Buscar

Páginas

bila sedih...macam mana???

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Assalamualaikum w.b.t..

sedar tak sedar sudah 3 minggu atau mungkin lebih saya meninggalkan blog ini tanpa apa2 coretan...perasaan rindu untuk menulis itu sentiasa ada..namun terlalu banyak perkara yang terjadi menyebabkan saya sering kali menangguhkan penulisan saya....Alhamdulillah segalanya semakin reda..dan saya mula dapat memegang diri saya kembali..syukur ke hadrat Illahi kerana Dia memudahkan segalanya bagi saya....


"Allah tahu apa yang baik untuk hamba-Nya...."

bila ada kesusahan atau kedukaan yang menimpa diri....sentiasalah yakin bahawa Allah itu tidak zalim..Dia tidak akan memberi dugaan yang takmampu ditanggung....dan dengan setiap perancangan-Nya..akan ada hikmah yang tersembunyi yakni di luar pengetahuan manusia yang banyak khilaf ini....

dalam hidup setiap manusia...pertemuan dan perpisahan itu adalah lumrah...seringkali kehadiran sesuatu atau seseorang itu tanpa dipinta..namun Allah hadirkan dalam hidup ini kerana itu adalah apa yang diperlukan pada ketika itu...dan sering juga hilangnya sesuatu atau seseorang itu apabila tidak langsung dijangka apatah lagi bersedia untuk kehilangan....namun sebagai hamba yang taat harus merelakannya kerana mungkin ia bukanlah milik kita dan harus dipulangkan kepada pemiliknya...

tetapi...lumrah manusia yang sering lupa akan hakikat dirinya sebagai hanya seorang penerima....acap kali hadiah yang diberikan oleh-Nya dicintai melebihi Dia yang memberi...apakah hak kita sebagai hamba untuk menahan jika Dia ingin mengambil kembali apa yang Dia pinjamkan.....selalu juga apabila Dia mengambil miliknya semula...manusia ini tetap berdegil dan terus meratapi dan bersedih atas kehilangan....tanpa memikirkan mengapa sesuatu itu bukan milik kita...


seharusnya kita bersikap tabah dan sabar dalam menghadapi kehilangan kerana sudah pasti disebalik satu kehilangan itu..Allah mahu memberikan apa yang lebih kita perlukan dalam hidup ini....namun begitu....kita tidak harus hanya pasrah secara membuta tuli...itu bukanlah tabah...sebaliknya kita adalah seorang yang tabah ketika kita menerima sesuatu kehilangan itu dengan penuh kesabaran dan ketenangan...dan dalam masa yang sama...kita belajar menghitung silap diri....atau kekurangan ketika kita masih memiliki sehingga menyebabkan Dia mengambil semua apa yang telah diberi...mungkin ketika kita mempunyai sesuatu itu..kita mengutamakan perkara itu melebihi Sang Pencipta kita...atau mungkin ada sebab lain yang mata kita taknampak tapi Allah itu lebih mengetahui akan segalanya dan demi kebaikan kita...Dia menarik balik apa yang telah diberi...

dalam menghadapi kehilangan sudah pastinya diri kita dilanda kesedihan dan kedukaan....hati terasa pedih dan didatangi pelbagai jenis perasaan....cubalah kawal perasaan tersebut...jangan hanya kerana tidak mendapat apa yang kita mahukan....kita menangkan perasaan kita yang dipengaruhi oleh syaitan dan iblis yang sentiasa ingin menyesatkan hati manusia..jangan diucapkan "mengapa Allah tak adil....kenapa hidup ini sentiasa malang..." jangan sekali2 berkata begitu! Allah itu Maha Adil.....Dia tidak mahu kita terus tersesat dan kerana itu Dia menghilangkan punca kesesatan kita itu dari diri kita.....lebih baik melazimkan zikir di dalam hati..dekatkan diri pada-Nya...bertaubatlah kerana manusia sering lupa pada-Nya....pinta ketenangan dan kekuatan dari Allah untuk menghadapi segala kesedihan...usahlah diminta agar dikurangkan ujian sebaliknya mintalah kekuatan untuk menghadapi cubaan...kerana setiap musibah adalah tidak lain untuk memantapkan keyakinan terhadap kuasa Allah....


tanamkan keyakinan dalam diri bahawa Allah itu sayang pada kita oleh itu Dia memilih kita untuk di uji..Allah mahu melihat sejauh mana kita yakin pada-Nya....semakin tinggi keimanan kita terhadap-Nya,semakin bijak kita dalam menangani kesedihan dan menjauhkan diri dari terus hanyut dalam emosi....

apabila kita bersedih.....yang ada cuma diri kita dan Allah...bantulah diri kita keluar dari kesedihan....kehadiran sahabat yang mengambil berat hanya sebagai penambah sokongan bagi diri kita....yang boleh memandu kita keluar dari kedukaan adalah diri kita dan iman yang tertanam di dalam jiwa kita...tanpa iman dan keyakin yang teguh terhadap Sang Pencipta...jalan untuk kita tersungkur dalam kelemahan terbuka dengan amat luas!

ayuh! tetapkan hati..mantapkan iman....yakin dengan janji-Nya....setiap ujian yang diberi ada hadiah di penghujung jalan.... jangan biarkan kehilangan yang sekali ini menjadi penghalang untuk terus menerima dari-Nya...teruskan berdoa agar diberikan yang terbaik bagi anda...pastikan juga diri dibaiki agar layak menerima hadiah dari Allah nanti...

sekian....


ps: sebelum menyoal kenapa Allah menarik balik segala yang telah Dia beri...soal diri anda apakah anda layak menerima dari-Nya???

pss: segala yang baik2 itu dari Allah..segala kekurangan pada entri ini adalah sepenuhnya datang dari saya....


 

Followers