijrah bersama anak kecilnya yang berusia 6 tahun kemudian tersesat dan walaupun begitu tetap teguh pendirian bahawa hanya Allah penyelamat mereka...
yang ketiga kisah Saidina Umar Al-Khattab yang terkenal dengan keberaniannya....ketika sampai perintah untuk berhijrah, Umar bertindak untuk berhijrah secara terang-terangan...dengan pedang tersisip di pinggang pergilah Umar ke kaabah bertemu dengan tokoh-tokoh Quraisy...Umar berkata dengan lantang,
"Barangsiapa yang sanggup menjadikan ibunya keseorangan disebabkan kematian anak, meletakkan anak-anak mereka menjadi yatim piatu lantaran kematian bapa, sanggup menjadikan isteri kesayangannya menjadi balu kerana kematian suami, marilah kita adu senjata di sebalik bukit ini esok."
Ternyata tiada yang berani menyahut cabaran Umar itu...berhijrahlah Umar Al-Khattab ke Madinah tanpa ancaman dari musuh Islam....
Allahu Allah...cukup tiga kisah ini menyusup ke jiwa..betapa teguhnya iman mereka....terbayang jika diri hidup pada zaman hijrah itu..dengan iman yang sekecil-kecil sekarang nih, mampu kah diri ini berkorban untuk Islam...sekarang pun suka nak mengeluh=((
panelis jugak ada cerita perihal keakraban kaum muhajirin dan ansar yang disaudarakan oleh Rasulullah sesudah peristiwa hijrah....sistem saudara angkat yang diperkenalkan Rasulullah menambahkuatkan ikatan umat Islam pada ketika itu..paling tertarik saya dengan kisah Abdul Rahman bin Auf dan Sa'ad bin Rabi'...
Abdul Rahman bin Auf adalah seorang kaya di kota Mekah dan atas sebab itu Rasulullah membuat keputusan untuk mempersaudarakan Abdul Rahman dengan seorang kaya juga...meski Sa'ad bin Rabi' mengajak Rasulullah tinggal bersamanya, Rasulullah menolak lalu mempersaudarakan Sa'ad dengan Abdul Rahman...Sa'ad bin Rabi' dengan hati terbuka menerima Abdul Rahman sebagai saudara....
"Wahai Rasulullah, engkau menjadi saksi kepada kata-kataku ini...sesungguhnya aku mempunyai dua orang isteri, jika saudara Abdul Rahman sudi, pilihlah seorang dari isteriku ini...akan ku ceraikannya dan selepas tamat edahnya berkahwinlah engkau dengannya.." kata Sa'ad bin Rabi' kepada Abdul Rahman...
"Wahai Rasulullah bersaksilah engkau akan kata-kataku ini...janganlah Sa'ad bin Rabi' menceraikan mana-mana isteri...sesungguhnya aku baru sahaja berhijrah dan belum berkeperluan akan seorang isteri.." balas Abdul Rahman....*beliau sungguh macho!!*
"Saudaraku Abdul Rahman, aku merupakan seorang yang kaya..sudilah kiranya aku berikan engkau separuh dari hartaku..dan separuh lagi akan ku simpan buat diriku serta keluargaku.." tambah Sa'ad bin Rabi'
sekali lagi Abdul Rahman menolak pemberian itu...bahkan Abdul Rahman meminta hutang sebanyak 10 dinar dan meminta ditunjukkan jalan ke pasar tempat orang berjual beli....dan memang Allah mentakdirkan Abdul Rahman sebagai seorang peniaga yang hebat...sekejap sahaja beliau berjaya mengumpul kekayaan yang kemudiannya diinfakkan ke jalan Allah...untuk menyokong setiap perjuangan Islam...
Maha Suci Allah...adakah lagi hartawan pada masa kini yang sanggup menggunakan hartanya ke jalan Allah seperti Sa'ad bin Rabi' dan Abdul Rahman bin Auf.....moga-moga ada..moga Allah memberkati mereka..
Tuan Guru Haron Din*kalau tak silap dengar* ada jugak mengupas tentang erti sebenar jihad..panjang lebar beliau kupas....tapi yang paling menarik kata-kata beliau yang saya nak kongsi..
"JIHAD itu maksudnya berusaha dan bertindak hingga penat dan lelah...kalau baru usaha sikit je dah mengalah..belum jihad namanya tu...."
masa pusingan kedua ada disebut kisah yang sangat-sangat-sangat-SANGAT menarik....tentang ulama dan pemimpin...nih petikan dari status facebook yang sempat saya type...kisah fudhail dan harun ar-rasyid...*boleh gugel sapa dia fudhail nih...dan saya sangat KAGUM!!*
Fudhail memegang tangan Harun Ar-Rasyid yang terasa lembutnya lalu berkata...
'' alangkah bagusnya jika tangan yang lembut ini tidak akan disentuh panasnya api neraka..''
menangislah Harun Ar-Rasyid ketika mendengar kata-kata Fudhail....
"mengapa kau berkata begitu wahai Fudhail..sepatutnya pemimpin kita gembirakan hatinya,bukan buat dia bersedih..." kata seorang menteri yg turut ada bersama...
"siapakah ini,Harun Ar-Rasyid?"
"ini menteriku.."
" berhati-hatilah dengan menteri sebegini...dia mungkin menyenangkan hatimu di dunia, tapi dia tidak akan dapat membantumu di akhirat kelak"
~~~~~~
Harun Ar-Rasyid bertanya kepada Fudhail, "mengapa rumahmu gelap? tiada minyak ke nak hidupkan pelita?"
Fudhail menjawab, "sengaja aku padamkan semua pelita di rumahku..kerana sepanjang hari melihatmu wahai Harun Ar-Rasyid dalam terang..siang di bawah terang matahari..dan malam istanamu terang dengan lampu pelita...aku takut engkau akan lupakan gelapnya kubur selepas engkau mati..."
Allahu Allah.....sekali lagi kagum saya dengan ketokohan ulama pada zaman dahulu..betapa ulama dihormati...meski pemimpin tertinggi ditegur oleh seorang ulama..pemimpin tersebut menerima dengan hati terbuka......
pabila ulama' menegur dan menasihati pemimpin,
keberkatan akan datang...
tapi pabila teguran di anggap musuh, pabila nasihat dirasakan hinaan...macam mana kebaikan nak datang...
tuh kata seorang panelis....sapa setuju angkat tangan....*saya angkat tinggi2!!*
banyak lagi sebenarnya yang dikongsi..tapi setakat nih dulu yang saya kongsikan kat sini......semua dialog dan cerita nih diolah dengan bahasa saya sendiri berdasarkan apa yang disampaikan oleh panelis....kalau ada yang tersasar atau menyimpang sekali lagi, sudikanlah tegur atau tambah....saya manusia yang punya kadar pendengaran dan kebolehan yang biasa..mana tahu ada tersalah dengar atau tersalah tulis.....
dan sebagai penutup yang juga petikan ucapan penutup dari moderator forum tadi,
hanya sebuah negara yang punya akidah dapat mempertahankan dan melindungi akidah rakyatnya..
kalau negara tuh sendiri tak punya akidah,bagaimana akidah rakyat dapat dilindungi...
kalau negara tuh sendiri tak punya akidah,bagaimana akidah rakyat dapat dilindungi...
Wallahualam....
0 luahan rasa:
Post a Comment