Assalamualaikum WBT...
Sengaja menghibur diri dengan menonton beberapa buah filem yang lama terperam dalam hard disk sambil menjahit niqab sahabat yang bakal bergelar isteri*YAY!!!!*...dan seperti biasa setiap kali menonton apa-apa movie, sangat saya suka mencari dan memahami mesej baik yang boleh saya dapati dari filem tersebut....jadi taklah tontonan itu jadi sia-sia sepenuhnya kan?
Saya menonton sebuah filem yang mana kisahnya seorang remaja yang ada satu wishlist yang dia nak capai menjelang harijadi ke 16 dia....nak dijadikan cerita, adalah something yang terjadi dan semua wishes dia menjadi kenyataan....pada asalnya semuanya menyeronokkan hinggalah ada satu wish yang mengubah segalanya..meski itu adalah keinginannya tapi bila ia benar-benar berlaku, tahulah dia bahawa bukan itu sebenarnya yang dia mahu....
sungguh filem ini memberi kesan pada diri saya,,,ligat otak berfikir menilai diri......sungguh selama 20 tahun becoming 21 tahun hidup ni berapalah banyak keinginan dan kemahuan yang saya ada....ada yang tercapai ada yang tidak....bila tercapai bukan main seronok sampai kadang-kadang lupa diri..tapi bila tak tercapai, sedih bukan main sampai lupa diri jugak....
tapi selalu tak sedar kita yang sebenarnya kita ni hamba yang langsung tiada upaya...tiada apa yang berlaku dalam hidup kita ni tanpa izin DIA...ya, DIA yang SATU.....
selalu orang kata,
"saya boleh menentukan hidup saya, apa yang saya akan capai, apa yang saya nak.."
yup,itu satu motivasi untuk diri terus bergerak ke depan..tetapi ia setakat itu sahaja..FULL STOP...
sebenarnya tiada apa yang mampu kita buat tanpa DIA...manusia yang terbatas kemampuannya hanya mampu berusaha dan berdoa dan bertawakal...berjaya atau tidaknya apa yang kita lakukan sepenuhnya bergantung kepada izin Allah....
cuba bayangkan kalau hidup tidak punya rasa bertuhan...semuanya disangka dalam genggaman sendiri....merasakan dirinya hanya milik diri....pasti huru hara hidup..percayalah.....
akan semakin berleluasa manusia yang pentingkan diri, kawan makan kawan, dan pelbagai lagi yang setaraf dengannya...semuanya akan sanggup berbuat apa saja untuk mendapatkan apa yang dimahukan tanpa sedikit pun kebergantungan kepada Allah.....dan pasti saja istilah SABAR dan REDHA tidak wujud dalam dunia nih....
aduh...takut memikirkan dunia sebegitu..dunia yang sekarang nih pun sangat menggerunkan meski masih ada kemanusiaan yang bersisa dalam diri manusia....
kadang-kadang dengan keinginan yang tak dapat dipenuhi kita tak suka nak menanamkan rasa redha dan yakin bahawa apa yang Allah dah bagi.. itulah yang terbaik walaupun itu bukan sebenarnya yang kita mahu...tapi itu yang kita perlu...
memang tak mudah nak jadi manusia yang redha...dan manusia yang sabar....tapi itulah namanya mujahadah....percayalah setiap air mata dan kedukaan pasti Allah balas dengan yang terbaik...Allah tak bagi bukan bermakna Allah tak sayang...tapi itulah ujian.....kehendak Dia pasti yang terbaik...
lalui jalan yang Allah dah sediakan dan nikmati sementara Allah bagi..entah esok lusa Dia nak tarik balik nikmat yang Dia pinjamkan...kan?
be positive and stay strong!! Inallaha ma'ana..*smile!*
sedar tak sedar kita dah hampir nak habis minggu pertama tahun baru 2012....setiap kali datangnya tahun baru tak boleh elak saya akan menanam azam yang special sikit..bukan kerana datangnya tahun baru tapi bulan januari adalah significant buat saya...bulan januari 2012 ini akan genap umur saya 21...umur yang orang kata mendapat kunci kebebasan, kedewasaan....
berdebar, gembira dan juga ada debaran menanti tarikh keramat itu.....juga terselit penyesalan bila memikirkan banyak juga masa yang terbuang...tapi tidak mengapalah..pengalaman mendewasakan, dan masa depan itu lebih penting kerana yang lepas tetap lepas, tetapi masa depan masih ada menjanjikan kebaikan untuk hamba yang sentiasa berusaha..insya-Allah..^_^
semoga juga dengan bertambahnya usia ni akan bertambahlah kematangan....dan kebijaksanaan....moga juga tidak lupa diri dan ingat bahawan kematian semakin hampir!
harapnya diri ini tidak terus hanyut dalam godaan duniawi....harapnya diri ini terus redha dan syukur atas segala kurniaan-Nya...harapnya dimurahkan rezeki dan dipermudahkan
oh..kalau nak senaraikan semua harapan memang takkan abis punya..hehe....mohon doakan kebaikan dan kesejahteraan saya di dunia dan akhirat ye...
dan oh ya antara azam saya sempena usia 21 tahun nanti adalah nak menambah banyak ilmu dan pembacaan.....membaca jambatan ilmu..nak ilmu selain berguru kita kena banyak membaca....
Alhamdulillah ada dapat baucar buku dan ambil peluang beli buku-buku yang dah lama nak beli....dapatlah beli 2 daripadanya.....terpaksa letak beberapa buah yang lain sebab bajet masih tight....=(
nih buku yang dibeli tadi....*riangsukahati*
antara buku yang terpaksa diletakkan semula...*insya-Allah ada rezeki pasti beli*
so sape-sape yang tamau baucar tuh sila lah beri kepada saya....kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan...
*menguap*
itu sajalah setakat ini...insya-Allah nanti update lagi....
eh....eh.....sebelum menutup entry kali nih....buat sesiapa yang nak temapah shayla bidang besar, niqab half bermanik yang sesuai untuk majlis istimewa dan tudung labuh, janganlah segan-segan like page online biz saya..^______^
ps: menjawab soalan ramai orang sama ada saya seorang niqabis atau tidak....my answer is no but one day i will be one...insya-Allah dengan izin Allah...<3
Ya Allah, jangan kau serahkan diriku kepada diriku sendiri walau sekelip mata...
Hadirkan makna cintaMu dalam jiwaku,Hadirkan rahmatMu dalam setiap langkahku,
Hadirkan hidayahMu dalam setiap detik hatiku,Kau bimbinglah diri ini
yang sangat mendambakan cintaMu....
0 luahan rasa:
Post a Comment