Buscar

Páginas

tiada skrip yang lebih indah melainkan skrip dari-Nya..

Assalamualaikum buat semua yg sudi menjengah ke blog ni...sedar tak sedar sudah kita semakin menghampiri penghujung tahun 2010 ni..bagaimana perjalanan hidup anda semua sepanjang 2010 ni?sy yakin sudah pasti pelbagai peristiwa yg dilalui..peristiwa yg mengundang gelak tawa dan senyuman....dan tidak terkecuali peristiwa yg diiringi dengan air mata serta kedukaan...walaubagaimanapun..harapnya janganlah jadikan kedukaan dan kekecewaan tu sebagai penghalang kepada kita untuk terus melalui jalan2 kehidupan anugerah Allah ni.....dan jangan juga lupa untuk sentiasa checklist diri kita dan cari kekurangan2 agar mudah untuk di'upgrade' selepas ini....

Apa yg dah berlaku itu hanyalah tinggal kenangan....yg sedang berlaku inilah realiti...tetapi apa yg bakal berlaku masih belum pasti..semuanya hanya Allah yg tahu..skrip yg Dia 'tulis' nun jauh taktergapai dek tangan kita..jadi usahlah difikir atau diteka2 apa yg akan berlaku...laluilah hidup sehari2 dengan penuh tawakal dan pengharapan kepada Allah agar segalanya baik2 aje...dan jangan lupa disertai dengan usaha dan perbuatan yg baik2....sebab kita taktahu apa yang Allah rancang dan bukanlah satu kesalahan untuk kita memohon dan berusaha agar kita memperoleh yg terbaik dari-Nya.....

jam sudah menunjukkan angka 3...pagi nanti bermulalah perjalanan sy dalam pengajian sy ni...sekejap je rupanya sy da nk melangkah ke semester 4...semoga semester ini lebih baik dari semester sebelumnya....terbayang2 segala kenangan sepanjang 3 semester yg lepas...ups n down dalam kehidupan sy..Allah...sungguh indah percaturan-Mu....pelbagai peristiwa yg takterduga yg telah berlaku...semuanya mematangkan sy dan menjadikan sy insan yg lebih baik dari sebelumnya...lebih matang..lebih byk berfikir...sesungguhnya tiada tarbiyah yang lebih indah dan teliti berbanding tarbiyah dari Allah....

rasanya dah mula mengantuk ni....mungkin lain kali akan mencoret lebih lagi di sini..insya-Allah....harapan sy semoga sy akan terus kekal mendapat didikan 'taklangsung' dari Allah melalui segala cubaan yg Dia berikan..melalui setiap dugaan yg Dia timpakan..melalui setiap kesenangan dan kesusahan yg Dia hadiahkan kepada sy...

sebelum sy akhiri,sengaja sy ingin kongsikan sedikit kata2 yg sy gemari:



Istimewanya seorang mukmin itu adalah apabila dia diberikan kesenangan dia bersyukur,
dan apabila dilanda kesusahan dia sentiasa sabar.....



semoga sy dan anda mampu menjadi seorang mukmin yg sejati dan sentiasa di jalan yg diredhai oleh-Nya....
ameen Ya Rabb~~~

0 luahan rasa:

 

Followers