Buscar

Páginas

For the rest of your life..

Bismillahirrahmanirrahim....


15 Januari 2012 rasmilah sudah seorang sahabiah menjadi zaujah..alhamdulillah berpeluang menghadirkan diri ke majlis akad nikahnya.....turut sama duduk di sebelah pengantin ketika lafaz ijab dan kabul, diri ini diselubungi sebak dan perasaan yang bercampur baur...selepas pelbagai ups and downs dan pelbagai persiapan, alhamdulillah atas izin Allah jua, bersatulah dua hati ini di bawah ikatan halal yang bernama perkahwinan...rasanya macam baru je semalam bertingkah laku kurang matang bersama kamu...tup-tup dah bergelar isteri orang dah kamu yer.....sobsssssss...=')


buat sahabatku....

terlengkap sudah separuh lagi dari agamamu
sah kini engkau bergelar isteri
sayap kiri kepada suami
peneman hidup sampai ke syurga

perkahwinan bukan seindah kisah dongeng
yang lengkap sempurna tanpa cela
bersedialah dikau wahai sahabat
teguhkan hati mantapkan iman

perkahwinan itu perkongsian
antara dua hati yang berbeza fitrah penciptaannya
terimalah segala baik kurangnya dia
dan perbaikilah kurang baiknya dirimu

berubah status dari seorang anak
menjadi seorang isteri
berubah juga keutamaan dan peranan
ibu ayah jangan dilupa
berbakti semampunya dengan redha suami

fitrah perkahwinan
bakal lahir permata hati
pelengkap rumah tangga 
penyambung zuriat 
moga dari rahimmu terlahir pejuang agama
yang teguh Islam di hatinya
sesoleh umi dan abinya
insya-Allah

tulus dari hati sahabatmu ini
yang sering cuba berada di sisimu
tika engkau memerlukan
ku kirim doa harapan
semoga bahagia itu sering bersama kalian

dari sahabatmu yang serba kurang ini
ku titip cebisan-cebisan nasihat 
yang mungkin berguna di masa hadapan

barakallahulakuma buat Harlina dan Zauj
yang terbaik buatmu sahabatku
khair, insya-Allah....

*hugssss*


curi jap ucapan ukhti nur qaseh qarirah~
now you will feel no rain for each of you will be shelter to the other
now each of you will feel no cold for each of you will be warmth to the other
now there is no loneliness for you for each of you will be companion to the other
now you are two persons but there is one life before you
go now to your dwelling place to enter into the days of your togetherness
and may your days be good and long upon the earth


ps: doakan lepas nih giliran kami-kami nih pulak ye harlina...hehehe....


Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang Telah menciptakan 
kamu dari seorang diri, dan dari padanya Allah menciptakan isterinya; dan dari pada keduanya 
Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan Mengawasi kamu.” 
(QS. An Nisaa’: 1)

0 luahan rasa:

 

Followers