Buscar

Páginas

~~Cahaya Belahan Jiwa yang Terbaik~~part 4



Cahaya Belahan Jiwa yang Terbaik part 1 di sini (KLIK)
Cahaya Belahan Jiwa yang Terbaik part 2 di sini (KLIK)
Cahaya Belahan Jiwa yang Terbaik part 3 di sini (KLIK)


********

Assalamualaikum,” Filzah memberi salam sambil mengetuk-ngetuk pintu rumah kak Najwa. Tidak sabar rasanya Filzah mahu menghabiskan masa bersama orang yang dianggapnya kakak itu. Riang benar hatinya.

Izah,masuklah dik. Akak ada kat dapur ni,” laung kak Najwa dari dalam rumah.

Baru sahaja Filzah menolak pintu, anak-anak kak Najwa menerpa ke arahnya. Riang hati Filzah. Mia dan Kimi memeluknya erat. Sejuk dan damai rasa hati Filzah. Kasih sayang kanak-kanak yang jujur tidak pernah gagal mengubat hatinya.

Jom Mia,Kimi. Acik Izah ada bawakkan jelly tuk kamu ni,” ujar Filzah meninjau-ninjau ke dapur mencari kak Najwa. Mia dan Kimi sudah berlari-lari menuju ke ruang tamu. Hati Filzah terasa lapang.

Acik Izah,kenapa lama acik tak datang umah Mia. Bila nak bawak Mia pergi tasik lagi? Acik tidur sini ke tak?,” petah sekali Mia bertanya.

Acik sibuk la sayang. Banyak kerja tau kat rumah acik. Tu lah Mia taknak tolong acik buat kerja,” jawab Filzah sambil mencubit pipi montel si kecil Mia. Tertawa Mia diperlakukan sebegitu. Kimi yang masih belum bercakap juga hanya tertawa dan bercakap dalam bahasa yang asing.

Kak Najwa yang berada di dapur hanya menggeleng sambil tersenyum melihat gelagat Filzah bersama anak-anaknya.

Kasihan Izah. Terlalu banyak yang kau lalui dik. Sesungguhnya akak kagum kerana kamu kuat. Akak doakan kamu agar suatu hari nanti akan bertemu kebahagiaan,” bisik kak Najwa di dalam hati. Sungguh cerita Filzah tentang masa lampaunya mengundang simpati kak Najwa.

Teringat lagi ketika awal perkenalannya dengan Filzah. Gadis itu seolah kehilangan diri. .

Akak…saya tengok akak dan keluarga akak nampak sangat bahagia….adakah peluang untuk seorang pendosa seperti saya merasa kebahagiaan seperti akak?Adakah kebahagiaan untuk seseorang yang kotor seperti saya?

Tersentak Najwa ketika membaca bait tulisan itu. Dia dapat merasakan ada kekesalan dari nada tulisan gadis yang tidak dikenalinya itu. Perlahan Najwa mengarang kata sebaik mungkin untuk membalas persoalan Filzah.

Adik, salam perkenalan dari akak.

Adik seorang Muslim kan? Adik tau kan kita wajib percaya yang Allah itu Maha Pengampun…. Sebesar mana pun dosa yang telah terlakukan….sebanyak manapun dosa yang terkumpul…andai adik bertaubat dengan sesungguh-sungguh taubat…insya-Allah akan diampunkan oleh Allah….

adik…tiada apa yang mustahil dalam dunia ni….semuanya di bawah perancangan Allah…mungkin semalam adik berdosa..tapi tidak mustahil esok adik diberikan peluang oleh Allah untuk menjadi hamba-Nya yang beriman….akak tak tahu apa yang adik lalui..tapi..akak nak adik faham….tiada manusia biasa seperti kita yang tidak pernah melakukan dosa….tapi ingatlah selagi nyawa belum sampai ke kerongkong, adik masih ada peluang untuk kembali kepada-Nya…

Andai adik sedar adik banyak melakukan dosa,adik janganlah berdiam diri….cari jalan untuk kembali kepada-Nya….mohon pada Dia..berdoa dan menangislah pada-Nya…jangan sekali-kali putus asa terhadap Allah…adik pernah tak dengar cerita seorang pelacur yang masuk syurga kerana keikhlasannya memberi minum kepada anjing yang kehausan. Adik nampak kan betapa besarnya rahmat Allah terhadap hamba-Nya walau sebesar mana pun dosa hambanya….bertaubat dik…..cari semula Allah dalam diri adik….

Insya-Allah andai hatimu ikhlas…akan ada bahagia untukmu..andai bukan di dunia ni..insya-Allah kebahagiaan yang kekal abadi untukmu di akhirat sana…ikhlaskan hatimu mencintai-Nya…ya dik….

Akak mungkin tak mengenali kamu..tapi akak berbesar hati andai adik sudi membenarkan akak menjadi sebahagian dari hidupmu…..ukhuwah fillah dik…

Kalau ada apa-apa yang adik nak kongsikan dengan akak…adik mesej akak lagi ya…akak minta maaf andai ada kata akak yang mengguris hati adik…doa akak sentiasa untuk adik….

Assalamualaikum…..

Di situlah detik permulaan perkenalan kak Najwa dan Filzah. Pertemuan yang diaturkan oleh Allah sebagai pembuka jalan kepada Filzah untuk berubah serta meninggalkan masa lampaunya yang kelam. Kak Najwa adalah yang memimpin Filzah ketika dia teraba-raba mencari jalan. Kak Najwalah yang menghulur tangan membantu Filzah bangun andai Filzah tersungkur.

Izah, akak buat air panas la ya. Ais habis lah dik,” kata kak Najwa sambil menatang dulang berisi cawan dan teko air. Filzah sekadar menggangguk.

Akak sihat?,” soal Filzah sekadar membuka bicara.

Sihat dik, Alhamdulillah. Lama Izah takdatang jumpa akak?Sibuk ya dengan kelas?” soal kak Najwa.

Betul la tu kak…dah dekat nk exam ni banyak pulak kerja,” jawab Filzah.Masih asyik melayan kerenah si cilik berdua itu.

Izah, akak nak tanya sikit la. Boleh tak?” soal kak Najwa. Suaranya bergetar. Agak teragak-agak sama ada patut soalan ini diutarakan sekarang atau tidak.

Eh kak, tanya aje lah. Banyak pun takpe. Izah ni kan kaunter pertanyaan bergerak. Hihihi,” jawab Filzah selamba disusuli dengan gelak kecil.Matanya memandang tepat wajah lembut kak Najwa. Memberi tumpuan akan persoalan yang bakal diajukan.

“Mia, bawak adik masuk bilik main dalam bilik, ibu nak cakap ngan acik Izah ni,” arah kak Najwa pada Mia. Dengan patuh Mia menurut. Ciuman diberikan di pipi Filzah dan kak Najwa sebelum membawa Kimi ke dalam bilik. Memang Mia seorang anak kecil yang ‘sweet’.

Macam ni. Erm, akak nak tanya. Kamu dengan Rahimi tu masih berhubung ke? Akak cuma nak tahu je. Jangan marah akak ya,” tanya kak Najwa ragu-ragu.

Filzah menarik nafas dalam-dalam. Otaknya ligat menyusun kata. “ Izah pun taktahu kak,” ujar Filzah tenang memulakan bicara.

Dalam hati Izah ni masih ada sayang. Ya lah selepas apa yang Azhim buat pada Izah, susah untuk Izah mula percayakan lelaki lagi. Sampailah Rahimi muncul dalam hidup Izah. Rahimi banyak sangat bantu Izah untuk bangkit semula sehinggalah akhirnya Izah berjaya memulakan hidup yang baru. Dan juga dia memberikan Izah keyakinan bahawa bukan semua lelaki seperti Azhim yang hanya tahu mengambil kesempatan pada perempuan macam Izah ni.” helaan nafas panjang dilepaskan Filzah. Cuba menenangkan hati sendiri.

Akak tahu kan Rahimi tu macam mana orangnya?” soal Filzah

Maksud kamu?” kak Najwa kebingungan.

Ya lah. Rahimi tu orangnya baik-baik. Latar belakang keluarganya baik. Agamanya baik. Serba serbi lengkaplah kak. Tapi sejak beberapa bulan yang lepas ni, Izah tengok dia seakan-akan berubah. Izah rasakan Izah bukanlah untuk dia. Dia layak untuk mendapatkan seseorang yang lebih baik dan lebih memahami dia. Izah tak rasa Izah dapat faham dia lagi. Asyik je kami bergaduh dan berselisih faham. Entah mana silapnya pun Izah tak tahu.Rahimi Qarin yang Izah kenal dulu dah tak de. Rahimi dah berubah jadi seseorang lain yang Izah langsung tak kenal. Izah pun tengok di sekeliling dia ada lagi ramai wanita yang layak untuk menjadi suri dia. Izah dah lama mengundur diri,kak. Izah sedar Izah tak layak. Sejarah hidup Izah kelam. “ Filzah kematian kata-kata. Dadanya terasa sakit. Air mata bertakung di kelopak matanya.

Dik,” panggil kak Najwa lembut.

Kak, kalau sayang tak semestinya kita memiliki,kan? Izah nak tengok Rahimi bahagia kak. Izah tak dapat bagi dia kebahagiaan. Izah cuma mengganggu kehidupan dia. Izah cuma mendatangkan marah dia je. Izah rasa mengundur diri adalah yang terbaik untuk dia. Izah tau tindakan Izah ni akan kelihatan kejam pada mata dia tapi ni yang terbaik. Biarlah dia membenci Izah sekalipun. Izah nekad.Dengan perasaan sayang yang masih ada ni, Izah sentiasa mendoakan kebahagiaan untuk Rahimi. Semoga satu hari Rahimi akan mendapat kebahagiaan yang dia cari dan Izah yakin Allah ada perancangan yang lebih baik untuk diri Izah.” perasaan Filzah yang tadinya bergelora semakin tenang.


Kak Najwa mendengar dengan tekun. Tersentuh jiwanya. Kagum dengan ketabahan gadis di hadapannya itu. Kisah Rahimi dan Filzah semuanya diketahui oleh kak Najwa. Dan kak Najwa juga bersetuju dengan tindakan Filzah yang dirasakannya adalah yang terbaik untuk kedua Filzah dan Rahimi.

Betul dik. Akak yakin andai ada jodoh yang tertulis antara Izah dan Rahimi, pasti akan bertemu jua satu hari nanti. Tapi andai bukanlah jodoh antara kamu berdua, yakinlah itu yang terbaik sebab Allah tu kan Maha Mengetahui. DIA tahu apa yang kita ni manusia biasa taktahu. Dari Izah tersekat dalam kebingungan yang tak sudah akak rasa memang tepat keputusan Izah untuk melepaskan diri. Biar buruk dan jahat pada pandangan orang  dik. Yang paling penting Allah tahu niat kita. DIA tahu kenapa kita buat macam ni. Akak sentiasa doakan Izah akan dapat kebahagiaan Izah satu hari nanti. Akak yakin akan ada seseorang untuk Izah. ‘prince charming’ Izah tu pemalu agaknya sebab tu sampai sekarang tak datang lagi jumpa Izah. Takpun dia sesat sebab Izah suka lari-lari dan main sorok-sorok” sempat kak Najwa berseloroh untuk menceriakan suasana yang muram.

Senyuman di bibir Filzah melegakan kak Najwa. “ Terima kasih kak sebab sudi dengar cerita Izah. Lapang rasanya.” ucap Filzah tulus.

Sesungguhnya tiada rahsia antara mereka. Hubungan mereka rapat seperti adik beradik sedarah. Kak Najwalah tempat Filzah mencurah rasa dan Filzah tidak pernah gagal menjadi pendengar andai kak Najwa ditimpa masalah.

Izah....ehhmm…” kata-kata kak Najwa terhenti seketika. Teragak-agak. Dimatikan niat asalnya. Serasa ini bukanlah waktu yang tepat. Filzah memandang kak Najwa. Di wajahnya tergambar riak tidak sabar hendak mendengar apa yang bakal diperkatakan oleh kak Najwa.

Izah, petang ni kita ke tasik nak? Abang balik lewat agaknya hari ni. Lama lah akak tak pergi ke tasik. Boleh bawak Mia dan Kimi berjalan petang. Boleh tak?” kak Najwa mengubah tajuk.

Izah tersenyum dan mengangguk tanda setuju. Lapang sedikit hatinya dapat meluahkan sedikit rasa yang terbuku.

********

Mak, abah jom lah makan. Izah dah lapar lah,” panggil Filzah selepas selesai menyediakan juadah makan malam. Aroma ayam goreng halia dan tom yam sayur menusuk ke hidung.

Kedengaran derapan kaki di tangga. Gelak tawa emak dan ayahnya kedengaran. Butir bicara mereka tidak dapat dipastikan.

“ Amboi mak ngan abah ni seronok betul ketawa ya.Dari tadi Izah asyik dengar mak ketawa je. Apa-apa ajelah yang dibualkan agaknya tu ya. Nak pergi honeymoon lagi sekali ke?,” usik Filzah sambil tangannya menyenduk nasi ke dalam pinggan.

Puan Juariah dan Encik Kamal mengambil tempat duduk.  Terbuka selera mereka melihat masakan anak gadis mereka.

Dah besar rupanya anak abah ni. Dah boleh kahwin ni. Masak dah pandai dah. Kan mak kan? Izah ni dah boleh kahwin ni,” ujar Encik Kamal mengusik anak daranya.

Betul tu Izah. Bila Izah nak kahwin? Kami bagi green light je. Calon dah ada kan? Tunggu masa nak langsung aje ni,” tambah Puan Juariah.

Eh, siapa mak? Mak carikan jodoh untuk Izah ke?” soal Izah. Doanya dalam hati janganlah emaknya menyebut nama Rahimi.

La tu Rahimi tu kamu nak campak mana? soal emak.

Ish ada 10 orang ni beratur nak kan Izah ni. Bukan Rahimi je. Anak mak ni kan hot,” ujar Filzah dalam nada gurauan. Filzah mahu mengubah suasana. Tidak selesa dengan perbualan berkisar kepada Rahimi. Nama itu mahu diluputkan dari ingatan walau dia tau itu adalah sesuatu yang sukar.

Dah lah tu, takbaik ni berbual depan rezeki. Makanlah jom. Abah dah lapar ni,” celah Encik Kamal. Dapat membaca gelora hati anak gadisnya. Fahamlah dia mengapa Filzah kelihatan muram sejak akhir-akhir ini.

Filzah hanya tersenyum memandang abahnya. Tanda terima kasih.

Usai menjamu selera Filzah mengemas meja dan menyelesaikan tugas mencuci pinggan mangkuk. Tidak mahu membiarkan emaknya melakukan semua kerja rumah. Dia merasakan sudah tiba masanya untuk dia membantu meringankan beban emak yang semakin meningkat usia.

Izah,” lembut Puan Juariah memanggil Filzah. Dia melangkah mendekati Filzah

Ya mak, kenapa?” soal Filzah sambil tangannya masih ligat mencuci pinggan mangkuk.

Mesti nak tanya pasal Rahimi ni,” desis Filzah di dalam hati.

Izah dengan Rahimi bergaduh ke sayang?” tepat dugaan Filzah.

Taklah mak. Cuma Izah lepaskan dia. Sebab Izah tahu dia lagi berhak dapat yang lain. Dahlah ya mak. Izah takmahu la cakap pasal Rahimi. Boleh kan,mak? Sekarang ni Izah serahkan soal jodoh pada Allah. Mana la tahu nanti ada yang masuk meminang Izah nanti,” ujar Filzah pada emak

Ya lah Izah. Kamu pun dah dewasa. Mak tahu kamu pandai dah bezakan mana yang baik dan mana yang tidak. Mak sentiasa doakan Izah,” janji Puan Juariah. Tidak mahu memanjangkan soal ini lagi.

Mak naik tidur dulu lah ya,penat pulak rasa badan ni harini. Assalamualaikum.” sebuah kucupan hinggap di pipi Izah. Hangat.

Filzah segera menghabiskan pinggan yang bersisa. Setelah berpuas hati Filzah mengatur langkah longlai ke biliknya. Dirinya sendiri agak kepenatan hari ini. Jadual kelas yang padat dan cuaca panas menyebabkan dirinya lebih penat dari biasa.

Badannya direbahkan ke katil. Nyaman rasanya dapat berbaring di atas tilam empuk. Dikelilingi haruman ros yang lembut. Terasa seolah-olah berada di satu alam lain yang teramat menenangkan.

Filzah mencapai handphone-nya  yang berada berhampiran.Terpapar di skrin.

2 new messages

Eh siapa pula yang hantar mesej ni,” kata Filzah di dalam hati. Butang open ditekannya. Terpapar 2 mesej baru dari 2 insan yang berbeza. Rahimi dan kak Najwa.

Berkira-kira mana satu yang patut dibukanya dahulu. Filzah menarik nafas panjang dan membuka mesej dari Rahimi terlebih dahulu.

Assalamualaikum…

Pendek isi mesej dari Rahimi. Filzah sekadar menjawab di dalam hati. Ternyata telah bulat hatinya mahu melepaskan Rahimi. Butang exit ditekan. Filzah membuka pula mesej dari kak Najwa.

Assalamualaikum dik. Apa khabar?Sihat?Bila nak datang rumah akak lagi?akak rindu la dik. Erm…mesej akak ni ganggu tak?kalau ganggu akak minta maaflah. Akak nak bagitahu yang hujung minggu ni akak dan abang Zul nak datang rumah adik. Ada hal sikit. Lapang tak agaknya? Apa2 nanti bagitahu la ya? Tataa~~

Ah esok sahajalah balas mesej kak Najwa ni,” gerutu Filzah. Matanya mula terasa berat. Mujurlah keesokan harinya kelas Filza di waktu tengah hari. Banyaklah kelapangan waktu baginya esok.

Filzah bingkas bangun untuk mengambil wudhu’ dan menunaikan solat sunat taubat, solat hajat dan silat istikharah sebelum tidur. Kebelakangan ini Filzah berusah menjadikan solat-solat sunat ini sebagai rutin harian. Harapannya agar segala urusan kehidupannya dipermudahkan oleh yang Maha Esa. Menyedari hakikat dirinya yang terlalu banyak kekhilafan menjadikan gadis ini meletakkan sepenuh pengharapan pada yang Maha Berkuasa.

Doa dipohon dengan bersungguh-sungguh hingga tanpa disedari setitik demi setitik air mata keinsafan gugur dari kelopak matanya. Terasa kerdil dirinya di sisi Allah. Terasa lemah dirinya berbanding kekuasaan Allah.

Jauh di sudut hatinya terzahir kesyukuran yang tidak terhingga kerana Allah memberikan dia peluang kedua untuk menikmati ketenangan yang tidak pernah dia rasai sebelum ini. Janjinya pada diri dia tidak akan sekali-kali melepaskan ketenangan buah dari cintanya bersama Sang Khaliq. Kedinginan luar biasa mengalir di hatinya menjadikan dia merasa sungguh bahagia.

Telekung dilipat rapi dan dengan lafaz Bismillah Filzah memejamkan matanya. Doanya agar hari esok menjanjikan kebahagiaan dan kegembiraan buat dirinya serta insan-insan yang berada di sisi.


********




ps: cerita ini hanya rekaan...segala kebetulan adalah sebagai penambah 'perisa' sahaja....

kemaafan dipohon kerana belog ini telah dibiarkan sepi oleh tukang tulis....

JOM!! kahwin, nak??

Assalamualaikum...
Selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W...
sahabat-sahabat serta kaum keluarganya...

Alhamdulillah masih lagi saya berpeluang untuk melorek sedikit tanda di blog yang tiada seberapa ni....semoga apa sahaja perkongisan  kat sini memberikan faedah buat siapa yang membaca....

Bila nak kahwin?

Soal perkahwinan memanglah tajuk yang sangat-sangat hangat buat masa sekarang dengan umur sekarang ni...siapa yang takmau kahwin,kan?mungkin ada yang cakap apa lah belum kahwin da pandai nk cakap pasal kahwin...tp niat saya cuma satu..untuk berkongsi sedikit buah fikiran sy yang takberapa nk tepat ni berkaitan tajuk ni...

mungkin ada yang berkata org yang dah kahwin je layak bercakap pasal kahwin...yang belum kahwin takboleh la sebab bukan ada pengalaman..tp apa kata kite lihat tajuk ni dari perspektif insan-insan yang belum berkahwin macam diri sy ni...ok?? 

Bismillahirrahmanirrahim...Moga-moga Allah memberi ilham untuk kita semua....dan terutamanya untuk sy yg menulis agar segala yg ingin disampaikan dapat difahami oleh pembaca-pembaca sekalian..ameen..mudah-mudahan...

sy pernah diajukan oleh emak,

"kenapa awak nak kawen awal? da puas ke nikmati hidup? "

puas otak berfikir...apa lah agaknya jawapan yang nk sy bagi ni......dengan tenang sy jawab......." sebab taknak dah buat maksiat..." untuk soalan yang kedua, da puas ke nikmati hidup.... sy jawab, "puas dah mak, takde ape lagi dah rasa....nak nikmati dengan suami pulak.."

pheww..nasib baik mak tak marah..hehehe....die senyum je.....Alhamdulillah.....setakat ni mak belum lagi meletakkan kata putus yg sy takboleh berkahwin masa tengah study...masih ada ruang2 untuk perbincangan...itu bahagian sy yang mana parents takkisah...tp ada jugak dalam kalangan rakan2 yang ibu bapa mereka takmembenarkan perkahwinan ketika masih belajar....takpe kawan2..jangan putus asa lagi..bawak berbincang ngan ibu bapa masing2..dan andai mereka masih takmembenarkan..mungkin ada hikmah..redha je ye..jangan pulak kahwin lari....
************************************ 
ni rekaan penulis berkaitan luahan hati anak yg minx nak kawen.ehehe..cam cedok2 dari yg dibaca sblm ni.
                                                 
wahai mak dan abah, 
antara sebab kenapa kami ni remaja-remaja yang sedang belajar ni nak sangat berkahwin adalah kerana ada antara kami dah terlalu lama berkawan dan takut andai nanti terbuat maksiat...macam mana?almaklumlah deting2 je mesti ada syaitan mencelah..tak deting nanti rindu pulak.....kami pun duk jauh dari mak abah...kadang2 susah kami ni nk jaga diri sendiri....kalau mak abah kahwinkan kami kan senang....setiap kali kami jumpa,dapat pahala..setiap kali pegang tangan dapat pahala...suap2 makan dapat pahala....kan bagus tu wahai mak abah...kalau mak abah takbagi kami kahwin..kami deting2 ni kumpul dosa...macam mana la pelajaran nak berkat....

kalau mak abah bagi kami kahwin....semangat tau kami nak belajar...sebab kami tahu kami ada tanggungjawab...nak bagi masa depan yang cerah untuk anak isteri kami....dan pulak mesti makin seronok kami nk belajar..sebab ade yang bagi semangat..ada yg tolong buatkan air setiap malam kalau kena stay-up....ada yg leh tlg picit2kan leher kalau lenguh menghadap laptop lama sangat....seronok kalau macam tu wahai emak abah ku sayang....

emak abah tau tak, kami ni dah dewasa..walau kami masih belajar kt universiti....kami punya naluri normal....terasa ingin menyayangi dan disayangi....dan kami tau sangat2..berdosa kapel2 ni....jadi apalah salah kalau kami yakin dapat membahagiakan satu sama lain....emak abah mudahkanlah urusan kami untuk bernikah.....mak abah janganlah letakkan mahar tinggi2 sangat...kita buat yang wajib je..kan yg penting lepas kahwin daapt hidup harmoni....

kami tau mak abah sayangkan kami..dan nak kami jadi anak yang berguna...tapi mak abah tau tak..kalau mak abah kahwinkan kami....insya-Allah kami akan belajar macam mana nak memikul tanggungjawab..kami sedar perkahwinan ni bukanlah perkara kecik n tuk seronok je macam main pondok2 tu..kami tau mak..kami tau abah....bila kami dah kahwin, takkanlah kami nk pergi berhuha-huha lagi macam remaja2 lain...

kalau mak abah kata perkahwinan tu berat dan merunsingkan dan boleh buat pelajaran kami terjejas, ada ramaaaai sangat student2 yg dah kahwin..dan terbukti perkahwinan masa belajar banyak mengajar mereka erti berkorban dalam perkahwinan...yelah sama2 susah dan sama2 senang untuk berjaya....

mungkin jugak mak abah risau kan apa la anak aku nk makan kalau kawen masa belajar....mak...abah....kalau masa kami bujang kami leh makan..takkanlah da kahwin tak ada makanan pulak...insya-Allah mak,abah...kan Allah dah janji..Allah akan mencukupkan rezeki bagi mana2 hamba-Nya yang mahu berkahwin...takkanlah Allah menzalimi kami....kami bukan buat maksiat...kami cuma mahukan yg haram menjadi halal...yg dosa menjadi pahala...

kami sedar kalau dah kahwin,tanggungjawab nafkah pada si suami..tapi....kena la faham dan tolak ansur kan...suami isteri sama-sama boleh usaha cari duit untuk menampung hidup...bekerja sama2 di samping belajar...mesti tu nanti akan ajar kami erti susah payah dan lebih menghargai satu sama lain..betul tak emak?abah?

mungkin mak abah fikir kami terlalu muda untuk pegang tanggungjawab sebagai suami atau isteri....tapi..kematangan tu bukan bergantung pada usia,kan?kami yakin kami mampu memikul tanggungjawab..kalau tak,takkan kami minta izin nak kahwin dari mak abah ni..bukan kami tak terfikir takut nanti mak abah hambat pulak dengan penyapu..hehe...tapi kami yakin..niat kami baik...sebab tu beranikan jugak diri untuk bagitau mak abah tentang niat kami ni..*buat muke comel jap*

kami harap sangat2 tiada la halangan dari mak abah..berikan kami kepercayaan..berikan kami sokongan..insya-Allah akan kami buktikan...sayang sangat kat mak..sayang sangat kat abah...muah8....

peluk cium dari anakmu,

*muke stress masa tules surat*~~sekadar selingan

************************************  

secara ringkasnya kebiasaaan ibu bapa tidak membenarkan anak-anak untuk berkahwin di usia muda adalah kerana faktor kematangan anak-anak tu sendiri. Ibu bapa risau kalau-kalau nanti anak tak bahagia dan macam-macam lagi la yang ibu bapa fikirkan.

kita sebagai anak pun kena la faham kenapa mereka ni takbenarkan..mesti ada sebabnya....MESTI ADA....cuba cari...dan yakinkan mereka yang kamu-kamu ni da teramat2 yakin..bawa-bawalah berbincang ngan mereka..ibu bapa mana yg tanak anak mereka gembiran..kan2???

apa yang anda leh wat dalam proses meyakinkan mereka...

pertama sekali..kenalkan dulu buah hati anda tu pada parents serta keluarga...biar mereka tahu yang buah hati anda tu benar-benar serius.....biarlah mereka nk spotcheck ke wat drug test ke urine test ke...bagi je..biar mereka betul-betul yakin dengan calon yang anda bawa tu..

yang kedua....buktikan yang anda betul-betul nk mengelakkan maksiat..sebab tu sebab utama anda nak kahwin,kan?jangan deting2 atau berjumpa sesuka hati..patuhi garis panduan yang dibenarkan Islam....berjumpe dengan ditemani muhrim..di tempat yang tak menimbulkan fitnah...nk lagi bagus kalau nak jumpa je ajak datang rumah..jumpa dekat ruang tamu yang ada muhrim..biarlah pun kalau mak abah nk dengar apa yg dibualkan....jangan selindung2...dekat situ mak abah kita akan yakin yang si lelaki ni betul-betul nak kan anak mereka..kalau korang syok2 je dating ke hulu ke hilir..mane nk nmpak kesungguhan nk mengelak maksiat,kan??

yang ketiga....tunjukkan yang anda da dewasa dan bersedia menggalas tanggungjawab sebagai suami atau isteri...yang perempuan tu mula lah belajar buat kerja rumah...masak2..kemas umah..jaga beby....semua2 la yg basic2 keje sorg isteri..nanti mak abah kite tengok..terdetik lam ati mereka.."dah besar rupanya anak aku ni.."..kadang2 tu mak abah takbagi kahwin bukan apa, camana lah nak kahwin kalau masih lagi bangun tito tengah hari..makan nk kena hidang depan mata....betul tak??bagi yang lelaki lak....cuba tunjukkan ciri-ciri somi mithali..tunjukkan ketegasan....usaha2 la sikit2 nk cari duet...keje part time ke ape2 la...sebab..takkan la mak abah nak bagi kawen kalau siang malam asek merempit je....kan2???betul ke salah?


 yang keempat.....part ni kena tebalkan muka sikit...ehehe...mule berkias2 pasal niat nk kahwin kat mak...biasanya kt mak la sebab mak kan reporter..nanti berita konfem smpai kat abah kite..eheheh...berkias2 kat die yg korg simpan niat nk kawen awal.....cube tgk reaksi diorg macam mana..di samping tu jgn lupe teruskan lagi step2 yg kt atas tadi..jangan stop....tnye2 la sama ada mak abah nk suh tunang ke ape ke....korek2 dari mak....kalau dah tau senang la kan nk merancang.....pastu berbincang la agak2 bile masa paling sesuai tuk suarakan hajat pada mak abah..kalau agak2 nampak green light....itu da bagus..leh la slow2 pikir bile nk merisik ape semua...


yang kelima...pastikan dah miang2 nak kahwin tu..pelajaran jangan abai..dan rapatkan diri ngan ahli kuarga...jangan la asek pikir sang kekasih hati pengarang jantung....teruskan lagi step2 yang kat atas tu....

yang keenam...da agak2 mak abah da 99% setuju...cube ckp pada mak abah..."mak abah...kalau kuarga 'kawan' sy nk dtg merisik boleh?"...kalau mak abah setuju....YIPPEDIIIDOOOOO!!!~~ahahaha...tp kalau meka tak setuju lagi..sabarlah dan sambil tu masih teruskan step2 yg kat atas ni tadi sampai meka betul2 yakin...

kalau byk kali pn meka taksetuju...tanya la terus terang2..kot2 mereka ada yg takkena pada bakal pasangan anda tu..almaklumlah mata org2 tua ni sensitif sikit..mungkin ada silap kat mana2...bincang secara baik...kita dah dewasa...berbincang stail org dewasa..sbb mak abah kite lagi tau kan apa yg baik untuk kita....

selain tu...jangan lupa pada yang MAHA TAHU...Allah yang mengetahui segala2nya yang dah berlaku,sedang berlaku atau yang akan berlaku...istikharahla minta petunjuk...selain dari tanya mak abah..kite perlu juga 'tanya' pada dia.....sama ada keputusan kita ni betul ke salah....


doa...doa...doa..dan terus doa.....kalau tu yang terbaik.sudah pasti Allah akan makbulkan...dan andai jawapan istikharah anda tidak seperti anda harapkan...redha la...sebab..kadang2..apa yg kita suka tu taksemestinya baik untuk kita..apa yg kita taksuka tu kadang2 tu lah yang terbaik.....

kalau agak2 da rasa nk kawen sgt...tp jawapan istikharah tidak menjurus kepada buah hati kita tu.....suruhlah mak abah atau orang yg kita percayai untuk mencarikan jodoh bagi kita....mana tahu itulah sebenarnya jodoh yang Allah sediakan pada kita...kadang2 kite taksemestinya kahwin dengan org yg kita cintai baru boleh bahagia...sebab...rasa cinta ni boleh dipupuk..dan bukankah cinta selepas kahwin tu lebih manis???jangan bersangka buruk dengan Allah..kalau Dia takdirkan kita dengan bukan orang yg kita cintai hari ini,takmustahil hari esok dialah yang paling kita sayang....hati manusia kan Allah pegang...bile2 je Dia boleh balik2an...

yakin...yakin...yakin.....yakin pada ALLAH....

so secara kesimpulannya.....kawen muda ni...banyak baiknya..tp dengan syarat da betul2 ready dan faham tanggungjawab dan bukan hanya sebab nk seronok je..bersama sebuah lafaz akad itu datang bersamanya seribu macam tanggungjawab..kalau belum yakin pada diri....janganlah...nanti menzalimi diri dan pasangan je..tapiii..kalau da yakin..go on aje!! Allah bantu kalau niat untuk mencari keredhaan Dia....

mari kita baca doa agar dipermudahkan jodoh: 

Bismillahirrahmanirrahim

Rabbana hablana min azwaajina, wa dzurriyyatina qurrata a'yuniw, waj'alna lil muttaqiena imaamaa
Ertinya:
Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami jodoh  kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang2 yang bertakwa." (QS 25:74)

ameen Ya Rabb


ps: semangat extra lak bercakap pasal ni..ermmm..yela sapa yg takmau kahwin kan.....

pss: tapi ingat..dalam memilih calon pon ade kriterianya....ponatla nk cite lam 1 entry ni je..nanti sambung tajuk tips memilih pasangan lak erkkk........antara cirinya...tengoklah pada AGAMANYA... AKHLAKNYA.... KETURUNANNYA....dan lain2....


psss: sempat maen polyvore siang tadii..ni hasilnyee *wink*


********
sebagai penutup:

 Sabda Rasulullah S.A.W
يا معشر الشباب من استطاع منكم البأءة فليتزوج فاءنه أغض للبصر و أحصن للفرج و من لم يستطع فعليه بااصوم فاءنه له وجاء 
Maksudnya: “Wahai pemuda(belia) sesiapa yang mampu dikalangan kamu untuk (berjima) maka berkahwinlah, Sesunguhnya ia menundukkan pandangan kamu, memelihara kemaluan mu(kehormatan) dan bagi sesiapa dikalangan kamu yang tidak mampu dengannya adalah dengan berpuasa. Sesungguhnya ia adalah pencegahnya”
 

wallahualam...
sekian....


*andai ada kekurangan dalam menules..harap dimaafi....dan sudi2kanlah perbetulkan...*

~~Cahaya Belahan Jiwa yang Terbaik~~part 3


Cahaya Belahan Jiwa yang Terbaik part 1 di sini (KLIK)
Cahaya Belahan Jiwa yang Terbaik part 2 di sini (KLIK)

********

"Allahu Akbar...penat sungguh hari ni," keluh Filzah sambil menanggalkan tudung hijau mudanya. Hari khamis adalah hari yang paling padat jadual kelasnya. Filzah sedari kecil sudah bercita-cita menjadi seorang pendidik yang dapat berbakti kepada anak bangsanya. Sungguh hatinya terusik andai melihat ada anak-anak muda yang mengabaikan pelajaran mereka demi keseronokan masa remaja. Filzah teramat bersyukur dia dibesarkan dengan kemudahan menuntut ilmu yang baik sehingga berjaya menjejakkan diri ke universiti dan mengambil jurusan yang menjadi cita-citanya sejak sekian lama. Filzah merehatkan diri di atas tilam empuk. Haruman aromaterapi bauan ros amat menenangkan jiwanya.

"Izah,Im rasa Im tertarik dengan Izah. Sejak kali pertama Im nampak Izah, hati Im rasa lain. Setiap kali habis waktu persekolahan Im akan tunggu Izah dekat bus stop. Im suka tengok wajah Izah yang tenang setiap kali  Izah berjalan balik ke rumah. Hati Im ingin sangat nak tegur Izah tapi Im malu dan takut andai Izah terus lari dari Im. Setiap hari Im cuba kumpul kekuatan nak menegur Izah. Hari tu akhirnya Im rasa Im dah berani nak tegur Izah. Tapi bila Im baru je nak bangun nak pergi dekat Izah, Izah terus pengsan. Terus Im bawa Izah ke hospital. Risau sangat Im masa tu," jelas Azhim jujur kepada Filzah lewat panggilan telefon pada malam itu. Selepas pertemuan pertama mereka di rumah Filzah, Azhim mula berani menelefon Filzah yang telah lama dieperhatikannya.

Hati Filzah berbunga riang. Seronoknya tidak terkata. Siapa sangka perasaannya pada penyelamatnya itu bukanlah perasaan yang hanya bertepuk sebelah tangan. "Mungkin inilah dinamakan cinta pandang pertama," desis Filzah di dalam hati. Debaran dadanya tiada terkawal lagi. Dan Filzah juga yakin Azhim merasakan yang sama, kedengaran getaran di suara Azhim. Senyuman manis terukir di bibir Filzah. Terbayang wajah pemuda bermata redup itu di tubir minda Filzah.

" Izah nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih pada Im sebab membantu Izah masa Izah pengsan tu. Kalau Im tiada Izah tak tahu apa yang akan berlaku pada Izah. Pasal perasaan Im tu, Izah mengakui Izah mungkin merasakan perasaan yang sama," tiba-tiba lidah Filzah seakan kelu dan dia hanya membisu. Terasa wajahnya kepanasan dek rasa malu.

Keduanya hanya diam membisu sehinggalah Azhim memecah kesunyian, " Terima kasih Izah, Im rasa bahagia sangat dengan pengakuan Izah. Im janji Im akan bahagiakan Izah. Percayalah pada Im," janji Azhim pada Filzah. Termeterai janji dua insan yang hangat dilambung gelora cinta.

Setiap hari Azhim menghantar Filzah pulang ke rumah usai waktu persekolahan. Perasaan Filzah terhadap Azhim semakin hari semakin menebal. Azhim pula semakin kelihatan sempurna pada mata Izah. Azhim seorang lelaki yang sangat romantis. Jiwa Filzah sering terbuai dengan kata-kata Azhim. Serasa dirinya adalah wanita yang paling bertuah kerana berjaya memiliki hati Azhim.

Tanpa Filzah sedari, dia semakin hanyut dengan anganan cinta sehingga terabai pelajarannya. Keputusan peperiksaan pertengahan tahunnya menunjukkan penurunan yang drastik hingga dia dipanggil ke bilik akademik oleh gurunya. Malam-malam Filzah banyak dihabiskan di telefon bersama kekasih hatinya. Waktu ulangkajinya makin berkurangan digantikan dengan ingatan terhadap Azhim.

Nasihat dari sahabat tidak Filzah hiraukan. "Mereka ni mesti cemburu dengan aku sebab mereka tiada pakwe," seringkali Filzah berkata pada diri sendiri apabila ada antara kawan sekelasnya yang menasihati Filzah agar tidak terlalu asyik dengan cinta. Rakan-rakannya bimbang andai Filzah terlalu asyik sehingga melupakan pelajaran sedangkan mereka sedang dalam persediaan untuk mengambil PMR pada tahun hadapan. Filzah merupakan seorang yang bijak dan sering menjadi rujukan rakan-rakannya andai mereka menghadapi masalah dalam pelajaran. Perubahan mendadak pada diri Filzah disedari oleh mereka.

Akhirnya keputusan peperiksaanya sampai ke pengetahuan emak dan abah. Alangkah terkejutnya Encik Kamal dan Puan Juariah apabila melihat 4 dari 9 subjek yang diambil anaknya ditanda dengan pen merah menandakan Filzah mendapat gred E. Tergambar kekecewaan Puan Juariah. Tiada kata yang terzahir darinya, hanya air mata yang kelihatan diseka dengan lengan baju. Dalam menahan kemarahan Encik Kamal bertanya apakah puncanya kemerosotan pelajaran anak tunggalnya itu.

Filzah hanya membatu. Setiap asakan soalan dibiarkan seolah-olah dia tidak mendengar apa-apa. Dia hanya menunduk ke lantai sambil menguis-nguis kaki di permaidani berwarna biru itu. Hatinya terasa keras. Yang ada dalam fikirannya cumalah tidak sabar mahu masuk ke biliknya untuk menelefon Azhim. Terasa rindu kerana tidak berjumpa di sekolah dek kerana Azhim tidak hadir ke sekolah.

Helaan nafas kelegaan dilepaskan apabila emak mengajak abah untuk masuk tidur. Kecewa sungguh keduanya dengan anak gadis mereka sejak akhir-akhir ini. Perubahan sikap Filzah yang mendadak membingungkan hati tua mereka. Filzah yang ceria dan ramah kini menjadi dingin dan hanya berkurung dalam biliknya siang dan malam. Filzah juga berani memonteng kelas tambahan dan tidak menyiapkan kerja rumah. Encik Kamal dan Puan Juariah telah kehabisan ikhtiar mahu menyelesaikan masalah anak mereka yang seorang itu.

Riang hati Filzah kerana akhirnya dia terlepas dari bebelan orang tuanya.Tanpa berlengah Filzah berlari-lari anak masuk ke biliknya dan mencapai telefon bimbit di atas katil. Nombor telefon Azhim dihubungi. Riang suaranya memberi salam pabila Azhim menjawab panggilannya. Dan seperti biasa perbualan berlanjutan hingga lewat pagi.

Keesokan harinya Filzah ke sekolah seperti biasa. Tidak lupa pakaian tambahan dibawa kerana dia mempunyai temu janji untuk menonton wayang bersama Azhim selepas waktu persekolahan. Filzah tidak lagi berani memonteng sekolah kerana telah diberi amaran oleh guru disiplin dan jika dia ingkar, emah abah Filzah akan dipanggil ke sekolah. Filzah tidak larat mendengar omelan kedua orang tuanya. Rimas. Sebelum ini beberapa kali Filzah dan Azhim berpakat untuk sama-sama ponteng sekolah dan keluar bersama sehingga tamat waktu persekolahan. Wajah Azhim dan Filzah yang kelihatan lebih matang dari usia berjaya mengelakkan syak apabila mereka menghabiskan masa di pusat membeli belah pada waktu persekolahan.

Tiada sekelumit pun rasa bersalah di hati Filzah kerana telah menipu kedua orang tuanya. Keseronokan yang diberikan oleh Azhim mengaburi akal waras Filzah. Menonton wayang adalah saat yang paling Filzah gemari kerana pada ketika itu dia dan Azhim akan bebas melakukan apa sahaja kerana keadaan yang gelap. Dan kebiasaan mereka menonton wayang pada hari persekolahan pada ketika tiada ramai orang menonton wayang menjadikan mereka semakin seronok dan bebas. Keasyikan melayan nafsu menjadikan Azhim dan Filzah terlupakan dosa dan pahala. Sungguh dalam mereka hanyut dalam cinta mereka.

Pujuk dan rayu dari Azhim menjadikan Filzah semakin seronok. Pujian demi pujian dari bibir manis Azhim membuatkan Filzah lupa akan harga diri yang wajib dia pertahankan sebagai seorang wanita. Dan setiap kali pulang, Filzah merasa bangga kerana dapat memberikan kebahagiaan kepada Azhim. Dia yakin bahawa Azhim akan menikahinya pada satu hari nanti.

Azhim menghantar Filzah hingga ke pintu pagar rumahnya. Azhim mengucup tangan Filzah sebagai tanda mengucapkan terima kasih kepada Filzah. Senyuman terukir di wajah keduanya. 

Baru sahaja Filzah melangkah keluar dari kereta, terasa tangannya ditarik oleh seseorang. Rupa-rupanya Encik Kamal telah menyaksikan drama percintaan Filzah dan Azhim. Jerkahan dari Encik Kamal mengejutkan Azhim. Dalam ketakutan dan kekalutan Azhim memecut keretanya dan terus hilang dari pandangan.

Di ruang tamu,Filzah hanya mampu menangis apabila Puan Juariah mengajukan soalan-soalan yang bertalu-talu. Kelihatan Encik Kamal duduk sambil bibirnya terketar-ketar menahan kemarahan. 

" Izah,kenapa Izah malukan mak dan abah?Izah tak sayangkan kami lagi ke?Kenapa Izah?Jawablah mak tanya ni Izah. Kami sayangkan Izah,kami hantar Izah ke sekolah untuk Izah banggakan kami. Tapi apa Izah buat. Mak dapat panggilan dari cikgu Izah mengatakan Izah sering ponteng sekolah dan Izah seolah-olah tidak mahu belajar lagi. Cikgu bertanyakan apakah Izah mempunyai masalah di rumah. Emak malu Izah bila Izah macam ni. Mak sangka mak dah didik anak mak ni dengan baik. Tapi rupanya di belakang mak, Izah buat macam-macam. Bagitahu mak Izah,berapa lama dah Izah ngan Azhim bercinta? Apa lagi yang Izah dah buat yang mak abah tak tahu?Cakap Izah....Cakap..Beritahu pada mak ni....Ni mak Izah ni...Cakaplah Izah..Cakap...," ujar Puan Juariah diselangi dengan esak tangis. Hancur sungguh hatinya melihatkan perbuatan Izah.

Filzah yang semakin tertekan dan ketakutan tiba-tiba bangun hendak menuju kebiliknya. Puan Juariah menahan Filzah dari pergi. Puan Juariah menggesa Filzah menjawab soalannya, " Izah,kenapa Izah malukan mak dan abah?Izah tak sayangkan kami lagi ke?Kenapa Izah?Jawablah mak tanya ni Izah," Puan Juariah cuba memegang bahu Filzah. Filzah menepis tangan emaknya sehingga emak terjatuh di lantai. Emak memegang kaki Filzah sambil menangis. Encik Kamal tidak dapat lagi mengawal perasaan.

PANG!! Sebuah tamparan mengenai pipi mulus Filzah. Tergamam Puan Juariah kerana selama 15 tahun perkahwinan mereka tidak pernah sekali pun dia melihat suaminya memukul Filzah.

Filzah yang terkejut terus berlari menuju keluar sambil menangis. Selipar disarungkan dan dia berlari menuju ke rumah Azhim yang hanya berselang 2 lorong dari rumahnya. Puan Juariah mahu mengejar anak gadisnya itu tapi ditahan oleh Encik Kamal. Tergambar kemarahan di mata Encik Kamal. Puan Juariah merasakan di hadapannya itu bukanlah Encik Kamal yang dikenalinya selama ini.

Filzah mengetuk tingkap bilik Azhim yang berada di tingkat bawah. Mujurlah Azhim belum tidur lagi. Azhim mengajak Filzah masuk ke rumahnya.

"Im, Izah takut Im.Izah takut nanti abah apa-apakan Im. Izah sayang Im. Im takkan tinggalkan Izah,kan?" kata Izah sambil memeluk Azhim yang memujuknya agar berhenti menangis.Azhim mengusap-usap rambut Filzah dengan harapan dapat meredakan tangisan Filzah yang semakin galak. Filzah menceritakan segala yang berlaku dalam esak tangis dan Azhim hanya mendengar.

" Izah sayang, kan Im da janji Im takkan sia-siakan Izah. Im sayang Izah. Im janji Im akan jaga Izah baik-baik. Mama dan papa Im pergi outstation minggu ni. Izah boleh tumpang rumah Im. Im takkan benarkan Izah balik ke rumah abah dan emak Izah. Mereka dah sakitkan kekasih hati Im ni. Berhenti menangis ya sayang. Im jaga Izah. Im janji." pujuk Azhim.

Tangisan Filzah kian surut. Dia semakin tenang. Filzah meleraikan pelukannya dan memandang wajah Azhim. Bahagia kerana terasa dilindungi oleh kekasih hatinya.Sejuk hatinya melihat senyuman di wajah Azhim. Terasa dirinya adalah wanita yang paling beruntung.

"Im, Izah nak mandi boleh tak?" tanya Filzah apabila merasakan badannya melekit dek peluh.

Azhim sekadar mengangguk dan memberikan tuala serta pakaiannya kepada Filzah. Dengan senyuman bahagia, Filzah pergi ke bilik air untuk mandi. Ketika Filzah mandi, Azhim mula merangka strategi untuk mendapatkan perkara yang dia idamkan selama ini. Terasa malam ini adalah yang paling sesuai untuknya. Senyuman nakal terukir di bibir Azhim.

Terdengar bunyi pintu bilik air dikuak. Filzah keluar dengan pakaian yang diberikan Azhim tadi. Lain benar kelihatan Filzah pada pandangan Azhim. Otak Azhim semakin ligat merancang strategi.

"Sayang, mari sini dekat Im sekejap," panggil Azhim. Filzah hanya menurut. Dia duduk di sisi Azhim di atas sofa.

"Sayang, sayang tahu kan Im cintakan sayang lebih dari segalanya. Im nak jaga sayang sampai bila-bila," ucap Azhim sambil memegang tangan Filzah. Filzah hanya mengangguk dengan senyuman.

Azhim merasakan jeratnya hampir mengena. Filzah membalas sentuhan Azhim dan melemparkan senyuman yang paling manis buat Azhim. Senyuman balas dari Azhim mengandungi seribu satu maksud tersirat.


"Izah! Dah solat ke belum? Turun makan ya sayang," laungan Puan Juariah mematikan lamunan Filzah. FIlzah beristighfar. Masih jelas lagi di ingatannya peristiwa yang merubah hidupnya buat selamanya. Tanpa disedari air mata telah membasahi matanya. Kesal.

Dia bingkas bangun menuju ke bilik air untuk berwudhuk untuk menunaikan solat Isyak.

Ya Allah Ya Tuhanku, ampunkanlah dosaku yang banyak ini Ya Allah...
Engkau ampunkan jua dosa kedua ibu bapaku serta peliharalah 
mereka sebagaimana mereka telah memelihara aku sedari kecil lagi...
Ya Allah Ya Rabbi sesungguhnya aku hambaMu yang hina ini 
sangat bersyukur atas kurniaMu yang telah memberikan aku peluang kedua...
Sesungguhnya Engkau adalah yang maha Pemurah lagi maha Pengasih..
Hanya padaMu aku mohon perlindungan dari syaitan yang direjam 
dan kekalkan aku dalam jalan yang Engkau redhai....
Kurniakanlah aku kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya....
Engkau tabahkanlah hatiku Ya Allah dalam aku melalui 
segala dugaan dariMu...
Engkau pimpinlah diriku ini dan janganlah Engkau biarkan aku terleka...
Sesungguhnya aku menyesal atas segala perbuatanku dan hanya padaMu ku meminta pengampunan...
Amin Ya Rabbal Alamin.

Usai berdoa, Filzah melipat sejadahnya dan melipat kemas telekung pemberian emaknya. Dia segera mengemaskan diri dan turun untuk makan malam. Dia menarik nafas dalam-dalam dan melepaskannya perlahan-lahan. Dia melihat di cermin untuk memastikan tiada air mata yang tersisa. Tidak mahu menambah gusar di hati kedua orang tuanya. Dia yakin emak dan abahnya telah menunggu di bawah untuknya.


********



ps: cerita ini hanya rekaan...segala kebetulan adalah sebagai penambah 'perisa' sahaja....
 

Followers