Buscar

Páginas

~~Cahaya Belahan Jiwa yang Terbaik~~part 4



Cahaya Belahan Jiwa yang Terbaik part 1 di sini (KLIK)
Cahaya Belahan Jiwa yang Terbaik part 2 di sini (KLIK)
Cahaya Belahan Jiwa yang Terbaik part 3 di sini (KLIK)


********

Assalamualaikum,” Filzah memberi salam sambil mengetuk-ngetuk pintu rumah kak Najwa. Tidak sabar rasanya Filzah mahu menghabiskan masa bersama orang yang dianggapnya kakak itu. Riang benar hatinya.

Izah,masuklah dik. Akak ada kat dapur ni,” laung kak Najwa dari dalam rumah.

Baru sahaja Filzah menolak pintu, anak-anak kak Najwa menerpa ke arahnya. Riang hati Filzah. Mia dan Kimi memeluknya erat. Sejuk dan damai rasa hati Filzah. Kasih sayang kanak-kanak yang jujur tidak pernah gagal mengubat hatinya.

Jom Mia,Kimi. Acik Izah ada bawakkan jelly tuk kamu ni,” ujar Filzah meninjau-ninjau ke dapur mencari kak Najwa. Mia dan Kimi sudah berlari-lari menuju ke ruang tamu. Hati Filzah terasa lapang.

Acik Izah,kenapa lama acik tak datang umah Mia. Bila nak bawak Mia pergi tasik lagi? Acik tidur sini ke tak?,” petah sekali Mia bertanya.

Acik sibuk la sayang. Banyak kerja tau kat rumah acik. Tu lah Mia taknak tolong acik buat kerja,” jawab Filzah sambil mencubit pipi montel si kecil Mia. Tertawa Mia diperlakukan sebegitu. Kimi yang masih belum bercakap juga hanya tertawa dan bercakap dalam bahasa yang asing.

Kak Najwa yang berada di dapur hanya menggeleng sambil tersenyum melihat gelagat Filzah bersama anak-anaknya.

Kasihan Izah. Terlalu banyak yang kau lalui dik. Sesungguhnya akak kagum kerana kamu kuat. Akak doakan kamu agar suatu hari nanti akan bertemu kebahagiaan,” bisik kak Najwa di dalam hati. Sungguh cerita Filzah tentang masa lampaunya mengundang simpati kak Najwa.

Teringat lagi ketika awal perkenalannya dengan Filzah. Gadis itu seolah kehilangan diri. .

Akak…saya tengok akak dan keluarga akak nampak sangat bahagia….adakah peluang untuk seorang pendosa seperti saya merasa kebahagiaan seperti akak?Adakah kebahagiaan untuk seseorang yang kotor seperti saya?

Tersentak Najwa ketika membaca bait tulisan itu. Dia dapat merasakan ada kekesalan dari nada tulisan gadis yang tidak dikenalinya itu. Perlahan Najwa mengarang kata sebaik mungkin untuk membalas persoalan Filzah.

Adik, salam perkenalan dari akak.

Adik seorang Muslim kan? Adik tau kan kita wajib percaya yang Allah itu Maha Pengampun…. Sebesar mana pun dosa yang telah terlakukan….sebanyak manapun dosa yang terkumpul…andai adik bertaubat dengan sesungguh-sungguh taubat…insya-Allah akan diampunkan oleh Allah….

adik…tiada apa yang mustahil dalam dunia ni….semuanya di bawah perancangan Allah…mungkin semalam adik berdosa..tapi tidak mustahil esok adik diberikan peluang oleh Allah untuk menjadi hamba-Nya yang beriman….akak tak tahu apa yang adik lalui..tapi..akak nak adik faham….tiada manusia biasa seperti kita yang tidak pernah melakukan dosa….tapi ingatlah selagi nyawa belum sampai ke kerongkong, adik masih ada peluang untuk kembali kepada-Nya…

Andai adik sedar adik banyak melakukan dosa,adik janganlah berdiam diri….cari jalan untuk kembali kepada-Nya….mohon pada Dia..berdoa dan menangislah pada-Nya…jangan sekali-kali putus asa terhadap Allah…adik pernah tak dengar cerita seorang pelacur yang masuk syurga kerana keikhlasannya memberi minum kepada anjing yang kehausan. Adik nampak kan betapa besarnya rahmat Allah terhadap hamba-Nya walau sebesar mana pun dosa hambanya….bertaubat dik…..cari semula Allah dalam diri adik….

Insya-Allah andai hatimu ikhlas…akan ada bahagia untukmu..andai bukan di dunia ni..insya-Allah kebahagiaan yang kekal abadi untukmu di akhirat sana…ikhlaskan hatimu mencintai-Nya…ya dik….

Akak mungkin tak mengenali kamu..tapi akak berbesar hati andai adik sudi membenarkan akak menjadi sebahagian dari hidupmu…..ukhuwah fillah dik…

Kalau ada apa-apa yang adik nak kongsikan dengan akak…adik mesej akak lagi ya…akak minta maaf andai ada kata akak yang mengguris hati adik…doa akak sentiasa untuk adik….

Assalamualaikum…..

Di situlah detik permulaan perkenalan kak Najwa dan Filzah. Pertemuan yang diaturkan oleh Allah sebagai pembuka jalan kepada Filzah untuk berubah serta meninggalkan masa lampaunya yang kelam. Kak Najwa adalah yang memimpin Filzah ketika dia teraba-raba mencari jalan. Kak Najwalah yang menghulur tangan membantu Filzah bangun andai Filzah tersungkur.

Izah, akak buat air panas la ya. Ais habis lah dik,” kata kak Najwa sambil menatang dulang berisi cawan dan teko air. Filzah sekadar menggangguk.

Akak sihat?,” soal Filzah sekadar membuka bicara.

Sihat dik, Alhamdulillah. Lama Izah takdatang jumpa akak?Sibuk ya dengan kelas?” soal kak Najwa.

Betul la tu kak…dah dekat nk exam ni banyak pulak kerja,” jawab Filzah.Masih asyik melayan kerenah si cilik berdua itu.

Izah, akak nak tanya sikit la. Boleh tak?” soal kak Najwa. Suaranya bergetar. Agak teragak-agak sama ada patut soalan ini diutarakan sekarang atau tidak.

Eh kak, tanya aje lah. Banyak pun takpe. Izah ni kan kaunter pertanyaan bergerak. Hihihi,” jawab Filzah selamba disusuli dengan gelak kecil.Matanya memandang tepat wajah lembut kak Najwa. Memberi tumpuan akan persoalan yang bakal diajukan.

“Mia, bawak adik masuk bilik main dalam bilik, ibu nak cakap ngan acik Izah ni,” arah kak Najwa pada Mia. Dengan patuh Mia menurut. Ciuman diberikan di pipi Filzah dan kak Najwa sebelum membawa Kimi ke dalam bilik. Memang Mia seorang anak kecil yang ‘sweet’.

Macam ni. Erm, akak nak tanya. Kamu dengan Rahimi tu masih berhubung ke? Akak cuma nak tahu je. Jangan marah akak ya,” tanya kak Najwa ragu-ragu.

Filzah menarik nafas dalam-dalam. Otaknya ligat menyusun kata. “ Izah pun taktahu kak,” ujar Filzah tenang memulakan bicara.

Dalam hati Izah ni masih ada sayang. Ya lah selepas apa yang Azhim buat pada Izah, susah untuk Izah mula percayakan lelaki lagi. Sampailah Rahimi muncul dalam hidup Izah. Rahimi banyak sangat bantu Izah untuk bangkit semula sehinggalah akhirnya Izah berjaya memulakan hidup yang baru. Dan juga dia memberikan Izah keyakinan bahawa bukan semua lelaki seperti Azhim yang hanya tahu mengambil kesempatan pada perempuan macam Izah ni.” helaan nafas panjang dilepaskan Filzah. Cuba menenangkan hati sendiri.

Akak tahu kan Rahimi tu macam mana orangnya?” soal Filzah

Maksud kamu?” kak Najwa kebingungan.

Ya lah. Rahimi tu orangnya baik-baik. Latar belakang keluarganya baik. Agamanya baik. Serba serbi lengkaplah kak. Tapi sejak beberapa bulan yang lepas ni, Izah tengok dia seakan-akan berubah. Izah rasakan Izah bukanlah untuk dia. Dia layak untuk mendapatkan seseorang yang lebih baik dan lebih memahami dia. Izah tak rasa Izah dapat faham dia lagi. Asyik je kami bergaduh dan berselisih faham. Entah mana silapnya pun Izah tak tahu.Rahimi Qarin yang Izah kenal dulu dah tak de. Rahimi dah berubah jadi seseorang lain yang Izah langsung tak kenal. Izah pun tengok di sekeliling dia ada lagi ramai wanita yang layak untuk menjadi suri dia. Izah dah lama mengundur diri,kak. Izah sedar Izah tak layak. Sejarah hidup Izah kelam. “ Filzah kematian kata-kata. Dadanya terasa sakit. Air mata bertakung di kelopak matanya.

Dik,” panggil kak Najwa lembut.

Kak, kalau sayang tak semestinya kita memiliki,kan? Izah nak tengok Rahimi bahagia kak. Izah tak dapat bagi dia kebahagiaan. Izah cuma mengganggu kehidupan dia. Izah cuma mendatangkan marah dia je. Izah rasa mengundur diri adalah yang terbaik untuk dia. Izah tau tindakan Izah ni akan kelihatan kejam pada mata dia tapi ni yang terbaik. Biarlah dia membenci Izah sekalipun. Izah nekad.Dengan perasaan sayang yang masih ada ni, Izah sentiasa mendoakan kebahagiaan untuk Rahimi. Semoga satu hari Rahimi akan mendapat kebahagiaan yang dia cari dan Izah yakin Allah ada perancangan yang lebih baik untuk diri Izah.” perasaan Filzah yang tadinya bergelora semakin tenang.


Kak Najwa mendengar dengan tekun. Tersentuh jiwanya. Kagum dengan ketabahan gadis di hadapannya itu. Kisah Rahimi dan Filzah semuanya diketahui oleh kak Najwa. Dan kak Najwa juga bersetuju dengan tindakan Filzah yang dirasakannya adalah yang terbaik untuk kedua Filzah dan Rahimi.

Betul dik. Akak yakin andai ada jodoh yang tertulis antara Izah dan Rahimi, pasti akan bertemu jua satu hari nanti. Tapi andai bukanlah jodoh antara kamu berdua, yakinlah itu yang terbaik sebab Allah tu kan Maha Mengetahui. DIA tahu apa yang kita ni manusia biasa taktahu. Dari Izah tersekat dalam kebingungan yang tak sudah akak rasa memang tepat keputusan Izah untuk melepaskan diri. Biar buruk dan jahat pada pandangan orang  dik. Yang paling penting Allah tahu niat kita. DIA tahu kenapa kita buat macam ni. Akak sentiasa doakan Izah akan dapat kebahagiaan Izah satu hari nanti. Akak yakin akan ada seseorang untuk Izah. ‘prince charming’ Izah tu pemalu agaknya sebab tu sampai sekarang tak datang lagi jumpa Izah. Takpun dia sesat sebab Izah suka lari-lari dan main sorok-sorok” sempat kak Najwa berseloroh untuk menceriakan suasana yang muram.

Senyuman di bibir Filzah melegakan kak Najwa. “ Terima kasih kak sebab sudi dengar cerita Izah. Lapang rasanya.” ucap Filzah tulus.

Sesungguhnya tiada rahsia antara mereka. Hubungan mereka rapat seperti adik beradik sedarah. Kak Najwalah tempat Filzah mencurah rasa dan Filzah tidak pernah gagal menjadi pendengar andai kak Najwa ditimpa masalah.

Izah....ehhmm…” kata-kata kak Najwa terhenti seketika. Teragak-agak. Dimatikan niat asalnya. Serasa ini bukanlah waktu yang tepat. Filzah memandang kak Najwa. Di wajahnya tergambar riak tidak sabar hendak mendengar apa yang bakal diperkatakan oleh kak Najwa.

Izah, petang ni kita ke tasik nak? Abang balik lewat agaknya hari ni. Lama lah akak tak pergi ke tasik. Boleh bawak Mia dan Kimi berjalan petang. Boleh tak?” kak Najwa mengubah tajuk.

Izah tersenyum dan mengangguk tanda setuju. Lapang sedikit hatinya dapat meluahkan sedikit rasa yang terbuku.

********

Mak, abah jom lah makan. Izah dah lapar lah,” panggil Filzah selepas selesai menyediakan juadah makan malam. Aroma ayam goreng halia dan tom yam sayur menusuk ke hidung.

Kedengaran derapan kaki di tangga. Gelak tawa emak dan ayahnya kedengaran. Butir bicara mereka tidak dapat dipastikan.

“ Amboi mak ngan abah ni seronok betul ketawa ya.Dari tadi Izah asyik dengar mak ketawa je. Apa-apa ajelah yang dibualkan agaknya tu ya. Nak pergi honeymoon lagi sekali ke?,” usik Filzah sambil tangannya menyenduk nasi ke dalam pinggan.

Puan Juariah dan Encik Kamal mengambil tempat duduk.  Terbuka selera mereka melihat masakan anak gadis mereka.

Dah besar rupanya anak abah ni. Dah boleh kahwin ni. Masak dah pandai dah. Kan mak kan? Izah ni dah boleh kahwin ni,” ujar Encik Kamal mengusik anak daranya.

Betul tu Izah. Bila Izah nak kahwin? Kami bagi green light je. Calon dah ada kan? Tunggu masa nak langsung aje ni,” tambah Puan Juariah.

Eh, siapa mak? Mak carikan jodoh untuk Izah ke?” soal Izah. Doanya dalam hati janganlah emaknya menyebut nama Rahimi.

La tu Rahimi tu kamu nak campak mana? soal emak.

Ish ada 10 orang ni beratur nak kan Izah ni. Bukan Rahimi je. Anak mak ni kan hot,” ujar Filzah dalam nada gurauan. Filzah mahu mengubah suasana. Tidak selesa dengan perbualan berkisar kepada Rahimi. Nama itu mahu diluputkan dari ingatan walau dia tau itu adalah sesuatu yang sukar.

Dah lah tu, takbaik ni berbual depan rezeki. Makanlah jom. Abah dah lapar ni,” celah Encik Kamal. Dapat membaca gelora hati anak gadisnya. Fahamlah dia mengapa Filzah kelihatan muram sejak akhir-akhir ini.

Filzah hanya tersenyum memandang abahnya. Tanda terima kasih.

Usai menjamu selera Filzah mengemas meja dan menyelesaikan tugas mencuci pinggan mangkuk. Tidak mahu membiarkan emaknya melakukan semua kerja rumah. Dia merasakan sudah tiba masanya untuk dia membantu meringankan beban emak yang semakin meningkat usia.

Izah,” lembut Puan Juariah memanggil Filzah. Dia melangkah mendekati Filzah

Ya mak, kenapa?” soal Filzah sambil tangannya masih ligat mencuci pinggan mangkuk.

Mesti nak tanya pasal Rahimi ni,” desis Filzah di dalam hati.

Izah dengan Rahimi bergaduh ke sayang?” tepat dugaan Filzah.

Taklah mak. Cuma Izah lepaskan dia. Sebab Izah tahu dia lagi berhak dapat yang lain. Dahlah ya mak. Izah takmahu la cakap pasal Rahimi. Boleh kan,mak? Sekarang ni Izah serahkan soal jodoh pada Allah. Mana la tahu nanti ada yang masuk meminang Izah nanti,” ujar Filzah pada emak

Ya lah Izah. Kamu pun dah dewasa. Mak tahu kamu pandai dah bezakan mana yang baik dan mana yang tidak. Mak sentiasa doakan Izah,” janji Puan Juariah. Tidak mahu memanjangkan soal ini lagi.

Mak naik tidur dulu lah ya,penat pulak rasa badan ni harini. Assalamualaikum.” sebuah kucupan hinggap di pipi Izah. Hangat.

Filzah segera menghabiskan pinggan yang bersisa. Setelah berpuas hati Filzah mengatur langkah longlai ke biliknya. Dirinya sendiri agak kepenatan hari ini. Jadual kelas yang padat dan cuaca panas menyebabkan dirinya lebih penat dari biasa.

Badannya direbahkan ke katil. Nyaman rasanya dapat berbaring di atas tilam empuk. Dikelilingi haruman ros yang lembut. Terasa seolah-olah berada di satu alam lain yang teramat menenangkan.

Filzah mencapai handphone-nya  yang berada berhampiran.Terpapar di skrin.

2 new messages

Eh siapa pula yang hantar mesej ni,” kata Filzah di dalam hati. Butang open ditekannya. Terpapar 2 mesej baru dari 2 insan yang berbeza. Rahimi dan kak Najwa.

Berkira-kira mana satu yang patut dibukanya dahulu. Filzah menarik nafas panjang dan membuka mesej dari Rahimi terlebih dahulu.

Assalamualaikum…

Pendek isi mesej dari Rahimi. Filzah sekadar menjawab di dalam hati. Ternyata telah bulat hatinya mahu melepaskan Rahimi. Butang exit ditekan. Filzah membuka pula mesej dari kak Najwa.

Assalamualaikum dik. Apa khabar?Sihat?Bila nak datang rumah akak lagi?akak rindu la dik. Erm…mesej akak ni ganggu tak?kalau ganggu akak minta maaflah. Akak nak bagitahu yang hujung minggu ni akak dan abang Zul nak datang rumah adik. Ada hal sikit. Lapang tak agaknya? Apa2 nanti bagitahu la ya? Tataa~~

Ah esok sahajalah balas mesej kak Najwa ni,” gerutu Filzah. Matanya mula terasa berat. Mujurlah keesokan harinya kelas Filza di waktu tengah hari. Banyaklah kelapangan waktu baginya esok.

Filzah bingkas bangun untuk mengambil wudhu’ dan menunaikan solat sunat taubat, solat hajat dan silat istikharah sebelum tidur. Kebelakangan ini Filzah berusah menjadikan solat-solat sunat ini sebagai rutin harian. Harapannya agar segala urusan kehidupannya dipermudahkan oleh yang Maha Esa. Menyedari hakikat dirinya yang terlalu banyak kekhilafan menjadikan gadis ini meletakkan sepenuh pengharapan pada yang Maha Berkuasa.

Doa dipohon dengan bersungguh-sungguh hingga tanpa disedari setitik demi setitik air mata keinsafan gugur dari kelopak matanya. Terasa kerdil dirinya di sisi Allah. Terasa lemah dirinya berbanding kekuasaan Allah.

Jauh di sudut hatinya terzahir kesyukuran yang tidak terhingga kerana Allah memberikan dia peluang kedua untuk menikmati ketenangan yang tidak pernah dia rasai sebelum ini. Janjinya pada diri dia tidak akan sekali-kali melepaskan ketenangan buah dari cintanya bersama Sang Khaliq. Kedinginan luar biasa mengalir di hatinya menjadikan dia merasa sungguh bahagia.

Telekung dilipat rapi dan dengan lafaz Bismillah Filzah memejamkan matanya. Doanya agar hari esok menjanjikan kebahagiaan dan kegembiraan buat dirinya serta insan-insan yang berada di sisi.


********




ps: cerita ini hanya rekaan...segala kebetulan adalah sebagai penambah 'perisa' sahaja....

kemaafan dipohon kerana belog ini telah dibiarkan sepi oleh tukang tulis....

2 luahan rasa:

shasha

salam kak :) best cerita neyh dah siap part 5 bgi tahu eyh :)" komennye teruskan mnulis

NourKhayr

salam. kisah yang sangat menarik dan agak mempunyai persamaan dengan kisah hidup saya. moga dapat dijadikan pedoman untuk meneruskan kehidupan. bravo sis.

 

Followers