Assalamualaikum W.B.T buat semua yang menjenguk
blog sy yang tak seberapa ni.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad S.A.W,
para isteri, sahabat-sahabat dan kaum keluarga baginda
para isteri, sahabat-sahabat dan kaum keluarga baginda
ALHAMDULILLAH masih diberikan peluang untuk
sy menulis di sini dan harapnya memberi manfaat kepada semua yang membaca.
Dan kalian juga ucaplah ALHAMDULILLAH kerana masih diberi peluang
untuk anda bernafas di muka bumi ini dan mempunyai kelapangan
untuk membaca coretan sy disini....
Syukur sy panjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya sy telah
hidup dengan nikmat berlimpah ruah
di atas muka bumi milik-Nya ini secara percuma selama 20 tahun..
Allahu Allah..
sesungguhnya Engkau maha Pemurah....
Jika dipikiri nikmat yg telah Allah beri langsung tidak setimpal dengan
apa yg telah sy buat untuk-Nya...
sekelumit pun tak terbalas apa yg telah Dia berikan....
apa sgtlah yg dah sy wat tuk Islam?
byk mana sgt pengorbanan lillahi taala yg telah sy buat?
berapa sgtlah wang dan tenaga telah sy salurkan untuk Islam?
Allah..Allah..
terasa kerdilnya diri ini....
Ya Allah Ya Tuhanku....
Engkau ampunkan dosa-dosaku,kedua ibu bapaku,guru-guruku,
sahabatku serta muslimin muslimat tidak kira yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia....
Ya Allah Ya Rahman...
Engkau jadikanlah kami golongan orang2 yg bertakwa....
Jadikanlah kami orang2 yh berjihad di jalanMu...
Engkau berkatilah kehidupan yg telah Engkau berikan kepada kami..
Sedarkanlah kami andai kami leka dariMu Ya Allah...
Jelaskanlah pandangan mata kami
dalam membezakan yg haq dan yg batil...
Kentalkanlah hati kami dengan semangat jihad yg tebal...
Jadikanlah kami golongan yang sentiasa mensyukuri nikmat-Mu...
Janganlah Engkau jadikan kami orang2 yg kufur....
Jauhilah kami dari syirik kepadamu..
Juga kurniakanlah kami pasangan yg beriman kepadaMu dan
dari kami Engkau berikanlah zuriat2 yang soleh serta solehah...
Mujahid serta mujahidah yang tidak gentar berjuang menegakkan agama-Mu....
Ampunkan dosa kami Ya Allah...
Makbulkan doa kami..
Sesungguhnya hanya pada-Mu kami memohon petunjuk dan pertolongan...
Ameen~
ps: siri Cahaya Belahan Jiwa yang Terbaik akan mengalami kelewatan akibat kesuntukan masa....=D
mereka yg menceriakan hari lahir sy...bersama parents mereka jugak^_^
0 luahan rasa:
Post a Comment