Buscar

Páginas

warkah cinta berbau syurga


mampukah diriku menjadi seperti Amir Mukhlis?
meski rasa cinta bergelora di dada...
meski puteri idaman juga merasa sama...
tiada langsung harapan diberikan..
kukuh menyimpan rasa cinta...
walau dituduh sombong dan ego...
segala kelukaan dan derita..
tersimpan rapi dalam sanubari..
gagah menyusur jalan sepi..
demi menjaga cinta suci...
hati berkecai melihat puteri dambaan jiwa dibawa pergi..
oleh sang lelaki yang tak pernah mengerti erti cinta...
jalan kehidupan dilalui sendiri..
sambil mengutip kepingan-kepingan hati...
menjadi sumbu kekuatan diri…

mampukah diri menjadi seperti wardah….
teguh menyintai peribadi sang pria…
walau dibiar kebingungan…
kata hati tetap dituruti…
terus menyinta di dalam sepi..
tanpa balasan tanpa harapan….
hati terpaut pada sang putera…
kerana mengimpi keluarga Islami….
meski diuji jarak ribuan batu…
tanpa khabar tanpa berita…
menyinta dalam setia…
bersulam doa berkait harap….
akhirnya ajal menjemput....
namun cinta tidak pernah padam…
tidak pernah luntur…
pengakhiran hidupnya dalam cinta…
kata-kata akhir Amir Mukhlis penguat jiwa…

layakkah diri menjadi si balqis..
menerima cinta mujahid sejati…
tanpa kata rindu…
tanpa ucap sayang…
rasa di hati memekar kembang..
meski lamaran silih berganti..
hati diam pada yang satu…
dari terhutang budi lahir rasa cinta…
namun tidak sekali di ucap…
dugaan menimpa….
yang dikasihi tertimpa ujian…
khabar kematian bakal menjelma…
hati si balqis belajar menerima…
andai benar si dia kembali ke sana…

mampukah aku setegas Amir Mukhlis dalam mempertahan prinsipnya?
berdayakah aku sekuat Wardah menyintai tanpa syarat?
hebatkah aku setabah Balqis menerima ketentuan dari-Nya?
cukupkah aku bersabar menanti cinta anugerah dari-Nya?

2 luahan rasa:

Unknown

semalam bru je mkhatam buat kali kedua novel ni...mmg sudah jatuh cinta pada Amir Mukhlis..huhuhu

CintaZulaikha

cerita dia ada kat tv al-hijrah lah skrg..

 

Followers