Assalamualaikum...
Selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W...
sahabat-sahabat serta kaum keluarganya...
Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi ada juga yang sudi menyertai GA yg dianjurkan....dengan riang hati suka sy nk berkongsi cerita seorang ukhty..cerita tentang dirinya dan tudung labuh...mari hayati kisahnya...
Kisah ini adalah mengenai aku yang telah menemui sesuatu di dalam hidup ini tanpa aku sedari...Bagaimana sehelai tudung mampu memberikan aku sebuah ketenangan yang aku cari-cari selama ini, atas izin Allah jua..
Ingin sekali aku kongsikan pengalaman silam aku di mana dahulu aku seorang gadis bebas yang suka bergaya dan sebenarnya aku jarang mengenakan tudung. Bagi aku, tudung adalah sesuatu yang boleh aku pakai bilamana aku menginginkannya. Namun, aku bukanlah gadis yang sering memandang sinis kepada insan-insan yang bertudung labuh sebaliknya aku amat mengagumi dan menghormati mereka.
Bila difikir-fikirkan semula, aku rasa sangat bersyukur dengan sikapku itu. Mungkin kerana aku memandang tinggi kepada gadis bertudung labuh membuatkan aku jatuh cinta....jatuh cinta kepada sehelai tudung. Sebelum ini, aku pernah terfikir untuk berhijrah, menjadi seorang muslimah yang sejati....namun di manakah harus aku memulakannya?
aku buntu...entah dari mana harus aku mulakan untuk mengubah diri aku menjadi muslimah yang Allah redhai. aku berjalan-jalan di sekeliling bandar mencari tudung yang sesuai untuk aku pakai, lalu aku memilih tudung 'ekin' yang tidak labuh menutupi dada. Bagi aku, ia sebagai permulaan....lalu,aku pun memakai tudung itu ke mana sahaja aku pergi. Namun, ada sesuatu yang aku rasakan masih kurang jauh di sudut hatiku ini. Dengan penampilan demikian ia masih belum dapat mengubah gaya hidupku yang mementingkan keseronokan dunia semata-mata.
Sukar untuk aku gambarkan bagaimana kosongnya hati ini saat itu....aku sekadar bertudung tetapi aku tidak solat.Aku lantas duduk termenung suatu hari, aku bertanya kepada diriku sendiri apakah yang aku mahukan dalam hidup yang sementara ini? Adakah aku sudah berpuas hati dengan apa yang telah aku lakukan untuk mencapai keredhaan Allah swt? TIDAK!!!
Lantas aku segera mengambil wuduq, aku dirikan solat dan aku berteleku di atas sejadah sendirian dalam tangisan yang panjang......Ya Allah,aku menyesal kerana mensia-siakan usia yang Engkau berikan padaku. Aku gagal melaksanakan perintahMu yang hanya menyuruh aku menutup aurat, bukannya menyuruh aku membakar rambutku atau membotakkan kepala...bodohnya aku!!!
Beberapa hari kemudian, aku membuat keputusan untuk membeli sehelai tudung labuh yang menutupi dada....masih aku ingat warnanya adalah merah hati. Aku memakai baju kurung dan tudung labuh ke tempat kerja. Pelbagai persoalan dilemparkan kepadaku oleh teman-teman sekerja, namun, aku tetap tersenyum kerana aku dapat merasakan kekuatan di dalam jiwaku. Aku tahu ini adalah pilihan yang tepat....pilihan Allah buatku. Aku menangis dalam sujudku, aku bersyukur kerana Allah telah memberikan aku petunjuk ke jalan yang Dia redhai.
Semenjak aku memakai tudung labuh, aku mula menjaga amal ibadatku yang lain seperti solat,puasa dan ibadat sunat juga aku cuba lakukan. Aku dapat merasai sebuah ketenangan yang sukar untuk aku gambarkan betapa hebatnya.
Aku telah menemui cinta yang sejati iaitu cinta kepada Allah,Rasul dan cinta kepada diri sendiri. Kini, aku tahu, jika aku mencintai diriku sendiri maka aku wajib memelihara diriku daripada menjadi bahan bakar api neraka. Cinta yang paling indah selepas cinta kepada Allah dan Rasul adalah cinta kepada diri kita sendiri...dengan cara ini,aku dapat meraih kebahagiaan dalam beribadat kerana tiada sesiapa yang beruntung jika aku menutup aurat, sebaliknya diri aku sendirilah yang beruntung. Setiapkali aku melangkah keluar rumah, aku merasakan diriku dilindungi...dipelihara oleh Allah swt.
Alhamdulillah....rupa-rupanya setiap yang Allah perintahkan itu ada hikmah buat hamba-hambaNya, cuma kita sahaja yang memilih untuk menurutinya atau tidak. Dan bagi aku, sehingga akhir hayat ini, aku tetap dengan imej muslimah, tak akan aku malu atau gentar...
InsyaAllah, aku sanggup mati untuk mempertahankannya....kerana ini adalah kecintaanku...ini adalah ketenanganku.....
Alhamdulillah..syukur...begitu dekat cerita ukhty ini di hatiku..moga kami sama-sama istiqamah dan terus berada di jalan yang Allah redhai ini....
ps: hadiah pun selamat disampaikan..harapnya sepasang abaya itu bermakna buat dirimu ya ukhty tersayang....<3
ps: hadiah pun selamat disampaikan..harapnya sepasang abaya itu bermakna buat dirimu ya ukhty tersayang....<3
2 luahan rasa:
assalam ina, terlebih dahulu tahniah pada ina atas penghijrahan ke arah yg lebih Allah redho...rasanya bukan mudah kerana perlukan kekuatan dalaman. akk sendiri pun tidak kuat lagi...tp niat utk berubah sudah lama ada...cuma soalan akak bagaimana dgn penerimaan keluarga ina bila ina melakukan penghijrahan..
wassalam.
Bile bertudung labuh, kita berasa lebih selamat:)
Post a Comment