Selawat serta salam buat Nabi Muhammad S.A.W,
para isteri, kaum keluarga dan sahabat baginda.....
Alhamdulillah sekian lama tukang tulis menyepi...tercetus idea untuk sedikit perkongsian di belog yang takseberapa ni....
Petang tadi sedang sy menggeledah FB rakan2 mencari gambar2 menarik, perhatian sy tertarik dengan sesi komen2 antara 2 rakan...gambar seorang gadis yg memang syantek sedang posing sakan..mungkin sesi fotografi agaknye....
kawan A : cun weyh...ni gambar awek hang ka?
kawan B : taklah..ni awek orang....awek aku mane leh tayang...limited edition weyyy....
kawan B : taklah..ni awek orang....awek aku mane leh tayang...limited edition weyyy....
hmmm....apa pendapat anda pabila membaca perbualan ni? marah?sedih?lucu?
sy sendiri merasakan perasaan yg bercampur2...perbualan yang ringkas ni sangat2 memberi kesan kepada sy...serius...sy terasa malu....sedih....marah.....dan macam2 lagi perasaan seumpamanya....
pada ketika inilah makin sy nampak jelas kenapa rasionalnya seorang muslimah itu tidak sepatutnya memaparkan wajahnya di internet ATAU memberi ruang kepada sesiapa untuk meng'upload' gambarnya di internet...bayangkan ada antara rakan kita meng'upload' gambar kita dan kemudiannya tidak tag kita....agak2 boleh ke kita nk memantau apa yg orang lain perkatakan tentang kita?kalau gambar cantik mungkin kita akan dapat pujian percuma...tp andai gambar tu memalukan atau dalam keadaan kita berpakaian tidak lengkap menutup aurat...apa yang kita dapat??dosa percuma ada lah kot.....
tapi kalau upload gambar yang cantik pun leh jugak dapat 'saham' percuma....ye lah..dah muka comel2 siap posing2 lagi....mestilah banyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak mata yang tertarik...bila dah tertarik tu...tertengok lama-lama pulak....dah tengok lama-lama rasa pulak gatal tangan nak mengomen....da mengomen yg dipuji tu lak terseronok..ye lah dah kena puji kan..dah terseronok tu....terbalas pulak komenan2 tu..dalam hati tertimbul lak rasa bangga....yelah syantek kan....lepas tu makin seronok nam snap pic then terupload lagi pulak...dan kitaran tu akan berterus-terusan....
lebih ekstrim mula2 bergambar ada tudung....pastu ada la yang 'baik' hati cakap...."eh...you kalau free hair mesti lagi cun...mata da kelabu cam mat saleh.." si gadis pe lagi....terus la terkembang2 hidung kena puji....mula2 konon2 amek gambar 'santai'...xpakai tudung tp ada hood dari sweater.....pastu nampak jambul sikit....pastu mula pakai kain jarang letak kat kepala....ada lagi yang puji2..."rambut you nampak macam cantik ke..natural curl ke tu?" bila da kena puji...seronok la...syaitan bisik2.....suruh bukak tudung...bukak tudung....bile sekali da bukak tudung.....upload pulak gambar...berderu2 org mengomen....si gadis seronok..yang lelaki dapat mencuci mata...syaitan tepuk2 tangan lompat2 gembira...apa taknya kan..makin banyak 'saham' terkumpul...seronok la syaitan sebab ramai lagi geng die kat neraka nanti....
once gambar tu dah terupload kat dunia tanpa sempadan yakni dunia internet ni..agak2 selamat tak ek gambar tu?? mungkin ada yang cakap...."ehh..sy dah private la..kawan2 je leh tengok gambar ni..." TAPI..ingat...semua tu yakin ke kawan??atau spesies yang makan kawan?? teknologi canggih zaman sekarang ni membolehkan jutaan gambar didownload ke dalam leppy masing2 hanya dalam beberapa saat je....boleh anda jamin gambar anda tu takdidownload oleh sesiapa??
bila dah didownload tu..makin jauhla gambar anda tu akan berjalan....transfer ke sana....bluetooth ke sini..email ke sinun...merata dunia la pergi..dan anda pn berkembang menjadi pengumpul 'saham' yang semakin berjaya....
adat dan normal manusia suka akan benda2 yg cantik di mata mereka.....yelah sapa nk tgk kalau xcantik..kalau kt kedai tu barang2 takcantik mesti kurang laku berbanding yang cantik,kan?? macam tu jugak gambar2 yg cantik2 ni..dengan posing yg pelbagai....belum kira mekap dan pakaian lagi...fuh..memang menjentik2 la naluri kejantanan mata2 yang memandang.....mampukah anda menghalang semua tu dari berlaku??leh ke pastikan yang gambar anda tu tidak menaikkan perasaan 'pelik' dalam diri mana2 lelaki??
'saham' percuma lagi untuk gadis2....
duhai gadis2 di luar sana....besar himahnya Islam menyuruh muslimah agar menjaga aurat....bukan satu oppression...bukan juga sekatan atau bebanan..tapi tak lain dan takbukan hanya untuk menjaga maruah diri...wanita itu memang fitrahnya diciptakan cantik dan bisa menggoncang iman seorang lelaki dengan hanya segaris senyuman....dan sebab itulah wanita WAJIB menyimpan diri sebaiknya...agar jauh dari fitnah lelaki..agar terhindar dari meruntuhkan iman seorang yang bergelar lelaki....
ada yang kata..."alah..kami kawan biasa je...dari kecik pun dah kawan...takde rasa apa pun lah kalau tersentuh ke lepak2 ngan dia..." ya..itu mungkin kita yang rasa...tapi yakinkah kita kawan lelaki kita pn tiada langsung perasaan terhadap kita?? awas.....kadang2 kawan yg rapat itulah yang lebih bahaya..lihat sahaja kes-kes rogol dan cabul..tidak sedikit yang melibatkan orang yang dikenali....
bukanlah maknanya seorang wanita itu tidak boleh bergaul dengan lelaki secara total....Islam itu indah..Islam itu mudah....boleh seorang wanita berurusan dengan lelaki yang bukan mahramnya atas sebab2 syarie....dan haruslah dalam keadaan yang bebas dari fitnah.....alangkan zaman Nabi dahulu ada srikandi2 Islam yang menjadi rujukan oleh kaum lelaki...tapi kita lihat pula bagaimana cara mereka berkomunikasi..di sebalik tirai....melalui orang tengah..dengan kehadiran ramai lagi orang dan atas tujuan yang tiada langsung unsur maksiat....
sy merasa sedih setiap kali terbaca atau terdengar remarks negatif mengenai layanan Islam terhadap wanita....betapa tidak adil wanita seolah2 dikongkong..tiada kebebasan..seperti tiada hak...tapi cuba kita lihat dari sudut lain...bukankah Islam sangat menyayangi wanita??makhluk yang diciptakan Allah dengan diseliputi keindahan...wanita disuruh melindungi kecantikan...agar hanya yang berhak dapat menikmati keindahan wanita itu..agar sang suami lebih menyayanginya....rugikah menyembunyikan kecantikan dari mata yang durjana demi kasih sayang seorang lelaki yang akan membawa kita ke syurga-Nya? rugikah seorang wanita itu dituntut menjaga maruah dirinya sendiri andai sebagai balasan dirinya akan dipandang sebagai seorang wanita yang terhormat??
alangkah malangnya seorang wanita yang sewenangnya menayangkan segala kelebihan dan akhirnya yang diperoleh adalah dipandang rendah oleh manusia lainnya dan lebih malang tiada nilai di pandangan Allah....Allahu Allah...
muslimah harus 'kunci' diri sebaiknya....
cuba tanya pada wanita apakah ciri lelaki yang hendak dijadikan teman hidup....mesti akan ada pelbagai ciri yang dinyatakan dan antara yang menjadi ciri wajib adalah hendakkan seorang lelaki yang dapat membimbing mereka.....terang2an mereka mahukan lelaki yang soleh...tapi kan...agak2....lelaki soleh 'pandang' tak mereka?
mata lelaki yang soleh...bukan yang toleh ya...mata lelaki soleh tidak akan suka melihat anda sesuka hati menunjukkan wajah di internet.....dengan posing yang pelbagai...memang benar wajah bukanlah aurat...tetapi....dari sekujur wajah itu pelbagai fitnah boleh timbul...
contohnya seorang lelaki soleh sedang melihat2 gambar anda di FB,hajatnya mahu menyunting diri anda...dan rakannya tiba2 berkata..." eh...cun seyh budak pempuan ni..pakai tudung..manis je.....senyum pun manis....bertuah aku kalau dapat dia ni..." agak2 apakah perasaan lelaki tadi? seronokkah dia bakal isterinya dipuji sedemikian rupa? sudah pasti akan timbul rasa cemburu..yelah lelaki lain puji perempuan yg dia suka...mana boleh....dan mungkin saja hati lelaki tadi mula ragu2...mana tau ade lagi ramai lelaki yang mengintai peluang nk dapatkan anda....dan akhirnya dia berputus asa begitu sahaja...tidakkah anda kerugian??
sengaja sy utarakan isu ni di FB siang tadi..pelbagai respon sy terima..dan antara pendapat yang sy sgt2 bersetuju.." sejahat2 mana pun lelaki...dia mesti nak perempuan baik2 jadi isteri dia...sebab tu bakal ibu kepada anak2 dia nanti.." memanglah kite dpt tgk biasanya perempuan2 yang chantek ni jadi 'hot stuff' semua lelaki berebut2 nak ajak keluar lah..nak ajak jd gf la...nk belanja makanlah....tapi..pernah tak anda lihat seorang lelaki yang layak dapat yag cantek jelita tapi akhirnya berkahwin dengan wanita yang biasa2 je.....kenapa agaknya??
semuanya kerana mereka mahukan yang 'elok' untuk jadi isteri mereka..ibu kepada bakal anak2 mereka...gadis2 yg terlalu mudah 'dapat' ni hanyalah sekadar pelepas seronok ketika zaman remaja....nk usung ke sana ke mari....ditayang di sana sini...tak exclusive pun....tapi akhirnya yang dicari tuk dikahwini...semestinya gadis yang menjaga diri agar tetap exclusive di mata suami.....
jadi...mari pilih nak jadi yang exclusive di mata semua orang tapi biasa2 di mata suami...atau yang exclusive di mata suami tapi biasa2 je di mata orang lain?
tepuklah dada tanya iman.....
sedikit perkongsian.....
Suatu kisah
Kisah benar belaka
seorang pemuda dalam pencarian
Mencari pemilik rusuk kirinya
Sudah bertahun bersendirian
Muncullah calon yang entah ke berapa
Seperti biasa
Diusulkan emak tersayang
Bukan calang-calang calon yang diusulkan
Lulusan universiti Timur Tengah
Menghormati permintaan si anak
Yang mahu pendamping solehah
Sejuk mata memandang
Bertudung labuh litup
Pandai berbahasa Arab
Pendek kata tip top!
Si pemuda mulakan istikharah
Hampir berminggu
Setelah meneliti gambar
Mula mencari maklumat
Sebelum sesi taaruf bermula
Si pemuda menjenguk ke web
Laman Friendster kegemaran ramai
Yang kini mungkin Facebook
Satu keajaiban!!!
Si lelaki tidak pernah punya web sedemikian
Tiba-tiba tergamam
Si gadis masih anggun
Bertudung labuh litup
Namun, bergambar sakan
Aduh!
Terkejut bukan kepalang
Calon solehah direject tanpa ihsan
Bukan menjadi pilihan
Kerana gambar ditayang
Dengan penuh sakan
Pemilihan terbatal
Dia pernah berkata
Perempuan cantik itu
Tidak memandang dan tidak dipandang
Perempuan cantik itu
Tidak mengenali dan tidak dikenali
Perempuan cantik itu
Tidak menegur dan tidak ditegur
Akhirnya
Solehah kempunan calon soleh
Merayu untuk dipertimbangkan
Tapi sayang sekali
Si pemuda tetap
Tidak berganjak dengan keputusan
Wahai Muslimah
Aku dan kamu
Mari mempelajari, mencontohi
Watak-watak wanita salafussoleh
Sifat, pengorbanan dan perjuangan mereka
Kerana wanita solehah itu
Lebih baik daripada
seribu lelaki yang tidak soleh
Terima Kasih kepada penulis puisi ini.
sengaja di postkan pesanan ini buatmu ukhtiku..mungkin kau sudah jemu dengan pesanan2 sebegini.. tp tidak mengapa, selagi hayatku ada,tidak akanku jemu utk menyebarkannya. utk apa? utk siapa? utk bagaimana? bila..dan di mana? semuanya ada pada diri kita.
jadi, hargailah anugerah kecantikan yg Allah bagi.. dalam hati juga mau baik maa.. bukan sekadar luaran (sekali lg, peringatan utk diriku jua). simpan..simpan lah gmbar2 cun cute miut mu itu seelok2nya. Krn gmbr2 itu membawa sejuta tafsiran... lets think deeply about it..
wallahualam...
ps: puisi ini mmg sengaja di copy...Wahai muslimah marilah mengambil iktibar,jadilah muslimah sebenar,jangan berselindung disebalik tudung litupmu itu.sampaikanlah pada sahabat2 kalian sekiranya mereka bertepatan dengan puisi ini....
pss: dari siang duk tercari2 kata2 ni...lebih kurang la yg exact takpat dikesan.....
"wahai gadis,andai engkau tahu apa yang dibualkan oleh lelaki perihal dirimu..sudah pasti engkau akan ketakutan...."
renung2kan yee.....=D
psss: ticher ina ada menjual tudung bidand 60...kalau berminat nk tgk..boleh klik kt image bawah ni....^_^
0 luahan rasa:
Post a Comment