Buscar

Páginas

Showing posts with label pesan ticher. Show all posts
Showing posts with label pesan ticher. Show all posts

Sungguh tidak ternilai......

JOM LIKE TICHER INA'S BLOG DI FACEBOOK
Bismillahirrahmanirrahim....

*entry ini adalah panjang dan tiada gambar..harap tidak bosan*

Selangkah ke tahun baru..semakin kurang umur kita kat bumi pinjaman Allah nih...semakin singkat masa untuk mengutip bekalan untuk dibawa ke dunia yang kekal abadi nanti....

agak-agak dengan datangnya tahun baru nih, ada tak azam dalam diri kita untuk jadi yang terbaik? mudah-mudahan ada...insya-Allah....

azam saje tak cukup..kena jugak usaha...sama lah macam bermimpi je makan nasi beriani tapi just duduk dalam bilik merepek-repek cakap teringin nak nasik beriani tapi tak buat apa-apa tindakan melainkan tulis kat facebook.....macam saye siang tadik....=.="

insya-Allah moga tahun 1433 nih akan jadi lebih baik untuk kita semua berbanding tahun 1432 yang telah menutup tirainya.....moga juga tahun 1433 nih saya akan lebih istiqamah dalam menulis blog dengan sesuatu yang bermanfaat...moga boleh menjadi bekal untuk saya di 'sana' nanti...kalau ada salah dan silap dalam menulis fakta atau apa....sila lah...tolong la tinggal komen...supaya dapat saya betulkan semula.....
sedikit info tentang asal usul tahun hijrah...mungkin ada yang belum tahu...saya pun sebenarnya baru tahu lepas tengok Ustaz Zahazan kat Al-Kuliyyah TV3 masa jumaat harituh...tapi petikan kat bawah nih bukan saya tulis....nih saya petik dari syahirul.com.....


Bulan Muharram adalah bulan pertama yang dipilih oleh Saidina ‘Umar bin al-Khattab untuk kiraan bulan bagi tahun hijrah. Maksudnya, dua belas bulan dalam satu tahun, Saidina ‘Umar al-Khattab r.a membuat keputusan untuk memilih Muharram sebagai bulan pertama bagi tahun Hijrah. Ini seperti bulan Januari bagi tahun masihi. Maka, telah berlaku salahfaham sesetengah pihak lalu menganggap Nabi s.a.w berhijrah dalam bulan Muharram. Itu andaian yang tidak tepat.

Di zaman Saidina Umar, umat Islam mencadangkan agar diwujudkan kiraan tahun bagi kalender umat Islam. Pelbagai cadangan diberikan termasuk dicadangkan tahun kelahiran Nabi s.a.w untuk dijadikan tahun pertama kiraan kalendar umat Islam Namun ditolak oleh Amirul al-Mukminin Umar bin al-Khattab r.a. Beliau kemudiannya bersetuju tahun Nabi s.a.w berhijrah dijadikan tahun pertama kiraan tahun dalam kalendar umat Islam.

Kemudian timbul pula persoalan bulan manakah patut dijadikan bulan pertama. Pelbagai cadangan diberikan, termasuk bulan Ramadan. Namun, Amirul Mukminin ‘Umar bin al-Khattab r.a menolaknya kemudian memilih bulan Muharram. Ini disebabkan bulan tersebut umat Islam baru sahaja menyelesaikan ibadah haji. Bukan kerana bulan tersebut Nabi s.a.w berhijrah

Kata Muhammad bin Sirin: Seorang lelaki datang kepada Umar dan berkata: “Tetapkan tarikh seperti mana orang bukan arab lakukan dengan menulis pada bulan tertentu dan tahun tertentu”. Jawab Umar: “Cadangan yang baik”. Mereka berkata: “Tahun bila kita hendak mulakan?”. Ada yang mencadangkan tahun kebangkitan Nabi s.a.w, ada pula cadangan tahun kewafatan dan lain-lain. Lalu mereka bersetuju tahun baginda berhijrah. Lalu mereka bertanya lagi: “Bulan manakah hendak kita mulakan?”. Ada yang mencadangkan Ramadan. Ada yang mencadangkan “Muharram kerana ia bulan yang orangramai baru sahaja selesai menunaikan haji dan ia juga termasuk dalam bulan-bulan haram”. Lalu mereka pun bersetuju menjadikan bulan Muharram bulan yang pertama. (al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/252, Beirut: Dar al-Fikr).

begitulah kisahnya...moga lepas nih kita semua lebih memahami tentang Islam....malu saya sebagai umat Islam tapi banyak tak tahu...takpe2....pasnih belajar lagik! *semangat*


pagi tadi masa tengah online ternampak ada sahabiah di FB yang share poster kat atas nih...tengok punya tengok rupanya kat Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi...tergerak hati nak pergi dan Alhamdulillah meski hujan lebat dan sakit kepala sedari pagi, sampai juga saya kat situ...sampai-sampai azan Maghrib baru berkumandang....parking kat luar sebab rasanya kat dalam memang parking dah penuh....memang ramai sangat orang...nampak ada pasangan-pasangan berpayung masuk kawasan masjid..ada yang bawak baby..ada pakcik yang takde payung lari-lari masuk kawasan masjid sambil berpayungkan sejadah....memang macam-macam lah gelagat orang....terasa betapa kecilnya diri nih bila selama ni asyik memilih jalan selesa untuk dapat ilmu....

perasaan time tuh entah nak cakap macam mana...rasa lain...mungkin selama nih tengok forum-forum nih dekat TV atau dengar radio je....bila tengok ramai orang terdetik risau jugak takut takde tempat...masa berjalan masuk dari jauh dah tengok tempat muslimah penuh..sampai kat koridor ada muslimah tengah bentang sejadah dan lain-lain...dengan kepala pening-pening, terfikir jugak kang buatnya pengsan sebab ramai orang nih mesti panas*PANGGGGG diri sendiri sebab banyak songeh...Allah..='(*

dengan Bismillah melangkah masuk dewan solat muslimat, jumpa satu tempat kosong dekat jugak dengan pintu....belum sempat letak beg, ada makcik tuh ajak solat sebelah beliau...ALLAH MAHA MENGETAHUI....makcik tu berdiri betul-betul depan kipas...dan tempat yang beliau ajak saya tuh jugak memang sangat dekat dengan kipas....terasa betapa ALLAH takkan biarkan hamba-Nya terbeban dengan apa yang tak mampu....dan solatlah saya dalam keadaan yang sejuk dan dengan izin-Nya lepas solat maghrib, beransur hilang sakit kepala saya......*terharu*

jadinya...hari nih saya nak share sikit lah apa yang saya dapat tadi...moga ilmu ini bermanfaat untuk kalian seperti mana ia bermanfaat untuk saya....

tajuk forum hari nih "HIJRAH KE ARAH PEMANTAPAN AKIDAH"...panelnye pulak memang bukan calang-calang orang..betapa rasa bertuah diri ini terpilih untuk berada di majlis ini.....kata-kata Tuan Guru Dato' Dr Haron Din serta panelis lain kadang-kadang buat bulu roma saya meremang...entah kenapa....tapi sepanjang forum ligat otak nih berfikir..menimbang dan bermuhasabah.....

mula-mula ucapan pembukaan...dalam ucapan tuh speaker sebut pasal serangan akidah dalam kalangan umat Islam kat Malaysia nih dan antara punca-puncanya....ada 4 punca yang disebut..

- kebebasan hidup yang melampaui batas..
-hiburan liar..
-krisis nilai;ekonomi,politik dan kemasyarakatan..
-sistem pendidikan yang gagal dalam membina akidah pelajar Islam..

kemudian beliau memberi cadangan bagaimana kita boleh berusaha untuk melawan serangan akidah nih..

-ibu bapa perlu pentingkan pendidikan al-quran dan akidah..

-masyarakat perlu hadir solat jemaah dan hidupkan aktiviti surau dan masjid..

-bersatu amar makruf nahi munkar..

masa pusingan pertama panelis banyak mengungkap sejarah permulaan episod hijrah Rasulullah S.A.W dari Mekah ke Madinah....dikaitkan isu keimanan dan pengorbanan....ada beberapa cerita di sebalik penghijrahan yang membuatkan saya terasa sangat kerdil..betapa tingginya keimanan umat terdahulu....turun sahaja perintah hijrah, ramai yang sanggup meninggalkan semua harta benda dan keluarga demi untuk bersama memperjuangkan Islam...

pertamanya kisah Shuhaib Ar-Ruumi...masa beliau hendak berhijrah ada kaum kuffar Quraisy yang cuba halang beliau...mereka katakan bahawa ketika Shuhaib tiba di tempat mereka Shuhaib datang dalam keadaan miskin...mereka tak membenarkan Shuhaib membawa apa-apa harta kekayaan jika Shuhaib tetap mahu berhijrah...dengan hati yang kental dan utuh, berhijrahlah Shuhaib seorang diri tanpa sedikit pun harta....Rasulullah S.A.W yang mendengar berita ini bersabda, "Beruntunglah  Shuhaib, beruntunglah Shuhaib, beruntunglah Shuhaib! Shuhaib telah mendapat keberuntungan"

yang kedua kisah seorang wanita yang berhijrah bersama anak kecilnya yang berusia 6 tahun kemudian tersesat dan walaupun begitu tetap teguh pendirian bahawa hanya Allah penyelamat mereka...

yang ketiga kisah Saidina Umar Al-Khattab yang terkenal dengan keberaniannya....ketika sampai perintah untuk berhijrah, Umar bertindak untuk berhijrah secara terang-terangan...dengan pedang tersisip di pinggang pergilah Umar ke kaabah bertemu dengan tokoh-tokoh Quraisy...Umar berkata dengan lantang,

"Barangsiapa yang sanggup menjadikan ibunya keseorangan disebabkan kematian anak, meletakkan anak-anak mereka menjadi yatim piatu lantaran kematian bapa, sanggup menjadikan isteri kesayangannya menjadi balu kerana kematian suami, marilah kita adu senjata di sebalik bukit ini esok." 

Ternyata tiada yang berani menyahut cabaran Umar itu...berhijrahlah Umar Al-Khattab ke Madinah tanpa ancaman dari musuh Islam....

Allahu Allah...cukup tiga kisah ini menyusup ke jiwa..betapa teguhnya iman mereka....terbayang jika diri hidup pada zaman hijrah itu..dengan iman yang sekecil-kecil sekarang nih, mampu kah diri ini berkorban untuk Islam...sekarang pun suka nak mengeluh=((

panelis jugak ada cerita perihal keakraban kaum muhajirin dan ansar yang disaudarakan oleh Rasulullah sesudah peristiwa hijrah....sistem saudara angkat yang diperkenalkan Rasulullah menambahkuatkan ikatan umat Islam pada ketika itu..paling tertarik saya dengan kisah Abdul Rahman bin Auf dan Sa'ad bin Rabi'...

Abdul Rahman bin Auf adalah seorang kaya di kota Mekah dan atas sebab itu Rasulullah membuat keputusan untuk mempersaudarakan Abdul Rahman dengan seorang kaya juga...meski Sa'ad bin Rabi' mengajak Rasulullah tinggal bersamanya, Rasulullah menolak lalu mempersaudarakan Sa'ad dengan Abdul Rahman...Sa'ad bin Rabi' dengan hati terbuka menerima Abdul Rahman sebagai saudara....

"Wahai Rasulullah, engkau menjadi saksi kepada kata-kataku ini...sesungguhnya aku mempunyai dua orang isteri, jika saudara Abdul Rahman sudi, pilihlah seorang dari isteriku ini...akan ku ceraikannya dan selepas tamat edahnya berkahwinlah engkau dengannya.." kata Sa'ad bin Rabi' kepada Abdul Rahman...

"Wahai Rasulullah bersaksilah engkau akan kata-kataku ini...janganlah Sa'ad bin Rabi' menceraikan mana-mana isteri...sesungguhnya aku baru sahaja berhijrah dan belum berkeperluan akan seorang isteri.." balas Abdul Rahman....*beliau sungguh macho!!*

"Saudaraku Abdul Rahman, aku merupakan seorang yang kaya..sudilah kiranya aku berikan engkau separuh dari hartaku..dan separuh lagi akan ku simpan buat diriku serta keluargaku.." tambah Sa'ad  bin Rabi'

sekali lagi Abdul Rahman menolak pemberian itu...bahkan Abdul Rahman meminta hutang sebanyak 10 dinar dan meminta ditunjukkan jalan ke pasar tempat orang berjual beli....dan memang Allah mentakdirkan Abdul Rahman sebagai seorang peniaga yang hebat...sekejap sahaja beliau berjaya mengumpul kekayaan yang kemudiannya diinfakkan ke jalan Allah...untuk menyokong setiap perjuangan Islam...

Maha Suci Allah...adakah lagi hartawan pada masa kini yang sanggup menggunakan hartanya ke jalan Allah seperti Sa'ad bin Rabi' dan Abdul Rahman bin Auf.....moga-moga ada..moga Allah memberkati mereka..

Tuan Guru Haron Din*kalau tak silap dengar* ada jugak mengupas tentang erti sebenar jihad..panjang lebar beliau kupas....tapi yang paling menarik kata-kata beliau yang saya nak kongsi..


"JIHAD itu maksudnya berusaha dan bertindak hingga penat dan lelah...kalau baru usaha sikit je dah mengalah..belum jihad namanya tu...."


masa pusingan kedua ada disebut kisah yang sangat-sangat-sangat-SANGAT menarik....tentang ulama dan pemimpin...nih petikan dari status facebook yang sempat saya type...kisah fudhail dan harun ar-rasyid...*boleh gugel sapa dia fudhail nih...dan saya sangat KAGUM!!*

Fudhail memegang tangan Harun Ar-Rasyid yang terasa lembutnya lalu berkata...



'' alangkah bagusnya jika tangan yang lembut ini tidak akan disentuh panasnya api neraka..''


menangislah Harun Ar-Rasyid ketika mendengar kata-kata Fudhail....



"mengapa kau berkata begitu wahai Fudhail..sepatutnya pemimpin kita gembirakan hatinya,bukan buat dia bersedih..." kata seorang menteri yg turut ada bersama...

"siapakah ini,Harun Ar-Rasyid?"

"ini menteriku.."

" berhati-hatilah dengan menteri sebegini...dia mungkin menyenangkan hatimu di dunia, tapi dia tidak akan dapat membantumu di akhirat kelak"

~~~~~~


Harun Ar-Rasyid bertanya kepada Fudhail, "mengapa rumahmu gelap? tiada minyak ke nak hidupkan pelita?"



Fudhail menjawab, "sengaja aku padamkan semua pelita di rumahku..kerana sepanjang hari melihatmu wahai Harun Ar-Rasyid dalam terang..siang di bawah terang matahari..dan malam istanamu terang dengan lampu pelita...aku takut engkau akan lupakan gelapnya kubur selepas engkau mati..."

Allahu Allah.....sekali lagi kagum saya dengan ketokohan ulama pada zaman dahulu..betapa ulama dihormati...meski pemimpin tertinggi ditegur oleh seorang ulama..pemimpin tersebut menerima dengan hati terbuka......


pabila ulama' menegur dan menasihati pemimpin, 
keberkatan akan datang...

tapi pabila teguran di anggap musuh, pabila nasihat dirasakan hinaan...macam mana kebaikan nak datang...

tuh kata seorang panelis....sapa setuju angkat tangan....*saya angkat tinggi2!!*

banyak lagi sebenarnya yang dikongsi..tapi setakat nih dulu yang saya kongsikan kat sini......semua dialog dan cerita nih diolah dengan bahasa saya sendiri berdasarkan apa yang disampaikan oleh panelis....kalau ada yang tersasar atau menyimpang sekali lagi, sudikanlah tegur atau tambah....saya manusia yang punya kadar pendengaran dan kebolehan yang biasa..mana tahu ada tersalah dengar atau tersalah tulis.....

dan sebagai penutup yang juga petikan ucapan penutup dari moderator forum tadi,

hanya sebuah negara yang punya akidah dapat mempertahankan dan melindungi akidah rakyatnya..
kalau negara tuh sendiri tak punya akidah,bagaimana akidah rakyat dapat dilindungi...

Wallahualam....

Sabda Rasulullah S.A.W, 
“Sesiapa yang mempelajari satu ilmu yang sepatutnya dilakukan kerana mencari Wajah Allah, namun dia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan keuntungan duniawi, maka dia tidak akan mencium bau syurga pada Hari Kiamat.”

Life is what you give...


Assalamualaikum...
Selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W...
sahabat-sahabat serta kaum keluarganya...

Dah lama rupanya takde update kat sini.....sibuk *sibuklah sangat* kot kan..hehe...apa-apa pun..insya-Allah kali ni ada sedikit perkongsian buat para readers semua...insya-Allah...


Bismillahirrahmanirrahim....
Seorang guru meminta sekeping duit kertas daripada seorang pelajarnya . Pelajar itu mengeluarkan sekeping duit kertas dan menyerahkan kepada gurunya. Alangkah hairannya pelajar itu melihat gurunya menconteng wajah pemimpin yang terpapar di atas duit kertas itu. Misai dan jambang ditambah serta di akhiri dengan tandatangannya. Pendek kata guru merosakkan duit tersebut. Dia menyerahkan duit yang telah rosak tadi kepada pelajarnya dan menyuruhnya pelajarnya membelanjakan wang itu di pasar.


Pelajar yang kehairanan menjadi bingung bagaimana hendak membelanjakan wang yang telah rosak itu. Biasanya di negara asalnya wang sebegitu sudah pasti tidak laku di pasaran. Si pelajar berfikir bahawa mungkin ada pengajaran yang hendak diberikan kepadanya oleh gurunya itu. Dia yakin gurunya itu tidak akan melakukan perkara yang sia-sia.


Sebelum beredar, gurunya berpesan, "Pabila duit ini kembali ke tanganmu, engkau telefonlah aku,"


Si pelajar yang patuh sekadar mengikut kata gurunya itu. Dia berjalan ke pasar dan berkira-kira bagaimana hendak membelanjakan wang itu. Dia pun tiba di hadapan sebuah kedai menjual anggur. Dia mencongak-congak. Dengan wang yang diconteng oleh gurunya tadi, dia boleh membeli 2kg anggur. Fikirnya lagi, jika dia hanya membeli 2kg anggur sudah pasti pekedai akan mengetahui duit yang dia beri itu telah rosak. Akhirnya si pelajar membeli 8kg anggur dan duit yang rosak itu diletakkan di belakang sekali. Pekedai hanya menerima duit yang diberikan dan menyimpannya di dalam bekas duit.


Hari berganti hari hinggalah hampir dua bulan berlalu. Pelajar itu pun terlupa tentang duit rosak yang telah dia berikan kepada si peniaga anggur. Hinggalah pada suatu hari si pelajar terpaksa mengambil teksi untuk ke kelas kerana bas semua telah penuh. Dek kerana tidak mempunyai wang kecil, dia membayar menggunakan wang yang besar jumlahnya. Tanpa mengira jumlah baki yang diberikan, pelajar tersebut terus saja menyimpan wang ke dalam dompetnya dan bergegas ke kelas.


Apabila pulang ke rumah, si pelajar memeriksa baki duit yang telah diterimanya tadi dan alangkah terkejutnya dia melihat duit yang telah diconteng oleh gurunya hampir dua bulan lepas akhirnya kembali ke tanggannya. Dia menyedari pada waktu itulah dia patut menelefon gurunya kembali.


"Wang yang telah ku rosakkan dulu kembali ke tanganmu?" tanya gurunya.


"wahai guruku, apakah pengajaran yang patut aku pelajari dari hal ini?" soal pelajar tadi.


"begitulah kehidupan. Andainya engkau memberi keburukan di dalam masyarakatmu, sudah pasti akhirnya engkau akan menerima kembali keburukan yang telah engkau berikan sebelumnya. Sebaliknya jika engkau sentiasa menyumbang kebaikan sepanjang hidupmu, pasti kebaikan akan selalu bersama denganmu tidak kira di mana saja."
sengaja saya mahu berkongsi kisah yang saya dengari di radio IKIM ketika dalam perjalanan ke Bandar Bukit Mahkota beberapa hari yang lepas. Mungkin penceritaan saya di atas kurang tepat, tapi insya-Allah maksud yang cuba disampaikan adalah serupa..


What goes around comes around..begitulah kata-kata pujangga inggeris *kot* yang menerangkan moral di sebalik cerita di atas. Kalau di sepanjang hidup kita, kita memberi sebanyak mungkin manfaat dan kebaikan kepada orang lain, sudah pasti kebaikan dan kegembiraan akan akhirnya mendampingi hidup kita sepanjang masa...


begitu juga andai kita sentiasa menyakiti orang lain atau memberikan mudharat kepada orang di sekeliling kita...jangan terkejut andai satu hari kita dilukai dengan lebih teruk lagi....mudharat serta keburukan akan kembali kepada kita tanpa kita duga.....


jika ada yang meminta bantuan kita..cubalah penuhi semampu mungkin kerana siapa tahu hari esok atau lusa ketika kita memerlukan bantuan....akan ada yang sudi membantu kita pulak...


bak kata orang melayu hidup ni macam roda....kalau hari ni mungkin kita terlepas dengan segala macam keburukan atau maksiat yang kita buat...esok lusa siapa tahu keburukan tu akan berbalik kepada kita semula..


jadinya....biarlah sepanjang hidup ni kita cuba memaksimumkan usaha agar orang lain beroleh manfaat dari diri kita *bukanlah perkara yang maksiat*
jadilah hamba Allah yang taat...
jadilah anak yang soleh dan solehah..
jadilah rakan yang baik...
jadilah jiran yang prihatin..
jadilah masyarakat yang peka....
jadilah yang terbaik walau apa pun tempat kita dalam masyarakat....


insya-Allah kita akan bahagia....kalaupun tidak dibalas oleh orang yang menerima kebaktian kita....orang yang lain akan membalas kebaikan kita di masa yang lain...dan kalaupun tiada balasan untuk kita di dunia ini, di akhirat nanti Allah pasti membalasnya dengan sebaik-baik balasan....insya-Allah...


tapi janganlah pulak berbuat baik cuma untuk mengharap 'respek' dari manusia atau pujian dari rakan-rakan....kalau pandangan manusia yang kita harapkan, itulah yang kita akan dapat...lakukanlah semuanya ikhlas kerana Allah....insya-Allah lebih manis terasa walau mungkin tiada yang menyedari kebaikan yang telah kita lakukan....tetapi keyakinan bahawa Allah melihat setiap tindak tanduk hamba-Nya cukup memberi jaminan kepada hati bahawa tiada yang sia-sia bila segalanya disandarkan kepada Allah...


ada lagi satu kisah yang agak menarik yang pernah saya dengar...asif andai fakta tidak tepat sebab dah ingat-ingat lupa...tp insya-Allah akan cuba disampaikan sebaik mungkin..
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 3 tahun dikejarkan ke wad kecemasan kerana tertelan guli ketika bermain...doktor yang berada di wad itu cuba untuk memeriksa keadaan kana-kanak itu dan mendapat guli tersebut tidak dapat dikeluarkan....beliau mendapati kes ini harus diserahkan kepada sorang doktor pakar kanak-kanak.


doktor itu menelefon pakar kanak-kanak itu dan memintanya segera ke wad kecemasan. Kanak-kanak yang tertelan guli tadi berada dalam keadaan yang agak serius kerana guli itu tersekat di saluran pernafasannya. Pakar kanak-kanak yang sedang off duty enggan datang untuk merawat kanak-kanak berkenaan dan menyuruh doktor di wad kecemasan saja yang menguruskan kerana padanya kes itu tidaklah serius.


akhirnya, kanak-kanak malang tadi meninggal dunia sebelum sempat dirawat oleh doktor. Masa yang banyak dihabiskan untuk memujuk pakar kanak-kanak yang tidak bertanggungjawab itu. Menangislah kedua ibu bapa kanak-kanak lelaki itu. mereka kehilangan anak kesayangan hanya kerana sikap seorang doktor yang tidak bertanggungjawab.


ibu bapa kanak-kanak malang tadi bertekad hendak menyaman pihak hospital kerana kecuaian yang berlaku. Meskipun anak mereka tetap tidak akan kembali, mereka nekad untuk menuntut bela atas kematian anak mereka. Walaubagaimanapun, setelah perbincangan dilakukan, akhirnya kedua ibu bapa tadi dan pihak hospital bersetuju menyelesaikan semuanya di luar mahkamah dan doktor tadi dibenarkan bertugas semula seperti biasa.


tidak lama kemudian. sekali lagi seorang kanak-kanak yang hampir seusia dengan kanak-kanak malang yang tercekik guli itu dikejarkan ke wad kecemasan yang sama....kali ini kanak-kanak itu didapati tertelan duit 10 sen....dan duit itu tersekat di salur pernafasannya.....


sekali lagi doktor di wad kecemasan menelefon pakar kanak-kanak tadi dan memintanya aar segera datang untuk merawat kanak-kanak tadi sebelum terlambat seperti yang berlaku dulu. Doktor pakar yang masih belum berubah sikap itu sekali lagi mengabaikan tanggungjawabnya. Dia mengambil keputusan untuk menghantar seorang Medical Officer (MO) untuk merawat kanak-kanak tadi dan berjanji dia akan menyusul kemudian.


MO tadi berusaha untuk mengeluarkan duit syiling yang terlekat tadi namun dek kerana itu bukanlah bidangnya, dia gagal. Takdir Allah, sekali lagi, kanak-kanak itu tidak sempat diselamatkan. Satu lagi  nyawa melayang kerana sikap pakar kanak-kanak tadi. 


Pakar kanak-kanak itu akhirnya tiba di wad kecemasan. Melihat wajah tidak berdosa yang terbujur kaku di atas katil rawatan, meraunglah si pakar kanak-kanak tadi kerana mendapati anak yang tergadai nyawanya itu adalah anaknya sendiri. Sesalan sudah tidak berguna lagi. Anaknya sendiri menjadi korban. Menangis air mata darah sekalipun tiada apa yang dapat di ubah.
Allah..cerita yang membawa seribu iktibar....


kadang-kadang dalam hidup ini kita perlu cuba letakkan diri kita dalam tempat orang lain sebelum melakukan sesuatu...kalau kita tak suka diperlakukan sedemikian, kenapa kita tegar melakukannya kepada orang lain?sebagaimana kita, orang lain juga punya hati dan perasaan yang boleh merasa pedih dan sakit....


begitu juga dalam hal maksiat..kenapa kita tegar melakukan pendustaan atau penipuan terhadap orang lain sedangkan kita sendiri tidak mahu diperlakukan sedemikian rupa.....


buat si lelaki di luar sana, mengapa sanggup menipu dan mempermain hati si gadis..mengajak sama-sama mabuk di lautan asmara syaitan..bayangkan suatu hari nanti adik-adik perempuan kalian, emak atau kakak kalian yang diperlakukan sedemikian...sanggupkah?letakkan dirimu di tempat abang, ayah atau saudara mereka...sanggupkah kamu?


andai kita gemar menipu dan memperdaya orang..mahukah kita kalau orang yang kita sayang ditipu dan diperdaya?


sebelum bertindak jahat...fikir bagaimana kalau perkara itu berlaku kepada kamu atau saudaramu..sudah pasti kalian takkan mahu melakukannya...
ada satu lagi kisah yang saya ingat-ingat lupa...tapi berlaku di zaman dahulu....


pada suatu hari ada seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang wanita. si lelaki mula berniat jahat terhadap kekasihnya itu. dia memeluk dan menciumi kekasihnya sepuas hati tanpa takut terhadap balasan Allah yang perit. 


dalam masa yang sama...adik perempuannya sedang berjalan di kawasan yang tidak ramai orang. tiba-tiba ada seorang lelaki datang dari belakang dan memperlakukan dirinya sama seperti apa yang abangnya lakukan terhadap kekasihnya.


menangislah si adik pulang ke rumah dalam keadaan takut dan menceritakan semua yang berlaku ke pada abangnya. Tersentak lah si abang mendengar cerita adiknya kerana perbuatan lelaki itu terhadap adiknya saling tak ubah dengan apa yang dia lakukan terhadap kekasihnya. Tahulah dia inilah balasan dari Allah. Alangkah menyesalnya si abang kerana dek perbuatannya, adik perempuannya sendiri yang menerima balasan.


Sesungguhnya perbuatan jahat itu seolah-olah satu hutang. andai balasannya tidak menimpa diri kita, mungkin ia akan berbalik kepada anak kita,isteri mahupun suami atau cucu cicit keturunan kita.


kalau hari ini kita memfitnah anak orang lain berzina, mana kita tahu esok lusa keturunan kita sendiri melakukan perkara terkutuk sebegitu..nauzubillah mindzalik....


mulai hari ini alangkah bagusnya dalam hidup ni kita sentiasa cuba melakukan yang terbaik....agar yang baik-baik saja yang akan datang dalam hidup kita....insya-Allah....


dan selalulah muhasabah diri sama ada telah terlunas atau belum tanggungjawab yang tergalas di bahu....


sering saya ingatkan pada diri saya sebagai seorang bakal guru, insya-Allah...
jadilah seorang guru seperti guru yang saya mahu anak saya dapat nanti..
didiklah anak murid saya sebagaimana saya mahu anak saya dididik satu masa nanti...
seperti mana saya harapkan anak saya dapat guru yang terbaik, 
begitu juga harapan ibu bapa yang lain...
tanggungjawab yang berat dan semoga saya mampu menggalasnya sebaik mungkin...
amin!

ingat...hidup ni bukan cuma berkisar tentang diri kita sahaja....apa kita beri, itu yang kita dapat.....jangan cuma mahu menerima tapi tidak mahu memberi.....baik yang kita beri, baik yang kita terima...buruk kita beri, buruklah hasilnya....


wallahualam....(^_^)v






ps: sesiapa tahu camne nk adjust spacing dalam entry belog?rasanya macam terlalu besar jarak antara paragraph....leh leave comments or email me at {insanmisteri@gmail.com}
syukran in advance...=D



berbahagialah kita.....


Assalamualaikum buat semua pembaca....
Selawat serta salam buat Nabi Muhammad S.A.W,
para isteri, kaum keluarga dan sahabat baginda.....



"the bad days make the good ones better.."


begitulah bunyi status di FB malam tadi....Alhamdulillah setelah beberapa hari yang 'mendung'..hari ni terasa sedikit cahaya....Allah takkan menguji hamba-Nya yang tidak mampu hamba-Nya tanggung....ingat tu...kalau ada je ujian dari Allah..pasti Allah yakin kita dapat laluinya.....and here I am...happy.. insya-Allah...

bila hati terasa tenang dan lapang seperti hari ini.....teringat pula hari-hari sedih yang berlalu....Allah...Allah itu maha adil...tidak kita dibiarkan sedih sahaja sepanjang masa....Dia adalah KEKASIH agung...pandai memujuk...pandai menyenangkan hati hamba-Nya yang berserah diri..insya-Allah..ingin ku jadi hamba-Nya yang redha dan tabah...ingin ku jadi hamba-Nya yang menyerah diri...

bila merasa hari dengan dada yang lapang...betapa terasa diri ini menghargai nikmat hari-hari yang sedih.....bayangkan hidup yang sentiasa gembira...adakah kita masih kenal erti air mata dan kesedihan? jika hidup sentiasa berlalu dengan cara yang kita mahu..adakah kita masih tahu erti meminta pada Allah? jika hidup sentiasa senang dan tenang....adakah kita masih akan menghargai nilai setitis air mata yang tulus?



Allah...bersyukurlah bila diberi dugaan dan cabaran kerana itu tanda Allah sayang pada kita....mahukah kita menjadi seperti Firaun dan Qarun...setiap kebahagiaan di dunia ini mereka perolehi..tetapi rupa-rupanya itu tanda Allah mahu mereka terus sesat dalam dunia 'bahagia' mereka....

bersyukurlah bila hati terasa pedih dan sakit.....itu tanda Allah mahu kita meratap mengadu pada-Nya....Allah mahu kita dekat dengan-Nya...bersyukurlah....


berapa ramai manusia alpa dan leka di ulit kesenangan sehingga lupa siapakah yang memberi pinjam kesenangan itu kepada mereka...berapa ramaikah manusia yang mempunyai wang dan harta melimpah ruah yang menyimpan segalanya untuk diri sendiri...terlupakah mereka siapa yang memberi wang itu kepada mereka?terlupakan mereka hak mereka kepada si fakir dan anak yatim?berapa ramaikah manusia yang dikurnia wajah yang indah dan mempersona tapi terlupakan siapakah Yang Maha Indah yang memberi sedikit kecantikan pada mereka sehingga sewenangnya sahaja menonjolkan kecantikan dengan penuh riak dan bangga..terlupakah mereka siapa yang memberi semuanya itu pada mereka...

Ya, kesedihan dan kekecewaan itu ujian dari-Nya...tapi..kesenangan dan kecantikan juga adalah ujian......bersyukurlah kita tika ditimpa musibah....berhati-hatilah kita bila disirami kebahagiaan.....semuanya hak milik dari Allah....jangan jadikan kesedihan menjadi punca merenggangkan kita dengan-Nya....janganlah jadikan kecantikan dan kebahagiaan kita menjadi punca murka-Nya...




bagi sesiapa yang sedang berduka...ingatlah Allah sentiasa ada di sisimu...mengadulah pada-Nya....Dia sentiasa mendengar....jika kamu merasa keseorangan dalam menghadapi dugaan dalam hidup ni, ketahuilah olehmu bahawa Allah tidak pernah pergi dari sisi-Mu..Dia sentiasa menjaga diri-Mu..takkan Dia membiarkanmu sendirian...cuma tinggal kamu mahu merasai kehadiran-Nya atau tidak....cuma tinggal bagaimana kamu mahu melalui kesedihan...dengan bertindak bodoh menzalimi diri...atau dengan cara bijak iaitu kembali pada-Nya....pasti ada bahagia buatmu...jika bukan di dunia..insya-Allah di akhirat sana..janji Allah itu pasti...






bagi sesiapa yang sedang bergembira....ingatlah itu anugerah dari Allah...nikmat yang Dia pinjamkan padamu..bersyukurlah pada-Nya....berdoalah agar kegembiraan itu tidak menarik kamu pergi dari-Nya..penuhilah dadamu dengan kesyukuran yang tidak bertepi...berkongsilah bahagiamu itu dengan saudaramu...janganlah kamu tamak kerana bila masa sahaja Dia boleh mengambil kembali....apa yang kamu ada bukanlah milik mutlak dirimu....Allah pemilik segalanya..janganlah kamu mendabik dada kerana kesenangan yang kamu ada kerana tanpa izin-Nya tidak mungkin kamu mendapat semua itu...


ingatlah dunia ini cuma sementara...yang kekal cuma amalmu....dunia ini cuma persinggahan...peluang untuk kite menyemai amal.....hasilnya akan dituai di akhirat kelak...


lahirnya kita bukan untuk dunia semata-mata....tetapi gunakanlah dunia ini sebaiknya afar kita memperoleh yang terbaik di akhirat nanti.....percayalah kepada Allah..tidak Dia beri sesuatu itu kepada kita tanpa ada hikmah disebaliknya...Islam itu ertinya menyerah diri...oleh itu kita sebagai seorang yang Islam *hingga ke akhir nafas...insya-Allah* wajib menyerah diri kepada Allah sahaja....bersangka baiklah padanya kerana Allah itu menurut sangkaan hamba-Nya...


senyumlah wahai sahabat...senyumlah wahai teman....Allah itu ada.....dalam senang dalam susah...Allah itu dekat....

berbahagialah kita dalam suka dan duka.....kerana dunia ini hanya sementara...kebahagiaan yang abadi buat kita adalah di sana nanti..insya-Allah...


*senyum*

suke sy nk share kt sini sedikit nukilan hadiah kakak comel lagi baik hati.....sgt inspirational buat diri ni..n harap bermanfaat buat yg membaca...^_^

Pada suatu hari, seorang ulama' diuji dengan suatu musibah, kemudian beberapa rakannya berkunjung dan mereka menghiburkan hatinya. Selanjutnya dia berkata, aku telah membuat ubat dengan 6 bahan. Mereka bertanya, apakah itu? Dia menjawab :

Pertama
percaya kepada Allah

Kedua
aku tahu bahawa segala sesuatu yang ditaqdirkan pasti terjadi

Ketiga
kesabaran adalah hal terbaik yang mesti dilakukan oleh orang yang sedang dalam ujian Allah

Keempat
bila aku tidak dapat bersabar, lalu apalagi yang dapat kulakukan, kerana kesedihan tidak akan pernah bisa menolong diriku

Kelima
bisa jadi aku tertimpa sesuatu yang lebih buruk lagi dari yang kurasakan sekarang ini

Keenam
dari waktu ke waktu aku hanya menikmati kegembiraan.



[jangan pernah mendahului nasib. bermimpilah yang indah kerana mimpi itu harapan dan harapan itu doa]


ps: lagu di belog da dipadamkan...insya-Allah lebih convenient bagi sesiapa yang suka bukak multiple blogs..takde lah gangguan...

pss: sambungan cahaya belahan jiwa yang terbaik coming soon...insya-Allah....^_^  
 

Followers