Buscar

Páginas

perlu tutup atau perlu buka???? (>.<")

 dalam entry kali ni sy nk bercakap tentang satu isu yg juga sy ingin ingatkan pada diri sy sendiri....which is tentang aib....ape itu aib....AIB secara ringkasnya berdasarkan pemahaman sy adalah perkara2 yg jika diketahui org laen...akan mendatangkan rasa malu kepada diri kita atau org yg melakukan perbuatan tu...contohnya seseorang pergi ke tempat maksiat..atau jika dia ada rahsia yang memalukan dirinya..tu adalah aib bagi dirinya...

dengan pesatnye perkembangan dunia tanpa sempadan...semua perkara boleh dikongsi dengan semua org di seluruh dunia....wujudnya laman2 sosial seperti blogger,facebook,friendster dan lain2....medium2 ini adalah tempat yg mana kita sangat2 mudah memberitahu seluruh dunia apa sahaja yg kita mahu tanpa sebenarnye menyedari bahawa apa yg kite hebah2kan itu adalah salah....

Islam itu indah..Allah itu Maha Pengampun.....walau sebanyak manapun dosa yg kita lakukan...insya-Allah akan diampuni dosanya oleh Allah jika disertai taubat yang bersungguh2....kemudian setelah ditinggalkan segala kemaksiatan dan kesesatan tu..takpayahla disebut2 lagi.....simpan dalam lipatan memori..jadikan ingatan pada diri sendiri.....kalau kite sendiri buka aib kite....takke memalukan diri??dan dari satu sudut pandangan lain..seolah2 kita berbangga dengan dosa yg penah kita lakukan...nauzubillah.....walaupun untuk kesedaran agar org lain tidak melakukan perkara yg sama pun,aib diri TIDAK boleh didedahkan....cube beri contoh yg umum sahaja tanpa perlu merujuk kepada diri sendiri..malu kan kalau org tau dosa2 yg pernah kita buat..biarlah ia hanya antara diri kita dan Allah...sesungguhnya Allah mengetahui setiap apa yg ada dalam hati manusia tidak kira yg dizahirkan atau tidak....

selain tu jugak perlu kita hati2 dengan segala apa yg kite beritahu kepada rakan2 kite..usahlah berkongsi cerita maksiat...contohnye..."eh ko....taw tak...semalam aku pegi kelab XYZ ni..pergh gila ramai lelaki2 hensem...seronok aku malam semalam...."..ataupun "semalam kan aku g tgk wayang ngan boyfie aku...sweet kot tau tak die bagi bunga pastu siap bawak aku pegi makan kt kafe yg mahal tu.."..mungkin perkara ini adalah norma dalam kehidupan zaman moden ni...tapi sedar tak sedar kite seolah2 berbangga dengan semua maksiat yg dilakukan....n takde rasa malu langsung melakukan dosa...bukankah pakaian seorang muslim bertaqwa itu adalah rasa malu???atau kite hanya muslim sekadar pada IC???fikir2kan....

Semua umatku akan ditutupi segala kesalahannya kecuali
orang-orang yang berbuat maksiat dengan terang-terangan.
Masuk dalam kategori berbuat maksiat terang-terangan 
adalah bila seorang berbuat dosa dimalam hari kemudian Allah 
telah menutupi dosanya, lalu dia berkata (kepada temannya): 
Hai Fulan! Tadi malam aku telah berbuat ini dan itu. Allah telah
menutupi dosanya ketika di malam hari sehingga ia 
bermalam dalamkeadaan ditutupi dosanya, kemudian di pagi 
hari ia sendiri menyingkap tirai penutup Allah dari dirinya. 
(HR. Muslim)


sekarang mari pulak kite bercerita tentang aib orang lain..aib sahabat2 kite serta ahli keluarga kita....kadang2 kite mengetahui cerita2 atau rahsia org2 di sekeliling kita.....n tanpa kite sedar kite ter'cerita' kepada org laen.....walaupun mungkin cerita tu pada pandangan kita biasa2 sahaja.....tp mungkin adalah sesuatu yg memalukan bagi tuan empunya cerita tersebut...contohnya jika sahabat kita mendapat markah corot dalam peperiksaan...dan kita menceritakan perkara tersebut kepada classmates yang lain..meskipun niat hanya untuk berbual kosong..namun secara tidak sedar kita telah memberi malu kepada sahabat kita tadi.....
contoh lain adalah mendedahkan aib orang melalui penyiaran gambar2 di facebook misalnya....kite upload gambar sahabat2 kita dalam keadaan memalukan dengan tujuan untuk bergurau...kemudian kita tag lagi sahabat2 laen...secara taklangsung makin lama makin berganda orang yg dapat melihat gambar tersebut...sedar tak kita yg kite telah memanjangkan aib sahabat kite ni????bertambah malu lah dia nanti..n secara taksedar..makin bertambah dosa2 kita....ni ada hadis berkaitan pentingnya menjaga aib saudara sendiri...

"Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan 
hidup di dunia,niscaya Allah akan melepaskannya darinya kesusahan 
di hari kiamat,barang siapa memudahkan urusan
(mukmin) yang sulit niscaya Allah akan memudahkan
urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang muslim, 
maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat.
Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu senantiasa 
menolong saudaranya.Barang siapa menempuh perjalanan 
untuk mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan jalan 
baginya menuju surga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu 
rumah Allah untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya 
bersama-sama,melainkan akan turun kepada mereka
ketenteraman, rahmat Allah akan menyelimuti mereka, dan Allah memuji 
mereka di hadapan (para malaikat) yang berada di sisi-Nya.
Barang siapa amalnya lambat, maka tidak akan disempurnakan oleh kemuliaan nasabnya."
(HR Muslim)

jadi secara kesimpulannya....berfikirlah sebelum berkata...berfikirlah sebelum menulis..berfikir sebelum menghebahkan apa2......kadang2 manusia biasa cam kite2 nie sering tersilap langkah....terbuat ape 2 yg taksepatutnya dibuat....jadi..biarlah hal2 dosa yg terlah kite lakukan...disimpan dan disenyapkan..biar hanya diri kita dan Allah yg mengetahui....segala keaiban sahabat2 kita...wajiblah kita diamkan....jgn panjang2kan kepada orang laen..jika mahu menasihati atau menegur....biarlah secara private....alangkan budak2 kecik pn malu kan kalau kena marah depan2 orang ramai.....ape lagi orang2 dewasa nie......tegurlah secara berdua sahaja...memarahi org laen depan public jugak membuka aibnya..ingat tu....

Imam Syafi’i berkata:
مَنْ وَعَظَ أَخَاهُ سِرًّا فَقَدْ نَصَحَهُ وَزَانَهُ، وَمَنْ وَعَظَهُ عَلاَنِيَّةً فَقَدْ فَضَحَهُ وَشَانَهُ
Siapa yang memberi mauizhah kepada saudara secara rahasia, maka ia telah menasihati dan memperbaikinya, dan siapa yang memberi mauizhah secara terbuka, berarti ia telah membuka aibnya dan memperburukkannya”

dan lagi satu bahaya memanjang2kan aib orang ni adalah boleh menjerumuskan kite ke dalam dosa fitnah.....sy amek semula contoh kat atas tadi..sahabat kite dapat markah corot dalam peperiksaan...dalam masa bercerita dengan classmate lain..kita menokok tambah cerita dengan andaian dan tuduhan takberasas seperti.."si fulan ni dapat markah rendah dalam exam..mesti dia takstudy sebelum masuk dewan exam ni...."..haaaaa...kan??tu kan fitnah dah tu....segala andaian yg takde bukti yg sering kita buat dalam hidup seharian2 kite nie....terzahir je di bibir...dosa fitnah jatuh ke atas kita....dan jika andaian kita tu adalah benar,jangan kite fikir kita bebas dari apa2 dosa...kerana bercakap perihal buruk tentang seseorang adalah dipanggil mengumpat..dan.ia juga adalah dosa...so...either way....kite mengutip dosa jugak..takkira fitnah atau mengumpat....

Nabi Muhammad S.A.W bersabda,"Adakah kamu semua mengetahui 
apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab:
Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya:
Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang
tidak disenanginya.Lalu ditanya oleh seorang sahabat:
Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar 
berlaku pada dirinya? Rasulullah bersabda lanjut:Jika kamu berkata 
mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti 
kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.
(Hadis riwayat Abu Hurairah),


 
jadi marilah kita sama2 berhati2 dalam kehidupan seharian kita..agar dapat mengelakkan diri dari mengutip dosa2 yg taksedar dek kite ni...memang perlu kita waspada dari melakukan dosa2 besar tapi jangan remeh2kan dosa yg taksedar ni....dosa2 ni mungkin menyulitkan urusan kita di alam sana nanti....

semoga entry ini bermanfaat buat semua readers dan juga menjadi ingatan bagi diri saya juga.......maaf jika entry ini ringkas..lebih bacaan tentang isu2 seperti yg sy sebut kat atas ni...leh la klik link2 di bawah ni......sesunggunya segala kelebihan dari Allah yang mengizinkan entry ini ditulis...segala kesilapan dan kekurangan datangnya dari diri sy yg lemah ni...allahualam.... 


ps: dari cerita tentang benda buruk ni takkisah berkaitan diri sendiri atau orang2 laen...lagi baik kite smpai2kan ayat2 cinta dari Allah...insya-Allah pahalanya berpanjangan....nk pahala ke tak???jom share2 ilmu....(^_^)

pss:  menyorok segala keaiban diri dan dosa yg dilakukan bukan bermakna kite hipokrit..tetapi itu adalah satu tuntutan dan kewajipan dalam Islam....sebarkan kebaikan...simpan keburukan....(~.~)

psss: terima kasih atas teguran demi teguran berkaitan isu aib ni.....


lebih bacaan..

(klik sini)
(klik sini)
(klik sini)
(klik sini)
(klik sini)


 

4 luahan rasa:

~Catatan Hidup *** QuRrAtuL iSmAt~

Syukran! Banyak perkongsian ilmu yang diperoleh pada entri ini ^___^

ticher ina

afwan!
untuk ingatan diri sendiri jugak..
hehe..
selalu terbuat..
=P

Unknown

salam ina. begitu panjang lebar sekali ina menulis berkongsi ilmu. terima kasih. kakchik blm sempat hbs membacanya. dr apa yang dibaca, menjaga ain orang lain itu perlu sebab bimbang nanti aib kita pula dibuka. namun ada ustaz beritahu jika aib itu melibatkan maslahat umum, maka ianya perlu diberitahu agar orang yg melakukannya berhenti dan insaf dan masyarakat umum tidak menjadikan dia sbg contoh. allahu'alam.

ticher ina

betul kak...
dedahkan tapi takperlulah menyebut nama secara khusus..
mcm yg ina cakap..
bg contoh umum yg tidak merujuk kepada diri sendiri atau org laen..

terima kasih sudi singgah..
ina masih baru menulis entry2 berat ni..
kalau ada terkurang atau tersalah..
jgn malu2 tegur ye..
ilmu ina masih sedikit..
insya-Allah segala teguran akan ina terima...
n ina cuba baiki...

 

Followers