Buscar

Páginas

Kawan ke tak niee??? >.<"

 
"menyampah la duduk kat kalangan orang2 yg taksolat ni....bukannya takboleh solat..tapi taknak solat...lelaki perempuan sama je..."

luah seorang sahabat ketika menceritakan perihal rakan sekelasnya yg sering mengabaikan solat....waktu solat dibiarkan berlalu tanpa ada yg mahu mengajak bersolat...tambahnya lagi...dia suka berada dalam sahabiah2 yg mementingkan dan sentiasa ingat waktu solat.....sekurang2nya walau sesibuk mana pun..kewajipan no 1 tu takkan terabai....

termenung sekejap....hmm..ada benarnya ape yg diperkatakan...selain daripada keluarga...golongan yg paling hampir dengan kita adalah sahabat2.....mereka akan banyak mencorakkan gaya hidup kita....lagi2 bile da meningkat dewasa..tinggal di hostel..tiada mak abah yg dapat memantau tindak tanduk kita..mereka takkan tahu ape yg kita lakukan..da solat ke belum ke..da makan ke belum ke....

bijaklah memilih rakan...duduk sendirian..dan fikir..apakah yg anda nk capai dalam hidup ni...apa hala tuju anda...mahu berjaya dalam pelajaran?berdampinglah dengan rakan yg mempunyai cita2 yg sama...jika anda mahu hidup dengan berhibur dan bergembira.....hanya kawan2 seperti itu akan menjadi pilihan anda...kerana sudah menjadi tabiat manusia..berdamping dengan org2 yg serasi dengannya....

cuma harus kita igt...kadangkala kita takdapat mengawal kehadiran orang dalam hidup kite....taksemua org yg hadir dalam hidup kita adalah seperti yg kita mahukan...akan ada sahabat2 kite yg mempunyai sikap atau perangai yg tidak kita sukai..meskipun seteruk mana pun perangai sahabat tu.....mereka telah ditakdirkan hadir dalam hidup kita...

analogi kegemaran saya...hidup setiap manusia berada dalam satu garisan..bengkok atau lurus...tergantung pada caturan Allah....ade ketikanya...garis2 kehidupan manusia bersilang dan bertemu dalam satu titik...ketika titik pertemuan ini,terjadinya perkenalan antara kita dan insan tersebut....sambungan garisan selepas itu..mungkin seiring mungkin juga terpisah....jika seiring perjalanan garis itu..kita dan dia akan terus bersahabat walau terpisah seribu batu..namun jika titik mula itu juga adalah titik akhir,kita akan terus terpisah dengannya....tapi takmustahil akan ada 1 ketika garisan kita dan dia bertemu sekali lagi...itu semua ada dalam perancangan Allah yg takmungkin kita dapat teka...

oleh kerana kita belum tahu apa jenis sahabat yg akan kita temui sepanjang kehidupan kita,kita haruslah bijak..dan bersedia...bijak dalam membezakan apa yg baik untuk diri kita..bersedia untuk menerima sahabat2 yang pelbagai sikap dan ragamnya...jika takdirnya kita bertemu dengan rakan2 yg soleh/solehah..yang sentiasa mengajak kepada kebaikan..yg menegur jika kita terleka...Alhamdulillah....jagalah persahabatan tu...insya-Allah ukhwah yg terbina itu adalah salah satu jalan untuk kita ke syurga....sahabat yg baik adalah sahabat yg mengajak ke syurga bukan mengajak ke neraka.....

namun....akan ada hadir sahabat2 yg masih terleka dengan dunia....gembira melakukan maksiat..seronok berhibur dan melanggar syariat...ini adalah satu cubaan dan ujian buat kita...hati2..jaga iman.....dengan sahabat2 sebegini..kita harus bijak menyesuaikan diri....jangan terus membencinya....benar dia melakukan dosa...tetapi...hati manusia adalah dalam kawalan Allah..takmustahil suatu hari dia akan sedar akan segala silapnya dan kembali kepada fitrah..janganlah membenci orang yg melakukan dosa...belum tentu matinya dalam dosa...namun.bencilah akan dosa dan kemungkaran yg dilakukannya...semoga dia segera tersedar dan kemnali ke jalan redha Allah...ameeen.....

Allah mengaturkan hidup manusia dengan sebab...mungkin ada sebab kenapa kita ditakdirkan bersahabat dengan seseorang..mungkin jika kita mampu kita boleh berusaha mengubahnya...atau paling sedikit yg dapat kita lakukan adalah dengan mendoakan agar dia segera tersedar dari segala dosa yg dilakukan....

iman manusia ibarat yo-yo...jika hari ini paras iman kita tinggi..hari esok taksemestinya begitu....selalulah bermuhasabah diri..dan berdoa agar tidak tewas dengan bisikan syaitan..dalam bersahabat...ada dua jalan..sama ada kita terikut2 perangai buruk sahabat...atau kita menarik sahabat untuk bersama kita ke jalan yg diredhai Allah....jika kita khuatir terikut2 dengan pengaruh negatif rakan, kawallah pergaulan bersama mereka...aktiviti2 yg dilakukan bersama mereka,pastikan tidak bertentangan dengan pegangan hidup kita...contohnya jika mereka mengajak ke cinema untuk menonton wayang sedangkan kita tidak menonton wayang...tolaklah ajakan mereka dengan hikmah....jangan paksa diri melakukan apa2 yg tidak disukai....syaitan bekerja dengan cara yg amat licik..mana tahu kali pertama kita menjejakkan kaki ke cinema,syaitan meniupkan rasa seronok dan kita pulak lepas ni yg ajak sahabat2 tgk wayang....jadilah sahabat yg mengubah diri dan sahabat ke arah kebaikan..jangan pula demi persahabatan..merosakkan diri dan iman kita....

persahabatan itu adalah satu anugerah dari Allah..Islam amat2 suka akan ukwah dalam umatnya....indahnya Islam kerana persaudaraan....haram hukumnya memutuskan silaturrahim...tak masuk syurga nanti..nauzubillah.....jika ada antara sahabat anda yg tidak anda sukai..jangalah bermusuh dengannya..jangan bencikan dia...apa yg boleh kita buat..cuba ajak dia meninggalkan segala kemungkaran..jangan pula dah Islam kata jangan putus silaturrahim kita menyokong segala kemaksiatan yg dia lakukan....ajak dia sama2 melakukan kebaikan...sentiasa doakan agar dia tersedar....insya-Allah doa yg baik serta tulus dari hati..Allah makbulkan..andai suatu hari nanti sahabat anda yg dulunya sesat dan leka..tapi dengan kuasa Allah dia berubah...sy yakin anda akan jadi manusia yg paling gembira melihat perubahan tersebut.....

muhasabahlah diri kita sendiri...sahabat jenis apa kita ni..sahabat yg mengajak ke syurga?atau mengheret ke neraka?jika kita inginkan sahabat yg baik2....yg soleh/solehah...kita harus bertindak..yang baik itu tidak jatuh dari langit..kita haruslah berusaha..bentuklah diri jadi sahabat yang baik...tanamkan sifat2 yg baik dalam diri....insya-Allah orang2 yg baik akan hadir dalam hidup kita...usah harapkan soleh/solehah hadir mengetuk pintu menghulur persahabatan andai jalan sesat yg kita pilih....

sekian....




ps: sesungguhnya segala yg buruk datangnya dari sy...dan yg baik2 itu adalah dari Allah....maafkan andai ada tersalah kata atau tersinggung rasa...

pss: harapnya bermanfaat...

psss: jom jadi sahabat syurga...^_^

0 luahan rasa:

 

Followers