Assalamualaikum...
Selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W...
sahabat-sahabat serta kaum keluarganya...
Bismillahirrahmanirrahim....
Seorang guru meminta sekeping duit kertas daripada seorang pelajarnya . Pelajar itu mengeluarkan sekeping duit kertas dan menyerahkan kepada gurunya. Alangkah hairannya pelajar itu melihat gurunya menconteng wajah pemimpin yang terpapar di atas duit kertas itu. Misai dan jambang ditambah serta di akhiri dengan tandatangannya. Pendek kata guru merosakkan duit tersebut. Dia menyerahkan duit yang telah rosak tadi kepada pelajarnya dan menyuruhnya pelajarnya membelanjakan wang itu di pasar.
Pelajar yang kehairanan menjadi bingung bagaimana hendak membelanjakan wang yang telah rosak itu. Biasanya di negara asalnya wang sebegitu sudah pasti tidak laku di pasaran. Si pelajar berfikir bahawa mungkin ada pengajaran yang hendak diberikan kepadanya oleh gurunya itu. Dia yakin gurunya itu tidak akan melakukan perkara yang sia-sia.
Sebelum beredar, gurunya berpesan, "Pabila duit ini kembali ke tanganmu, engkau telefonlah aku,"
Si pelajar yang patuh sekadar mengikut kata gurunya itu. Dia berjalan ke pasar dan berkira-kira bagaimana hendak membelanjakan wang itu. Dia pun tiba di hadapan sebuah kedai menjual anggur. Dia mencongak-congak. Dengan wang yang diconteng oleh gurunya tadi, dia boleh membeli 2kg anggur. Fikirnya lagi, jika dia hanya membeli 2kg anggur sudah pasti pekedai akan mengetahui duit yang dia beri itu telah rosak. Akhirnya si pelajar membeli 8kg anggur dan duit yang rosak itu diletakkan di belakang sekali. Pekedai hanya menerima duit yang diberikan dan menyimpannya di dalam bekas duit.
Hari berganti hari hinggalah hampir dua bulan berlalu. Pelajar itu pun terlupa tentang duit rosak yang telah dia berikan kepada si peniaga anggur. Hinggalah pada suatu hari si pelajar terpaksa mengambil teksi untuk ke kelas kerana bas semua telah penuh. Dek kerana tidak mempunyai wang kecil, dia membayar menggunakan wang yang besar jumlahnya. Tanpa mengira jumlah baki yang diberikan, pelajar tersebut terus saja menyimpan wang ke dalam dompetnya dan bergegas ke kelas.
Apabila pulang ke rumah, si pelajar memeriksa baki duit yang telah diterimanya tadi dan alangkah terkejutnya dia melihat duit yang telah diconteng oleh gurunya hampir dua bulan lepas akhirnya kembali ke tanggannya. Dia menyedari pada waktu itulah dia patut menelefon gurunya kembali.
"Wang yang telah ku rosakkan dulu kembali ke tanganmu?" tanya gurunya.
"wahai guruku, apakah pengajaran yang patut aku pelajari dari hal ini?" soal pelajar tadi.
"begitulah kehidupan. Andainya engkau memberi keburukan di dalam masyarakatmu, sudah pasti akhirnya engkau akan menerima kembali keburukan yang telah engkau berikan sebelumnya. Sebaliknya jika engkau sentiasa menyumbang kebaikan sepanjang hidupmu, pasti kebaikan akan selalu bersama denganmu tidak kira di mana saja."
sengaja saya mahu berkongsi kisah yang saya dengari di radio IKIM ketika dalam perjalanan ke Bandar Bukit Mahkota beberapa hari yang lepas. Mungkin penceritaan saya di atas kurang tepat, tapi insya-Allah maksud yang cuba disampaikan adalah serupa..
What goes around comes around..begitulah kata-kata pujangga inggeris *kot* yang menerangkan moral di sebalik cerita di atas. Kalau di sepanjang hidup kita, kita memberi sebanyak mungkin manfaat dan kebaikan kepada orang lain, sudah pasti kebaikan dan kegembiraan akan akhirnya mendampingi hidup kita sepanjang masa...
begitu juga andai kita sentiasa menyakiti orang lain atau memberikan mudharat kepada orang di sekeliling kita...jangan terkejut andai satu hari kita dilukai dengan lebih teruk lagi....mudharat serta keburukan akan kembali kepada kita tanpa kita duga.....
jika ada yang meminta bantuan kita..cubalah penuhi semampu mungkin kerana siapa tahu hari esok atau lusa ketika kita memerlukan bantuan....akan ada yang sudi membantu kita pulak...
bak kata orang melayu hidup ni macam roda....kalau hari ni mungkin kita terlepas dengan segala macam keburukan atau maksiat yang kita buat...esok lusa siapa tahu keburukan tu akan berbalik kepada kita semula..
jadinya....biarlah sepanjang hidup ni kita cuba memaksimumkan usaha agar orang lain beroleh manfaat dari diri kita *bukanlah perkara yang maksiat*
jadilah hamba Allah yang taat...
jadilah anak yang soleh dan solehah..
jadilah rakan yang baik...
jadilah jiran yang prihatin..
jadilah masyarakat yang peka....
jadilah yang terbaik walau apa pun tempat kita dalam masyarakat....
insya-Allah kita akan bahagia....kalaupun tidak dibalas oleh orang yang menerima kebaktian kita....orang yang lain akan membalas kebaikan kita di masa yang lain...dan kalaupun tiada balasan untuk kita di dunia ini, di akhirat nanti Allah pasti membalasnya dengan sebaik-baik balasan....insya-Allah...
tapi janganlah pulak berbuat baik cuma untuk mengharap 'respek' dari manusia atau pujian dari rakan-rakan....kalau pandangan manusia yang kita harapkan, itulah yang kita akan dapat...lakukanlah semuanya ikhlas kerana Allah....insya-Allah lebih manis terasa walau mungkin tiada yang menyedari kebaikan yang telah kita lakukan....tetapi keyakinan bahawa Allah melihat setiap tindak tanduk hamba-Nya cukup memberi jaminan kepada hati bahawa tiada yang sia-sia bila segalanya disandarkan kepada Allah...
ada lagi satu kisah yang agak menarik yang pernah saya dengar...asif andai fakta tidak tepat sebab dah ingat-ingat lupa...tp insya-Allah akan cuba disampaikan sebaik mungkin..
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 3 tahun dikejarkan ke wad kecemasan kerana tertelan guli ketika bermain...doktor yang berada di wad itu cuba untuk memeriksa keadaan kana-kanak itu dan mendapat guli tersebut tidak dapat dikeluarkan....beliau mendapati kes ini harus diserahkan kepada sorang doktor pakar kanak-kanak.
doktor itu menelefon pakar kanak-kanak itu dan memintanya segera ke wad kecemasan. Kanak-kanak yang tertelan guli tadi berada dalam keadaan yang agak serius kerana guli itu tersekat di saluran pernafasannya. Pakar kanak-kanak yang sedang off duty enggan datang untuk merawat kanak-kanak berkenaan dan menyuruh doktor di wad kecemasan saja yang menguruskan kerana padanya kes itu tidaklah serius.
akhirnya, kanak-kanak malang tadi meninggal dunia sebelum sempat dirawat oleh doktor. Masa yang banyak dihabiskan untuk memujuk pakar kanak-kanak yang tidak bertanggungjawab itu. Menangislah kedua ibu bapa kanak-kanak lelaki itu. mereka kehilangan anak kesayangan hanya kerana sikap seorang doktor yang tidak bertanggungjawab.
ibu bapa kanak-kanak malang tadi bertekad hendak menyaman pihak hospital kerana kecuaian yang berlaku. Meskipun anak mereka tetap tidak akan kembali, mereka nekad untuk menuntut bela atas kematian anak mereka. Walaubagaimanapun, setelah perbincangan dilakukan, akhirnya kedua ibu bapa tadi dan pihak hospital bersetuju menyelesaikan semuanya di luar mahkamah dan doktor tadi dibenarkan bertugas semula seperti biasa.
tidak lama kemudian. sekali lagi seorang kanak-kanak yang hampir seusia dengan kanak-kanak malang yang tercekik guli itu dikejarkan ke wad kecemasan yang sama....kali ini kanak-kanak itu didapati tertelan duit 10 sen....dan duit itu tersekat di salur pernafasannya.....
sekali lagi doktor di wad kecemasan menelefon pakar kanak-kanak tadi dan memintanya aar segera datang untuk merawat kanak-kanak tadi sebelum terlambat seperti yang berlaku dulu. Doktor pakar yang masih belum berubah sikap itu sekali lagi mengabaikan tanggungjawabnya. Dia mengambil keputusan untuk menghantar seorang Medical Officer (MO) untuk merawat kanak-kanak tadi dan berjanji dia akan menyusul kemudian.
MO tadi berusaha untuk mengeluarkan duit syiling yang terlekat tadi namun dek kerana itu bukanlah bidangnya, dia gagal. Takdir Allah, sekali lagi, kanak-kanak itu tidak sempat diselamatkan. Satu lagi nyawa melayang kerana sikap pakar kanak-kanak tadi.
Pakar kanak-kanak itu akhirnya tiba di wad kecemasan. Melihat wajah tidak berdosa yang terbujur kaku di atas katil rawatan, meraunglah si pakar kanak-kanak tadi kerana mendapati anak yang tergadai nyawanya itu adalah anaknya sendiri. Sesalan sudah tidak berguna lagi. Anaknya sendiri menjadi korban. Menangis air mata darah sekalipun tiada apa yang dapat di ubah.
Allah..cerita yang membawa seribu iktibar....
kadang-kadang dalam hidup ini kita perlu cuba letakkan diri kita dalam tempat orang lain sebelum melakukan sesuatu...kalau kita tak suka diperlakukan sedemikian, kenapa kita tegar melakukannya kepada orang lain?sebagaimana kita, orang lain juga punya hati dan perasaan yang boleh merasa pedih dan sakit....
begitu juga dalam hal maksiat..kenapa kita tegar melakukan pendustaan atau penipuan terhadap orang lain sedangkan kita sendiri tidak mahu diperlakukan sedemikian rupa.....
buat si lelaki di luar sana, mengapa sanggup menipu dan mempermain hati si gadis..mengajak sama-sama mabuk di lautan asmara syaitan..bayangkan suatu hari nanti adik-adik perempuan kalian, emak atau kakak kalian yang diperlakukan sedemikian...sanggupkah?letakkan dirimu di tempat abang, ayah atau saudara mereka...sanggupkah kamu?
andai kita gemar menipu dan memperdaya orang..mahukah kita kalau orang yang kita sayang ditipu dan diperdaya?
sebelum bertindak jahat...fikir bagaimana kalau perkara itu berlaku kepada kamu atau saudaramu..sudah pasti kalian takkan mahu melakukannya...
ada satu lagi kisah yang saya ingat-ingat lupa...tapi berlaku di zaman dahulu....
pada suatu hari ada seorang lelaki berdua-duaan dengan seorang wanita. si lelaki mula berniat jahat terhadap kekasihnya itu. dia memeluk dan menciumi kekasihnya sepuas hati tanpa takut terhadap balasan Allah yang perit.
dalam masa yang sama...adik perempuannya sedang berjalan di kawasan yang tidak ramai orang. tiba-tiba ada seorang lelaki datang dari belakang dan memperlakukan dirinya sama seperti apa yang abangnya lakukan terhadap kekasihnya.
menangislah si adik pulang ke rumah dalam keadaan takut dan menceritakan semua yang berlaku ke pada abangnya. Tersentak lah si abang mendengar cerita adiknya kerana perbuatan lelaki itu terhadap adiknya saling tak ubah dengan apa yang dia lakukan terhadap kekasihnya. Tahulah dia inilah balasan dari Allah. Alangkah menyesalnya si abang kerana dek perbuatannya, adik perempuannya sendiri yang menerima balasan.
Sesungguhnya perbuatan jahat itu seolah-olah satu hutang. andai balasannya tidak menimpa diri kita, mungkin ia akan berbalik kepada anak kita,isteri mahupun suami atau cucu cicit keturunan kita.
kalau hari ini kita memfitnah anak orang lain berzina, mana kita tahu esok lusa keturunan kita sendiri melakukan perkara terkutuk sebegitu..nauzubillah mindzalik....
mulai hari ini alangkah bagusnya dalam hidup ni kita sentiasa cuba melakukan yang terbaik....agar yang baik-baik saja yang akan datang dalam hidup kita....insya-Allah....
dan selalulah muhasabah diri sama ada telah terlunas atau belum tanggungjawab yang tergalas di bahu....
sering saya ingatkan pada diri saya sebagai seorang bakal guru, insya-Allah...
jadilah seorang guru seperti guru yang saya mahu anak saya dapat nanti..
didiklah anak murid saya sebagaimana saya mahu anak saya dididik satu masa nanti...
seperti mana saya harapkan anak saya dapat guru yang terbaik,
begitu juga harapan ibu bapa yang lain...
tanggungjawab yang berat dan semoga saya mampu menggalasnya sebaik mungkin...
amin!
ingat...hidup ni bukan cuma berkisar tentang diri kita sahaja....apa kita beri, itu yang kita dapat.....jangan cuma mahu menerima tapi tidak mahu memberi.....baik yang kita beri, baik yang kita terima...buruk kita beri, buruklah hasilnya....
wallahualam....(^_^)v
ps: sesiapa tahu camne nk adjust spacing dalam entry belog?rasanya macam terlalu besar jarak antara paragraph....leh leave comments or email me at {insanmisteri@gmail.com}
syukran in advance...=D
wallahualam....(^_^)v
ps: sesiapa tahu camne nk adjust spacing dalam entry belog?rasanya macam terlalu besar jarak antara paragraph....leh leave comments or email me at {insanmisteri@gmail.com}
syukran in advance...=D
0 luahan rasa:
Post a Comment