Buscar

Páginas

~~Cahaya Belahan Jiwa yang Terbaik~~part 7



Cahaya Belahan Jiwa yang Terbaik part 1 di sini (KLIK)
Cahaya Belahan Jiwa yang Terbaik part 2 di sini (KLIK)
Cahaya Belahan Jiwa yang Terbaik part 3 di sini (KLIK)
Cahaya Belahan Jiwa yang Terbaik part 4 di sini (KLIK)
Cahaya Belahan Jiwa yang Terbaik part 5 di sini (KLIK)
Cahaya Belahan Jiwa yang Terbaik part 6 di sini (KLIK)


********
Langsir berwarna coklat itu diikat kemas dan tingkap dikuak. Bayu pagi menerobos masuk ke biliknya. Dalam nafas yang ditarik Filzah. Berdebar-debar hatinya kerana hari ini dia akan keluar buat pertama kalinya bersama bakal emak mertuanya, Puan Khatijah.

Sejurus sahaja Puan Juariah menelefon Puan Khatijah memberitahu berita gembira berkenaan penerimaan Filzah, Puan Khatijah tanpa berlengah menetapkan tarikh peminangan, pertunangan dan pernikahan Filzah dan Bahzi. Katanya peminangan, pertunangan dan pernikahan akan dilakukan serentak tetapi kenduri kesyukuran akan dilakukan kemudian, selepas Bahzi selesai menjalani praktikalnya yang cuma tinggal lebih kurang 2 bulan sahaja lagi. 

Filzah mencongak-congak di dalam hati. Tidak disangka semuanya akan berlaku sederas ini.

Hmmm…meminang, tunang dan nikah lagi 3 minggu….sebulan lepas tu baru buat kenduri kesyukuran…kiranya nikah gantung la ye ni mak?” soal Filzah pada emak semalam.

Ye Izah….bakal menantu mak tu bagi kita chance nak siap-siapkan untuk majlis…kalau ikutkan dia nk selesaikan terus masa nikah tu….mak tak berapa setuju…ye lah nanti kita pulak terkejar-kejar nak buat persiapan…

Kalau macam tu nanti sementara majlis tu Izah duduk kat mana?” Filzah masih kebingungan.

Alahai..kamu ni…sementara majlis tu kamu duduk rumah ni lagi la…Bahzi masih tinggal kat rumah bujang dia…kan dia praktikal kat Melaka…lepas da majlis baru lah duduk serumah. Lagipun katanya si Bahzi tu nak siapkan dulu rumah sebelum kamu berdua pindah masuk…

oooo……” balas Filzah pendek. Mengangguk tanda faham. Baru diketahui Bahzi sedang praktikal di Melaka. Sungguh sedikit yang dia ketahui tentang bakal suaminya itu namun sedikit pun tidak menggoyahkan keputusan yang telah dibuat.

Kenapa? Dah tak sabar ke?” Puan Juariah mengusik anak gadisnya itu.

Merona wajah Filzah menahan malu. Filzah hanya mampu tergelak kecil.

IZAH….

Jeritan emak dari tingkat bawah mengejutkan Filzah dari lamunan.

Assalamualaikum mak cik,” sapa Filzah hormat sebaik turun dari tangga.

Terlihat susuk tubuh bakal ibu mertuanya di tepi pintu. Senyuman semanis mungkin diberikan.Ini adalah kali kedua pertemuannya dengan wanita separuh abad itu. Kali pertama mereka bertemu adalah ketika rombongan merisik. Itupun tiada peluang untuk berbual.

Disalami wanita itu dengan dada yang berdegup kencang. Seram sejuk dirasakannya. Erat tangan Puan Khatijah memegang tangan Filzah. Segaris senyuman ikhlas terukir di wajah tua itu.

Janganlah panggil mak cik…Panggil umi pun boleh…” kata Puan Khatijah. Tak sabar rasanya mahu menerima menantu sulung.

Baiklah umi….” laju sahaja butir perkataan 'umi' keluar dari mulut Filzah.

Hatinya sedikit pun tidak merasa ragu-ragu akan keputusannya menerima lamaran Bahzi walaupun tidak mengenali langsung siapakah bakal suaminya. Bayangan wajah Bahzi juga masih kabur dalam mindanya.

Kedua wanita itu melangkah keluar dari rumah meninggalkan Puan Juariah keseorangan. Asalnya Puan Juariah mahu turut serta mencari cincin serta pakaian untuk majlis nikah Filzah dan Bahzi. Namun tiba-tiba sahaja Puan Juariah terpaksa menguruskan hal lain.

Izah, umi nak ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab sudi menerima lamaran Bahzi walau Izah tak pernah kenal Bahzi” kata Puan Khatijah memecah kebisuan di dalam kereta yang meluncur di jalan raya.

Keputusan yang Izah buat ni adalah yang paling Izah rasakan tepat. Sedikit pun tiada rasa berat hati atau keterpaksaan ketika Izah membuat pilihan. Insya-Allah Izah yakin dengan kata hati Izah.” balas Izah berhati-hati.

Anak umi tu pemalu orangnya. Sepanjang 23 tahun umi besarkan dia, tak pernah dia kenalkan umi dengan mana-mana perempuan yang dianggapnya sebagai teman istimewa. Pemalu sungguh Bahzi tu. Tapi umi yakin Bahzi mampu menjadi nakhoda dalam sebuah rumah tangga. Umi dapat rasakan Izah adalah seorang yang istimewa dalam hati Bahzi. Terkejut jugak umi hari tu Bahzi ajak umi merisik Izah,” sambung umi diikuti gelak kecil.

Izah pun terkejut umi,” ujar Izah perlahan. Hampir saja tidak kedengaran oleh Puan Khatijah.

Perjalanan diteruskan dengan perbualan-perbualan kosong. Sekadar mengisi masa dan mencari keserasian antara keduanya.

Ternyata Puan Khatijah menyenangi bakal menantunya itu. Padanya Izah merupakan seorang gadis yang tulus dan tidak mengada-ngada. Tidak seperti sesetengah gadis yang tergedik-gedik tidak bertempat. Dirasakan tepat pilihan Bahzi. Senyuman tidak pernah lekang dari bibir Puan Khatijah sepanjang perjalanan.

Hari bersejarah itu hanya tinggal tiga minggu sahaja lagi.Kecut perut Filzah apabila memikirkan hal itu. Berdebar-debar dirasakan. Tidak disangka segalanya berlaku dengan pantas.

Menjelang malam barulah selesai segala urusan yang penting. Filzah membuat keputusan hanya untuk menempah sepasang sahaja pakaian untuk hari pernikahannya nanti. Pakaian untuk bertunang dia akan menggunakan jubah putih yang telah tersedia di dalam almari pakaiannya. Hadiah pemberian ibunya. Pada Filzah biarlah majlis itu nanti seringkas mungkin dan tidak membazir.

Setelah mengucapkan selamat tinggal, Filzah melangkah longlai menuju ke kamarnya. Barang-barang hantaran untuk Bahzi yang telah dibeli tadi diletakkan di tepi meja solek. Tidak sabar rasanya mahu berbaring melegakan kelenguhan ditubuhnya. 


Tidak sampai beberapa minit, Filzah terus lena dibuai mimpi. 

********

Masa bergerak dengan pantas sekali. Kesibukan mempersiapkan semua prosedur dan urusan untuk pernikahannya membuatkan Filzah merasa lelah sekali.Mujurlah ketika itu dia sedang cuti semester, sekurang-kurangnya tidaklah mengganggu fokusnya terhadap pelajaran.

Perkhabaran tentang pernikahannya tidak diberitahu kepada kawan sekuliahnya. Cuma Min seorang sahaja yang dijemput. Fikirnya biarlah rakan-rakan dijemput ketika majlis kesyukuran nanti.

Gubahan-gubahan hantaran hasil kreatif Filzah dan Puan Juariah disusun rapi di tepi dinding kamarnya. Filzah hanya memandang sepi kepada hantaran yang bertemakan warna biru laut itu,warna kegemarah Bahzi seperti yang dimaklumkan oleh Puan Khatijah. Keluarga sebelah Bahzi pula menyediakan hantaran balas bertemakan warna merah jambu yang menjadi kegemaran Filzah.

Semenjak 2-3 hari kebelakangan ini fikiran Filzah sering sahaja bercelaru. Pernikahannya tinggal kurang seminggu sahaja lagi. Debaran semakin dirasakan. Paling dirisaukan adalah penerimaan Bahzi terhadap dirinya. Seringkali fikiran buruk menerjah mindanya. Mahukah Bahzi menerima seseorang yang mempunyai masa lampau kelam seperti dirinya?Mahukah Bahzi menerima seorang isteri yang telah hilang kesucian diri?Berbagai-bagai lagi persoalan mengasak-asak kotak fikirannya.

Lewat panggilan telefon di suatu petang, Filzah mengadu akan persoalan-persoalan yang bermain di mindanya kepada Kak Najwa. Tidak tertanggung rasanya memikirkan seorang diri. Kak Najwa meyakinkan Filzah bahawa Bahzi bukanlah seseorang yang berfikiran kolot dan begitu mudah menghukum. Kak Najwa menasihati Filzah agar tidak putus-putus berdoa kepada Allah agar segala urusan dipermudahkan.

Benar, segala keperibadian Bahzi seperti yang diceritakan oleh Puan Khatijah, Kak Najwa dan Abang Zul menunjukkan Bahzi merupakan seorang lelaki yang amat baik budi pekertinya. Tidak pernah sekali pun Filzah mendapat panggilan atau kiriman SMS dari Bahzi. Segala apa yang Bahzi mahu sampaikan pada Filzah akan dikirim melalui emak Filzah atau melalui umi.Bahzi sangat menjaga perhubungan mereka. Dan melalui apa yang diceritakan oleh Puan Khatijah, gambar Filzah yang Encik Kamal berikan kepadanya pun Bahzi serahkan pada Puan Khatijah. Katanya tidak perlu dipandang lama-lama gambar bakal isterinya kerana lambat laun dapat juga tengok.

Setelah berfikir panjang, Filzah mengambil keputusan untuk mengirimkan sepucuk surat kepada Bahzi untuk memberitahu tentang perkara itu. Filzah yakin itu adalah yang terbaik kerana baginya tidak adil jika dirahsiakan dari Bahzi. Andainya Bahzi tidak dapat menerima kenyataan tentang keadaan sebenar Filzah dan ingin menghentikan majlis yang dirancang, Filzah sekali-kali tidak akan mempersalahkan Bahzi.

Bukanlah dia sengaja mahu Bahzi membenci dirinya apabila mendedahkan perkara yang sebenar kepada Bahzi. Tetapi pada hakikatnya Filzah merasa lebih gerun apabila memikirkan andainya rahsia itu terbongkar setelah keduanya bernikah dan lebih buruk andai ketika itu Filzah telah mula menyayangi Bahzi. Sungguh tidak sanggup Filzah merasa kekecewaan dan kesakitan kehilangan orang yang disayangi sekali lagi


******** 

Beep…beep….

Handphone yang terletak di meja sudut dicapai…

1 new message. 

Berdebar-debar hati Filzah melihat satu nombor asing terpapar di skrin handponenya.

Siapa agaknya ni,” desis Filzah di dalam hatinya.

Perlahan butang open ditekan. 


Assalamualaikum Izah. Awak apa khabar? Lama menyepi?
Ni nombor handphone saya yang baru.

~rahimi qarin~

Berombak dada Filzah melawan gelojak rasa di hatinya. Sungguh tidak disangka Rahimi Qarin akan menghantar mesej kepadanya.

Waalaikumussalam. Saya sihat saja. 

Otaknya ligat memikiri cara baginya untuk memberitahu Rahimi Qarin perihal dirinya yang telah disunting.

Baguslah. Awak sedang buat apa?
~rahimi qarin~

Takde ape.Rahimi...saya ada sesuatu nak bagitau awak...

Apa? Bagitahu lah..
~rahimi qarin~

Saya akan berkahwin tak lama lagi..saya harap awak dapat terima dan memahami takdir ini..semoga awak ketemu jodoh awak satu masa nanti...saya minta maaf semua salah silap saya sepanjang awak kenal saya....assalamualaikum..

Izah, awak jangan main-main..bernikah dengan siapa?saya kenal tak??
~rahimi qarin~

Soalan bertalu-talu dari Rahimi dibiarkan sepi. Filzah merasakan tiada keperluan baginya untuk menjelaskan segalanya pada Rahimi.

Air matanya gugur. Dadanya terasa sesak. Entah mengapa begitu sakit dirasakan.

Ya Allah...
Ampunilah dosaku..Engkau luputkanlah perasaanku terhadap Rahimi Qarin...
gantikanlah perasaan ini dengan cinta yang tidak bertepi terhadap bakal suamiku nanti..
Ya Allah yang maha mengetahui yang terbaik buatku..
berikanlah aku kekuatan dalam menghadapi semua ini....
aku yakin cinta yang Engkau pilih adalah yang terbaik buat diriku...

********

"Izah...kenapa Izah terima lamaran orang lain? Kenapa? Kenapa?"

Emosi Rahimi sungguh terganggu malam itu. Pengakuan Filzah menyentak anganannya untuk menjadikan Filzah sebagai ratu hidupnya. Terasa seolah dia kehilangan separuh dari hidupnya.

"Izah..." bayangan-bayangan Filzah memenuhi rongga fikirannya.

Sesungguhnya jauh di sudut hati kasihnya pada Filzah tidak pernah luntur. Benar dahulu dia yang mengabaikan dan membiarkan Filzah tergapai-gapai kebingungan. Dia meninggalkan Filzah tercongak-congak mencari silap diri.

Entah mengapa tegar hatinya berbuat demikian terhadap satu-satunya gadis yang berjaya mencuri hatinya. SMS dan panggilan Filzah dia abaikan sehingga satu masa Filzah tidak lagi menghantar apa-apa SMS padanya. Penyesalan yang tidak terhingga bertunas di hatinya.

Kini segalanya sudah terlambat. Filzah bakal menjadi isteri orang. Dia tiada peluang lagi.

Surat dari Filzah dibukanya semula. Dihayati tiap bait kata Filzah. Dapat dia rasakan betapa tinggi harapan yang Filzah letakkan ke atas dirinya. Kejam sungguh dirinya meninggalkan Filzah begitu sahaja.

Dan kini ketika dia mahu kembali, Filzah tidak lagi memerlukannya. Filzah tidak lagi menginginkan dirinya.

"Ya Allah...ampunkan aku kerana menyakiti hati seorang wanita yang tulus menyintaiku....berikanlah dirinya kebahagiaan yang dia layak perolehi..."

Rahimi terbaring lesu di katil. Surat di tangannya digenggam erat.

Sesalnya tidak bertepi....

********





ps: cerita ini hanya rekaan...segala kebetulan adalah sebagai penambah 'perisa' sahaja....


berbahagialah kita.....


Assalamualaikum buat semua pembaca....
Selawat serta salam buat Nabi Muhammad S.A.W,
para isteri, kaum keluarga dan sahabat baginda.....



"the bad days make the good ones better.."


begitulah bunyi status di FB malam tadi....Alhamdulillah setelah beberapa hari yang 'mendung'..hari ni terasa sedikit cahaya....Allah takkan menguji hamba-Nya yang tidak mampu hamba-Nya tanggung....ingat tu...kalau ada je ujian dari Allah..pasti Allah yakin kita dapat laluinya.....and here I am...happy.. insya-Allah...

bila hati terasa tenang dan lapang seperti hari ini.....teringat pula hari-hari sedih yang berlalu....Allah...Allah itu maha adil...tidak kita dibiarkan sedih sahaja sepanjang masa....Dia adalah KEKASIH agung...pandai memujuk...pandai menyenangkan hati hamba-Nya yang berserah diri..insya-Allah..ingin ku jadi hamba-Nya yang redha dan tabah...ingin ku jadi hamba-Nya yang menyerah diri...

bila merasa hari dengan dada yang lapang...betapa terasa diri ini menghargai nikmat hari-hari yang sedih.....bayangkan hidup yang sentiasa gembira...adakah kita masih kenal erti air mata dan kesedihan? jika hidup sentiasa berlalu dengan cara yang kita mahu..adakah kita masih tahu erti meminta pada Allah? jika hidup sentiasa senang dan tenang....adakah kita masih akan menghargai nilai setitis air mata yang tulus?



Allah...bersyukurlah bila diberi dugaan dan cabaran kerana itu tanda Allah sayang pada kita....mahukah kita menjadi seperti Firaun dan Qarun...setiap kebahagiaan di dunia ini mereka perolehi..tetapi rupa-rupanya itu tanda Allah mahu mereka terus sesat dalam dunia 'bahagia' mereka....

bersyukurlah bila hati terasa pedih dan sakit.....itu tanda Allah mahu kita meratap mengadu pada-Nya....Allah mahu kita dekat dengan-Nya...bersyukurlah....


berapa ramai manusia alpa dan leka di ulit kesenangan sehingga lupa siapakah yang memberi pinjam kesenangan itu kepada mereka...berapa ramaikah manusia yang mempunyai wang dan harta melimpah ruah yang menyimpan segalanya untuk diri sendiri...terlupakah mereka siapa yang memberi wang itu kepada mereka?terlupakan mereka hak mereka kepada si fakir dan anak yatim?berapa ramaikah manusia yang dikurnia wajah yang indah dan mempersona tapi terlupakan siapakah Yang Maha Indah yang memberi sedikit kecantikan pada mereka sehingga sewenangnya sahaja menonjolkan kecantikan dengan penuh riak dan bangga..terlupakah mereka siapa yang memberi semuanya itu pada mereka...

Ya, kesedihan dan kekecewaan itu ujian dari-Nya...tapi..kesenangan dan kecantikan juga adalah ujian......bersyukurlah kita tika ditimpa musibah....berhati-hatilah kita bila disirami kebahagiaan.....semuanya hak milik dari Allah....jangan jadikan kesedihan menjadi punca merenggangkan kita dengan-Nya....janganlah jadikan kecantikan dan kebahagiaan kita menjadi punca murka-Nya...




bagi sesiapa yang sedang berduka...ingatlah Allah sentiasa ada di sisimu...mengadulah pada-Nya....Dia sentiasa mendengar....jika kamu merasa keseorangan dalam menghadapi dugaan dalam hidup ni, ketahuilah olehmu bahawa Allah tidak pernah pergi dari sisi-Mu..Dia sentiasa menjaga diri-Mu..takkan Dia membiarkanmu sendirian...cuma tinggal kamu mahu merasai kehadiran-Nya atau tidak....cuma tinggal bagaimana kamu mahu melalui kesedihan...dengan bertindak bodoh menzalimi diri...atau dengan cara bijak iaitu kembali pada-Nya....pasti ada bahagia buatmu...jika bukan di dunia..insya-Allah di akhirat sana..janji Allah itu pasti...






bagi sesiapa yang sedang bergembira....ingatlah itu anugerah dari Allah...nikmat yang Dia pinjamkan padamu..bersyukurlah pada-Nya....berdoalah agar kegembiraan itu tidak menarik kamu pergi dari-Nya..penuhilah dadamu dengan kesyukuran yang tidak bertepi...berkongsilah bahagiamu itu dengan saudaramu...janganlah kamu tamak kerana bila masa sahaja Dia boleh mengambil kembali....apa yang kamu ada bukanlah milik mutlak dirimu....Allah pemilik segalanya..janganlah kamu mendabik dada kerana kesenangan yang kamu ada kerana tanpa izin-Nya tidak mungkin kamu mendapat semua itu...


ingatlah dunia ini cuma sementara...yang kekal cuma amalmu....dunia ini cuma persinggahan...peluang untuk kite menyemai amal.....hasilnya akan dituai di akhirat kelak...


lahirnya kita bukan untuk dunia semata-mata....tetapi gunakanlah dunia ini sebaiknya afar kita memperoleh yang terbaik di akhirat nanti.....percayalah kepada Allah..tidak Dia beri sesuatu itu kepada kita tanpa ada hikmah disebaliknya...Islam itu ertinya menyerah diri...oleh itu kita sebagai seorang yang Islam *hingga ke akhir nafas...insya-Allah* wajib menyerah diri kepada Allah sahaja....bersangka baiklah padanya kerana Allah itu menurut sangkaan hamba-Nya...


senyumlah wahai sahabat...senyumlah wahai teman....Allah itu ada.....dalam senang dalam susah...Allah itu dekat....

berbahagialah kita dalam suka dan duka.....kerana dunia ini hanya sementara...kebahagiaan yang abadi buat kita adalah di sana nanti..insya-Allah...


*senyum*

suke sy nk share kt sini sedikit nukilan hadiah kakak comel lagi baik hati.....sgt inspirational buat diri ni..n harap bermanfaat buat yg membaca...^_^

Pada suatu hari, seorang ulama' diuji dengan suatu musibah, kemudian beberapa rakannya berkunjung dan mereka menghiburkan hatinya. Selanjutnya dia berkata, aku telah membuat ubat dengan 6 bahan. Mereka bertanya, apakah itu? Dia menjawab :

Pertama
percaya kepada Allah

Kedua
aku tahu bahawa segala sesuatu yang ditaqdirkan pasti terjadi

Ketiga
kesabaran adalah hal terbaik yang mesti dilakukan oleh orang yang sedang dalam ujian Allah

Keempat
bila aku tidak dapat bersabar, lalu apalagi yang dapat kulakukan, kerana kesedihan tidak akan pernah bisa menolong diriku

Kelima
bisa jadi aku tertimpa sesuatu yang lebih buruk lagi dari yang kurasakan sekarang ini

Keenam
dari waktu ke waktu aku hanya menikmati kegembiraan.



[jangan pernah mendahului nasib. bermimpilah yang indah kerana mimpi itu harapan dan harapan itu doa]


ps: lagu di belog da dipadamkan...insya-Allah lebih convenient bagi sesiapa yang suka bukak multiple blogs..takde lah gangguan...

pss: sambungan cahaya belahan jiwa yang terbaik coming soon...insya-Allah....^_^  

Si Tudung Labuh


Assalamualaikum...
Selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W...
sahabat-sahabat serta kaum keluarganya...

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi ada juga yang sudi menyertai GA yg dianjurkan....dengan riang hati suka sy nk berkongsi cerita seorang ukhty..cerita tentang dirinya dan tudung labuh...mari hayati kisahnya...

Kisah ini adalah mengenai aku yang telah menemui sesuatu di dalam hidup ini tanpa aku sedari...Bagaimana sehelai tudung mampu memberikan aku sebuah ketenangan yang aku cari-cari selama ini, atas izin Allah jua.. 

Ingin sekali aku kongsikan pengalaman silam aku di mana dahulu aku seorang gadis bebas yang suka bergaya dan sebenarnya aku jarang mengenakan tudung. Bagi aku, tudung adalah sesuatu yang boleh aku pakai bilamana aku menginginkannya. Namun, aku bukanlah gadis yang sering memandang sinis kepada insan-insan yang bertudung labuh sebaliknya aku amat mengagumi dan menghormati mereka. 


Bila difikir-fikirkan semula, aku rasa sangat bersyukur dengan sikapku itu. Mungkin kerana aku memandang tinggi kepada gadis bertudung labuh membuatkan aku jatuh cinta....jatuh cinta kepada sehelai tudung. Sebelum ini, aku pernah terfikir untuk berhijrah, menjadi seorang muslimah yang sejati....namun di manakah harus aku memulakannya? 

aku buntu...entah dari mana harus aku mulakan untuk mengubah diri aku menjadi muslimah yang Allah redhai. aku berjalan-jalan di sekeliling bandar mencari tudung yang sesuai untuk aku pakai, lalu aku memilih tudung 'ekin' yang tidak labuh menutupi dada. Bagi aku, ia sebagai permulaan....lalu,aku pun memakai tudung itu ke mana sahaja aku pergi. Namun, ada sesuatu yang aku rasakan masih kurang jauh di sudut hatiku ini. Dengan penampilan demikian ia masih belum dapat mengubah gaya hidupku yang mementingkan keseronokan dunia semata-mata. 

Sukar untuk aku gambarkan bagaimana kosongnya hati ini saat itu....aku sekadar bertudung tetapi aku tidak solat.Aku lantas duduk termenung suatu hari, aku bertanya kepada diriku sendiri apakah yang aku mahukan dalam hidup yang sementara ini? Adakah aku sudah berpuas hati dengan apa yang telah aku lakukan untuk mencapai keredhaan Allah swt? TIDAK!!! 


Lantas aku segera mengambil wuduq, aku dirikan solat dan aku berteleku di atas sejadah sendirian dalam tangisan yang panjang......Ya Allah,aku menyesal kerana mensia-siakan usia yang Engkau berikan padaku. Aku gagal melaksanakan perintahMu yang hanya menyuruh aku menutup aurat, bukannya menyuruh aku membakar rambutku atau membotakkan kepala...bodohnya aku!!!

Beberapa hari kemudian, aku membuat keputusan untuk membeli sehelai tudung labuh yang menutupi dada....masih aku ingat warnanya adalah merah hati. Aku memakai baju kurung dan tudung labuh ke tempat kerja. Pelbagai persoalan dilemparkan kepadaku oleh teman-teman sekerja, namun, aku tetap tersenyum kerana aku dapat merasakan kekuatan di dalam jiwaku. Aku tahu ini adalah pilihan yang tepat....pilihan Allah buatku. Aku menangis dalam sujudku, aku bersyukur kerana Allah telah memberikan aku petunjuk ke jalan yang Dia redhai. 

Semenjak aku memakai tudung labuh, aku mula menjaga amal ibadatku yang lain seperti solat,puasa dan ibadat sunat juga aku cuba lakukan. Aku dapat merasai sebuah ketenangan yang sukar untuk aku gambarkan betapa hebatnya.

Aku telah menemui cinta yang sejati iaitu cinta kepada Allah,Rasul dan cinta kepada diri sendiri. Kini, aku tahu, jika aku mencintai diriku sendiri maka aku wajib memelihara diriku daripada menjadi bahan bakar api neraka. Cinta yang paling indah selepas cinta kepada Allah dan Rasul adalah cinta kepada diri kita sendiri...dengan cara ini,aku dapat meraih kebahagiaan dalam beribadat kerana tiada sesiapa yang beruntung jika aku menutup aurat, sebaliknya diri aku sendirilah yang beruntung. Setiapkali aku melangkah keluar rumah, aku merasakan diriku dilindungi...dipelihara oleh Allah swt. 

Alhamdulillah....rupa-rupanya setiap yang Allah perintahkan itu ada hikmah buat hamba-hambaNya, cuma kita sahaja yang memilih untuk menurutinya atau tidak. Dan bagi aku, sehingga akhir hayat ini, aku tetap dengan imej muslimah, tak akan aku malu atau gentar...

InsyaAllah, aku sanggup mati untuk mempertahankannya....kerana ini adalah kecintaanku...ini adalah ketenanganku.....


Alhamdulillah..syukur...begitu dekat cerita ukhty ini di hatiku..moga kami sama-sama istiqamah dan terus berada di jalan yang Allah redhai ini....

ps: hadiah pun selamat disampaikan..harapnya sepasang abaya itu bermakna buat dirimu ya ukhty tersayang....<3



Bersyukurkah aku?

Assalamualaikum...
Selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W...
sahabat-sahabat serta kaum keluarganya...

Sekian lama belog ditinggalkan sepi....seribu kemaafan dipohon atas ke'culas'an diri melakar rasa di belog ini....sesungguhnya terlalu banyak perkara dan rasa yang datang dan pergi sehingga adakalanya rasa sesak tercungap-cungap mengambil nafas....


Malam ini entah buat kali keberapa air mata gugur ke pipi...dada terasa seperti dihimpit sesak dek entah apa....berkali-kali meyakinkan bahawa diri ini kuat dan mampu melalui segala yang Allah tentukan buat diriku..tapi ternyata diri ini hanya insan biasa....punya tahap iman yang biasa...kerap juga tersadung....sendirian cuba bangkit kembali.....Allah itu maha penyayang..Allah uji kerana Dia sayang....itu cuba ku pahat dalam hati setiap kali terkandas..Alhamdulillah sedikit sebanyak dapat mengubat hati... 


Saban hari senyuman diukir tanda girang mungkin..namun dalam hati hanya Allah yang Maha Mengetahui..setiap patah kata yang merobek hati jarang sekali di akui...biarlah hatiku sakit sendiri..biar aku merasa diri ini hanya insan biasa yang lemah...biarlah dugaan datang bersilih ganti..baru aku sedar syurga itu tidak mudah..biar kesabaran tercabar saban hari...agar bisa aku renung di tahap mana iman di hati...biar kesedihan dan kesunyian mengetuk hati...baru ku faham erti bertuhan....Allah itu setia bersamaku..mendengar esak tangis ratapan hatiku...tidak kira siang atau malam, Dia ada menemani....biar manusia tidak faham gejolak hati ini....supaya hanya pada-Nya aku mengharap....
Semakin diri tercabar dek segala macam dugaan dan cabaran di dunia...semakin aku terasa rindu akan kebahagiaan yang Allah janjikan di sana nanti...tidak ku tahu layakkah diri yang hina ini merasa syurga-Nya...namun itu bukanlah urusanku...Allah tahu setiap yg kulakukan....Allah tahu apa yang ku usahakan....

Allah....hanya pada-Mu ku berserah hidup matiku.....
hidupku di dunia hanyalah sebagai hamba-Mu....
ingin sekali aku menjadi hamba-Mu yang sentiasa istiqamah dalam menjadi hamba.....
Islam itu agamaku...Allah, Engkau tuhanku yang satu...
Nabi Muhammad itu Rasul utusan-Mu..


Perit rasanya pabila terasa kesunyian dan keseorangan dalam tindakan...sering juga ku mengharap ada yang dapat memahami apa mahunya diriku ini....tapi pada hakikatnya yang paling penting Allah itu selalu memahami tindak tanduk pergerakanku...sering ku risau nilaian manusia tentang segala keputusan dan tindakanku...padahal nilaian Allah itu lebih penting..

Biarlah apa ku lakukan jelek pada mata manusia-manusia itu..biarlah apa saja kulakukan dipandang sepi oleh mereka-mereka itu....ku yakin Allah tahu tujuanku..Allah tahu niatku..tidak perlu rasanya aku menerangkan segalanya pada mereka....tiada gunanya....biarlah mereka berkata apa sekalipun...tujuanku hanya satu..yang ku kejar hanya satu...mardhatillah..ku impi kehidupan yang Allah redha...biarlah manusia tidak memahami diriku...Allah itu ada..Allah faham..Allah tahu....


Allah pemilik segala cinta....Dia beri apa yang diri ini perlukan..jutaan kesyukuran ku panjatkan kepada Ya Rahman kerana sepanjang perjalananku mencari diri dan mencari redha-Nya, Dia menghadirkan ramai insan-insan yang dapat ku kutip ilmu serta pengalaman mereka untuk membantu diri ini kuat serta tabah. Walau hanya berhubung di alam FB yang kaku bisu, mereka tidak lokek memberi perangsang dan semangat bagi diriku yang lemah ini... Terasa lebih waja dan kuat dalam melalui liku-liku kehidupan. Alhamdulillah juga dengan izin-Nya berpeluang diri ini bertemu dengan sebahagian dari mereka...terasa bahagia dan manisnya hubungan yang tercipta berlandaskan cinta terhadap-Nya...


Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau kekalkan kami di bawah naungan berkat dan rahmat-Mu..
Rahmati ukhuwah yang kami bina...
janganlah Engkau jadikan ukhuwah ini menyadi asbab kami lebih jauh dari-Mu...
sesungguhnya kami saling menyintai demi-Mu....
matlamat kami sama, mengejar redha-Mu..andainya Engkau tidak redha akan persahabatan ini, Engkau pisahkanlah kami...
andai ukhuwah ini dapat membawa redha-Mu terhadap diri kami...
engkau suburkanlah perasaan cinta dalam hati-hati kami....
Ya Allah, andai redha-Mu bersama kami..bawalah ukhuwah kami hingga ke pintu syurga-Mu...suburkanlah cinta-Mu di hati-hati kami....

*senyum*

Segala yang Allah tentukan itu ada hikmah disebaliknya sama ada tersembunyi mahupun yang nyata....Mengenali lebih ramai orang, tersedar diri ini bahawa apalah sangat yang ku lalui berbanding mereka. Pabila diri ini merasakan dugaan yang ku hadapi terlalu berat dan tidak terdaya bagi diriku, ku cuba muhasabah diri dan berfikir tentang masalah orang lain yang ku kenal....Allah...terasa betapa diri ini tidak bersyukur.....

Ya Allah,ampuni aku Ya Allah....
bantulah aku menjadi sekuat Hajar menghadapi dugaan di tengah pepasiran....
bimbinglah aku menjadi setabah Khadijah, teguh bersama Nabi meski pelbagai tohmah dan caci menimpa....
Ingin sekali aku mempunyai hati sewaja Sumaiyah, mempertahan keimanannya...
Ya Allah...bantulah diriku....
Ya Allah...redhailah aku...
Ya Allah.....bimbinglah aku...
Ya Allah....lindungilah diriku dari kesesatan....
Ya Allah...betapa aku ingin menjadi srikandi-Mu....
Hanya pada-Mu ku memohon kekuatan...

 Alhamdulillah masih diberi peluang bernafas di bumi-Nya.....



 

Followers